nuff

Friday, June 26, 2020

Nasihat Pakar

25/6/20 saya menerima tetamu meninjau kebun... beberapa komen dsn nasihat belìau.
1. Pokok kelapa perlu beri garam dan  baja NPK 151515.
2. Pokok durisn belanda perlu trim... biar 5 kaki shj.
3. Keliling pokok durian perlu digemburkan dan beri baja NPK 151515. 
4. Keliling pokok perlu tabur furadan.
5. Perlu buang dahan2 yg tebal... boleh beri cahaya masuk.

26/7/22
1. Buat penyapu lidi kelapa.
2. Penipuan benih 
3. Kelapa muda tiada masalah.
4. MYD/MRD punya pasaran baik.

Tuesday, May 26, 2020

Strategi menanam nanas MD2 kali ketiga.

M89iiio 
Kali pertama tanam nanas jenis N36 bantuan benih dan baja dari LNN. Tiada pengalaman, gangguan banjir dan kekurangan tenaga pekerja, akhirnya gagal. Rugi dianggar rm15,000.g[
Kali kedua tanam nanas jenis MD2 kelur wang poket sendiri untuk beli benih, kos baja dan lain2 dianggar rm25,000. Pendapatan hingga kini baru rm5000. Dianggar pulangan hanya rm10,000. Kekurangan rm15,000. Namun kekurangan itu boleh ditampung dari penghasilan sulor. Sulor boleh dipasarkan.
Mahu tanam nanas buat kali ketiga. Benih tidak perlu beli. Perbelanjaan hanya beli baja  plastik dan kos kerja tanah dianggar rm10,000. Mahu tanam 20,000 sulor. Tanam berperingkat 2000 sulor setiap bulan. 
Tunggul nanas dianggar 12000 perlu diuruskan dengan baik agar mengeluarkan sulor yang subur. Bilangan sulor yang dihasilkan boleh mencapai 50000 buah. Ini juga sumber wang.

Langkah
1. Trim pokok nanas yang telah dipetik buahnya. Seterusnya beri baja.
2. Sediakan tapak. Pelau, tabur baja, roto dan pasang kepingan plastik.
3. Petik sulor yang subur, rendam dalam cecair racun kulat dan penggalak akar.
4. Tebuk lubang pada jarak 1.5'x2.0'. 
5. Jirus air baja ke dalam lubang dan cucuk sulor.
6. Sembur baja cecair setiap bulan.
7. Siram jika tiada hujan selama 3 minggu.
8. Buat persediaan simpanan air untuk menyiram pada musim panas. Sediakan 3 tangki hitam. Isikan air hujan hingga penuh.

9/6/20... telah tanam 430 sulor nanas.
Gambar pada 25/12/20

10/6/20... telah tanam 650 sulor.✔
14/6/20... telah tanam 850 sulor.✔
Julai 2020 ....  1000 pokok✔
Ogos 2020 .... 1000 pokok✔
Sept 2020 ..... 1000 pokok✔
Oktb 2020 ..... 1000 pokok.✔
Nov 2020 ...... 1000 pokok ✔
Dis 2020 ....1000 pokok... dpn & bkg ulu.✔

Guna tanah tanjung Tijah xxx.       Xxxq.n
Guna lorong kelapa.
Guna tanah sebelah hilir.

4/4/22... telah mula kutip hasil.
27/4/22
nanas masak mula memasuki pasaran.
Mahu tanam kali keempat di Tanjung Tijah.

Sangat laris, mereka kata manis macam gula. Pelanggan utama ialah Tuan Ubsn, Mislijah, Petronas JP  dan Rahim Gurney.

Kutipan pada 3/5/22. Dapat 65 biji, dianggar 150kg. Nilai wangnya tidak kurang tm450 tetapi saya agih2kan kpd anak dan saudara mara sahaja. Tiada jual beli pada hari raya.

PROJEK 
Julai 22 ...600....×
Ogos 22... 600....×
Sept 22.. 600....×
Oktb 22.. 600...×

Nov 22.. 600...x
Dis 22. ..200
Jan. 23..300
Feb.23...400
Mac.23..500
April.23.600
Mei.23..600
Jun..23..600
Julai..23..600
Ogos 23..600

Sunday, May 10, 2020

MOTIVASI DIRIKU & LONJAKAN HASIL

Hey Yahya..... cuba kau ingati kembali apakah kejayaan yang paling bermakna yang kau usahakan hingga mendapat 
faedah dalam hidup kau?
Ya.... memang ada. Sewaktu aku umur 17+, baru dapat result SPM1971 aku terus belajar sendiri subjek Matematik sebelum melangkah masuk tingkatsn enam rendah. Aku buat pre learning selama dua bulan. Sewaktu mengikuti pengajaran guru  aku boleh faham semuanya. Aku beri tumpuan terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Seterusnya aku buat ulangkaji dan meneroka bab yang di hadapan sendirian tanpa disuruh sesiapa sekurang-kurangnya tiga jam sehari. Pencapaian setiap ujian sangat memberansangkan. Kemuncaknya aku berjaya memperolehi prinsipal A bagi subjek Matematik STP 1973. Aku diterima belajar di universiti dalam fakulti sains.

Daripada imbasan di atas itu  kau tidak harus dibuai cerita indah masa lalu, sebaliknya gunakan pengalaman itu diusia senja ini. Hasilnya bukan untuk kau tetapi anak cucu, saudara mara serta masyarakat.

