nuff

Tuesday, April 19, 2022

Transformasi Ketiga Universiti Keempat

Pencarian nama untuk tajuk buku terbaru.

 Apa makna Transformasi Ketiga? Universiti Keempat?

Transformasi memberi maksud
kali ketiga melakukan anjakan besar serta menyumbang manfaat besar dalam kehidupan. 
Transformasi Pertama pada awal tahun 1972, berkaitan tindakan yang dilakukan tentang kaedah belajar Matematik. Hasilnya, memperolehi gred principal A subjek Matematik dalam pemeriksaan Sijil Tinggi Persekolahan.  Faedahnya sudah tentu amat besar sekali. Diterima belajar di Universiti. Bukan mudah untuk diterima belajar peringkat negara fading waktu itu. Seterusnya dapat kerja hingga bersara. Sewaktu bersara dapat pula ganjaran bulanan.
Transformasi kedua bermula tahun 2007 sewaktu saya bertugas  di Kuantan. Satu hari, sewaktu majlis perhimpunan pengakap peringkat negeri zeorang tokoh kanan negeri menghampiri saya dan berbisik, "Ya... perut awak dah ke depan". Terkejut besar mendengar teguran ringkas yang tepat kena batang hidung saya. Teguran ringkas itu sentiasa bermain di kepala. Terus keluar soalan, " apa yang mesti aku lakukan?" Pokoknya saya mesti lakukan latihan jasmani yang berterusan untuk mengurangkan lemak di bawah kulit perut. . ..... adalah aktiviti latihan jasmani mendaki bukit dan Gunung. Pemilihan aktiviti mendaki ini ada banyak sebab

Universiti pertama ialah Universiti Kebangsaan Malaysia. Belajar di sini tahun 1974 hingga 1977 dapat ijazah Sarjana muda Sains dan Diploma Pendidikan. Saya membuat pengkhususan bidang Fizik dan Matematik. Waktu tamat belajar pada usia 23 tahun. 

Universiti kedua ialah University of Ehime, Japan. Belajar di sini tahun 1986 hingga Mac 1990. Buat kajian perbandingan kurikulum matematik Malaysia - Japan. Saya memperolehi tajaan biasiswa MOMBUSHO Kerajaan Jepun. Saya dianugerah diploma lanjutan pendidikan Matematik. Usia saya sewaktu tamat dari Universiti ini ialah 36 tahun. 

Universiti ketiga ialah Universiti Putra Malaysia. Belajar secara part time, belajar Hari Sabtu dan Ahad selama dua tahun mulai 1999 dan tamat 2001. Saya memperolehi Master Sains Pengurusan.

Acap kali saya bercadang untuk belajar di peringkat Doktor Falsafah tetapi ada sahaja penghalangnya. Sebenarnya saya tidak bulatkan tekat untuk mencapainya. Akhirnya hingga saya tamat dari tugas sebagai Rektor sebuah Kolej Universiti, saya tetap kaku dalam merealisasikan angan2 itu. Boleh dikatakan angan- angan Mat Jenin sahaja.
Dunia pekerjaan makan gaji telah tamat pada usia 65+. 

Saya tidak boleh duduk diam, ada saja yang mahu dilakukan. Kini saya telah bebas dan tidak mahu lagi bekerja di bawah seliaan orang atasan. Saya mahu jadi kuli Dan juga jadi boss.

Saya pilih bidang Pertanian. Hampir tiap2 Hari saya pergi ke kebun. Kini telah dua tahun setengah saya berumur disinari matahari. Pada mulanya isteri saya WAWA menentang kegilaan saya itu. Beliau berkata, "cukup2lah, tak cukup lagi ke duit pencen?" Sakit telinga saya mendengarnya tetapi saya ambil tindakan kunci mulut tetapi saya tetap melangkah ke kebun. Yang peliknya setelah berulang ke kebun lebih dua tahun setengah, sedikitpun tidak terasa jemu. Setiap malam saya merancang apa yang akan dilakukan hari esok. Saya catatkan di dalam folder  Warisan Pesagi yang tersimpan di dalam Bloger. Di situlah tersimpan semua rekod perancangan dan pekerjaan saya. Siang saya merayau di dalam kebun sementara malam ralit pula dengan handphone. 

