nuff

Monday, December 24, 2012

Perbandingan saham FGV terhadap beberapa saham perladangan lain

Mari lihat perbandingan saham FGV dalam tempoh enam bulan terakhir terhadap beberapa saham perladangan yang lain.


 


Saham Batu Kawan, TH Plantation dan Sarawak Plam Oil;
 
 
 
Batu Kawan adalah saham yang amat kukuh, akhirnya tiga bulan terakhir runtuh juga. SOP dari rm7 jatuh kepada rm5.8 dan THP runtuh dari rm2.70 kepada rm1.95. Kesimpulannya semua keempat-empat saham perladangan ini mengalami trend menurun.
        Penurunan ini adalah disebabkan oleh berlakunya penurunan harga komoditi sawit dan getah. Bagi saham FGV pula penurunannya barangkali ada sedikit kesan daripada persepsi politik. Memang benar, ketika ini ramai pemegang saham FGV agak bimbang. Mereka yang terpengaruh dengan dakyah negatif telah menjualnya pada harga yang murah. Harga saham FGV telah sampai kepada harga yang paling murah iaitu rm4.58 pada minggu lepas tetapi telah nampak tanda naik semula. FGV adalah kumpulan saham yang berpotensi tinggi untuk naik. Pada pandangan saya dalam masa enam bulan ini saham FGV boleh melepasi rm7. Pada ketika ini emosional mengatasi rasional.
       Sesiapa yang ada wang inilah masanya kita nak merasa tempias kemajuan felda. Kita yang bukan anak peneroka felda, inilah masanya kita beli saham FGV ketika harganya sangat rendah. Begitu juga saham TH Plantation, sudah sangat rendah. Harga tawarannya tahun 2006 dahulu ialah rm1.25 sesaham.
       Tepuk dada tanya selera, tetapi ingat nak melabor saham yang bernilai sedarhana dan besar ini elok guna wang simpanan sendiri. Lepas itu kita tunggu dividen. Mesti ada keyakinan sendiri, mesti buat penyelidikan, mesti membaca dan tengok sendiri kemajuan felda.
       Empat puluh tahun lalu ayah saya keluar dari felda, maka terlepaslah kami dari nikmat kemewahan felda ketika ini. Tidak mengapa, saya mahu tumpang sikit dengan cara beli saham FGV ketika murah ini.

Terima kasih.
 

22 comments:

Al-Manar said...

Bukan semua berupaya menghargai facts and figures. Cuma dengar siapa yang bercakap.

Yahya Zainal Abidin said...

Saya baru tahu, ramai yang pegang saham FGV dari kalangan peneroka yang diberi 800unit, nilainya rm3640. Mereka pinjam dari bank? Lepas enam bulan bank mahu intrent, ada yang tak mahu bayar, maka bank juallah pegangan mereka, maka berlakulah tekanan jualan ketika ini.

Ja'afar Kalimon said...

Untuk makluman Dato'pinjaman peneroka untuk beli saham dengan bank telah diambil alih oleh felda sendiri dan kini peneroka hanya berhutang dengan felda tanpa faedah dengan bayaran bakik sebantak rm50/bulan
Insyallah dijangka pasaran ini akan naik semula.jika dilihat denga kenaikan harga komoditi MSM pada hari ini menunjukkan pasaran sahamm perladangan akan ada peningkatan permintaan dan seterusnya harga/unit juga akan meningkat.....itu pandangan saya saja,wallahualam

Yahya Zainal Abidin said...

Sebentar tadi saham FGV turun sekejap ke tahap rm4.56 tetapi saya tak dapat tangkap. Saya pakoh pada 4.57, kalau ada rezeki dapat. Jangan takut, belilah masa ni, tengah rendah benar ni.

Terima kasih Gaya Mengkuang yang beri penjelasan tentang kedudukan pinjaman peneroka. Kalau macam itu tidaklah beban sangat.

Yahya Zainal Abidin said...

Sila rujuk laman berikut untuk dapatkan keyakinan untuk melabor FGV. http://jeringdaily.blogspot.com/2012/09/selagi-kwsp-pnb-tak-bankrap-nasib.html?showComment=1356784523279#c2564570248324181182

Yahya Zainal Abidin said...
This comment has been removed by the author.
Yahya Zainal Abidin said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualikum, Cikgu
Nampaknya Cikgu kuat main saham sekarang. Tapi saham kat Malaysia ni terlampau banyak manipulasi Dan kalau beli 2 - 3 lot, untungnya tak seberapa.

