Sekolah Menengah Kebangsaan Abu
Bakar atau nama popularnya ialah ABS bermaksud Abu Bakar School. ABS adalah sebuah sekolah primer yang gah kerana
ramai orang besar mendapat pendidikan di sini. Secara psikologinya saya berasa
yakin memimpin sekolah ini berasaskan dua pengalaman lalu. Pertamanya dalam
tahun 1969, sekolah saya SMRK Chenor berentap dengan ABS dalam permainan hoki
lelaki 15 tahun. Pasukan hoki sekolah saya dilatih oleh cikgu Abdullah. Kami
bertembung di padang ABS. Mulanya memang terasa seram sejuk, makumlah kami
pasukan kampungan sementara ABS cukup gah. Mulanya gugup juga tetapi cikgu
Abdullah berkata anggap mereka pasukan kampungan yang boleh ditewaskan. Kami
bermain bersungguh-sungguh hingga dapat menewaskan lawan 3-0. Rupanya tidak
mustahil menumbangkan lawan yang ternama. Keduanya sekitar tahun 1997, saya
membentang kertas kerja berkaitan pembangunan kelab komputer. Waktu itu saya
bertugas di SMK Seri Jengka. Waktu itu kelab komputer SMK Seri Jengka telah
beroperasi dengan rancank sekali.
Kebanyakan sekolah menengah di negeri Pahang menghantar wakil mendengar
pembentangan saya di dewan kuliah ABS. Saya sangat seronok diberi peluang
bercakap di sekolah ternama ini. Lebih seronok lagi mendapat pengiktirafan
daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Tidak sangka pegalaman sewaktu remaja
dalam bidang sukan merupakan bekal penguat semangat. Terima kasih cikgu
Abdullah. Pengalaman membentang kertas kerja juga menambahkan keyakinan untuk
menjadi ketua.
Sebelum
melangkah masuk ke gelanggang baru ini saya telah beberapa kali berbual dengan
puan Minah binti Hamzah, pengetua sebelum saya. Beliau kini adalah Pegawai
Pelajaran Daerah Raub. Saya mendapatkan senaskah buku perancangan sekolah tahun
2005. Saya meneliti nama setiap orang guru dan staf serta tugas masing- masing.
Saya melapor diri kepada encik Abdullah bin Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah
Temerloh di pejabatnya. Encik Abdullah memberi nasihatnya. Ketika ini saya
menjadi pendengar yang baik. Nasihat yang paling saya ingati ialah, “Cuba awak
hidupkan ABS pada hari Sabtu dan Ahad.” Pesanan ini membawa maksud memeriahkan
sekolah dengan aktiviti sukan dan kokurikulum. PPD dan pengetua sebelum saya
adalah tempat rujukan utama saya.
Saya
melangkah masuk dengan berhati-hati. Sewaktu melintas pintu pagar saya ternampak
sekeping atap asbestos menutup pagar yang berlubang betul-betul sebelah tiang
pagar. Saya telah memasang strategi mahu mengingati nama dan tugas setiap orang
guru dan staf sokongan ABS dalam masa sebulan. Orang pertama yang saya jumpa
ialah Johari yang sedang mengumpul daun yang berguguran di bawah pokok rendang
di belakang pondok jaga. Saya berbual sebentar dengan Johari. Selepas itu saya
melangkah menghala ke bangunan pentadbiran. Saya bertembung pula dengan cikgu
Ong, GPK Kokurikulum. Beliau memakai baju pengakap. Saya berkenalan dan berbual
sebentar dengan Ong. Ong mahu ke Gunung Senyum membawa pasukan pengakap ABS
menyertai perkhemahan daerah. Sesampai di pintu pejabat, puan hajah Fatimah GPK
menunggu saya. Beliau adalah senior saya sewaktu belajar di SMART tahun 1972
dahulu. Barisan GPK, Ketua Bidang dan guru cemerlang menunggu saya. Dalam
ramai-ramai itu saya boleh kenal Mat Izan senior saya sewaktu di SMK Chenor
tahun 1967. Hajah Narimah Ismail ialah rakan sama tingkatan enam di SMART
tetapi kami berlainan kelas. Saya kenal Tay Bee Lian , kami adalah rakan dalam
Majlis Guru Cemerlang dan selalu berjumpa dalam seminar dan kursus.
