nuff

Saturday, April 24, 2021

KABUR TERHADAP MASA DEPAN KEBUN

23.4.2021
Hari ini aku masuk kebun sendirian kerana pembantuku Amir pulang ke kampungnya Lombok dua hari lalu. Tidak tahu apa yang hendak dilalukan. Terasa tidak yakin untuk meneruskan usaha menjayakan kebun seluas hampir 20 ekar sendirian.
Amir beria-ia mahu pulang. Banyak kali dia merayu. Alasannya ibu sakit. Bukan aku tidak bagi tetapi waktu Covid ini ada banyak penghalangnya. Pertama tiada penerbangan terus ke Lombok. Kalau ada pun pasti tambangnya mahal. Keduanya jika pulang sekarang ke Lombok entah bila pula boleh kembali semula ke sini kerana kerajaan Mslaysia tidak membenarkan  rentas negara pada waktu ini. 
Satu Hari Amir menunjukkan kiriman Short Massege System daripada anak saudaranya yang menyatakan " pulang segera kerena ibu sakit keras". 
Seterusnya Amir memberitahu ada agen yang menguruskan tiket kapal terbang, namanya haji Nurman skap bagi nombor kontek sekali. Saya terus menghubungi Nurman bertanyakan tiket. Nurman katanya harga tiket bulan April sangat mahal iaitu rm1050 tidak termasuk castle bagasi. Kalau bulan Mei sekitar rm550 sahaja. Saya ceritakan harga tiket kepada Amir lalu beritahu mahu tiket bulan Mei. Tiba-tiba keesokan harinya Amir menyatakan dia pening kerana keluarganya desak pulang segera. Dia terpaksa memilih tiket yang mahal itu Walaupun saya kurang setuju tetapi ikutan sahaja kerana wang gajinya bulan March masih dalam tangan saya. Keseluruhan belanja perjalanan dari kebun ke KLIA2, bagasi dan tiket berjumlah rm1450. Hampir licin wang upah kerja satu bulan. Walaupun says rasa terkilan tetapi saya uruskan perjalanannya hingga dia sampai di KLIA2. Urusan swab test covid19 juga saya uruskan di Klinik Sulaiman Temerloh. Nasib baik keputusannya not ditected. Maksudnya tidak dijangkiti. Maka Amir dibenarkan pulang menaiki kapal terbang AirAsia terus ke Lombok pada 21/4/2021 jam 9.40 pagi. Pada sebelah malam saya menghubungi Amir melalui SMS bertanya berapa Hari kena kuarantin. Amir membalas mengatakan dia tidak dikurantin, sekarang sudah sampai di rumah. Rupanya surat laporan Klinik Sulaiman itu laku di Indonesia. Saya gembira kerana Amir dapat bersama ibu diwaktu begini. Sewaktu saat akhir ini saya tidak tunjukkan bahawa saya amat berharap Amir akan kembali semula  malah saya terpaksa mengandaikan Amir tidak akan kembali lagi ke sini. Andaian ini adalah bedasarkan situasi penarik covid ini. 
Kini saya kehilangan khidmat pekerja yang gigih. Saya perlu mencari jalan untuk penerusan usaha pekebunan ini walaupun amat perit. Namun begitu saya yakin akan berjumpa dengan pekerja tempatan pula. Sebenarnya kebun ini telah siap kerja menanam. Ada pokok kelapa telah berbuah tetapi pokok durian masih kecil, perlu penjagaan yang rapi. Kerja utama kini ialah membaja, menyiram, membenteras rumput dan memetik buah. 

