nuff

Monday, November 17, 2014

Roselle dan rumput liar

Roselle ada empat pokok dan telah berbuah. Buahnya telahpun diproses. Sudahpun minum air roselle... kaya vitamin C.
Roselle berkata, "aku mahu biakkan supaya tanah tuanku penuh dgn roselle. Kalau dah banyak boleh jual.


"Hoi pokok bunga merah, buat apa kau datang ke sini?" Sergah rumput.
"Nama saya Roselle. Saya dibawa oleh tuan saya beberapa bulan lalu. Beliau tanam beneh saya di sini. Kini bercambah dan hidup subur di sini. Saya suka tempat ini. Luas dan atas bukit pula, pemandangannya cantik. Di depan sungai." Kata roselle.
"Engkau menyibuk aja. Engkau curi baja untuk kami." Kata rumput lagi.
"Janganlah marah... memang saya sedut baja. Baja tanah ini banyak. Saya jadi sihat.... maka saya boleh berbunga. Tengok bunga saya warna merah tua. Dah banyak kali tuan kita petik jadikan air minum. Lazat dan banyak vitamin C." Jelas Roselle.
"Oh... kau ingat kami tiada faedah ke? Kau tengok... bila kucing atau kambing atau kerbau lembu, selepas beranak mereka akan makan rumput tahu. Rumput yang dipilih itu ada khasiat untuk cepat pulih selepas bersalin." Kata rumput.
"Hidup awak semua sia-sia sahaja." Kata roselle.
"Hih sombongnya engkau... berani cakap macam itu. Kau menghina kami." Balad rumput.
"Saya tidak berniat menghina awak rumput. Saya bercakap berdasarkan fakta." Jelas roselle.
"Heh apa faktanya?" Sergah rumput.
"Ok.... cuba tengok keliling. Tidak cukup longkang besar. Kini tuan kita bina pagar letrik pula. Tentu lembu dan kambing tidak boleh masuk meragut awak. Awak tidak ada peluang untuk berbakti kepada mereka." Hujah roselle.

Roselle dan rumput saling berpandangan. Mereka memandang sempadan.
Dengan terbinanya pagar di sebelah longkang bermakna musuh semakin sukar menceroboh masuk. 
"Rumput... aku nampak tadi ada pekerja menghayunkan tajak ke padan kawan-kawan engkau. Habis putus. Aku lihat bahagian yang putus melayang. Apa salah mereka?" Tanya Roselle kepada rumput.
"Mereka dua orang itu hendak membinasakan kehidupan kami. Ramai kawan kami putus tinggal tunggul aja. Kejam betul." Balas rumput.
"Aku rasa mereka tidak kejam. Kalau mereka kejam mereka sembur racun.. habis reput sampai ke akar." Kata roselle.

"Peranan aku besar di sini." Kata rumput.
"Apa yang besar itu." Balas roselle.
"Tanah di lereng bukit itu runtuh jika akar-akar kami tidak memegang mereka." Kata rumput.
"Kami pun boleh juga hidup di lereng bukit dan akar kami juga boleh menahan tanah. Lagi satu kami boleh menghasilkan minuman yang enak." Kata roselle.

Enaknya air roselle.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tangisan teresak-esak, "Kecewanya..... aku tidak dihargai." Kata rumput.


No comments:

Post a Comment