nuff

Tuesday, April 19, 2022

Transformasi Ketiga Universiti Keempat

Pencarian nama untuk tajuk buku terbaru.

 Apa makna Transformasi Ketiga? Universiti Keempat?

Transformasi memberi maksud
kali ketiga melakukan anjakan besar serta menyumbang manfaat besar dalam kehidupan. 
Transformasi Pertama pada awal tahun 1972, berkaitan tindakan yang dilakukan tentang kaedah belajar Matematik. Hasilnya, memperolehi gred principal A subjek Matematik dalam pemeriksaan Sijil Tinggi Persekolahan.  Faedahnya sudah tentu amat besar sekali. Diterima belajar di Universiti. Bukan mudah untuk diterima belajar peringkat negara fading waktu itu. Seterusnya dapat kerja hingga bersara. Sewaktu bersara dapat pula ganjaran bulanan.
Transformasi kedua bermula tahun 2007 sewaktu saya bertugas  di Kuantan. Satu hari, sewaktu majlis perhimpunan pengakap peringkat negeri zeorang tokoh kanan negeri menghampiri saya dan berbisik, "Ya... perut awak dah ke depan". Terkejut besar mendengar teguran ringkas yang tepat kena batang hidung saya. Teguran ringkas itu sentiasa bermain di kepala. Terus keluar soalan, " apa yang mesti aku lakukan?" Pokoknya saya mesti lakukan latihan jasmani yang berterusan untuk mengurangkan lemak di bawah kulit perut. . ..... adalah aktiviti latihan jasmani mendaki bukit dan Gunung. Pemilihan aktiviti mendaki ini ada banyak sebab

Universiti pertama ialah Universiti Kebangsaan Malaysia. Belajar di sini tahun 1974 hingga 1977 dapat ijazah Sarjana muda Sains dan Diploma Pendidikan. Saya membuat pengkhususan bidang Fizik dan Matematik. Waktu tamat belajar pada usia 23 tahun. 

Universiti kedua ialah University of Ehime, Japan. Belajar di sini tahun 1986 hingga Mac 1990. Buat kajian perbandingan kurikulum matematik Malaysia - Japan. Saya memperolehi tajaan biasiswa MOMBUSHO Kerajaan Jepun. Saya dianugerah diploma lanjutan pendidikan Matematik. Usia saya sewaktu tamat dari Universiti ini ialah 36 tahun. 

Universiti ketiga ialah Universiti Putra Malaysia. Belajar secara part time, belajar Hari Sabtu dan Ahad selama dua tahun mulai 1999 dan tamat 2001. Saya memperolehi Master Sains Pengurusan.

Acap kali saya bercadang untuk belajar di peringkat Doktor Falsafah tetapi ada sahaja penghalangnya. Sebenarnya saya tidak bulatkan tekat untuk mencapainya. Akhirnya hingga saya tamat dari tugas sebagai Rektor sebuah Kolej Universiti, saya tetap kaku dalam merealisasikan angan2 itu. Boleh dikatakan angan- angan Mat Jenin sahaja.
Dunia pekerjaan makan gaji telah tamat pada usia 65+. 

Saya tidak boleh duduk diam, ada saja yang mahu dilakukan. Kini saya telah bebas dan tidak mahu lagi bekerja di bawah seliaan orang atasan. Saya mahu jadi kuli Dan juga jadi boss.

Saya pilih bidang Pertanian. Hampir tiap2 Hari saya pergi ke kebun. Kini telah dua tahun setengah saya berumur disinari matahari. Pada mulanya isteri saya WAWA menentang kegilaan saya itu. Beliau berkata, "cukup2lah, tak cukup lagi ke duit pencen?" Sakit telinga saya mendengarnya tetapi saya ambil tindakan kunci mulut tetapi saya tetap melangkah ke kebun. Yang peliknya setelah berulang ke kebun lebih dua tahun setengah, sedikitpun tidak terasa jemu. Setiap malam saya merancang apa yang akan dilakukan hari esok. Saya catatkan di dalam folder  Warisan Pesagi yang tersimpan di dalam Bloger. Di situlah tersimpan semua rekod perancangan dan pekerjaan saya. Siang saya merayau di dalam kebun sementara malam ralit pula dengan handphone

Saya merancang akan terus berulang alik dari rumah di kampung Sentosa ke Bukit Lompat ini selama empat tahun. Saya telah habiskan dua tahun setengah. Bermakna saya akan terus berjuang di sini sekurang-kurangnya satu tahun setengah lagi. 
Di sini saya tidak sekadar memetik hasil dan jualnya tetapi ada elemen penyelidikan membiak baik baka pokok kelapa untuk menghasilkan anak kelapa hibrid. Jika penyelidikan ini berjaya, faedahnya akan dinikmati open masyrakat. Namun begitu penyelidikan ini memakan masa yang panjang. Telah nampak kejayaan awal. 

Untuk melonjakkan keupayaan saya bekerja, perlu ada pondok untuk berihat mengembalikan tenaga, mandi manda, makan dan solat. Pondok ini juga jadi Pusat kawalan air untuk menyiram. Di sini jugalah tempat WAWA menyediakan makanan dan jadi tempat menenangkan fikiran. 
Di pondok inilah menghimpunkan semua gambar hadiah yang saya terima sewaktu bekerja. Gambar-gambar itu digayut pada dinging pondok. Di sini juga dipaparkan contoh buku yang saya tulis.