24/4/21.
Melawat barisan pokok lada , kebanyakannya subur. Ada yang telah berbuah. Pergi pula ke kawasan pokok bendi. Kelihatan rumput lebih laju dari pokok bendi. Pokok yang kecil semakin longlai. Ada juga yang subur. Dapat petik buahnya untuk hidangan berbuka puasa petang ini.
Syukur kelapa Allah atas rezeki ini.
Saya berjalan di teres sebelah barat. Pergi ke sebatang pokok kelapa yang dikelilingi rumput tebal kelihatan seperti tidak diselenggara. Rasanya sudah setahun saya tidak jenguk pokok ini.  Banyak buah yang tua dan sedang buat inti. Saya petik dari tiga tandan dapat 21 biji. Saiz buahnya besar. Saya kupas di pangkal pokok. Terasa penat untuk menghabiskan 21 biji. Kalau ada Amir saja suruh dia aja. "Aku boleh lakukan", itulah ungkapan yang melintas di fikiran saya. Banyak jasa pokok ini. Saya mahu datang lagi minggu depan untuk bersihkan kelilingnya dan beri baja. Tetapi saya telah kelethan bukan kepalang. Perlu rehat sebentar untuk kembalikan kecergasan. 
Kini potong pelepah pisang pula. Mahu kumpulkan 10 helai daun pisang. Rupanya bulan puasa ini daun pisang jadi permintaan kepada pembuat kueh berbuka puasa. Saya jual 50sen satu pelepah. Rasanya harga 50sen itu sangat mudah. Tak kiralah asal ada masuk. Lagipun pelepah pisang dikira berlambak. Memang bagus ada permintaan di bulan Ramadan ini. 
Kerja terakhir, membancuh baja dan siram kepada tiga batang pokok durian.
Inilah pembuka kepada tugas sebagai petani sepenuh masa bekerja seorang diri.
Dalam perjalanan pulang singgah di warong Long memunggah kelapa dan daun pisang yang dipasang, dapat rm39. Rezeki dari titik penuh sendiri. Bukan mudah untuk memperoleh sebanyak itu. Syukur alhamdulillah, satu permulaan yang menarik.

25/4/21
Pergi ke kebun belakang. Aku berjalan dalam barisan kelapa. Terasa mahu tewas bila melihat pokok yang telah berbuah tetapi buahnya sedikit pada setiap tandan dan kecil pula. Kalau nak jual entah berapa sen sebiji? Saya tidak boleh biarkan pokok yang kurang subur begini. Majalah Info Pertanian edisi 60 ada menerangkan tentang tanaman kelapa. Arkikal itu membuktikan bahawa pokok yang diberi garam menghasilkan isi yang lebih tebal Dan saiz buah yang lebih besar. Ini adalah laporan yang merujuk kepada tindakan petani di Filipina. Saya perlu ambil tindakan segera beri garam kepada pokok yang yang telah berbuah itu.

28/4/21
Dua minggu ini hujan kerap turun jadinya selamat masa menyiram. 
Saya beri tumpuan menabur garam kepada pangkal pokok kelapa. Saya beri 1.5kg setiap pokok. Hari ini hanya terlarat beri kepada 32 pokok. Sewaktu berjalan menuju pokok kelapa,  didapati banyak, tidak kurang 10 pokok yang kerdil dari jenis kelapa kuning. Ini adalah benih Mataq yang tidak menjadi, kemungkinan kembali kepada baka asal sebelum kacukan. Inilah keburukan membeli benih Mataq F2. Tidak ada jaminan. Sewaktu mahu membeli benih kelapa Mataq ni pakai hantam aja, tidak tahu pengertian F1 dan F2. Padahnya bertahun kemudian, lima tahun kemudian. Apa nak buat sekarang? Mahu biarkan pokok yang tidak memberi hasil yang memuatkan tetapi terus menyedut baja. Membazir ruang. Menaungi pertumbuhan pokok lain? Ada berfikir mahu lupuskan sahaja, boleh ganti dengan pokok lain seperti Mastar, Cempedak atau rambutan. Elok juga tanam rambutan boleh cucu berlatih memanjat. 
Sempat juga memetik lima biji buah nanas MD2 yang telah masak. Sebiji beri kepada adik dan empat lagi letak di kedai Gurney di pekan Tajau. Harga empat biji itu ialah rm29. Daripada jumlah itu, saya akan dapat  rm23. Kais pagi makan pagi nampaknya.

