nuff

Monday, April 5, 2021

POKOK DURIAN TOK LITOK

Satu pokok yang istemewa di kampung Budu, Kuala Lipis. Rasa isinya enak. Rupanya seperti durian tembaga. Bijinya sepet dan isi tebal. Paling penting ia berbuah tiga kali setahun. Ini membuat saya ingin menanamnya.
Saya dapat lima pokok hasil cantuman tunas Tok Litok kod D169 ini terhadap pokok penanti dari baka kampung. 
Lokasi.. teres atas jalan tengah, dekat pondok baru.

Lokasi.. teres kedua atas jalan tengah, dekat pondok baru. Jangan biarkan dahan tok litok melempai. Tambat dahan itu kepada pokok induk.

Lokasi.. teres bawah jalan tengah, dekat pondok baru.

Lokasi.. teres ketiga, diapit oleh pokok pisang.

Lokasi.. teres bawah jalan tengah, 100 meter kebarat dari pondok baru.

Tindakan
1. Letak tong biru dekat setiap pokok.
2. Isi air ke dalam tong.
3. Mahu beli 5 pokok lagi. Cari tempat hendak tanam. Tandakan untuk gali lubang.
     .🌿 tanjung dkt pokok kelapa
     .🌿 tanjung dkt pokok durian tinggi.
     .🌿 lereng sebelah jalan tengah.
     .🌿 teres penuh lalang.
     .🌿 teres penuh lalang.

14/4/21..... buat tinjauan.... ok daun hijau subur.

Beri baja NPK 15x3 satu jemput dan siram 15/4 hingga 22/4.

No comments:

Post a Comment