nuff

Thursday, January 23, 2020

65+

Syukur alhamdulillah aku masih diberi kekuatan. Masih boleh memandu kereta tetapi mudah menguap terutama kalau memandu jauh pada waktu tengah hari hingga tiga petang. Kalau malam pula selepas jam 10 malam memang sudah amat berat mata ini. Sekarang ini terasa berdebar bila memandu melalui jalan lurus yang curam pada jarak jauh seperti turun dari terowong ke kampung Bukit Tinggi. Aku ikut lorong sebelah kiri dan kerap menekan brek. Ada kala dengar bunyi hon kereta di belakang. 
Aku berasa syukur boleh tidur bila sahaja baring atas tilam. Kerap terjaga sekitar jam dua pagi mahu pergi ke tandas. Kini tidak seperti dulu waktu muda terus bingkas bangun. Kena rehat dulu, lepas itu duduk sambil kaki melunjur ke lantai. Selepas beberapa saat bangun sambil tangan memegang palang besi gril tingkap. Kalau tidak pegang rasa nak jatuh. Berdiri beberapa ketika sebelum mengatur langkah.

30/4/20..... perut memulas dan belakang rasa sakit. Dah dua hari terasa sakit baru ini. Sewaktu bulan puasa sebelum ini tidsk ada masalah.
Terus pergi klinik Simpang Jengka. Doktor check perut... terus kata angin berkumpul, gestrik. 
Doktor beri ubat cair Magnesium Trisilicate Mixture dan sejenis lagi ubat biji. Makan 2x sehari.
Doktor kata ini penyakit gestrik. Sebelum sahur mesti makan ubat. 
Syukur alhamdulillah dua hari kemudian kesihatan saya pulih. Kini ubat jadi teman saya.
14/5/20.... terasa sakit ssngat perut kiri. Kini aku boleh mengagak berpinca dari makan makanan yang pedss ( bukan makan ssmbal pedas).

No comments:

Post a Comment