Saya dipandu oleh cikgu Yahya Awang, GPK HEM melawat semua bangnan sekolah, sambil itu menjeling ke dalam kelas. Akhir sekali kami melawat kantin dan berbual dengan pengusaha kantin. Saya nampak tompok-tompok hitam seperti tar atau getah melekat pada lantai kantin. Saya hanya pandang dan simpan dahulu. Saya tidak mahu membuat komen pada hari pertama ini. Selepas itu saya melawat dewan kuliah, melihat sekumpulan pelajar sedang berlatih untuk persembahan Hari Jubli Emas awal bulan April. Saya ternampak satu meja panjang terjongket kerana kakinya telah patah. Kami meneruskan rondaan, kini menghala ke dewan dan asrama. Terkejut juga melihat siling dewan yang terkulai dan pecah, banyak saeang di bahagian atas dan sisir angin di bahagian atas berkarah. Memang sukar membaikinya perlu memanjat tangga. Dinding dewan kelihatan usang. Selepas itu saya melawat surau. Pagar surau telah runtuh. Kawasan luar sekeliling surau berbatu dan gersang. Di bahagian belakang banyak pokok pisang yang tidak terurus. Saya teruskan pemerhatian hari pertama ke asrama putera dan asrama puteri. Yahya Awang kata asrama puteri kerap diceroboh, orang menginatai penghuni asrama pada waktu malam. Saya menelilingi asrama. Saya nampak dahan pokok di luar pagar menjulur masuk ke kawasan asrama. Luar pagar pula sangat semak. Melihat dahan pokok itu, saya telah mendapat jawapan kepada kenyataan GPK MEM itu. Saya sudah dapat gambaran tentang persekitaran sekolah ini dan telah boleh mengagak mutu kerja pekerja pembersih kawasan.
Saya
mengadakan perjumpaan dengan guru dan semua staf sokongan selepas tamat waktu
pengajaran. Ucapan sulung saya dimulakan dengan memuji repotasi ABS. Saya sebut
beberapa orang tokoh yang dilahirkan. Saya juga sebut kejayaan masa kini ABS.
Ucapan kali pertama ini tidak sedikitpun menyentuh perkara yang buruk pada hal
banyak yang menyakitkan mata saya. Penutupnya, saya memberi pengakuan bahawa
saya berani memikul amanah yang diberikan. Selepas itu puan hajjah Fatimah GPK
memberi taklimatnya. Mulai hari ini saya berusaha mengingati nama, bertegur
sapa dengan guru dan staf. Dalam masa satu bulan saya berjaya mengingati nama
semua guru seramai 76 orang itu. Saya telah membina hubungan kerja yang mesra.
Langkah
seterusnya saya ingin melihat perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Saya
meronda setiap kelas dan masuk ke kelas sewaktu guru mengajar untuk seketika.
Saya memeriksa Buku Rekod Kawalan Kelas (BRKK). Saya anggap BRKK ini sangat
bagus sebab boleh mengesan rekod kehadiran murid dan guru. Walau bagaimana pun
rekod kehadiran murid dan guru kurang memuaskan. Saya semak dan turunkan tanda
tangan. Saya beritahu GPK HEM agar buku BRKK mesti diuruskan dengan sempurna. Sistem
kawalan telah ada tetapi kurang penguat kuasaan. Saya mahu buku itu
dimanfaatkan sebaiknya. Saya kerap memeriksa buku BRKK ini sewaktu meninjau
perjalanan kelas. Sambil memeriksa buku GRKK saya dapat meninjau pengajaran
guru, sambil menyelam minum air. Saya mula membina keberanian untuk menengok
guru mengajar di dalam kelas.
Saya
mengajukan satu soalan kepada semua guru yang mengajar kelas Lima Perdagangan.