Tindakan bermotivasi.
1. Tuliskan apa yang dimahukan 5 tahun lagi. Mahu sebuah kebun ada pokok durian yang mula berbuah. Ada pokok kelapa yang mengeluarkan hasil yang stabil. Ada pokok kelapa yang menghasilkan benih kelapa Mataq F1. Ada pokok Master yang mula berbuah. Ada kolam ikan yang mengeluarkan hasil lagi menarik pemandangan. Sebuah kebun yang menarik menjadi tempat Agrotuarisom yang diminati. Ada beberapa buah shale. Jadi pusat motivasi dan kursus keusahawan serta kepimpinan. Tempat kesukaan anak serta cucuku. Sebahagian dari keuntungan akan disumbangkan kepada masyarakat tempatan untuk memajukan pendidikan anak-anak mereka. Ya Allah Tuhanku yang maha berkuasa lagi penyayang, tunjukkanlah jalan kejayan stas usaha hambaMu ini...aminn.
2. Tuliskan secara teperinci apa yang mahu dilakukan hari esok.
3.akukan kerja buat sekurang-kurangnya 4 jam sehari.
4. Buat pemantauan... MBWA.
5. Beri arahan kerja yang jelas kepada pekerja.
6. Tekun, istikomah dan mengulangi jika gagal. Cari sebab kerosakan/kegagalan dengan merujuk kepada buku/pakar.
7. Yakin boleh lakukan. Boleh berjaya.
8. Elakkan risiko... lakukan perkara yakin boleh.

Sempena Aidilfitri 2020, aku ambil ketetapan baik pulih pokok durian yang ditanam. Pokok yang msti mesti ganti.
Beri baja organik sebulan sekali.
Sembur racun kulat 2 minggu sekali.
Bersihkan bawah dan keliling pokok.
Siram tiap2 hari jika tiada hujan.
Pertumbuhan pokok durian adalah melambangkan tahap kejayaan aku. Tanam pokok durian hutan. Sudah tanam 75 pokok. Bila pokok bersaiz lengan baru lakukan cantuman.
Pokok kelapa sudah mula berbuah. Pokok perlu diselenggara dengan baik agar dapat menjual buah kelapa mulai bulan November 2020. 

Jangka pendek
1. Tingkatkan mutu buah pisang dengan memberi baja , benteras rumput dan bekalan air. Boleh dapat hasil dari buah dan juga benih.
2.  Pokok nanas yang telah berbuah menghasilkan sulor yang boleh dijual. Pelepah nanas perlu dicantas dan diberi baja. Setiap tunggul boleh menghasilkan empat sulor. Target 10,000 tunggul yang boleh menghasilkan 40,000 sulor.
3. Terdapat peluang untuk menanam labu sewaktu musim lembab kerap hujan. Akan tanam 200 benih labu. Boleh menjana hasil tambahan rm2000 mulai bulan Ogos.

Didapati pelanggsn suka membeli buah nanas yang lebih dari 2 kg berat. Oleh itu kena sediakan tapak yang sempurna serta baja dan air yang cukup. Bekerja untuk hasil yang berkualiti boleh menambahksn hasil.
Pelanggan juga suka kepsda buah pisang yang besar lagi berat. Mereka suka kepada gred A. Untuk menghasilkan pisang gred A perlu beri baja tambahan 9-18-36 sewaktu pokok mencapai ketknggian 5 kaki. Baja ini untuk menghasilkan buah yang berkualiti. 

Walaupun aku telah baca buku CYOF sampai tamat tetapi kini aku buat ulangkaji untuk menajamkan dan fokus kepada usaha waktu senja ini.
petikan daripada m/s 11.
" Sekiranya kita membaca banyak buku, kemungkinan besar kita akan temui perkara yang dapat..... "

M/S 268
Jika mahu hasil yang cemerlang perlu penuhi 3 perkara berikut;
1. Bergerak pantas
2. Bekerja lebih Lama.
3. Badan yang sihat.

M/S 271
"kita bekerja lebih pantas, lebih rajin Dan memusatkan tumpuan pada tugasan yang bernilai tinggi." 

Orang cemerlang dlm kerjaya di USA secara purata bekerja 59 jam seminggu.

Tulis kerja yg mahu dilalukan esok pada malam ini atau sehari sebelum.
  

Thursday, May 7, 2020

kolam Ikan

Lebih 5 tahun kolam ini dibiarkan tiada isi. Kini aku memulakan langkah baru. Aku dapatkan ilmu daripada mereka yang berpengalaman iaitu Khirul di Pesagi dan Satar di kg Sanding. Saya juga dapat nasihat dari kawan karib iaitu Che Lah.
✔ Ikan talapia suka juga makan daun kangkung dan daun ubi kayu.
✔Ikan yang dapat makan yang mencukupi akan besar cepat, enam bulan boleh tangkap.
6/5/20... isi 50 ekor anak ikan talapia merah besar ibu jari.✔rm20
7/5/20... isi 6 ekor anak ikan talapia merah besar ibu jari.✔
7/5/20... isi 5 ekor ikan besar melebihi setengah kilo untuk penghasilan benih yang baru melalui penetasan telur.✔rm48.
8/5/20...isi 6 ekor ikan talapia besar melebihi setengah kilo untuk penghasilan benih yang baru melalui penetasan telur. Beli dari sangkar Satar, kg Sanding, ✔ rm60.00

