Putik ini dianggar telah berusia lima minggu. Ini buah keempat dari pokok DB1.
Buah pertama saya petik sebelum masak kerana buntutnya buruk.
Buah kedua kecil sahaja dianggar setengah kilogram. Isinya elok. Bijinya saya semai. Kini 25 anak pokok telah ditanam dalam kebun.
Buah ketiga masak elok. Saya asingkan isi dan bijinya. Isinya saya simpan dalam peti untuk buat air. Bijinya sebanyak 77 ulas saya semai.
Kini buah keempat sedang membesar. Usianya dianggar berusia lima minggu.
Pokok DB1 ini cepat berbuah dan kerap berbuah. Ada beberapa pokok yang sebaya dengan DB1 tetapi baru mengeluarkan putik tetapi tidak lekat.
23 Mei 2015
Semakin besar
25 Mei 2015
Saya selak daun yang menutup buah di bahagian atas. Rupanya di bawah daun itu penuh dengan semut. Tempat semut berteduh dan berlindung. Kelihatan tompok putih. Saya tidak pasti tompok putih itu tahi semut atau sejenis kulat yang sebarkan oleh koloni semut itu. Perlu kajian seterusnya.
26 Mei 2015
Masih terdapat semut berkerumun. Mungkin buah ini ada mengeluarkan madu?
4 Jun 2015
Semakin matang. Semut masih berkerumun di sini. Tompok putih makin besar.
9 Jun 2015
Semut masih berkerumun di keliling buah ini.
Tompok putih semakin tebal dan lebam kehitaman juga makin luas. Saya semakin pasti semut yg menyebabkan tompok putih itu. Saya akan gunakan kaedah lain pula untuk menghapuslan populasi semut itu.
12 Jun 2015
Usia buah sudah sembilan minggu.
Semut tetap berkumpul di sini. Tompok putih makin tebal, makin lebar dan makin banyak. Kini hampir seluruh permukaan diserang tompok putih. Karah hitam juga semakin merebak.
No comments:
Post a Comment