Soalannya ialah “Berapa orang pelajar yang cikgu boleh sebut nama bila
menyoal?” Saya memilih Lima Perdagangan kerana laporan BRKK menunjukkan peratus
ponteng yang paling tinggi. Yang paling teruk, seorang guru N ingat nama dua
orang sahaja. Secara purata hanya 19% pelajar kelas ini, namanya diingati oleh
guru yang mengajar mereka. Jika dalam kelas ada 25 orang, hanya 5 orang sahaja
namanya dipanggil dengan betul bila guru mahu menyoal mereka. Apakah perasaan
20 orang lagi itu? Berdasarkan dapatan ini saya memberi kuliah bertajuk
“Mengingati Nama Pelajar Adalah Kaedah Pengajaran Mesra Pelajar” kepada semua
guru ABS. Seterusnya saya melancarkan kempen mengingati nama pelajar yang guru
itu ajar. Saya beri tempoh sebulan. Guru dikehendaki menulis nama pelajar yang
mereka baru ingati dalam ruangan refleksi buku rancangan mengajar
masing-masing. Ramai guru bercakap-cakap fasal kerja tambahan yang dipaksa oleh
pengetua baru. Sewaktu minum di kantin saya bercakap kepada Mokhtar, Azhar,
Mahadi, ustaz Raman, Zaimi dan beberapa orang lagi. Saya boleh ingat nama semua
guru ABS dalam masa satu bulan, kini saya cabar cikgu ingat nama pelajar yang
cikgu ajar pula. Hubungan mesra saya dengan guru terjalin pantas bila saya
boleh menyebut nama mereka. Saya percaya guru telah mula boleh menerima
pembaharuan yang saya ajukan. Sebulan kemudian guru yang mengajar kelas Lima
Perdagangan boleh menyebut nama pelajar bila menyoal. Kini pelajar kelas ini
kelihatan lebih seronok belajar. Berdasarkan laporan buku BRKK didapati kadar
ponteng kelas dan ponteng sekolah telah berkurang.
Hujung
Mei 2005, hampir tiga bulan saya di sini. Saya mahu memupuk amalan gotong
royong dan budaya selengara di sekolah ini. Saya mengajak guru bergotong royong
membina tembok dari pintu pagar menyusur di tepi jalan sepanjang 30 meter dan
membaiki pagar yang berlubang dekat pintu masuk. Kerja ini gotong royong selama
dua hari ini sangat meriah. Ada antara ahli keluarga guru yang turut serta da
nada yang derma batu bata. Encik Abdullah PPD Temerloh juga menghadiahkan bata
bunga. Johari atau panggilan ringkasnya Jo adalah ketua kami kerana dia sangat
cekap dalam kerja simen. Selepas tembok berjaya dibina, kami mengutip bongkah
batu sisa binaan yang bertaburan dalam kawasan sekolah dan dipunggah di belakang
tembok. Seterusnya kami tabur pasir. Kini kelihatan permukaan rata yang catik di
atasnya tersusun bata bunga menutup lereng yang berbahaya. Pagar yang berlubang
tepi pintu masuk juga berjaya dibaiki. Kami pasang pintu kecil untuk pejalan
kaki. Sebelum bersurai kami berdiri di atas tembok bergambar untuk kenangan
kejayaan program gotong royong.
Ada
juga kerosakan yang tidak sesuai dipulihkan secara gotong royong misalnya
membaiki kaki bangku dewan kuliah yang patah. Ini adalah kerja yang memerlukan
kemahiran dan rumit. Saya tahu Jo ada kemahiran itu dan saya faham selok belok
kerja itu kerana saya ada pengalaman kerja bertukang. Waktu cuti penggal ini
adalah ketika paling sesuai membaiki bangku yang rosak itu. Saya mengajak Jo
melaksanakan misi yang mencabar ini. Saya mulakan kerja memecahkan simen untuk
mengeluarkan tunggul kaki bangku yang patah itu. Selepas 10 minit berjuang
badan saya berpeluh seterusnya Jo menyambung tugas. Ruang kerja sempit kena
bergilir-gilir tetapi Jo lebih lama melaksanakan kerja yang mencabar ini.
Akhirnya tunggul berjaya dicabut. Kini kami memasang kaki yang baru. Ini adalah
kerja yang senang. Bahagian atas diskrew dan bawah diikat dengan simen. Akhir
sekali tiang baru itu dicat. Bila penggal baru bermula, bangku yang dulu
terjongket kini bersedia untuk diduduki. Terima kasih Jo. Saya tetap ingat
pertolongan dan jasa Jo.
Sewaktu
hampir dengan peperiksaan saya kerapkan menjenguk kelas tingkatan lima dan
enam. Selepas beberapa kali melawat, saya dapati masih ramai pelajar tingkatan enam
masih merayau-rayau dan berkumpul di kaki lima jika guru tiada di dalam kelas,
pelajar tingkatan lima lagi teruk. Satu hari saya melawat kelas tingkatan lima,
didapati satu kelas tiada guru, saya terus masuk. Saya Tanya mana guru? Pelajar
kata cikgu suruh buat ulangkaji sendiri. Saya minta mereka keluarkan kertas
jawapan mata pelajaran itu. Saya nampak banyak markah rendah dari 40%. Jawapan
yang salah masih tiada pembetulan. Sepatutnya ada “correction” ditulis di sisi
jawapan yang salah itu. Kita tidak boleh berharap pelajar membuat ulangkaji
sendiri tanpa dibimbing atau diselia oleh gurunya. Bila ada murid mesti ada
guru! Saya duduk di kelas itu hampir 30 minit, guru itu tidak muncul sampai
sudah. Sewaktu berada dalam kelas itu ramai pelajar mengambil peluang bertanya
soalan Matematik, itulah yang penghibur saya bila ada murid bertanya. Saya
keluar bila guru mata pelajaran Pendidikan Islam menunggu di muka pintu.
Seorang pelajar berkata, “Cikgu tatanglah lagi kelas kami.” Masih pelat
menyebut datang disebut tatang. Saya membalas dengan senyuman sahaja. Saya
terus menemui guru itu dan bertanya mengapa tidak masuk kelas? Beliau kata
suruh pelajar berbincang sesama mereka mencari jawapan yang betul. Saya
membalas hujahnya mengatakan pelajar tidak berbincang fasal pelajaran tetapi
berborak sahaja. Kertas jawapan mereka masih belum ada tanda pembetulan.
Menyemak
buku latihan pelajar adalah antara kerja utama saya. Saya mahu menyemak buku
latihan setiap orang pelajar dalam sesuatu kelas itu. Jika bilangan buku kurang
dari bilangan pelajar dalam kelas itu, saya akan memberi arahan kepada Wan
Suzana supaya menghubungi guru mata pelajaran tersebut supaya menghantar baki
buku yang belum diserahkan. Kerja menyemak ini dikhusus untuk mengesan semakan
guru, apakah mutu semakannya? Berapa lama tidak disemak? Apakah bentuk komen
yang diberikan? Saya nampak laporan buku amali pelajaran sains (ada tiga
pelajaran iaitu Biologi, Kimia dan Fizik) ada keganjilan. Rajah yang dilikis
oleh pelajar adalah salah tetapi ditanda betul oleh gurunya, ternyata cuai.
Saya membuat komen meminta guru itu menyemak semula latihan dalam muka surat
tersebut. Dalam pada itu saya ada melukis alur cahaya dari objek menuju kapada
kanta cembong dan melukis kedudukan objek maya itu. Saya melukis menggunakan
perisian Geometer Skecth Pad. Seterusnya saya memanggil guru itu untuk
berbincang tentang kefahaman murid dalam mata pelajaran Fizik. Keesokan harinya
guru itu menggunakan alat bantu mengajar yang saya reka khas itu. Guru fizik itu
mohon untuk dipinjangkan perisian yang saya karang itu. Pengalaman sebagai guru mata pelajaran yang
bergelumang dengan pelajar dalam kelas sangat membantu saya memimpin guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Saya menjenguk Pusat Sumber Sekolah. PSS
sekolah ini memang ada nombor dalam negeri Pahang. Cikgu Norliza Mohd Amin
adalah guru yang diberi amanah mengelolakan PSS ini. Saya memeriksa rak buku
yang dikatakan telah using. Saya terpandang sebuah buku yang kelihatan dimakan
hari tetapi masih belum diusik. Saya terus capai buku yang bertajuk “Dari Kuala
Sepetang Ke Tanjung”. Saya tertarik untuk membacanya. Baru saya tahu bahawa
Kuala itu merujuk kepada Kuala Sepetang, Perak dan Tanjung itu merujuk kepada
Tanjung Gemuk. Penulisnya ialah Ghazali Uda mantan Timbalan Pengarah Pelajaran
Pahang. Saya meminjam buku ini dan mula membacanya dengan penuh minat hingga
tamat. Saya mendapat banyak motivasi dari cerita perjuangan penulis terutama
sewaktu di bangku sekolah rendah. Saya mula sedar bahawa betapa pentingnya
memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak. Selepas itu saya meminjam buku
bertajuk “Pendita Zaaba Dalam Kenangan”. Tebal buku ini hampir tiga inci. Saya
berazam menatap buku ini hingga tamat. Saya hadapi seminggu sahaja. Dalam tempoh
seminggu itu saya dikehendaki menghadiri satu kursus di Kuala Trengganu. Saya
tidak mahu memandu kereta sebaliknya memilih naik bas dari Temerloh ke Kuala
Trengganu. Sewaktu dalam bas saya boleh membaca kisah pendita Zaaba ini. Saya
berjaya menghabiskan buku yang tebal itu sewaktu dalam bas pulang dari Kuala
Trengganu. Buku ini cukup memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran saya.
Mereka yang paling berperanan besar membentuk perwatakan dan kehebatan Zaaba
adalah bapanya seorang guru agama yang mengajarnya mengaji Quran, gurunya
sewaktu di sekolah rendah Batu Kikir yang menyuruhnya membaca banyak buku
cerita dan gurunya sewaktu di King George V Secendory School yang mengajarnya
Bahasa Inggeris dan Sastera Inggeris. Kini saya semakin yakin bahawa perlu satu
tindakan yang berani memupuk amalan membaca di sekolah ini.
Saya
tertanya sendiri adakah pelajar tingkatan lima telah tamat baca novel komsas?
Saya menyiasat kelas 5 Perdagangan dan kelas 5 Sains Hayat. Keputusannya sangat
memeranjatkan. Secara purata 5 Perdagangan baru dua muka surat dan kelas satu
lagi yang terbaik baru separuh buku. Kini sudah bulan Julai, tidak boleh
dibiarkan. Saya memanggil semua GPK dan ketu bidang berbincang
untuk mengadakan perhimpunan membaca buku yang dipanggil Perhimpunan Senyap. Selepas idea dilontarkan dan kata sepakat dicapai, kami melaksnakan perhimpunan senyap dua kali seminggu pada waktu pagi di paadang. Saya dan semua guru guru turut membaca sambil mengawasi pelajar. Selepas dua bulan, buku novel komsas itu habis dibaca. Kini mereka membaca buku yang lain pula.
Jasa
saya di ABS sangat kecil. Saya percaya Mesin Pengimbas Jawapan Objektif sangat
membantu guru memeriksa jawapan objektif pelajar. Saya berbincang dengan GPK
untuk menyediakan kemudahan memeriksa jawapan objektif menggunakan mesin OMR.
Memang menjimatkan masa dan boleh memberi maklumat analisa jawapan yang pantas.
Guru kata tak perlu lagi tebuk master dengan ubat nyamuk. Saya difahamkan
hingga kini mesin pengimbas itu masih berfungsi. Ada seorang guru berkata, “Jika
gunakan mesin OMR ini mesti teringat kepada cikgu Yahya.” Inilah satu jasa saya
yang kecil itu gamaknya?
untuk mengadakan perhimpunan membaca buku yang dipanggil Perhimpunan Senyap. Selepas idea dilontarkan dan kata sepakat dicapai, kami melaksnakan perhimpunan senyap dua kali seminggu pada waktu pagi di paadang. Saya dan semua guru guru turut membaca sambil mengawasi pelajar. Selepas dua bulan, buku novel komsas itu habis dibaca. Kini mereka membaca buku yang lain pula.
