nuff

Sunday, March 1, 2015

Kebun Kampung Lompat-Mac 2015-Cabaran Musim Kemarau

Kebun KL bermaksud Kebun Kampung Lompat.

Cuaca panas melampau dan tiada hujan. Aktiviti menanam ditangguhkan. Anak kelapa sebanyak 520 pokok perlu dilindungi dari sinaran cahaya matahari. Pokok p0erlu disiram dua kali sehari. Pokok 0durian belanda juga dipunggah ke bawah atap jaring plastik. Di sini terdapat 510 anak durian belanda berbagai saiz dan 520 anak kelapa berlindung.

50 pokok telah dipunggah untuk diletak dibawah atap jaring plastik hitam.

Seorang pekerja Arifin berhenti mulai hari ini. Arifin tewas dengan panas. Pekerja yang tinggal hanya Ahmat seorang diri. Ahmat kata dia boleh melakukan sendirian. Tetapi Ahmat takut tidur sendirian di dalam kebun. Penakut betul Ahmat.
2 Mac 15. Dapat laporan dari Ahmat bahawa 50 pokok db yang di tepi atap telah dipunggah masuk bawah atap jaring. Ahmat juga mengatakan telah siram nenas yang baru tanam. Ahmat juga membaja sembur nenas.
3 Mac 15. Panas melampapu. Ahmat membaja sembur kpd nenas sebelah pagi. Pokok nenas yang baru tanam kelihatan layu. Ahmat siram semuanya termasuk anak benih db dan kelapa. Suruh Ahmat ambil baki benih nenas yang nyawa ikan itu untuk ditanam di hadapan.
4 Mac 15. Dalam perjalanan balik dari Bera ke Kuantan melalui jalan tepi sungai hingga Paloh Hinai. Melintas tanah ini jam 2.45ptg. Nampak Ahmat membongkok tengah melakukan sesuatu di lereng bukit. Barangkali sedang memeriksa benih nenas. Saya terus berlalu, tidak singgah. Bunyikan hon sahaja.

6 Mac 2015... CABARAN MUSIM PANAS.


Pokok kelapa yang kecil hujung daunnya sudah kering. Pokok nenas bantut. Tanah sudah kelihatan merekah.
Kelapa, durian belanda dan nenas di bawah sinar mata hari. Perlukan air.... sudah lama tidak hujan. Saya minta Ahmat menyiram sahaja minggu hadapan. Kerja menanam ditangguh dahulu. Selamatkan yang telah tanam. Jika ada masa terluang longgokkan kayu untuk membersihkan kebun.


Semua pokok yang belum tanam berteduh di sini. Masih ada 50 pokok durian belanda dan 30 pokok kelapa yang berpanas di luar. Mesti berteduh di sini juga. Hari ahad ini mesti pindahkan.

Rancangan hari minggu 8 Mac 2015
Tindakan pada 8/3/2015
1. Beli paip getah 30m .... ganti aktiviti.
2. Bina para tambahan ..... laksana
3. Punggah kelapa kena banjir ..... siap
4. Punggah db ---- 48 pokok .... dalam proses
5. Angkut air ke tanah belakang .... batal
6. Siram kelapa tanah belakang .... siap
7. Bakar baki kayu belakang .... laksana
8. Siram benih rumput napeir ..... ok
9. Pasang papan dinding pondok .... gagal
10. Siram 100 pokok kelapa & durian belanda .... tidak sempat
11. Tutup papan ..... tidak sempat

8 Mac 2015
Dua bulan yang lalu dia tenggelam dalam air banjir. 10 batang mati lemas. 20 masih hidup nyawa ikan. Kini kekeringan pula. Walaupun disiram tetap kering. Jika terus begini akan mati jika musim kemarau begini berterusan.

Saya dan Ahmat telah pindahkan ke tempat teduh. Berikan air siraman yang banyak. Saya suruh Ahmad tabur baja dalam polibag dan siram.
10/3/15... Malam tadi ada hujan. Kerja menyiram dihentikan. Ahmat menanam nenas pagi ini. Sebelah petang mencabut pokok buluh madu yang telah kering. Tapak itu akan diganti dengan rumput napier.

Ini ialah benih rumput napier yang akan ditanam dalam kebun hari esok. 
11/3/15. Sudah hantar ke kebun. Suruh Ahmat tanam dekat kolam hampir dengan tapak yang telah tanam minggu lepas. Hubungi Ahmat... dia kata sudah siap tanam semua.
12/3/15. Order lagi rm100 untuk tanam di kebun esok. Sudah sampai. Telah siap tanam.

Rancangan 13/3/15
1. Tanam benih rumput napier....ok
2. Siram rumpur napier....ok
3. Susun kayu mati di tanah belakang...ok
4. Melawat tanah hujung tepi sempadan..ok.
5. Melawat tanah Tan....ok
6. Beli paku...ok
7. Paku dinding...ok
8. Periksa neseri....ok
9. Beri taklimat kpd Ahmat....ok

××××××××××××××
Hasil pemerhatian.
1. Pokok kelapa yang kecil banyak yang kelihatan kering... perlu siram. Telah arah Ahmat siram hari ini juga....telah siap
2. Banyak pokok db dalam nuseri mati. Bila cabut kelihatan akarnya buruk mungkin serangan kulat. Telah beritahu Ahmat supaya sembur racun kulat hari ini juga..... telah siap.
3. Suruh Ahmat racun kawasan hadapan untuk tanam rumput napier.... telah siap.
××××××××××××

ANCAMAN!!!!
ANCAMAN!!!!

