Aku perlu buat tindakan drastik untuk mendapat pendapatan sampingan segera disamping meneruskan usaha menjaga tanaman jangka panjang.
Aku bersyukur ke hadrat Allah yang maha berkuasa lagi penyayang kerana memberi kesihatan yang baik kepadaku. Inilah kelebihan yang tidak ternilai. Dengan itu aku boleh merancang dan berusaha.
Dahan pokok limau nipis dan limau kasturi yang aku bersama Lihi tut pada bulan November tahun lepas sudah mula dipindahkan ke dalam polibag sejak awal bulan Januari ini. Hingga saat ini sebanyak 40 pokok telah terjual. Aku yakin 60 pokok boleh habis dijual. Ini mendatangkan pendapatan tambahan bulan Januari ini sebanyak rm570.
Aku telah belanjakan rm700 untuk membeli lima bag baja NPK 16x3. Baja itu ditabur keliling pokok pisang. 800 pokok mendapat faedah. Aku mahu beri baja NPK 12-12-17 pula kepada 400 pokok yang tinggi 7 kaki ke atas. 400 pokok lagi yang kecil beri baja 16x3. Saya percaya jika kita beri baja dan air kepada pokok, ia akan balas dengan hasil yang lebih banyak. Itulah yang aku harap. Ini adalah satu hukum tindak balas. Adakah benar andaian aku? Jika hasil pisang bulan Februari meningkat lebih dari rm700 daripada biasa maka sndaian aku ada kebenarannya. Ada frsa motivasi menyebut, Wright action bright future. Untuk menghasilkan pisang yang subur dan buah yang lebat dan gebu perlu ada ABC iaitu air, baja dan cahaya. Sekarang aku gali lubang untuk tanam pisang guna jentera JCB. Lebih pantas dan jimat tenaga pekerja. Dulu aku suruh pekerja yang gali. Tentulah lubangnya tohor dan hanya sedikit sahaja ruang untuk isi baja. Satu kampit baja organik boleh isi lima lubang. Kini aku isi satu kampit untuk satu lubang.
Sebelum tidur aku telah mencatat apa yang mahu dilakukan esok. Tiap-tiap pagi aku memandu hilux selama 45minit untuk sampai ke kebun di kampung Lompat, Pesagi. Kerja utama aku berjalan sepanjang teres, melihat anak pokok durian Musang King(30), Duri Hitam(120), 101(7), Teka(4) dan Udang Merah(5). Kebun ini bukan bersih sangat, rumput lebih sekaki terpaksa aku redah. Air hampir tiap-tiap hari akan membasahi tanah di keliling pokok. Rumput liar tidah jemu tumbuh di keliling pokok. Itu peluang aku mencabutnya. Sekali sebulan tabur baja ikut sukatan berdasarkan saiz pokok. Ada juga tersassul, sebatang pokok beri baja dua kali dalam masa dua hari. Untunglah pokok itu dapat makan nasi tambah.
Sungguh memeranjatkan. Pokok yang beruntung itu berubah wajah. Sungguh kasihan, daunnya semua layu. Memberi makna yang mendalam. Mesti ada sebab dan ada akibatnya. Kasihan, pakok tidak dapat menampan diri dari perbuatan manusia yang mengasarinya. Kalau binatang, terasa sangat panas akan lari ke tempat lain sera mengeluarkan bunyi. Pokok tidak begitu, ia kaku dan layu. Aku agak ia akan mati. Ini adalah kerana akarnya panas menerima baja yang berlebihan. Pengajaran buat aku. Pokok biar dapat baja sebulan sekali tetapi pada kadar yang sedikit. Jangan sekali-kali beri berlebihan. Pantang sekali baja berlonggok dekat pangkal pokok. Rupanya, baja yang bertimbun di tepi pokok menjadi racun. Baja yang diserak keliling pokok secara merata menyuburkan pokok.
16/1/20... Tiba-tiba sahaja rasa bimbang hilang dek kerana buah nanas MD2. Hari ini nanas sudah boleh dipetik. Ini adalah peluang dapat duit harian. Pertama, hantar ke kedai Zaiton empat biji dapat wang tunai rm20. Hantar sembilan biji kepada Ida, sebiji rm6.50. Ida akan edarkan kepada rakan2nya. Wang akan terima dalam tempoh. Ida dapat komision 20%.
Pengeluaran nanas hampir tiap-tiap hari. Purata duit poket yang aku dapat rm50 sehari. Syukur alhamdulillah dapat mengurangkan tekanan kewangan aku.
Sekarang sudah mula musim kering. Hujan turun sekejap, itupun tidak lebat. Aku terpaksa menigkatkan kerja menyiram pokok durian dan lada. Kerja ini tidak boleh diabaikan. Lada sebanyak 50 pokok itu perlu siram dua kali sehari. Bekalan air tidak boleh putus.
Pokok durian tiga pokok telah kering daunnya. Sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Air dalam tong perlu dipastikan tidak kering. Aku ambil keputusan tambahkan bilangan tong air warna biru itu. Kini tiga pokok berkongsi satu tong. Pokok yang jauh di hujung perlu disediakan tong khas untuk mengelakkan beban mengangkat air dan berjalan kaki pada jarak lebih 50 meter. Waktu itu terasa sangat letih, kaki terasa kejang untuk melangkah dan tekak kehausan.