Class 5 sains 1 SMJ 1981

Yahya Zainal Abidin said...

Kpd Zohor Zaki, saya tak ada duit, beli sikit setakat kemampuan kewangan saya aja. Guna tunai sendiri aja. Perahu kecil tangkap ikan selar kuning tepi pantai, pergi pagi balik petang. Bot besar macam Zaki boleh pergi berbulan2 ke lautan dalam, tentulah hasilnya besar.

Anonymous said...

Kenyataan Dan graft2 yang Cikgu copy and paste tu memang betul, harga saham sawit sedang merudum sekarang dan Akan naik naik tidal lagi kerana pasaran ya tetap ada diluar dan didalam negara.
Akan tetapi , ketika ini kebanyakan sawit di ladang FGV sudah tua dan memerlukan penanaman semula. Ini memerlukan wang yang banyak dan masa untuk menuai wang semula.

Anonymous said...

= Akan naik kerana=

Yahya Zainal Abidin said...

Saya nampak harga saham FGV dalam tempoh dua minggu ini berada antara 4.48 hingga 4.55. Saya cadangkan peminat saham FGV boleh beli pada harga di bawah 4.50

Yahya Zainal Abidin said...

Hujung minggu ini aham FGV terjejas juga akibat penurunan indek komposit 30 mata., turun hingga di bawah paras 4.40 tetapi telah puluh semula pada hari Jumaat 2/8/2013, kini harganya 4.46. Saya memberanikan diri sambar pada harga 4.40 dan 4.44 Kita tengok apa akan terjadi minggu hadapan. Saham FGV ini mengalami penurunan sejak Jun lalu kerana telah mengeluarkan dividen kepada pemegang sahamnya.Ia akan naik semula secara perlahan-lahan.

Yahya Zainal Abidin said...

Beberapa minggu lepas saham FGV jatuh hingga 4.16 .... ketika jatuh saya mula mengutip dari harga 4.28 hingga ke serendah 4.17 sehingga purata harga saham FGV yang saya kumpul ialah 4.21..... minggu lepas saham ini mula bergerak hingga mencapai 4.52..... saya mula menjualnya bila harga melintas 4.34 hingga kepada 4.42. Kini harga berlegar antara 4.40 hingga 4.45 ..... saya menunggu harga rendah dari 4.30 baru nak kutip semula.

Yahya Zainal Abidin said...

Hari ini saya berjaya merasa beli pada harga paling rendah 4.24 dan harganya naik semula dan saya berjaya jual semula pada harga tertinggi 4.36 .... merasa contra ... dapatlah duit teh rm67 ....

Yahya Zainal Abidin said...

Saham merudum hari ini. Nak tengok esok... kalau turun lagi.... nak masuk pada harga 4.17

Yahya Zainal Abidin said...

Nampak harga bertahan pada rm4.33 hingga rm4.36. Pada pandangan saya ketika saham BSKL tinggi dan rsncak.... harga rm4.33 - 4.35 boleh kutip. Lagipun tak lama lagi FGV akan beri intrim bonus.

Yahya Zainal Abidin said...

Harga saham FGV mini sangat rendah kurang dari 4.10... Ada sebabnya.
Pertama..... FGV keluarkan dividen 10%.... mereka yg pegang saham FGV tentu sudah terima cek did. itu minggu lepas.
Kedua....Ramai pemegang saham jual sebab mahu tunai.... dekat raya.

Yahya Zainal Abidin said...

Sekarang saya jual beli antara 1.47 hingga 1.53

Yahya Zainal Abidin said...

Hujung minggu lepas saya beli 2000 pada harga 1.40 dan 2000 pada harga 1.41. Awal minggu ini saya kontra pada harga 1.43 dan 1.44. Tak berani pegang lama. Dapatlah duit tea tarik rm55

Yahya Zainal Abidin said...

Semalam saya beli 2000 pada harga 1.39
Saya nampak saham fgv ini berkisar antara 1.40 hingga 1.43 dlm masa terdekat ini.

Yahya Zainal Abidin said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment