nuff

Showing posts with label Bapa Hebat. Show all posts
Showing posts with label Bapa Hebat. Show all posts

Friday, October 17, 2014

Makan free di R&R Gambang

Saya pilih gerai ini untuk beli nasi untuk lunch.

Saya pilih lauk ikan bawal sederhana. Sayur terung dan taugeh goreng. Tambah sambal. Seorang pekerja lelaki yang melayan saya. 
Lepas itu saya tanya, "Berapa harganya?"
"Hari ini saya belanja cikgu."
Saya tergamam. Saya nak bayar juga. Tetepi berkali-kali dia menolak bayaran. Akhirnya saya kata, "Terima kasih."
Sewaktu menikmati makanan... terasa kasihan pula kepada pemuda itu kerana saya ambil ikan bawal. Selepas makan saya tanya pemuda itu. "Awak dah kawin?"
Dia kata sudah. Saya tanya ada berapa orang anaK? Dia kata tiga. 
Saya terus menuju ke kereta dan ambil sebuah buku yg saya tulis tajuknya BAPA HEBAT.
Saya berjalan semula ke gerai ABY ND. 
Saya menemui semula pemuda itu. Saya terus bekata, "Oleh kerana awak dah jadi bapa.. sila baca buku ini. Saya hadiah kepada awak buku ini."
Bukan main suka pemuda itu.
"Terima kasih cikgu."


Leretan daripada peristiwa itu.
Rupanya hubungan murid-guru tidak putus. Saya mula berfikir, "adakah aku mengajar bersungguh-sungguh pemuda itu sewaktu dia di bangku sekolah dulu?"
Aku berkata kepada diriku sendiri, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama."
Berhati2lah bila diberi tugas... lakukan dengan ikhlas dan sesungguh hati.

Wednesday, August 13, 2014

KEGEMBIRAAN SAYA

Syukur alhamdullilah... tahun ini telah berjaya terbit tiga buah buku. Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. 

 Buku ini diterbit dalam SIRI TINTA PRESIDEN. Penerbitnya ialah Anjung KIPSAS Sdn Bhd.

Buku WATAK GURU adalah hidangan untuk para guru. Saya olah kembali peristiwa bersama guru di bilik darjah dan juga di luar bilik darjah. Banyak amalan dan watak positif yang boleh ditiru. Guru muda boleh mengelak diri dari melakukan kerja yang tidak berfokus melalui pembacaan buku ini.

Buku RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK untuk pelajar. Saya imbau kembali pengalaman berubah .... ikut kaedah belajar yang diamal oleh pelajar cemerlang. Memang berbaloi... saya berjaya dapat prinsupal A dalam peperiksaan STPM walaupun SPM dapat C6 sahaja. Rupanya kita mampu mengubah kecerdikan kita.

Buku BAPA HEBAT untuk santapan kaum bapa. Saya paparkan pengalaman yang saya lalui. Ayah walau sepayah mana tetap menguruskan persekolahan saya.

Thursday, May 8, 2014

Siri TINTA PRESIDEN

Saya sedang menyiapkan buku terbaru WATAK GURU dalam Siri TINTA PRESIDEN. Kalau tiada aral meluntang.... akan terbit pada 11 Jun 2014. Buku yang telah diterbitkan ialah RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK dan BAPA HEBAT.
 
 Saya merakamkan satu memori istemewa, menyemak draf buku Watak GURU sewaktu menghirup kopi di Caffe Concerto, tengah kota London pada 08 Mei 2014.