Sewaktu menabur pallete ke permukaan air, kelihatan banyak cakupan. Ada ikan bentuk panjang dan belakangnya kehitaman seperti anak patin. Beberapa ketika kemudian kelihatan anak talapia kemerahan berenang berbimbar berdua atau bertiga. Kelihatan mereka mencakup palete. Menghairankan, tidak kelihatan ikan lain yang berenag hampir dengan permukaan. Takut agaknya atau anak talapia tidak tahu takut.
Sudah ada 11 ekor ikan talapia besar di dalam kolam ini. Kehadirannya diharap segera bertelur sebagai agen pembiakan anak ikan yang baru.
Perlu buat tangga dan pelantar untuk turun ke permukaan air untuk melakukan kerja selenggara.
14/5/20.... masukkan 2000 anak ikan talipia merah, harga rm500. Setakat ini telah belanja rm628 membeli benih ikan tilapia.✔
Terhibur memerhati anak ikan. Kelihatan dua ekor berenang berkawan. Ada juga dalam kumpulan ramai hingga 30 ekor. Elok susunannya.
Kelihatan beberapa puak anak ikan berenang dalam kumpulan yang besar di teluk. Mungkin kawasan itu sejuk sedikit. 

18/5/20.... Aku lempar beberapa cebiran biskut ke permukaan air. Beberapa minit kemudian beberapa anak ikan tilapia mendekati dan ada yang menyentuhnya. Lama kelamaan cebiran itu tengelam kerana direbut ramai anak kecil itu. 

Bahan untuk buat sangkar.
1. Tong drum... 9 biji .................rm360
2. Batang besi L ... 24 batang....rm840
3. Anak ikan 2000 ekor .............rm520
4. Jaring .......................           .rm1200
5. Skrew, tali & lain2...................rm300
Jumlah................. rm3220

Ikan yang ada dalam kolam perlu ditangkap untuk jualan pada bulan November dan Disember. Ini adalah tindakan untuk mengelakkan banjir. Jika ada anak ikan yang baru menetas dalam bulan Ogos hingga Disember, ia perlu disauk dan dimasukkan ke dalam tangki khas untuk dibesarkan.

Ikan asal yang ada dalam kolam ini ada berbahai jenis seperti puyu, keli, potak, kepar, sepat dan haruan. Dikatakan ikan haruan suka membaham anak ikan yang lain. Anak okan tilapia adalah mangsanya.

Jangkaan ikan yang 11 ekor itu akan bertelur ialah pada bulan Jun, Julai, Ogos

Buat sangkar
Masuk 2000

Idea baru...
Buat

Saturday, February 15, 2020

Kursus Durian & Arah Tuju Baru

15 dan 16/2/2020
Bangi Golf Resort
Bermulanya satu keyakinan baru selepas mengikuti kursus yang diberikan oleh seorang pakar yang telah membuktikan kejayaannya.
5

Sangat berfaedah.
Mengetahui penyakit yang dihadapi oleh pokok durian di kebun sendiri.
Banyak kesilapan menanam.
Elakkan air bertakung.
Hapuskan hawar daun.
Penyakit kuning daun.
Nilai P yang tinggi menyebabkan biji menjadi besar.
CARA TANAM BANYAK KESILAPAN
Cara atasi.... buat busut
Buat longkang
Gembur tanah
PEMBAJAAN TIDAK TEPAT
Cuba jenis baja dan jadual membaja.
Baja fatigasi.
Guna baja Kitosan untuk pulihkan pokok.
Bancuh baja serbuk ACUREN utk mengatasi Hawar Daun.
MENGATASI PENYAKIT
Hawar daun
Kanker
Serangan ulat daun.
pH yang paling sesuai ialah 6.5... kelihatan akar paling panjang. pH yang bagus 6 hingga 7. Perlu dapatkan 20 sampel pH tanah dekat pokok durian di kebun hadapan dan 5 sampel di kebun belakang. dalam bulan Februsri ini.

Belum terlewat untuk membaiki kesilapan.

🌿Perlu praktikkan pembajaan SP1, SP361 ikut jadual dan berat yang disyurkan. Beri baja cecair konsep fatigasi 3 hari sekali. Mulakan hujung bulan Fabruari 2020. Mahu pokok berbuah bila mencapai usia tiga tahun. Sudah beli baja SP1 dan SP361 nilai rm215 pada 18/2/20.✔
🌿Beli pH meter untuk sukat pH tanah. Sukat pH tanah. Ambil tindakan pemulihan jika pH rendah dari 6.5.
🌿 Laksanakan projek jangka pendek untuk menampung kos maintanance projek durian yang semakin meningkat.
18/2/20.... saya pergi ke Saliran Mampan Sdn.Bhd milik encik Lim Chin Khee yang beri kursus di Bangi Sabtu & Ahad yang lalu. Saya kagum dengan daya usaha, ilmu dan pengalaman beliau. Ini adalah contoh yang patut diteladani.
Saya percaya, dan boleh ikut apa yang dicakapkan. 
Kedai baja di sisi kebun durian yang subur. Saya mahu praktikkan langkah 3 tahun durian boleh berbuah.
Motivasi timbul atas bukti kejayaan Chin. Saya mahu lakukan. Saya berkeyakinan penuh akan berjaya seperti mana yang dikatakan oleh pakar ini.
Hari ini saya membeli baja di Raub dan terus memulakan kerja membaja. Kerja membaja mesti disiapkan dalam tempoh seminggu. Petang ini 21 pokok sempat beri baja. Sebelum akhir bulan Februari mesti siap dapat baja SP1 dan SP361. 
Amir sudah siapkan kerja membaja semua pokok.✔✔✔ Kerja membaja bulan Februari telah siap.
Pokok tinggi kurang 5 kaki; baja SP1..100gram, SP361..1kg.
Pokok tinggi lebih 5 kaki, baja SP1..200gram, SP361..2kg. 
Pokok yang lebih 5 kaki telah mula beri baja SP1, 200gram dan SP361, 2kg.
22/2/20... telah beri 3 pokok.
29/2/20... hingga kini telah beri baja sp kepada semua. Baja air pula baru 40pokok.
Mengenai baja fatigasi pula adalah seperti berikut;
                      1 - 4 kaki    5 kaki    7 kaki
G232                10gr         20gr      25gr
Amino Plus     10ml        20ml      25ml
P400                 2ml          4ml       5ml
R2                    20gr         40gr       50gr
NPlus              40gr          80gr      100gr