29/4/21
Sudah dapat pembantu, Nawar namanya. Saya beri tugas urus kebun belakang. Nawar mula bertugas esok. 
Sungguh cepat rumput menyurung. Ada pokok kelapa dan durian telah dipanjatnya. Tidak sesaat pun berhenti malah ia sentiasa menyurungkan pucuk yang baru. Jadinya, satu faktor kejayaan berkebun ialah jika kita berjaya menghapuskan rumput. Kebun nampak bersih.
Tugas berat Hari ini ialah menebang pokok pisang berangan. Aduh beratnya setandan memanag tidak terangkat. Yang satu tu ada sembilan sikat, tidal kurang 18 kilo. Yang satu lagi ringan sedikit, ada enam sikat. Saya leraikan menjadi sikat. Saya angkut tiga sikat sekali jalan menuju ke kereta. Inilah pengalaman pertama sejak bertahun menanam pisang. Selama ini Amir yang laksanakan tugas ini. Tidak mengapa, "aku sedia menghadapinya." Kini mental dan fizikal saya telah bersedia menghadapinya. Tenaga kurang tidak mengapa, angkut banyak kali.
Semalam nampak satu anak pokok durian MK tidak ada atap jaring. Pagi ini saya bawa empat batang tiang besi dan jaring. Lima minit siap memasangnya.
Beberapa minggu lepas sebatang pokok durian tinggi enam kaki, pucuknya melempai masih belum dipasang tiang penyokong. Pagi ini saya pasang batang besi L menegak berhampiran pokok. Lepas itu pautkan hujung pokok dan tambat pada batang besi L itu. Baru sedap mata memandang. 
Berjalan di kawasan nanas, petik tujuh biji nanas yang telah masak. Seronok menguruskan nanas kerana dapat permintaan hangat. Tanaman kontan yang saya usahakan ialah nanas dan pisang. Nampaknya nanas lebih laju.
Akhir sekali memetik 20 pelepah daun pisang yang dioder oleh Long. Ini satu kerja yang ringan. 
Sempat juga mencantas beberapa batang pokok pisang yang menaungi pokok kelapa dan durian.
Saya pulang jam 2 petang. 

30/4/21
Awal pagi sudah sampai di kebun. 
Berjalan di teres kedua hingga ke hujung. Terdapat 10 pokok durian, ada yang subur telah lebih tujuh kaki , ada yang kerdil. Yang kerdil perlu dirombsk sedikit permulaan tanah dijangka pokok. Beberapa batang pokok pisang kelihatan menaungi pokok durian, terus dicantas. Teres ini terlalu padat, pokok pisang diperlukan penjarangan agar pokok yang tinggal lebih subur. Pokok lemon perlu dihapuskan boleh mencuri baja dan menghalang pergerakan. Pokok durian perlu diberi baja. 
Sempat mencantas jantung pisang. Jantung perlu dibuang agar zat makanan pergi 100% kepada buah. Jantung pisang berangan saya kumpul untuk bawa pulang. Jantung pisang berangan boleh buat ulam atau masak kerabu.
Pagi ini saya menabur garam keliling pokok kelapa. Habis satu kampit 25 kg diagihkan kepada 15 pokok. Sewaktu melalui lorong kelapa  terasa amat padat dengan pokok durian belanda dan  limau kasturi. Sudah sampai made pokok tersebut dihapuskan supaya kelihatan lawas dan tiada lagi perkongsian baja. Jumpa satu batang buahnya saiz A. Terdapat enam  biji yang telah tua. Semua says kotak kuatnya Dan bawa pulang. Kelapa tua memang tinggi permintaan dekat raya ni. Orang cari kelapa untuk buat lemang. Ada dua batang dikelilingi semak, perlu dibersihkan segera.
Di tepi tebing ini kelihatan sebatang anak pokok durian tinggi tiga kaki, kelihatan segar tetapi dikelilingi rumput tebal. Sudah tentu baja telah dirsmpas open rumput list tersebut. Sepuluh minit kemudian keliling pokok durian kelihatan bersih. 
Tiga jam kerja tanpa henti, rasa tercungap. Ini adalah satu latihan yang baik. Mahu cuba lagi hari esok, maju kekalkan kerja tiga jam bermula awal pagi. 
Sebelum ini saya suruh sahaja Amir laksanakan semua kerja itu. 
"Selamatkan pokok yang ditanam." Itulah yang saya fikirkan. 
Saya perlu teruskan usaha secara berterusan tiap-tiap hari. 