Saya
menyertai penghuni asrama melaksanakan majlis khatam Al Quran di asrama.
Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan yang kuat. Saya tahu itu adalah bunyi
mercun. Bunyi itu berturutan, sungguh mengganggu. Saya mendapat laporan bahawa
ada pelajar main mercun di dalam tandas. Inilah kebiasaan budak ABS bila dekat
hari raya. Cikgu Mahadi kata esok hari terakhir sekolah, mereka akan adalah
pesta mercun. Saya terkejut sungguh dengan hasil siasatan cikgu Mahadi itu. Saya
terpaksa melaksanakan plan tindakan yang pantas. Selepas pelajar pulang, saya
berjumpa dengan semua guru membentangkan satu plan menghapuskan mercun. Saya
kelompokkan guru kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan jaga satu pintu masuk.
Saya minta mereka datang awal 7 pagi dan minta rahsiakan operasi ini. Semua
guru diberi kuasa memeriksa beg pelajar. Sewaktu saya sampai keesokan pagi,
saya lihat ramai guru sedang memeriksa pelajar secara berhemah, mereka tidak
memarahi pelajar sebaliknya merampas semua jenis mercun. Ada pelajar yang
sempat membuang mercunnya di dalam longkang di luar pagar. Pagi itu kami
berjaya mengumpul sebaldi mercun. Cikgu Mokhtar kata mercun bentuk bola warna
hijau muda paling power. Persekolahan hari ini berjalan dengan tenang.
Tahniah cikgu. Jika kita kerja dalam satu pasukan pasti dapat hasil yang
cemerlang. Seberkas membawa berkat.
Saat bersama guru dan staf sokongan ABS memang tetap dalam ingatan saya. Barangkali pelauang menjadi pengetua di ABS adalah tapak untuk saya memanjat ke atas? Hanya Allah SWT yang maha kuasa mengetahui segala-galanya.
Kebiasaannya
ABS menjemput pensyarah atau tokoh menyampaiakn ceramah untuk program
peningkatan profesionalsme tetapi kali ini saya mahu buat kelainan sedikit.
Saya berikan buku bertajuk “19 Tip Pendidik Cemerlang” hasil tulisan Mohamad
Shatar Sabran, Jasni Sabri dan Azali Mohamed. Setiap tajuk diberikan kepada
tiga orang guru. Mereka dikendaki membaca, memahami dan membuat penyelidikan
tambahan. Kemuncaknya ialah pembentangan di Hotel Sri Malaysia Temerloh. Setiap
kumpulan membenatangkan tajuk masing-masing menggunakan Power Point. Terdapat macam-macam inovasi. Ada yang membuat rakaman
video dan ada juga yang merujuk kepada internet. Semua kami berasa puas.
Walaupun persembahan kumpulan tidak diberi nilaian tetapi mereka cuba buat yang
terbaik. Ramai guru mengatakan mahu program ini elok diadakan lagi. Kita boleh
tingkatkan tahap profesionalsme melalui pembacaan dan berkongsi dengan rakan-rakan.
Kalau
hendak diceritakan semua harus sampai 50 muka surat kisah ABS ini, saya pilih
yang difikirkan paling penting untuk dikongsikan bersama. Sebenarnya jika
terlibat dalam proses merancang dan melaksana sesuatu tugas memang ingatannya
kekal dalam otak kita. Saya terasa bertugas di ABS terlalu sekejap, memang
sekejap pun, hanya sempat satu tahun empat bulan. Tanggal 1 Ogos 2006 saya diamanahkan
memikul tugas baru sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan. Selama tempoh itu
saya dapat lihat banyak sekali kejayaan kokurikulum dan permainan yang dicipta
oleh pelajar ABS. Kejayaan ini adalah hasil kegigihan guru melatih dan membantu
pelajar yang mengambil bahagian.
Saat bersama guru dan staf sokongan ABS memang tetap dalam ingatan saya. Barangkali pelauang menjadi pengetua di ABS adalah tapak untuk saya memanjat ke atas? Hanya Allah SWT yang maha kuasa mengetahui segala-galanya.
Bersambung ......
No comments:
Post a Comment