G232   ...... galak keluar daun
Amino Plus.... Vitamen
P400 ..... Anti body
R2  .....  Galak tumbesaran akar, batang, dahan dan vagi
NPlus .... besarkan daun
21/2/20.... telah beli 5 jenis baja untuk fatigasi di Raub, harga rm1130.
Telah beri taklimat kepada Amir tentang kaedah membaja dan menyiram yang terkini. Amir meneruskan kerja membaja.
1/3/20
Saya perlu mendalami kaedah menyukat pH tanah. pH yang paling baik ialah 6.5, julatnya 6 hingga 7.

Tanam bulan Februari 2020🌿🌿🌿🌿
1. Lubang telah siap gali. Timbus, longgok kayu mati dan bakar. Timbus kali kedua.
2. Lubang telah digali di lereng bukit. Telah bakar, timbus. Himpun pokok mati dan bakar kali kedua. Timbus lagi.
3. Lubang telah gali, himpun dahan pokok dan bakar.
4. Pilih satu tempat antara dua pokok durian, tepi jalan, sebelah kiri, tebuk lubang, jirus racun anai2. 
Empat pokok baru. Sudah beli dan akan tanam pada 7/3/20.  🌿🌿🌿🌿 siap tanam, pokok kelihatan subur.✔

Tanam bulan Mac 2020🌿🌿🌿🌿🌿🌿✔
Buang dua pokok kelapa di teres bawah jalan. Gemburkan dua kawasan 6x6.
1. Longgokkan ranting pokok dan bakar.
2. Gembur kawasan 6x6 di tepi jalan atas bukit.
3. Buang satu pokok kelapa kecil dan gali lubang, gembur 6×6 dekat lubang yg telah digali. Siap gali.✔
4. Lubang telah siap gali.✔
5. Beli lima pokok baru. 
6. Buat pembakaran atas 5 tapak utk tanam durian.
7. Buat lubang dan jirus racun anai2.
8. Siap tanam 6 pokok.✔


Tanam bulan April 2020🌿🌿🌿🌿🌿🌿...🌿🌿🌿🌿
1.  Buang dua pokok db dan gali lubang, gembur 6×6 dekat lubang yg telah digali.✔
2.  Bakar ranting yg dilonggok atas lubang tepi jalan dekat pondok.
3. Rata kawasan dekat jalan gelotot. Buang pokok db. Gali lubang 6x6, dalam 3 kaki.
4. Enam lubang telah siap gali.✔
5. Gunakan anak pokok yang semai tahun lepas.
6. Gali 4 lagi. ✔
7. Pada 7/4/20... telah tanam 2 pokok.✔

Tanam bulan Mei 2020🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
Buang dua pokok kelapa di teres bawah jalan. Gemburkan dua kawasan 6x6.
1. Longgokkan ranting pokok dan bakar.
2. Longgokkan ranting pokok dan bakar.
3. Gembur kawasan 6x6 tempat pokok kelapa yg dibuang.
4. Buang dua pokok db dan gali lubang, 
7. Tiga lubang telah siap gali. Perlu gali satu lagi.
8. Beli lima pokok baru.
....1 lubang1 dkt pondok
....2 lubang2 dkt pondok
....3 lubang di teres ketiga
....4 lubang celah pokok pisang
....5 lubang belakang pondok Amir, belum
....6 lubang dkt pokok pisang, belum
....7 lubang dkt 4 lubang yg telah gali.

Tindakan
1. 15 pokok 5kaki telah beri baja SP1 dan SP361 extra.(24/2/20)✔
2. Mahu beri baja SP1 dan SP361 kepada 15 pokok yang sihat & lebih 1 kaki lonjak.✔
3. Telah bancuh baja fatigasi. Telah mula siram 4 pokok. Sudah siram 40 pokok.✔

Tindakan segera.
Perlu adakan sistem bekalan air yang cekap. Air disedut dari kolam masuk ke dalam 2 tong hitam 600 galon. Dari sini air dihantar terus ke tong biru. Bilangan tong biru perlu ditambah 10 lagi.
Baiki sistem paip air yang sedia ada supaya mudah mengisi air ke dalam tong biru. Pasang penyambung T kepada 5 tempat dan sambung kepada batang paip 16mm.
Pasang zink tadah air hujan yang hujungnya masuk ke dalam tong biru yg terpencil. Pasang 10 dahulu.
Bina jalan motosiksl sepanjang teres.
Sediskan tong air biru sebanyak 10 tong dan letakkan di tempat yg stratigik sebelum 31/3/2020.