Saya merancang akan terus berulang alik dari rumah di kampung Sentosa ke Bukit Lompat ini selama empat tahun. Saya telah habiskan dua tahun setengah. Bermakna saya akan terus berjuang di sini sekurang-kurangnya satu tahun setengah lagi. 
Di sini saya tidak sekadar memetik hasil dan jualnya tetapi ada elemen penyelidikan membiak baik baka pokok kelapa untuk menghasilkan anak kelapa hibrid. Jika penyelidikan ini berjaya, faedahnya akan dinikmati open masyrakat. Namun begitu penyelidikan ini memakan masa yang panjang. Telah nampak kejayaan awal. 

Untuk melonjakkan keupayaan saya bekerja, perlu ada pondok untuk berihat mengembalikan tenaga, mandi manda, makan dan solat. Pondok ini juga jadi Pusat kawalan air untuk menyiram. Di sini jugalah tempat WAWA menyediakan makanan dan jadi tempat menenangkan fikiran. 
Di pondok inilah menghimpunkan semua gambar hadiah yang saya terima sewaktu bekerja. Gambar-gambar itu digayut pada dinging pondok. Di sini juga dipaparkan contoh buku yang saya tulis.

Disinilah Universiti Keempat saya. Jika dipanjangkan umur  usia saya ketika itu menlangkat 69+. UK adalah satu tempat menggambarkan aktiviti agro yang diadun secara harmoni sehingga menjadi taman yang suka dikunjungi.

Ada banyak cabaran di UK ini. Berikut adalah cabaran yang perlu dicapai.

Pertama...keluasan keseluruhan kawasan UK ialah 21.5 ekar. Purata bilangan pokok setiap ekar ialah 70 pokok. Maka bilangan pokok yang semestinya ditanam ialah 1505 batang.
Kedua.. menepati prinsip TSB iaitu tanam sampai berbuah. Untuk mencapai TSB perlu amalkan displin ABC iaitu air, baja, cahaya.
Ketiga.. pendapatan minima purata yang perlu capai setiap pokok di dalam kebun  ialah rm10 sebulan.
Keempat. Pada 30 September 2023 iaitu tarikh akhir selama empat tahun di UK ini, bilangan pokok yang telah berbuah mesti sekurang- kurangnya 50% . Pendapatan mesti mencapai 1505x.50x10= rm7525.
Kelima...Pada 30/9/2023 mesti berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 100 anak pokok kelapa hibrid. Ini adalah bukti kejayaan penyelidikan. Benih ini dibesarkan akan memenuhi ruang kosong atau menggantikan pokok yang tidak produktif atau sakit.
Keenam..Pada 30/9/2023 telah berjaya tut pokok durian penanti dengan benih hibrid sebanyak 20 pokok.
20/7/22.... telah laksanakan pokok pertama.✔teruskan.
Ketujuh.. Pada 30/9/2023 telah berjaya tut pokok limau kasturi sebanyak 300 pokok untuk ditanam di ruang kosong.
Kelapan.. berjaya melaksanakan prinsip kitar semula. Penyiraman pokok daripada air hujan yang dituai secara percuma sekurang2nya 20% daripada jumlah kegunaan air siraman. Kitar semula sisa makanan di rumah serta kulit buah dijadikan baja. Petik dahan berdaun hijau, kumpulkan supaya reput dijadikan baja kompos.
Kesembilan.. amalkan prinsip jimat, improve pendapatan. Gunakan yang ada.
..jimat masa
..jimat kos urus.
..baik pulih pokok limau kasturi... Trim... beri baja... cari pasaran.✔teruskan.
..selengara pokok pisang dan beri baja dan cari pasaran.
pokok kelapa MYD dan MRD... bersihkan, beri baja dan sembur racun ulat agar cepat besar.
Capita baja sendiri. 
📌telah memulakan usaha buat baja cecair.✔teruskan.
Kesepuluh.  berjaya menggunakan tanah secara optimum. Adunan penghasilan produk jangka panjang dan juga jangka pendek. Pokok durian pelbagai veriti mula berbuah tahun 2025. Pokok kelapa telah berbuah mulai tahun 2020.Buah kelapa muda telah memberi hasil yang awal. Pokok kelapa MYD dan MRD, lakukan polination untuk menghasilkan benih kelapa hibrid yang terkenal. Pokok limau kasturi sebanyak 40 batang menghasilkan  buah yang berkualiti. Buahnya diedarkan di daerah Maran mulai tahun 2022. Dahan pokok limau kasturi ditut untuk penjualan anak pokok. Pokok LK ini boleh hidup hingga 10 tahun. Di sini terdapat pokok pisang yang memberi pulangan pada peringkat mula penerokaan tanah tetapi beransur pupus bila pokok kelapa dan durian semakin besar. 
Kesebelas... pembinaan pondok sangat berfaedah.
10x tidur
3jam x 10 x 8 = 240 pokok berjaya dibersihkan rumputnya. Setiap pokok boleh dibersihkan hingga siap dan dibaja sekali sebulan.