Tugas 1/5/21
1. Beri baja kpd pokok durian teres dua.✔12 pokok semuanya.
2. Buat penjarangan pokok pisang teres dua dan pertama.❌
3. Tabur garam kpd 15 pokok kelapa.✔
4. Beri taklimat kerja kpd Nawar.✔
5. Petik kacang bendi utk mkn sendiri.✔
6. Petik nanas.✔ dapat 14 biji.
7. Hantar pisang n nanas ke kedai Gurney.✔

1.5.21
Saya merancang tugas yang akan dilakukan. Pada waktu malam 30/4/21 saya tulis apa yang akan dilakukan.
Senang begini, apabila masuk kebun terus sahaja jalankan kerja ikut senarai tugas. 
Sewaktu mencari nanas yang telah masak, rupanya banyak lagi yang masih muda. Buah nanas mampu menambah pendapatan. Untuk itu perlu lakukan kerja membungkus buah muda sebagai perlindungan daripada musuh.

Tugas 3/5/21
1. Bungkus buah nanas.✔teruskan
2. Petik 50 helai daun pisang..✅Siap 20
3. Kupas 20 biji kelapa tua.❌
4. Tinjauan kebun belakang Dan kasturi nanas.✔ 
5. Hantar empat kampit garam ke kebun belakang.✔

2/5/21
Hari ini saya berbarinag sahaja sepanjang Hari di rumah, Hari malas malasan. Banyak masa aku berbaring di kerusi sofa. Namun begitu fikiranku tetap berada celah pokok kelapa di kebun. Memikirkan pengeluaran hasil yang rendah. Pendapatan yang tidak sempadan dengan kos keseluruhan. Projek ini masih belum boleh berdikari. Injection modal dari luar masih diperlukan. Inilah ketika yang getil, critical point, perlu lalui dengan penuh hikmah, tenang dan cuba selesaikan dengan bijak. Aku berada di pertengahan perjalanan. Jika berhenti, alamatnya modal yang ditabur akan hangus. Hanya tinggal tanah yang dipenuhi semak. 
Bulan ini aku menjangkakan pendapatan paling rendah iaitu sekitar rm1100 sahaja. 

3/5/21
Untuk mendapat gambaran yang jelas tentang untung nasib kebun, saya merayau melihat pokok-pokok. Kelihatan 10 batang pokok durian telah melonjak lebih dari lapan kaki. Kalau pokok kelompok ini terus subur mungkin empat tahun lagi, tahun 2025 mula berbuahlah. Ada 20 pokok tinggi antara empat hingga enam kaki. Jika dapat air dan baja rasanya tiada masalah akan belajar berbuah tahun 2026. Yang lain, ada yang tinggi tak sampai dua kaki, bantutlah agaknya. Diringkaskan cerita, pokok durian memang tidak boleh membantu untuk tempoh masa empat tahun ini. Malah sentiasa memakan budget untuk baja, racun dan upah kerja.
Berjalan di kawasan nanas pula. Ingatkan pokok nanas ini telah pupus tetapi dia mahu beri sambungan juga. Dapat sebiji kira-kira tiga kilo. Masih banyak yang akan masak bulan Mei dan Jun. Syukur alhamdulillah. Kena ambil tindakan membungkus dengan segera. Dalam saat kekurangan hasil, muncul nanas untuk melepaskan sesak.
Sebelum pulang sempat memetik 20 pelepah daun pisang. Ini kerja yang mudah, dapat juga rm10. Saya akan jual apa sahaja yang laku dari kebun ini. Waktu ini projek kebun sangat membutuhkan wang. Perkataan yang kerap disebut Amir.

