3
Oktober 2012, Rabu, jam 7.20 pagi,
Saya
sampai di SMK Cenderawasih.
Pengetua,
Datin Hjh Faudziah binti Ismail dan AJK
PIBG menunggu saya di pintu pagar. Saya terus menuju ke dataran perhimpunan.
Pelajar seramai lebih 1500 orang dan guru lebih 100 orang telah bersiap sedia
menunggu saya.
Selepas
pengetua menyampaikan ucapan alu-aluan saya dijemput menyampaikan ucapan kepada
pelajar dan guru.
“Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada Pengetua, ajk PIBG, guru-guru dan anak-anak pelajar.”
“Pagi
ini saya mahu bercerita tentang seorang remaja berumur 14 tahun namanya Ruddin.
“
“Nak
dengar tak.”
Kedengaran
lantang sekali suara mengatakan, “Nak.”
Saya
meneruskan cerita dengan lebih yakin lagi.
“Ruddin
mudah naik darah bila berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya.”
“Satu
hari sewaktu pulang dari sekolah, Ruddin makan hidangan yang dimasak oleh
emaknya. Ruddin rasa terlebih masin, terus sahaja dia menepuk meja sehingga
gelas tergolek dan jatuh pecah berderai di atas lantai. Emaknya sudah tidak
larat menasihatinya. Emaknya membersihkan lantai dari serpihan kaca, sambil
terlihat air mata mengalir di pipinya. Ibunya sangat sedih tetapi tidak mampu lagi
menasihatinya. Menasihat Ruddin ibarat mencurah air di daun keladi.”
“Satu
petang Ruddin memakai kasut bola pergi main bola bersama kawan-kawannya.
Sewaktu Raddin menyepak bola tiba-tiba kasutnya tercabut. Kawan-kawannya
menutup mulut mahu kertawakannya. Ruddin sangat geram sehingga menendang tiang
gol. Dia tak puas hati, terus pulang ke rumah. Apabila sampai di muka pintu dia
menanggalkan kasutnya dengan cara mernjis di hadapan pintu yang terbuka. Tiba-
tiba kasutnya tercabut lagi terus terpelanting ke dalam rumah. Tak disengajakan
kasutnya jatuh atas meja tempat kakaknya sedang belajar. Kasut itu jatuh atas
buku latihan kakaknya. Kakaknya terkejut lalu memarahi Ruddin. Ruddin bertengkar
pula dengan kakaknya.”
“Pak
Ayub seorang bapa yang penyabar, terpaksa meredakan pertelagahan itu.”
“Banyak
lagi tindakan Raddin yang menyusahkan keluarga, rakan sekelas dan juga gurunya.
Raddin kini seperti kera sumbang.”
“Pak
Ayub seorang yang kuat berfikir dan membaca. Akhirnya Pak Ayub mendapat satu
helah untuk memadamkan sikap ganas anaknya Ruddin.”
“Satu
petang Pak Ayub memanggil Ruddin.”
“Ini
hadiah untuk Ruddin, ambillah ….”
bersambung
lagi….
29
November 2012; 10.35 malam.
No comments:
Post a Comment