13/3/20. Telah bancuh 3 tong air baja. Lebih 20 pokok dapat faedah tiap-tiap hari. Hari berikut siram pokok lain pula. Hari ketiga siram pokok lain. Hari keempat kembali siram pokok yang mula-mula. Dianggarkan 50 pokok akan dapat disiram.
28/3/20.. telah tanam 6 pokok durian, anak benih semai sendiri dari baka jenis tembaga kampung.
Gali 2 lubang besar. Belakang pondok dan dalam kawasan pokok pisang lemak manis.
Letak tong air biru yang ada air baja dekat 50 pokok yang berpotensi subur dan berbuah pada tahun 2023 kelak.
1. Pokok tepi roto.... 1
2. Pokok tahun 2017 tepi rumah....1
3. Pokok sebaris 3 lurus, tengah lonjong, hujung tinggi 2017 dan tepi rendang....3
4. Pokok 2017 dekat pokok limau kasturi. Pokok limau kasturi pstut potong. ...1


Pemerhatian
1. Sudah nampak banyak pucuk baru dan ada yang melonjak ke atas melebihi 6 inci. 
2. Beberapa batang pokok tinggi 5 kaki didapati daunnya kering. Apa sebab?

19/3/20. Pergi beli 
baja SP1 satu bag, 
SP361 10 bag dan 
NPlus satu bag.....batal

Target tanam pokok durian baru.
🌿 Tanam 15 pokok bulan April. Telah tanam 9 pokok. Tanam 2 lagi jadi 11 pokok. Tanam 4 lagi.✔
🌿 Tanam 25 pokok bulan Mei. Anak pokok durian hutan. Lubang sudah gali.✅sudah siap.✔
🌿 Mahu tanam lagi 25 pokok anak durian hutan hujung bulan Mei ini.✔Sudah siap tanam dan pasang para.✔
🌿22/5/20... mahu tanam 25 pokok lagi.
Perlu sediakan tong drum untuk simpan air.✅Sudah beritahu Amir. Sudah gali lubang.✅Sudah siram racun anai2. Telah hantar 25 anak pokok durian ke kebun belakang. ✅ Sudah tanam 23 pokok.✅

Banyak pokok terjadi begini, daun luruh dan ranting menjadi kering. Selepas daun luruh, ranting pula mulai kering. Ada juga yang keluar pucuk baru. Ada yang beransur kering sampai ke akar. Banyak kerugian wang dan masa. Mesti cari apa penyebabnya? Ini adalah saat yang amat mencabar.
18/5/20.... Ambil tindakan sembur racun kulat Alitte kpd semua pokok yang ada kesan penyakit. Mahu sembur lagi dua minggu akan datang 1/6/20.
29/5/20... Ambil tindakan mengganti 4 pokok yang mati dengan pokok baru jenis MK dan DH tinggi 4 kaki. Serta tanam satu pokok baru di hadapan pondok. 
Ada banyak lagi pokok yang uzur serta kerdil. Perlu sediakan pokok baru. Beli pokok MK atau baka lain yang masih kecil. Gantikan dengan polibag yang besar. Uruskan baja serta air untuk tempoh sekurang-kurang enam bulan. Bila mencapai 4 kaki baru pindahkan ke tapak yang sebenarnya.
Telah beli 8 pokok Musang King dan 2 pokok IOI dan ganti kpd polibag besar. Pada 18/8/20, telah ada stok sebanyak 24 pokok. MK 14 pokok, 101 ada 2 pokok, Teka ada 4 pokok dan D24 ada 4 pokok.
perlu pasang kayu sokong. Siap.✔
🌿 Perlu ambil tindakan segera letak tong biru dekat setiap pokok besar 50 pokok untuk menghadapi musim kemarau. Telah siap 10 tong. Pada 18/8/20, telah siap 25 tong.
🌿 Banyak pokok yang mati dan ada juga yang kerdil. Telah setahun masih bantut. 

Thursday, January 23, 2020

65+

Syukur alhamdulillah aku masih diberi kekuatan. Masih boleh memandu kereta tetapi mudah menguap terutama kalau memandu jauh pada waktu tengah hari hingga tiga petang. Kalau malam pula selepas jam 10 malam memang sudah amat berat mata ini. Sekarang ini terasa berdebar bila memandu melalui jalan lurus yang curam pada jarak jauh seperti turun dari terowong ke kampung Bukit Tinggi. Aku ikut lorong sebelah kiri dan kerap menekan brek. Ada kala dengar bunyi hon kereta di belakang. 
Aku berasa syukur boleh tidur bila sahaja baring atas tilam. Kerap terjaga sekitar jam dua pagi mahu pergi ke tandas. Kini tidak seperti dulu waktu muda terus bingkas bangun. Kena rehat dulu, lepas itu duduk sambil kaki melunjur ke lantai. Selepas beberapa saat bangun sambil tangan memegang palang besi gril tingkap. Kalau tidak pegang rasa nak jatuh. Berdiri beberapa ketika sebelum mengatur langkah.

