nuff

Friday, March 12, 2021

POKOK DURIAN MK BELAKANG RUMAH

12/3/21
Tiga tahun lepas tanam 10 pokok durian MK. Selepas itu biar tidak perduli. Tidak pernah jenguk. 
Minggu lepas melawat ke belakang, terkejut lihat empat pokok masih hidup. Ada yang enam kaki tinggi tetapi kursus. Ada yang empat kaki dan kurus juga. Ada yang dua kaki dan yang satu lagi terbantut terus. 
Aku mula rasa kasihan... beri air siraman dan baja. Sejak minggu lepas telah tiga kali beri air siraman.
Hari ini aku mahu tabur baja penggalak akar di sekeliling pangkal pokok.✔
Pada 12/3/21 tinggi enam kaki.


Perlu bersihkan keliling pokok MK daripada pokok lain dalam jarak 10 kaki.
13/3/21... mahu tebang lima pokok yang berdekatan dengan pokok MK. Pokok dekat MK perlu dihapuskan untuk mengelakkan baja direbut oleh akar pokok lain itu.✔siap
19/3/21...tebang lagi tiga  pokok yang mengganggu kesuburan. Siram dan tabur segenggam baja keliling pokok.✔ Perlu siram lat hari musim panas ni. Perlu buang dahan pokok lemon yang menghalang laluan.
21/3..... siram.
23/3..... alhamdulillah hujan tolong siram.
Perlu tebang lagi pokok di sekitar yang menghalang cahaya dan  juga akhirnya menjalar ke kawasan akar durian.
4/4....tebang satu pokok lemon yang berdekatan.✔
8/4... tebang satu batang pokok lemon.


No comments:

Post a Comment