Putik ini telah berusia tiga minggu. Kelilingnya tompok putih yang melekat. Juga berkerumun semut di sekelilngnya.
Sejak beberapa hari lalu saya terfikir untuk meghapuskan tompok putih xan semut itu. Pagi ini saya sembur dengan pancutan air. Nampaknya semua semut tercampak. Kebanyakannya jatuh ke tanah. Tompok putih nampaknya ada yang tanggal.
Selang lapan jam, saya jenguk semula. Masih terdapat semut berkerumun keliling putik. Agaknya semut yang tercampak tadi datang semula. Ada bau agaknya.
Saya mahu cuba semburkan air yang pedas. Biar dia sakit mata dan akan jatuh.
No comments:
Post a Comment