30/4/20..... perut memulas dan belakang rasa sakit. Dah dua hari terasa sakit baru ini. Sewaktu bulan puasa sebelum ini tidsk ada masalah.
Terus pergi klinik Simpang Jengka. Doktor check perut... terus kata angin berkumpul, gestrik. 
Doktor beri ubat cair Magnesium Trisilicate Mixture dan sejenis lagi ubat biji. Makan 2x sehari.
Doktor kata ini penyakit gestrik. Sebelum sahur mesti makan ubat. 
Syukur alhamdulillah dua hari kemudian kesihatan saya pulih. Kini ubat jadi teman saya.
14/5/20.... terasa sakit ssngat perut kiri. Kini aku boleh mengagak berpinca dari makan makanan yang pedss ( bukan makan ssmbal pedas).

Tuesday, January 7, 2020

RENUNGAN ENAM BULAN KEDUA 01

Enam bulan telah aku lalui dengan penuh cabaran. Awan mendung menyelubungi kebunku. Aku menggambil tindakan memberi cuti pada hari Jumaat kepada Amir. Langkah ini akan dapat mengurangkan bayaran upah. Sebaliknya akan berlaku kekurangan hasil kerja. Hasil kerja akan berkurang 16% sebulan. 
Aku perlu buat tindakan drastik untuk mendapat pendapatan sampingan segera disamping meneruskan usaha menjaga tanaman jangka panjang.
Aku bersyukur ke hadrat Allah yang maha berkuasa lagi penyayang kerana memberi kesihatan yang baik kepadaku. Inilah kelebihan yang tidak ternilai. Dengan itu aku boleh merancang dan berusaha.
Dahan pokok limau nipis dan limau kasturi yang aku bersama Lihi  tut pada bulan November tahun lepas sudah mula dipindahkan ke dalam polibag sejak awal bulan Januari ini. Hingga saat ini sebanyak 40 pokok telah terjual. Aku yakin 60 pokok boleh habis dijual. Ini mendatangkan pendapatan tambahan bulan Januari ini sebanyak rm570. 
Aku telah belanjakan rm700 untuk membeli lima bag baja NPK 16x3. Baja itu ditabur keliling pokok pisang. 800 pokok mendapat faedah. Aku mahu beri baja NPK 12-12-17 pula kepada 400 pokok yang tinggi 7 kaki ke atas. 400 pokok lagi yang kecil beri baja 16x3. Saya percaya jika kita beri baja dan air kepada pokok, ia akan balas dengan hasil yang lebih banyak. Itulah yang aku harap. Ini adalah satu hukum tindak balas. Adakah benar andaian aku? Jika hasil pisang bulan Februari meningkat lebih dari rm700 daripada biasa maka sndaian aku ada kebenarannya. Ada frsa motivasi menyebut, Wright action bright future. Untuk menghasilkan pisang yang subur dan buah yang lebat dan gebu perlu ada ABC iaitu air, baja dan cahaya. Sekarang aku gali lubang untuk tanam pisang guna jentera JCB. Lebih pantas dan jimat tenaga pekerja. Dulu aku suruh pekerja yang gali. Tentulah lubangnya tohor dan hanya sedikit sahaja ruang untuk isi baja. Satu kampit baja organik boleh isi lima lubang. Kini aku isi satu kampit untuk satu lubang. 
Sebelum tidur aku telah mencatat apa yang mahu dilakukan esok. Tiap-tiap pagi aku memandu hilux selama 45minit untuk sampai ke kebun di kampung Lompat, Pesagi. Kerja utama aku berjalan sepanjang teres, melihat anak pokok durian Musang King(30), Duri Hitam(120), 101(7), Teka(4) dan Udang Merah(5). Kebun ini bukan bersih sangat, rumput lebih sekaki terpaksa aku redah. Air hampir tiap-tiap hari akan membasahi tanah di keliling pokok. Rumput liar tidah jemu tumbuh di keliling pokok. Itu peluang aku mencabutnya. Sekali sebulan tabur baja ikut sukatan berdasarkan saiz pokok. Ada juga tersassul, sebatang pokok beri baja dua kali dalam masa dua hari. Untunglah pokok itu dapat makan nasi tambah.
Sungguh memeranjatkan. Pokok yang beruntung itu berubah wajah. Sungguh kasihan, daunnya semua layu. Memberi makna yang mendalam. Mesti ada sebab dan ada akibatnya. Kasihan, pakok tidak dapat menampan diri dari perbuatan manusia yang mengasarinya. Kalau binatang, terasa sangat panas akan lari ke tempat lain sera mengeluarkan bunyi. Pokok tidak begitu, ia kaku dan layu. Aku agak ia akan mati. Ini adalah kerana akarnya panas menerima baja yang berlebihan. Pengajaran buat aku. Pokok biar dapat baja sebulan sekali tetapi pada kadar yang sedikit. Jangan sekali-kali beri berlebihan. Pantang sekali baja berlonggok dekat pangkal pokok. Rupanya, baja yang bertimbun di tepi pokok menjadi racun. Baja yang diserak keliling pokok secara merata menyuburkan pokok.
16/1/20... Tiba-tiba sahaja rasa bimbang hilang dek kerana buah nanas MD2. Hari ini nanas sudah boleh dipetik. Ini adalah peluang dapat duit harian. Pertama, hantar ke kedai Zaiton empat biji dapat wang tunai rm20. Hantar sembilan biji kepada Ida, sebiji rm6.50. Ida akan edarkan kepada rakan2nya. Wang akan terima dalam tempoh. Ida dapat komision 20%. 