4/5/21.
Pagi ini ronda periksa pokok durian yang kecil, D169 Tok Litok, D197 MK dan D200 DH. Begitu pantas rumput liar menyerang. Setiap pokok Kena cabut rumput kelilingnya. Selepas ini mesti guna mesin rumput. Pokok kelihatan subur tetapi rumput sentiasa menyerang. 
Kerja kedua ialah membungkus buah nanas yang telah matang, kira-kira satu bulan lagi akan masak. Buah yang hampir masak sering digigit dan ditebuk binatang, mungkin tupai. Sempat menyarung 15 biji sahaja, akan sambung lagi esok. Sewaktu memang saring, terjumpa tiga biji nanas yang masak.

Puas juga mencari pokok yang ada kelapa yang telah tua, akhirnya dapat kumpul 26 biji. Kali ini aku terpaksa kupas sendiri. Sebelum ini beritahu sahaja kepada Amir, tahu tahu beres aja. Tidaklah terlalu sukar asal ada kemajuan tetapi penat juga. OK aku masih boleh melakukannya. 
Akhir sekali mencantas 30 helai daun pisang. Pilih yang lebar dan tidak pecah. Ini adalah kerja yang senang.  
Syukur alhamdulillah aku masih berupaya bekerja di kebun. 
"Ya Allah Tuhan yang maha kuasa, berikanlah kesihatan yang baik kepadaku agar dapat terus mencari rezeki dari muka bumi ini.. aminn".
Sewaktu perjalanan pulang aku agihkan nanas, daun pisang dan buah kelapa di warong Sungai Kundang, Kedai Gurney dan Warong Long. 
Syukur alhamdulillah dapat rm72 hasil dari kebun.

5/5/21
📌Ronda tengok pokok durian dan petai. Bersihkan rumput di pangkalnya.✅dapat tengok empat pokok sahaja. Perlu teruskan segera kerana rumput kuat menyerang.
📌Bungkus buah nanas dan kutip nanas yang masak.✔. Masih banyak yang belum dibungkus. Perlu teruskan.
📌Petik dan kupas kelapa tua.❌
📌Beri baja yang dibancuh kepada pokok durian. ❌

Memeriksa pokok durian dan petai. Tidak terkejar jika mahu cabut rumput dengan tangan, mesti pakai mesin rumput. Ada yang telah tinggi melebihi sekaki. Rumput lembu seperti lalang itu amat laju membiak dan meninggi. Rumput ini tidak boleh dibiarkan hidup nanti habis kawasan ditawannya. Bila sudah besar memang sukar untuk menewaskannya.
Tunggu lepas bulan puasa mahu potong guna mesin rumput, 10 Hari lagi.

 Dalam semak ini rupanya ada sebatang pokok durian yang pelindung. Terbiar lebih dari dua bulan. Segera bersihkan kelilingnya. Mahu teruskan membersih dan beri baja.


  Membungkus nanas yang telah matang kira2 dua minggu lagi akan masak. Perlu teruskan lagi. Sambil itu petik empat biji yang telah masak.
Tebang sebatang pokok pisang nangka yang tua. Buahnya mahu buat kerepek. Beratnya 10kg, boleh dapat rm30. Telah ditempah oleh abang Jama.
Akhir sekali cantas daun pisang 20 pelepah. Long mahu yang lebar dan tiada kecacatan. Aku penuhi kehendaknya. Ini adalah kerja yang senang, 15 minit sahaja siap.
Singgah di kedai Gurney mahu jual nanas, dapat rm21. Kemudian singgah pula di warong Long untuk menyerahkan daun pisang pula, dapat rm10. Syukur alhamdulillah. 
Kais pagi makan pagi. Kerja separuh hari dengan kerat sendiri dapat rm51.