Pokok nenas kelihatan subur. Ahmat sedang menyembur baja cair.


Suruh Ahmat racun kawasan hadapan untuk tanam rumput napier.

Telah siap racun. Boleh tanam rumput napier.

Seronok lihat pokok yang telah meninggi. Pokok kelapa yang saya tanam bulan Julai tahun 2014 yang lalu.


Pokok durian belanda yang saya tanam bulan Jun dan Julai tahun 2014 yang lalu.Belum sampai setahun.

Hilang rasa penat bila melihat pokok subur yang merendang.

Pokok ini perlu tiang penyokong agar boleh tegak kembali.

Untuk kemudahan menyiram.
1. Pasang kepala paip tambahan...ok
2. Pasang paip air tambahan ke sebelah ulu. Beli satu gulung polypaip 1/2 inci panjang 100 meter atau ambil dari kebun getah.
3. Beli satu tong biru.
4. Beli klip pengetat...ok
5. Pasang dua keping papan dinding panjang.
6. Kumpul kayu lama di tanah belakang, tiga tempat.
7. Racun anai2 kepada semua pokok db yg telah tanam....ok
8. Tanam benih rumput napier.... telah hantar ke kebun.
9. Punggah papan dlm kebun Atan.
10. Letak furadan celah dahan pokok kelapa.
11. Racun anak pokok kebun belakang. Telah hantar air ke belakang.
12. Tegakkan balik nenas.
××××××××××××

14/3/15. 
Aku pergi melawat kebun pada waktu malam. Aku masuk ke kebun jam 10.40mlm. Hendak tengok pokok kelapa yang kerdil itu adakah disiram? Selepas melawat tepi pagogpokok ternyata telah disiram. Memang telah disiram. Pokok dalam neseri juga telah disiram. Beih rumput napier telah disiram. Pokok db kecil lima pokok dekat pagar juga telah disiram tetapi yang 21 beradik tertinggal.

Gambar pokok yang dipancar lampu Hilux.

Aku sempat memetik daun db dan buah rozelle untuk WAWA.

Malam ini aku mahu menikmati air rozele fresh yang aku buat sendiri. Oh... memang enak. Banyak zatnya. Katanya vitamin C.

Air roselle adalah minuman kebangsaan orang Sudan. Vitamin C dari roselle tiga kali ganda dari anggur.... perbandingan jika sama berat. Awit muda juga.

××××××××××××
Kawasan ini akan ditanam rumput napier bulan Mac dan April ini. Ini adalah langkah awal untuk projek ternak kambing. Ilmu makanan kambing perlu dipelajari dahulu. Rujuk http://www.fao.org/ag/agp/agpc/doc/newpub/napier_kenya.htm

Langkah pertama - meracun untuk membunuh rumput. Telah siap.
Langkah kedua - alih tiang rumah lama dan bersihkan kawasan dari kayu mati.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
20/3/2015.. Hari ini cuti rehat. Sempat jenguk kebun belakang. Kelapa yang baru tanam kelihatan layu, ada yang terkulai. 

Mereka kehausan. Hari esok beli polypaip dua gulung, penyambung T dan kepala paip. 
Nenas ada yang subur... pengubat dukalara.

"Aku mahu bangun pagi pergi ke kebun."
+++++++++++++++++++
21/3/15.
1. Siram 100 pokok ....ok. Ahmat sambung siram yang lain.
2. Angkut air empat tong ....ok
3. Beli polypaip .... ok
4. Beli paip getah ...ok
++++++++++++++++++

Aku sampai di kebun 7.40pagi. Matahari sudah muncul dari timur. Sinarnya masih lembut. Memberi peluang kepadaku untuk menyiram pokok. Selepas itu pergi beli alat unfuk menyiram.


Nyawa ikan. Musim kemarau. Mulai semalam ambil tindakan menyiram selang sehari.


Terus subur jika cukup baja, air, tanah keliling pangkal pokok digemburkan dan tiada serangan.

10 hari tidak menjenguk kebun. Saya pergi ke Jepun dan Korea. Saya minta anak kedua saya Syafik jenguk kebun tiga kali dalam sepuluh hari itu. Syafik ada hantar gambar sewaktu dia jenguk kebun pada 24 Mac. Hati saya rasa senang bila melihat gambar tersebut.

Gambar pemandangan kebun dari atas bukit yang dikirim oleh Syafik.

Syukur... hujan dah turun dalam minggu akhir tiga kali turun. Tidak perlu menyiram lagi.


Banyak pokok yang mati. Kebanyakannya ada penyakit akar.

Merayau bersama Amat sambil menunjukkan tempat yang patut ditanam durian belanda. 

No comments:

Post a Comment