Pengeluaran nanas hampir tiap-tiap hari. Purata duit poket yang aku dapat rm50 sehari. Syukur alhamdulillah dapat mengurangkan tekanan kewangan aku.
Sekarang sudah mula musim kering. Hujan turun sekejap, itupun tidak lebat. Aku terpaksa menigkatkan kerja menyiram pokok durian dan lada. Kerja ini tidak boleh diabaikan. Lada sebanyak 50 pokok itu perlu siram dua kali sehari. Bekalan air tidak boleh putus.
Pokok durian tiga pokok telah kering daunnya. Sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Air dalam tong perlu dipastikan tidak kering. Aku ambil keputusan tambahkan bilangan tong air warna biru itu. Kini tiga pokok berkongsi satu tong. Pokok yang jauh di hujung perlu disediakan tong khas untuk mengelakkan beban mengangkat air dan berjalan kaki pada jarak lebih 50 meter. Waktu itu terasa sangat letih, kaki terasa kejang untuk melangkah dan tekak kehausan.
18/1/20. Permulaan hari ini sungguh menghiburkan. Jual nanas kepada Pak E dapar rm10. Jual kepada Alus dapat rm10. Jual kepada Ani dapat rm4. Beberapa biji letak di kedai Seri Gerni Simpang Jengka. Aku mula rasa seronok menjual hasil taniku, syukur alhamdulillah. Projek nanas ini adalah tanaman kontan tetapi terpaksa menunggu setahun setengah. Satu marathon yang meletihkan. Lima tahun yang lalu aku dapat pembiyayaan Lembaga Nanas Negara menanam nanas jenis N36. Selepas tanam musnah separuh disapu banjir besar akhir tahun 2014. Kendalian nanas yang baki tidak mendapat hasil kerana kesilapan strategi dan kekurangan buruh. Tetapi aku tidak serik. Kali ini aku berdikari menanam 14800 sulor nanas jenis MD2. Ini baka nanas terkini yang tengah top. Salor nanas MD2 sangatlah mahal iaitu rm1.50 satu. Kadang-kadang rm2 satu. Aku beli dari Johor Pineple Ulu Tiram. Anggaran rm20,000 beli sulor sahaja. Upah tsnam dan baja belum masuk. Melihatkan pokok yang ada, hendak dapat semula modal agak sukar tercapai. Banyak peminat bila buah masak. Yang paling handal ialah tebuan. Dia tebuk dan makan dengan gelojoh sehingga berlubang. Beberapa ekor duduk dalam ĺubang mengerjakan isi nanas dari dalam. Satu hari sahaja buah nanas tinggal kulit sahaja.
Kerja memetik nanas sangat mencabar. Terpaksa melangkah ke dalam rimbunan pokok berdaun tajam itu. Kalau kena cucuk berhari-harilah tanggung pedihnya. Nasib baiknya nanas MD2 ini daunnya tidak berduri seperti nanas yang biasa. Kuranglah sikit bahaya dicucuk duri. Tetapi hujung daunnya bukan main tajam. Aku beberapa kali terkena tusukannya.
Hilang sebentar rasa cemas kerana kehadiran nanas. Setidak-tidaknya ia dapat membantu duit minyak kereta berulang alik tiap-tiap hari dari rumah ke kebun. Rumah di kampung Sentosa, Maran sementara kebun pula di kampung Lompat, Pesagi, Chenor. Jaraknya 40 kilometer dan masa perjalanan 45 minit.
Hampir tiap-tiap pagi masuk kebun. Sebelum masuk kebun ambil sarapan dulu. Kerapnya singgah di warong Jen2 di kampung Sentosa, tuannya Ani. Aku suka minum tea tarik kurang manis dan sedikit kau. Ada dua tugas yang Ani kena sesuaikan. Ani berjaya melakukannya. Memang tea tarik Ani sangat cocok dengan selera aku. Makanannya pula ialah roti canai, nasi lemak dan kueh. Aku takut makan nasi lemak. Kalau makan tidak sampai satu jam mesti cari tandas. Roti canai biasa sahaja rasanya. Aku suka makan pulut panggang, enak rasanya. Kulitnya tidak terlalu garing, pandai Ombah memasaknya. Akhir-akhir ini aku tukar menu. Aku bawa roti gardener wholemeal dua keping dan order telur mata. Aku buat macam benjo aja. Aku makan berselera sekali. Bila gigit hujung roti yang berlapis itu terdapat telur merah yang cair berlejeh jatuh ke atas pinggan. Wah dah berada di tepi mulut masih jatuh. Aku koyakkan hujung roti lalu selet kepada telur merah cair atas pinggan dan suap ke mulut. Rezeki jangan dibazirkan. Sambil makan dan minum berborak dengan geng-geng sekampung. Banyak cerita keluar tetapi aku tidak mahu tunggu lama, sekitar 10 minit sahaja akupun tinggalkan mereka meneruskan perbualan. Cakap lebih kerja kurang memang tidak ada faedahnya. Displin masa kena jaga baik-baik. Aku memandu Hilux menghala ke Temerloh. Sampai di simpang Chenor belok ke kiri. Sepanjang perjananan menempuh kampung Baru, pekan Chenor dan tepi jambatan ada banyak warong. Aku singgah di warong  Awang Beri untuk beli nasi dagang bungkus daun pisang. Ini adalah kesukaan sahabatku Lihi yang setia berada di kebun. Aku meneruskan perjalanan menyeberang sungai Pahang melalui jambatan. Selepas itu belok