Keduabelas.. masalah margin yang rendah. Hasil tidak setimpal dengan keluasan tanah. Langkah strategic.
1. Pulihkan pokok limau kasturi dan beri baja. Cari pelanggan di pasar Maran. 
2. Tut pokok limau kasturi.
3. Tanam rumput napear utk beri makan kambing BIRI2.
4. Jual hasil yang telah diproses. Misalnya jual air kelapa dalam botol.

Berasa lebih yakin dan bersemangat untuk terus berjuang menjayakan kebun ini apabila permintaan terhadap kelapa makin rancak. Begitu juga permintaan limau kasturi. Ada beberapa pokok limau kasturi dan kelapa perlu dibebaskan segera dari semak samun.


Ketigabelas.... satu lagi usaha untuk mengatasi masalah margin yg rendah iaitu tanam sekurang2nya 1000 lubang pokok rumput napier. Seterusnya pelihara kambing biri2. Kerja menanam telah mulakan pada 1/8/22. Buat reban pada bulan September 22 dan mulakan memelihara pada bulan NOVEMBER 22.

Saturday, March 26, 2022

PROJEK KELAPA KOPERASI

1. 
Gambar pada 26/3/22
                               26/3              16/4
Baris 1 kanan ..... 16/18            18/18
Baris 1 kiri............13/××
Baris 3 kanan...xx
Baris 3 kiri.....8
Baris 2 kanan....10
Baris 2 kiri...??

1/6/22
Masuk kebun mahu potong rumput keliling pokok kelapa dan tabur baja. Siap 18 pokok. Rumput sangat tebal. Belum tabur baja.


Dianggar 250 pokok yang telah mula berbuah. Tarikh matang Dis 2022.
250x5x2 ... 2500
11/22.. 250  5  1      1250  
12/22...300  5  1      1500 
1/3/23.400  5   1.2  2400
1/723...500  6   1.2  3600

Friday, March 18, 2022

JSB TSB

JSB... jawab sampai betul ...1972..1973
TSB... tanam sampai berbuah...2014..2024

JSB.
Kisah belajar Matematik yang aku alami.
Darjah satu belajar dengan cikgu Samsiah.
Bawa buah getah satu kelomping.
Darjah enam belajar dengan cikgu Ishak. Cikgu periksa hasil kerja Ilmu Hisab sewaktu dalam kelas. Jawapan yg salah cikgu suruh buat pembentukan. Hasil kerja pembentukan diperiksa lagi. Ada ketikanya kali ketiga buat pembetulan baru dapat jawapan yang betul. Akhirnya semua soalan dijawab betul. Inilah kerja saya setiap hari. Saya dikerah oleh cikgu Ishak menawab sampai betul. Kerja ini telah dipraktikkan sewaktu darjah enam di SK Pesagi. Semua yang berlaku ini adalah 100% atas ketegasan cikgu Ishak Siwok. Saya mengikut sahaja.
Selepas itu amalan buat pembetulan di sekolah menengah kurang diberi perhatian.

Mac 1972.
Tiba2 sahaja mendapat sinar baru.
Sewaktu rehat tengah Hari dengar temuramah radio. Satu temuramah pemberita RTM dengan seorang pelajar cemerlang STP tahun 1971.


TSB.. semarakkan. Ini adalah janji.  Prinsip ABC perlu dipenuhi. Dapat cukup air siraman. Pokok dapat baja secara berterusan. Dapat sinaran mata hari.
📌Bersihkan keliling pokok. 
📌Beri baja. 
📌Siram jika lama tidak dapat air.
📌pokok yang mati mesti dibubun.
📌guna baja organik kpd pokok durian.
📌ternak kelulut untuk galakkan pendebungaan kelapa.
📌ganti pokok kelapa yg kurang buah dgn pokok durian.

1/3/2022
Mesti ada 1505 pokok. Kebun depan 700 dan belakang 805. 
Bil. pokok kelapa yg berbuah..
Bil. pokok durian yg berbuah... 0, 0
Bil. pokok db yg berbuah... 
Bil pokok kelapa...
Bil pokok durian...tiga tapak. Hamparkan empat 
Bil pokok durian belanda 

Jika gagal sekali mesti Cuba lagi.
🌿usaha tanam bunga... hamparkan 4 keping zink setiap tempat.

Mahu tanam dua pokok encepu.