9/5/21
Berjalan di lorong kelapa tepi paya. Kelihatan separuh lagi belum berbuah. Ada 200 yang ada potensi berbuah awal tahun 2021 jika pokok sihat, menerima cukup baja. Di inilah terletak kunci kejayaan. Oleh itu perlu ambil tindakan pemulihan dan penyuburan. 

11/5/21
Kini kena kupas sendiri bila ada permintaan. Waktu ketiadaan  pekerja, semua mesti lakukan sendiri. Tiada masalah, sky boleh lakukan. Ini kerja yang senang.

13/5/21.
14/5/21.
  Sebelah petang selepas asar, pergi kebun potong rumput keliling pokok durian. Dulu pekerja yang lakukan tetapi kini mesti lakukan sendiri. Kalau dibiarkan pasti pokok akan diteruskan oleh sebagai jika rumput.
Kena beri tumpuan seminggu untuk siapkan kerja mencuri ini.
15/5/21.. Mahu cuci rumput 30 pokok dan beri  baja.
Sudah bersih. Berjaya bersihkan 22 pokok.
Akan teruskan pada 16/5/21.
Hari ini 16/5/21 telah memberi kejayaan psikologi atas kejayaan membersihkan 43 pokok durian dan kelapa.
Satu daripada 43 pokok yang dicuci pangkalnya. Hari ini saya bekerja selama empat jam menggunakan mesin rumput galas. Saya memulakan tugas jam 8 pagi. Inilah rahsia kejayaan iaitu datang awal. Perlu jadi amalan hadrian.

17/5/21
🌿pergi kebun 7 pagi...❌...7.15
🌿beri baja kpd pokok yg cuci semalam.✔
🌿cuci pangkal pokok...26 pokok.✔
Rehat sebentar untuk perjalanan yang lebih jauh. Kini aku yakin boleh mengurus kebun ini. Tabur baja penggalak akar kepada pokok tinggi empat kaki pada hujung bulan Mei 2021.

14/5.... 9.....9
15/5....22...31
16/5....43...74
17/5....26...100
18/5....19...119
19/5...17...136
21/5...21...157
23/5....22...179
24/5 ... 32...211
30/5....7...218
2/6....13...231
5/6....13...244
6/6......8...252
7/6....10...262
8/6....11...273
9/6... . 8...281
10/6....15...296
11/6...3.....299
12/6...1....300
13/6...2....302


18/5/21
🌿. Pergi kebun 7 pagi....✅
🌿. Ambil daun pisang 10 pelepah✔
🌿. Beri baja kpd pokok d n k✅
🌿. Cuci 30 pokok d n k...✅19 shj.

Tidak boleh berhenti.
Berhenti bermakna kecundang.
Jangan tunggu orang disaat genting ini.
Tingkatkan pengeluaran kelapa.
Urus penghasilan nanas dan pisang. 

19/5/21
Pertama kali sampai di kebun jam 8pagi. Setelah buat persediaan, 8.20pagi memulakan kerja memotong rumput menggunakan mesin galas. Berjaya cuci 17pokok dalam masa 2 jam.

21/5/21
.🌿Pergi kebun jam 7.10pagi.✔
🌿. Potong rumput keliling pokok durian n pokok kelapa..target 21 pokok..✔
🌿Tabur baja keliling pokok durian n kelapa yg baru tebas.❌
🌿. Petik pisang dan nanas..✔
🌿. Petik jantung pisang.✔

Sebulan sudah aku ketiadaan pembantu. Kini aku sudah dapat rental untuk meneruskan kerja di kebun ini. Petua paling asas ialah masuk kerja awal pagi. Mampu buat kerja dua jam. Selepas itu rehat sebentar untuk pulihkan tenaga. Minum air bekal, air masak kosong.

