nuff

Saturday, October 1, 2016

Kebun Kg Lompat bulan Oktober 2016

1/10/16

Ini bulan yang ke 34 atau 2 tahun 8 bulan telah dilewati. Kalau orang belajar buat ijazah 3 tahun tinggal tiga bulan sahaja untuk dapat ijazah. Awal tahun hadapan sudah boleh kerja dan dapat gaji. Bagi projek ini, adakah awal lahun 2017 sudah boleh memetik hasil? Sudah mampu membayar pinjaman sebanyak rm2280 sebulan untuk tempah tujuh tahun lagi? Seterusnya hasil projek ini mampu membayar gaji dua orang pekerja sebanyak rm3000 sebulan? Satu persoalan yang mencabar minda. Hilux yang memudahkan saya keluar masuk kebun itu kena bayar rm1280 sebulan. Adakah projek ini mampu membayar semua bernilai rm6560 sebulan? Ada lagi bayaran lain seperti air dan api.

Saya sudah lalui 91% perjalanan. Tidak boleh undur, mesti teruskan. Masa semakin suntuk tetapi hasil masih kabur.

Sehingga kini saya belum memperolehi hasil dari usaha selama 33 bulan ini. Ini adalah satu kesilapan strategi. Sepatutnya sejak peringkat awal penerokaan tanaman kontan terus diusahakan. Waktu itu tidak terfikir, sebab tiada ilmu dan pengalaman. 

Masuk kebun 7.50pagi. Mula2 periksa pokok durian belanda. Ada yang berputik. Ada yang ada buah besar ibu jari. Periksa pokok AMP. Selepas itu periksa pokok betik yang telah ditanam. Anggaran terkini ialah 600 pokok. Selepas itu saya bersama Bakti menanam 56 pokok kelapa pandan. Bermula dengan bearing, ukur dan tanam. Saya korbankan tiga jam . Sungguh meletihkan tetapi hati puas.


Target sempena hari pertama maalhijrah 1438H
1. Tanam lagi 60 pokok kelapa pandan. Siap tanam pada 2/10 sebanyak 31 pokok. Siap tanam semua. Jumlah pokok yang siap tanam ialah 170 pokok. ✔
2. Sulam labu. Siap sulam pada 2/10. Mahu tumbuh sekurang2 90%. Perlu disulam lagi.✅ Bawa ke bulan November.
3. Tanam betik 400 pokok di kebun hadapan. Telah beritahu Bakti.✔
4. Tempah pintu pagar. Bawa ke bulan November.
5. Beli baja penggalak akar untuk tabur dipangkal pokok kelapa yang baru tanam. Siap beli.✔
6. Pulihkan pokok db yg ketot.✔
7. Pulihkan anak labu yang diserang ulat. Siap sembur racun serangga. ✔
8. Baiki pagar. ✅. Teruskan ke bulan November.
9. Baja betik. Buat lubang di tepi pokok dan isikan baja tahi ayam.✔
10. Baja labu. Sudah dimulai.✔
11. Sulam db. Siap 14 pokok yg mati.✔
12. Pulihkan pokok db yang layu. Tebuk enam lubang keliling pokok. Curahkan racun kulat akar dan racun anai2 ke dalam lubang. Bila kering isikan baja dalam lubang hingga penuh. Telah gali lubang.✅✔
13. Beli baja pokok kelapa untuk pokok kelapa kebun belakang. Siap beli.✔
14. Pindahkan pokok kelapa kebun hadapan yang kerdil ke kebun belakang. Siap  ✔
15. Bubun pokok kelapa dalam kawasan nenas.
16. Tanam 170 pokok anak durian belanda di kebun belakang. Telah siap tanam 100 pokok.✅✔
17. Tanam 15 lubang pokok AMP di lereng teres.✔
18. Bersihkan dari rumput liar dan baja kloni AMP yang telah ditanam.✅ Teruskan bulan November.
19. Beli baja pokok db besar yg berbuah.✔
20. Bersihkan pangkal pokok db dan beri baja.✅✔
21. Bersihkan pangkal pokok kelapa yg besar dan beri baja.✔
22. Bersihkan dan beri baja pokok db dan kelapa yg kecil. Bawa ke bulan November.
23. Tanam benih labu di kubun B1 yang dekat paya.✔
24. Gali longkang 50 kaki x 10 kaki di D3 ( kawasan paya). Ditangguhkan selepas musim tengkujuh.
25. Beli satu lori batu jalan untuk kebun D.✔
26. Beli tiga lori batu jalan utk kebun B. Bawa ke bulan November.
27. Tanam satu baris benih labu di kebun B1. Bawa ke bulan Nov.
28. Beli dua kampit benih betik.✔
29. Pasang lima batang tiang batu.✅ Teruskan ke bulan Nov.