Wednesday, February 9, 2022

Pemerhatian pokok berbuah komeng

Terdapat tiga pokok kelapa buahnya kerdil. tetapi lebat. Buah lonjong tetapi tiada air.
Tindakan... tabur satu kilogram garam dan dua kg..✔ 
Tabur baja NPK 121217.❌
Ulangi dua minggu lagi.
Ambil gambar.
Buang tandan buah komeng.✔

Minat dalam sesuatu bidang perlu dirancang

🌿... memupuk minat perlu dirancang.
           .✔mesti menyeronokkan.
🌿... laksanakan sejak kecil.
           .✔mesti dapat sokongan keluarga.
🌿... kemas
🌿... nampak hasil.
Aktiviti.... tanam pokok pisang lemak manis
R?. I 
Mahu beri pe dedahan kpd cucu2

Sunday, February 6, 2022

Kajian Pemulihan Pokok yang tidak lekat buah.

Tujuan...mahu menghasilkan buah lebih dari 4 biji setiap tandan.

Pokok ini sangat kurang buahnya.. dalam satu tandan paling banyak 3 biji, itupun jarang. Kebiasaannya sebiji atau dua biji sahaja.
Sewaktu seludang memecah, biji betina didapati sentiasa melebihi 20 ulas. Dikira banyak.
Saya masih mengkaji apa sebab buah yang lekat amat sedikit. 
Ada kemungkinan debunga yang dihasil oleh pokok ini sambang? 
Ada kemungkinan ketika debunga tersebut biji betina belum matang? Atau biji betina matang lebih awal?
Untuk menjawab pertanyaan ini, saya sediakan debunga dari pokok J1, lakukan pendebungaan secara berbantu.
Jawapannya boleh diketahui dua bulan akan datang.

Rakam pada 6/2/2022.
Ada 20 ulas putik, ini adalah benih betina.
Ini adalah seludang sebelah kanan yg baru siap proses kawin bunga. Kelihatan 13 biji benih masih lekat.
Yang ini tandan sebelah kiri yg lebih awal dikawinbunga. Bilangan biji yg tinggal tidak sampai 10 ulas.
10/2/22... diperhatikan buah yg lekat adalah 1/3 dari pangkal tandan.
14/2/22.... buat polination.
15/2/22.... buat polination.

18/2/22
Kelihatan seludang baru pecah. Biji benih betina ada 17 biji.

14/4/22
Putik yg membesar hanya sebiji shj. Tidak ada kesan positif.

Kesimpulannya.. tindakan buat pollination tidak menghasil tg positif. Buah ya sedikit bukan sebab kegagalan polination semulajadi.
Kena cari kaedah lain


Pendapat pakar Rosman.... Bakar pangkal pokok. Longgokkan daun dan pelepah kelapa di bawah pokok.
25/6/22
ambil tindakan bakar pelepah kelapa di bawah pokok. Asap panas naik ke atas hingga seekor tikus melompat terjun. Mahu ulang minggu depan.
🌿siram keliling
🌿tabur 3kg garam
🌿tabur baja NPK 15×3
🌿tabur baja NPK12.12.17
🌿bakar kali kedua.

1/9/24
Tondakan tebang. Tamat riwayat

Tuesday, February 1, 2022

Kajian Polination Kendiri pokok J1

Tujuan kajian.... mahu menghasilkan buah lebih dari 11biji. Peningkatan melebihi 40%
bilangan berapa ulas biji benih betina. Ada 28 biji. Buat polination kpd semua biji benih betina. Kebiasaannya polination berlaku secara semulajadi. Misalnya ditiup angin atau dihinggapi serangga yg terpalit plant. Pokok J1 ini kebiasaannya 8 hingga 10 biji buah setiap tandan yg menghasilkan kelapa muda/tua. Target polination ini ialah minimum 12 biji.
4/2/22... buntut biji betina belum tajam, tidak buat polination. Tunggu buntutnya tajam dan berair. 
6/2/21....buntut biji betina masih belum berair.
Dileraikan dari pelepahnya dan jemur hingga biji itu kering dan pecah. Seterusnya isi dalam tapia dan ayak untuk menghasilkan debunga yang halus warna kekuningan. Debunga didi dalam botol khas.
17/2/21... didapati seludang baru telah pecah. Boleh ambil separuh pelepah untuk kumpulkan debunganya.

Rekod biji yg keluar PD 1/2/22
1/2.... 28 biji
23/2...21 biji

20/2/22
Telah menetas, keluar tandan baru. 
Terdapat 27 ulas biji betina yang baru.
Ambil 13 pelepah. Akan proses untuk menghasilkan debunga yang baru.