ke hilir melintas SK Chenor. Memandu jalan tepi sungai ini memerlikan kesabaran dan timbang rasa. Banyak bom hitam berlonggok tengah jalan perlu dielakkan. Bom ini adalah hasil peninggalan kerbau yang suka tidur atas jalan pada waktu malam. Sekumpulan kera selalu melintas jalan. Bukan seekor dua tetapi berpuluh. Kumpulan kambing pula asyik meragut rumput di tepi jalan. Kadang-kadang mereka melintas jalan tanpa menghiraukan kenderaan. Memandu menyusur jalan tepi sungai ini ada keistemewaan tersendiri. Nampak air sungai mengalir ke hilir. Ramai nelayan sungai mencari rezeki. Aktiviti menghanyutkan jaring adalah paling populer. Di seberang sana nampak bongkah batu besar namanya Batu Gajah.
Bila melintas kubur di Tanjung Berangan terus teringat kepada ayah dan tokki yang telah pergi. Lima minit kemudian melintas SK Pesagi di atas bukit, sebelah kanan. Sekolah ini kelihatan terurus elok. Lereng bukit elok kemas, rumput dipotong. Di hadapan ada padang yang menghijau rumputnya sentiasa pendek. Pada waktu pagi nampak budak sekolah bermain dan sebelah petang anak muda bermain bola. Dua minit ke hadapan nampak kebunku. Di atas bukit ada pokok kelapa 100 pokok, kebanyakannya telah mula berbuah. Lereng bukit berteres itu ada pokok durian belanda dan disulami dengan pokok durian Musang King dan Duri Hitam. Di lembah hadapan dekat jalan penuh dengan pokok pisang nangka. Di tengah lembah ada kolam buatan, ditengahnya ada pulau. Terdapat tiga pokok kelapa di atas pulau itu. Di sinilah aku habiskan masa. Menyiram dan mencabut rumput adalah kerja utamaku. Setiap pokok durian kena jenguk sekurang-kurang tiga hari sekali. Aku hanya bertahan tidak lebih dua jam berjalan sepanjang teres, menyiram, mencabut rumput dan menyelenggara bekalan air. Ada ketika mendaki untuk pergi ke teres yang di atas. Aku terasa sangat penat melawan graviti bila mendaki. Ketia itu terasa amat sukar untuk melangkah dan nafas tercungap- cungap. Ini tanda keletihan yang amat sangat kerja guna tulang empat kerat. Aku perlu rehat secukupnya untuk meneguk air. Kerapnya pergi ke warong Lompat. Di sini aku dapat makan kueh-kueh kampung. Warong ini jadi tempat orang bekerja di kampung dan ysng lalu lalang singgah untuk mengisi perut. Aku suka makan minum di sini kerana kebersihannya. Pekerja juga berpakaian kemas pakai appron dan mesra. Masakan sayur kampung adalah kesukaanku. Harga makananya juga murah. Satu tarikan baru ialah cendol dan ABC, memang sedap dan murah hanya rm2 semangkuk. Pemandangan juga menenagkan fikiran. Di hadapan  terbentang sungai Pahang. Airnya sentiasa mengair ke hilir seolah-olah ditelan oleh deretan bukit Gebuk yang sangat masyhur itu. Ada pantun yang menyebut pulau Pesagi dan Bukit Gebok. Tempat aku makan minum ini berada di antara dua pembayang pantun itu. Tetapi ada juga satu benda yang aku tidak suka tetapi bukan sentiasa begitu. Jika sedang makan minum serta borak-borak, tiba-tiba datang sebuah lori getah skrap berhenti. Aduh.... air getah betlejeh jatuh atas bahu jalan, beberapa saat kemudian melantung bau wek yang amat sangat. Ketika itu aku cepat-cepat habiskan makanan, bayar dan cabut lari.
Balik semula kepada cerita nanas. Satu hari 20/1/20 sungguh menghiburkan. Pagi pergi ke kedai Seri Gerni. Nanas semalam tinggal tiga biji, tambah yang baru 10 biji. Rahom menghulur wang hasil jualan. Macam  iasa aku beri bahagian dia. Aku memandu kereta ke Maran. Sampai di bandar aku .emilih jalan belakang, melintas kedai Ji Salon. Tiba-tiba Ji menjerit," Nanas ada?". Dia mahu 10 biji. Saya membalas, "boleh habis makan 10 biji?". Ni membalas, " nak letak di luar kedai ni, kalau ada orang nak beli, jual je."
Hah ini satu peluang .memasar juga. Aku beri 13 biji, sambil itu Ji beri wang bayarannya rm50.
Aku menyertai Lihi pergi ke kebun, terus meresap kawasan tanaman nanas.Untuk memetik nsnas masak bukanlah senang. Terpaksa melangkah masuk meredah perdu nanas yang keras lagi tajam. Ada kala hujung pelepahnya menyucuk betis, aduh calar kulit. Lengan kena hulur ke dalam perdu untuk patahksn tangkai nanas. Tangan pula tegesel duri yang tajam, banyaklah kecederaan pada lengan. Tercalar kulit bergesel dengan pelepah berduri. Kulit bengkak bertompok-tompok kerana debu dari pangkal pelepah. Pelepah nanas masak mengeluarkan debu, bila terkena kulit lengan sangatlah gatal. Itulah cabaran petani. Bila pakai sarung tangan, pakai baju lengan panjang dan seluar tebal dapatlah mengelak kesakitan dicucuk duri.