nuff

Saturday, September 22, 2012

Buku MENDAKI 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Saya sedang berjuang menerbitkan buku MENDAKI 2.   Penerbitnya ialah Tinta ZAINAB, milik anaknda saya Norhanis. Jika tiada aral, ia akan dilancarkan pada 2 Oktober 2012 di SK Bandar Temerloh.



Buku ini menyorot perjalanan 34 tahun saya sebagai guru. Bilangan muka surat ialah 158 m/s.
 

MENDAKI 2 adalah himpunan pengalaman 34 tahun saya sebagai guru. Bermula sebagai guru novis di SMK Jerantut. Lebih tujuh tahun saya di sana. Banyak sekali ilmu mendidik dipelajari. Rakan setugas, guru penolong kanan dan pengetua banyak mencorakkan pembawaan saya sebagai guru muda yang perlukan bimbingan. Entah apa yang dinilai, saya dilantik guru penolong kanan di SMK Jengka 2. Barangkali tempat ini kurang diminati, maka saya diberi peluang. Saya lakukan bersungguh-sungguh. Saya memperolehi hadiah istimewa, dapat biasiswa MOMBUSHO berkursus di Jepun. Banyak nilai baru yang dipelajari. Seterusnya selama lebih lima tahun bertugas di sekolah berasrama penuh, SHAH Pekan. Kini saya berada di antara pengetua dan guru. Corak kerjanya telah berubah.

Pendakian saya diteruskan lagi bila diberi amanah sebagai pengetua di sekolah rancangan khas, SMK Seri Jengka. Tidak disangka selepas itu saya menggelonsor turun bukit. Saya bercadang mahu berhenti tetapi ditawar pula jawatan guru cemerlang. Banyak sungguh cabaran yang dihadapi sebagai GC ini. Ketika inilah saya banyak menjalankan kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sungguh tidak disangka, saya dilantik menjadi pengetua di ABS Temerloh. Kerap kali saya gembelingkan tenaga guru melaksanakan gotong-royong dan bersama-sama menguruskan displin pelajar. Tiba-tiba saya mendapat surat tukar ke PPD Kuantan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah. Kini menjaga pengetua dan guru besar pula. Seterusnya berpindah ke PPD Maran dan PPD Pekan.

Dua tahun empat bulan yang terakhir saya bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Mulanya sebagai Timbalan Pengarah dan akhirnya sebagai Pengarah. Saya menggunakan masa sebelas bulan yang terakhir menggerakkan jentera yang besar ini. Saya cuba sedaya upaya, tetapi saya sampai ke garis penamat sebelum melihat hasilnya.

Saya gembira dapat jadi guru. Saya akan terus menyumbangkan idea memajukan pendidikan kita. Saya sungguh gembira bila dipanggil, “Cikgu Yahya …”


 

 

 
 
 
 


5 comments:

Anonymous said...

Tahniah di atas penerbitan buku "Mendaki 2".
Besarlah harapan agar pengalaman yang dititipkan dalam buku tersebut dapat diambil pengajaran dalam mengharungi kehidupan sebagai pendidik hingga, suatu hari nanti, sama-sama berada dipuncak yang sama.
Tahiah dan syabas sekali lagi.

Ali Abu

Yahya Zainal Abidin said...

Terima kasih saudara Ali Abu

Puan Ummi said...

assalamualaikum Tuan
tahniah di atas kelahiran Buku Mendaki 2
saya ada membacanya melalui buku yang saya pinjam daripada kawan saya.
banyak pengajaran dan kisah yg menyuntik semangat saya utk menabur bakti pada watan.

selamat menunaikan ibadah haji, tuan

terima kasih,wassalam

Mbo said...

Terbaik cikgu Dato' Yahya. Untuk bakal bakal guru & guru2 memang disaran untuk membaca sebagai pendidik.
Wasallam..

Yahya Zainal Abidin said...

Ramai calon temuduga guru baca buku ini.... waktu temuduga dapat jawab.... katanya sangat membantu.

Post a Comment