Tujuan...mahu menghasilkan buah lebih dari 4 biji setiap tandan.
Pokok ini sangat kurang buahnya.. dalam satu tandan paling banyak 3 biji, itupun jarang. Kebiasaannya sebiji atau dua biji sahaja.
Sewaktu seludang memecah, biji betina didapati sentiasa melebihi 20 ulas. Dikira banyak.
Saya masih mengkaji apa sebab buah yang lekat amat sedikit.
Ada kemungkinan debunga yang dihasil oleh pokok ini sambang?
Ada kemungkinan ketika debunga tersebut biji betina belum matang? Atau biji betina matang lebih awal?
Untuk menjawab pertanyaan ini, saya sediakan debunga dari pokok J1, lakukan pendebungaan secara berbantu.
Jawapannya boleh diketahui dua bulan akan datang.
Rakam pada 6/2/2022.
Ini adalah seludang sebelah kanan yg baru siap proses kawin bunga. Kelihatan 13 biji benih masih lekat.
Yang ini tandan sebelah kiri yg lebih awal dikawinbunga. Bilangan biji yg tinggal tidak sampai 10 ulas.
Yang ini tandan sebelah kiri yg lebih awal dikawinbunga. Bilangan biji yg tinggal tidak sampai 10 ulas.
10/2/22... diperhatikan buah yg lekat adalah 1/3 dari pangkal tandan.
14/2/22.... buat polination.
15/2/22.... buat polination.
18/2/22
Kelihatan seludang baru pecah. Biji benih betina ada 17 biji.
14/4/22
Putik yg membesar hanya sebiji shj. Tidak ada kesan positif.
Kesimpulannya.. tindakan buat pollination tidak menghasil tg positif. Buah ya sedikit bukan sebab kegagalan polination semulajadi.
Kena cari kaedah lain
Pendapat pakar Rosman.... Bakar pangkal pokok. Longgokkan daun dan pelepah kelapa di bawah pokok.
25/6/22
ambil tindakan bakar pelepah kelapa di bawah pokok. Asap panas naik ke atas hingga seekor tikus melompat terjun. Mahu ulang minggu depan.
🌿siram keliling
🌿tabur 3kg garam
🌿tabur baja NPK 15×3
🌿tabur baja NPK12.12.17
🌿bakar kali kedua.
1/9/24
Tondakan tebang. Tamat riwayat
No comments:
Post a Comment