Disinilah Universiti Keempat saya. Jika dipanjangkan umur  usia saya ketika itu menlangkat 69+. UK adalah satu tempat menggambarkan aktiviti agro yang diadun secara harmoni sehingga menjadi taman yang suka dikunjungi.

Ada banyak cabaran di UK ini. Berikut adalah cabaran yang perlu dicapai.

Pertama...keluasan keseluruhan kawasan UK ialah 21.5 ekar. Purata bilangan pokok setiap ekar ialah 70 pokok. Maka bilangan pokok yang semestinya ditanam ialah 1505 batang.
Kedua.. menepati prinsip TSB iaitu tanam sampai berbuah. Untuk mencapai TSB perlu amalkan displin ABC iaitu air, baja, cahaya.
Ketiga.. pendapatan minima purata yang perlu capai setiap pokok di dalam kebun  ialah rm10 sebulan.
Keempat. Pada 30 September 2023 iaitu tarikh akhir selama empat tahun di UK ini, bilangan pokok yang telah berbuah mesti sekurang- kurangnya 50% . Pendapatan mesti mencapai 1505x.50x10= rm7525.
Kelima...Pada 30/9/2023 mesti berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 100 anak pokok kelapa hibrid. Ini adalah bukti kejayaan penyelidikan. Benih ini dibesarkan akan memenuhi ruang kosong atau menggantikan pokok yang tidak produktif atau sakit.
Keenam..Pada 30/9/2023 telah berjaya tut pokok durian penanti dengan benih hibrid sebanyak 20 pokok.
20/7/22.... telah laksanakan pokok pertama.✔teruskan.
Ketujuh.. Pada 30/9/2023 telah berjaya tut pokok limau kasturi sebanyak 300 pokok untuk ditanam di ruang kosong.
Kelapan.. berjaya melaksanakan prinsip kitar semula. Penyiraman pokok daripada air hujan yang dituai secara percuma sekurang2nya 20% daripada jumlah kegunaan air siraman. Kitar semula sisa makanan di rumah serta kulit buah dijadikan baja. Petik dahan berdaun hijau, kumpulkan supaya reput dijadikan baja kompos.
Kesembilan.. amalkan prinsip jimat, improve pendapatan. Gunakan yang ada.
..jimat masa
..jimat kos urus.
..baik pulih pokok limau kasturi... Trim... beri baja... cari pasaran.✔teruskan.
..selengara pokok pisang dan beri baja dan cari pasaran.
pokok kelapa MYD dan MRD... bersihkan, beri baja dan sembur racun ulat agar cepat besar.
Capita baja sendiri. 
📌telah memulakan usaha buat baja cecair.✔teruskan.
Kesepuluh.  berjaya menggunakan tanah secara optimum. Adunan penghasilan produk jangka panjang dan juga jangka pendek. Pokok durian pelbagai veriti mula berbuah tahun 2025. Pokok kelapa telah berbuah mulai tahun 2020.Buah kelapa muda telah memberi hasil yang awal. Pokok kelapa MYD dan MRD, lakukan polination untuk menghasilkan benih kelapa hibrid yang terkenal. Pokok limau kasturi sebanyak 40 batang menghasilkan  buah yang berkualiti. Buahnya diedarkan di daerah Maran mulai tahun 2022. Dahan pokok limau kasturi ditut untuk penjualan anak pokok. Pokok LK ini boleh hidup hingga 10 tahun. Di sini terdapat pokok pisang yang memberi pulangan pada peringkat mula penerokaan tanah tetapi beransur pupus bila pokok kelapa dan durian semakin besar. 
Kesebelas... pembinaan pondok sangat berfaedah.
10x tidur
3jam x 10 x 8 = 240 pokok berjaya dibersihkan rumputnya. Setiap pokok boleh dibersihkan hingga siap dan dibaja sekali sebulan.

Keduabelas.. masalah margin yang rendah. Hasil tidak setimpal dengan keluasan tanah. Langkah strategic.
1. Pulihkan pokok limau kasturi dan beri baja. Cari pelanggan di pasar Maran. 
2. Tut pokok limau kasturi.
3. Tanam rumput napear utk beri makan kambing BIRI2.
4. Jual hasil yang telah diproses. Misalnya jual air kelapa dalam botol.

Berasa lebih yakin dan bersemangat untuk terus berjuang menjayakan kebun ini apabila permintaan terhadap kelapa makin rancak. Begitu juga permintaan limau kasturi. Ada beberapa pokok limau kasturi dan kelapa perlu dibebaskan segera dari semak samun.


Ketigabelas.... satu lagi usaha untuk mengatasi masalah margin yg rendah iaitu tanam sekurang2nya 1000 lubang pokok rumput napier. Seterusnya pelihara kambing biri2. Kerja menanam telah mulakan pada 1/8/22. Buat reban pada bulan September 22 dan mulakan memelihara pada bulan NOVEMBER 22.

No comments:

Post a Comment