18/1/20. Permulaan hari ini sungguh menghiburkan. Jual nanas kepada Pak E dapar rm10. Jual kepada Alus dapat rm10. Jual kepada Ani dapat rm4. Beberapa biji letak di kedai Seri Gerni Simpang Jengka. Aku mula rasa seronok menjual hasil taniku, syukur alhamdulillah. Projek nanas ini adalah tanaman kontan tetapi terpaksa menunggu setahun setengah. Satu marathon yang meletihkan. Lima tahun yang lalu aku dapat pembiyayaan Lembaga Nanas Negara menanam nanas jenis N36. Selepas tanam musnah separuh disapu banjir besar akhir tahun 2014. Kendalian nanas yang baki tidak mendapat hasil kerana kesilapan strategi dan kekurangan buruh. Tetapi aku tidak serik. Kali ini aku berdikari menanam 14800 sulor nanas jenis MD2. Ini baka nanas terkini yang tengah top. Salor nanas MD2 sangatlah mahal iaitu rm1.50 satu. Kadang-kadang rm2 satu. Aku beli dari Johor Pineple Ulu Tiram. Anggaran rm20,000 beli sulor sahaja. Upah tsnam dan baja belum masuk. Melihatkan pokok yang ada, hendak dapat semula modal agak sukar tercapai. Banyak peminat bila buah masak. Yang paling handal ialah tebuan. Dia tebuk dan makan dengan gelojoh sehingga berlubang. Beberapa ekor duduk dalam ĺubang mengerjakan isi nanas dari dalam. Satu hari sahaja buah nanas tinggal kulit sahaja.
Kerja memetik nanas sangat mencabar. Terpaksa melangkah ke dalam rimbunan pokok berdaun tajam itu. Kalau kena cucuk berhari-harilah tanggung pedihnya. Nasib baiknya nanas MD2 ini daunnya tidak berduri seperti nanas yang biasa. Kuranglah sikit bahaya dicucuk duri. Tetapi hujung daunnya bukan main tajam. Aku beberapa kali terkena tusukannya.
Hilang sebentar rasa cemas kerana kehadiran nanas. Setidak-tidaknya ia dapat membantu duit minyak kereta berulang alik tiap-tiap hari dari rumah ke kebun. Rumah di kampung Sentosa, Maran sementara kebun pula di kampung Lompat, Pesagi, Chenor. Jaraknya 40 kilometer dan masa perjalanan 45 minit.
Hampir tiap-tiap pagi masuk kebun. Sebelum masuk kebun ambil sarapan dulu. Kerapnya singgah di warong Jen2 di kampung Sentosa, tuannya Ani. Aku suka minum tea tarik kurang manis dan sedikit kau. Ada dua tugas yang Ani kena sesuaikan. Ani berjaya melakukannya. Memang tea tarik Ani sangat cocok dengan selera aku. Makanannya pula ialah roti canai, nasi lemak dan kueh. Aku takut makan nasi lemak. Kalau makan tidak sampai satu jam mesti cari tandas. Roti canai biasa sahaja rasanya. Aku suka makan pulut panggang, enak rasanya. Kulitnya tidak terlalu garing, pandai Ombah memasaknya. Akhir-akhir ini aku tukar menu. Aku bawa roti gardener wholemeal dua keping dan order telur mata. Aku buat macam benjo aja. Aku makan berselera sekali. Bila gigit hujung roti yang berlapis itu terdapat telur merah yang cair berlejeh jatuh ke atas pinggan. Wah dah berada di tepi mulut masih jatuh. Aku koyakkan hujung roti lalu selet kepada telur merah cair atas pinggan dan suap ke mulut. Rezeki jangan dibazirkan. Sambil makan dan minum berborak dengan geng-geng sekampung. Banyak cerita keluar tetapi aku tidak mahu tunggu lama, sekitar 10 minit sahaja akupun tinggalkan mereka meneruskan perbualan. Cakap lebih kerja kurang memang tidak ada faedahnya. Displin masa kena jaga baik-baik. Aku memandu Hilux menghala ke Temerloh. Sampai di simpang Chenor belok ke kiri. Sepanjang perjananan menempuh kampung Baru, pekan Chenor dan tepi jambatan ada banyak warong. Aku singgah di warong Awang Beri untuk beli nasi dagang bungkus daun pisang. Ini adalah kesukaan sahabatku Lihi yang setia berada di kebun. Aku meneruskan perjalanan menyeberang sungai Pahang melalui jambatan. Selepas itu belok ke hilir melintas SK Chenor. Memandu jalan tepi sungai ini memerlikan kesabaran dan timbang rasa. Banyak bom hitam berlonggok tengah jalan perlu dielakkan. Bom ini adalah hasil peninggalan kerbau yang suka tidur atas jalan pada waktu malam. Sekumpulan kera selalu melintas jalan. Bukan seekor dua tetapi berpuluh. Kumpulan kambing pula asyik meragut rumput di tepi jalan. Kadang-kadang mereka melintas jalan tanpa menghiraukan kenderaan. Memandu menyusur jalan tepi sungai ini ada keistemewaan tersendiri. Nampak air sungai mengalir ke hilir. Ramai nelayan sungai mencari rezeki. Aktiviti menghanyutkan jaring adalah paling populer. Di seberang sana nampak bongkah batu besar namanya Batu Gajah.