22/5, 23/5 & 24/5
🌿. Beli plug.✔
.🌿 beli minyak petrol
🌿. Pungut Buah kelapa sawit.✔
🌿. Potong rumput keliling pokok durian n kelapa....22 pokok..✔sambung lago.
🌿. Petik pisang berangan dua tandan..✔
🌿. Siram baja 18x3 kepada pokok kelapa.❌
🌿. Ambil gambar pokok kelapa.❌✔
🌿. Ambil 20 biji buah kelapa muda.✔
🌿 beri baja kpd pokok yg baru cuci.✔


Mula mendapat keyakinan setelah boleh bekerja empat jam sehari. Masuk kerja seawal 8 pagi. Rehat 15 minit selepas bekerja dua jam. Kemudian bekerja lagi dua jam. "Ikuti kegigihan bapamu."

31/5/21
Kegagalan adalah disebab lewat datang.ke Kevin. Bila matahari telah menyinar tarik memang tidak berupaya untuk meredah kebun. Di sinilah persimpangan untuk berjaya atau gagal. Bangun 6 pagi. Keluar rumah 7 pagi. Jadikan kebiasaan.

2/621... lewat lagi... inilah punca kegagalan. Mesti elakkan.

5/6...sampai 8.30pagi. Banyak kerja boleh buat.
7/6...potong rumput dan tabur baja dua jam. Kalau dapat beri dua jam untuk maintenance. Satu jam kutip buah.

12/6/21.. melawat tanjung ulu, nak tengok lapan pokok yang ditanam di situ. Aduh semuanya sudah tak nampak, rumour di keliling sangat tebal.
Kini aku dipersimpangan antara berjaya atau gagal. Jika mahu berjaya mesti rendah dan tebas dahulu pokok liar di keliling, kemudian mesin dan beri baja.
Berjaya membersihkan satu batang pokok durian dan satu batang pokok petai. Berjaya sampai ke satu teres yg ada tiga pokok kelapa. Esok pokok ini mesti dibebaskan dari semak samun dan berikan baja serta garam. Pastikan tiada pokok yang tertinggal.





2 comments:

Anonymous said...

Takziah, atas masalah pihak encik. MOGA MASALAH/PEKERJA DAPAT SELESAI LEBIH BAIK.

Pada pandangan saya tuan perlu menukar 1/2 luas tanah, kepada tanaman kekal spt getah/sawit. Supaya tuan ada pendapatan yang terjamin setiap bulan, walaupun tidak besar mana.

Hasil itu nanti dapat menampung pendapatan dari tanaman kontan.

Tuan hanya perlu menanam tanaman kontan yang perlu/sesuai sahaja, tidak perlu terlalu banyak jenis. Kerana akan terdapat byk masalah setiap jenis tanaman kontan (masa n wang). Cukup 2/3 jenis (seperti pekebun di tepi SK CHENOR, hnya timun n terung sahaja)

CARI ORANG MUDA PESAGI, TAPI SECARA JUJURNYA SUSAH NAK JUMPA. TUAN PERLU MENGASUH/ MENGAJAR MEREKA (mungkin memerlukan 2 tahun baru mereka faham)

CARI 2 ORANG PEKERJA, SURUH MEREKA KERJA BERGILIR HARI (bila mereka sudah faham). BAGI IMBUHAN JIKA TANAMAN KONTAN MENCAPAI TARGET/SASARAN. Kerana ianya boleh meningkat mutu kerja mereka akan datang.

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih atas pandangan yang bernas itu. Saya telah jumpa seorang budak kampung yang mahu kerja...nampak ok Dan boleh dibentuk...mudahan berkat usahanya boleh bantu saya..insyAllah.

Post a Comment