Bila melintas kubur di Tanjung Berangan terus teringat kepada ayah dan tokki yang telah pergi. Lima minit kemudian melintas SK Pesagi di atas bukit, sebelah kanan. Sekolah ini kelihatan terurus elok. Lereng bukit elok kemas, rumput dipotong. Di hadapan ada padang yang menghijau rumputnya sentiasa pendek. Pada waktu pagi nampak budak sekolah bermain dan sebelah petang anak muda bermain bola. Dua minit ke hadapan nampak kebunku. Di atas bukit ada pokok kelapa 100 pokok, kebanyakannya telah mula berbuah. Lereng bukit berteres itu ada pokok durian belanda dan disulami dengan pokok durian Musang King dan Duri Hitam. Di lembah hadapan dekat jalan penuh dengan pokok pisang nangka. Di tengah lembah ada kolam buatan, ditengahnya ada pulau. Terdapat tiga pokok kelapa di atas pulau itu. Di sinilah aku habiskan masa. Menyiram dan mencabut rumput adalah kerja utamaku. Setiap pokok durian kena jenguk sekurang-kurang tiga hari sekali. Aku hanya bertahan tidak lebih dua jam berjalan sepanjang teres, menyiram, mencabut rumput dan menyelenggara bekalan air. Ada ketika mendaki untuk pergi ke teres yang di atas. Aku terasa sangat penat melawan graviti bila mendaki. Ketia itu terasa amat sukar untuk melangkah dan nafas tercungap- cungap. Ini tanda keletihan yang amat sangat kerja guna tulang empat kerat. Aku perlu rehat secukupnya untuk meneguk air. Kerapnya pergi ke warong Lompat. Di sini aku dapat makan kueh-kueh kampung. Warong ini jadi tempat orang bekerja di kampung dan ysng lalu lalang singgah untuk mengisi perut. Aku suka makan minum di sini kerana kebersihannya. Pekerja juga berpakaian kemas pakai appron dan mesra. Masakan sayur kampung adalah kesukaanku. Harga makananya juga murah. Satu tarikan baru ialah cendol dan ABC, memang sedap dan murah hanya rm2 semangkuk. Pemandangan juga menenagkan fikiran. Di hadapan terbentang sungai Pahang. Airnya sentiasa mengair ke hilir seolah-olah ditelan oleh deretan bukit Gebuk yang sangat masyhur itu. Ada pantun yang menyebut pulau Pesagi dan Bukit Gebok. Tempat aku makan minum ini berada di antara dua pembayang pantun itu. Tetapi ada juga satu benda yang aku tidak suka tetapi bukan sentiasa begitu. Jika sedang makan minum serta borak-borak, tiba-tiba datang sebuah lori getah skrap berhenti. Aduh.... air getah betlejeh jatuh atas bahu jalan, beberapa saat kemudian melantung bau wek yang amat sangat. Ketika itu aku cepat-cepat habiskan makanan, bayar dan cabut lari.
Balik semula kepada cerita nanas. Satu hari 20/1/20 sungguh menghiburkan. Pagi pergi ke kedai Seri Gerni. Nanas semalam tinggal tiga biji, tambah yang baru 10 biji. Rahom menghulur wang hasil jualan. Macam iasa aku beri bahagian dia. Aku memandu kereta ke Maran. Sampai di bandar aku .emilih jalan belakang, melintas kedai Ji Salon. Tiba-tiba Ji menjerit," Nanas ada?". Dia mahu 10 biji. Saya membalas, "boleh habis makan 10 biji?". Ni membalas, " nak letak di luar kedai ni, kalau ada orang nak beli, jual je."
Hah ini satu peluang .memasar juga. Aku beri 13 biji, sambil itu Ji beri wang bayarannya rm50.
Aku menyertai Lihi pergi ke kebun, terus meresap kawasan tanaman nanas.Untuk memetik nsnas masak bukanlah senang. Terpaksa melangkah masuk meredah perdu nanas yang keras lagi tajam. Ada kala hujung pelepahnya menyucuk betis, aduh calar kulit. Lengan kena hulur ke dalam perdu untuk patahksn tangkai nanas. Tangan pula tegesel duri yang tajam, banyaklah kecederaan pada lengan. Tercalar kulit bergesel dengan pelepah berduri. Kulit bengkak bertompok-tompok kerana debu dari pangkal pelepah. Pelepah nanas masak mengeluarkan debu, bila terkena kulit lengan sangatlah gatal. Itulah cabaran petani. Bila pakai sarung tangan, pakai baju lengan panjang dan seluar tebal dapatlah mengelak kesakitan dicucuk duri.
No comments:
Post a Comment