2/10/16.
Sempat buat kerja menanam kelapa sebelah petang satu jam setengah. Badan berpeluh dan selesa.
Pokok db  ini telah lama uzur. Telah jirus racun kulat dan racun anai-anai.


Kelihatan pokok labu menjalar subur. Tiga bulan lagi boleh mengeluarkan hasil. Namun begitu banyak biji benih labu dalam lubang tidak cambah kerana dimakan oleh semut. Kena cari jalan menghalang semut memakan biji labu yang ditanam.


Pokok betik berusia tiga bulan perlu diberi baja tahi ayam dengan cara menggali lubang di kiri kanan pokok betik itu.

Pokok db ini telah layu dan mengalami keguguran daun hampir setahun yang lalu. Telah beri rawatan dengan cara menjirus racun kulat dan racun anai-anai. Perlu ulangi lagi. Kali ini kena tebuk lapan lubang diameter  6 inci dan dalam 8 inci. Jirus racun kulat bercampur racun anai2. Biarkan beberapa jam. Lepas itu cecair meresap ke dalam tanah pangkal pokok. Isi lubang dengan baja tahi ayam hingga penuh. Jirus air ke dalam lubang untuk pembajaan.

3/10/2016
Sempena maalhijrah 1438, saya mahu melakukan usaha yang terbaik.

9/10/16
Siap tanam 20 anak pokok kelapa pandan. Juga siap pindahkan 18 pokok kelapa kebun hadapan ke belakang. Bilangan pokok kelapa pandan yang ditanam ialah 168 pokok. Masih ada ruang sebanyak 200 pokok lagi.
Labu yang ditanam pada 21/8/16 ada yang subur telah mula berbuah.

Aduh musuh menyerang lagi. Saya nampak satu pokok betik yang baru ditanam dicabut. Kelapa yang baru ditanam telah dicabut pucuknya. Pucuk kelapa yang lembut memang sedap dimamah. Energerser pagar elektrik rosak. Pagar elektrik tidak berfungsi. Apa yang perlu dilakukan? Tidak boleh lengah.

10/10/16
Masalah semalam itu segera diselesaikan. Saya beli racun Furadan 5G untuk ditabur celah pelepah anak kelapa. Bakti telah tabur dicelah pelepah kelapa.

Saya ganti energeser dengan yang elok. Langkah ini tidak cukup. Pagar mesti bersih dari rumput yang memanjat.

Energizer ini saya pinjam dari abang saya.

11/10/16
Beli 35 anak pokok kelapa pandan di Saloma Nuseri. Harga sepokok rm12. Pokok kelapa ini masih kecil. Oleh itu pokok ini diletakkan sementara di pusat serenti. Saya beri baja dan siram. Biarkan mereka berihat di sini untuk tempoh satu bulan.

Saya masih memerlukan 200 pokok lagi.


Satu cara untuk memanjangkan usia pokok labu agar terus subur dan terus berbuah. Berikan baja dekat jalaran yg ada akar. Tutup baja dengan tanah. Lebih elok jika kawasan berakar itu ditutup juga dengan tanah. Jangan terlalu tebal lapian tanah itu. InsyAllah pokok boleh panjang hayatnya dan banyak buahnya.

15/10/16
Labu ada kelihatan subur. Begitu juga pokok betik.

Lama tidak periksa pagar, rupanya telah mendap, kendur dan tumbang.

Tempat penting seperti pagar perlu periksa sendiri. Tidak boleh dengar laporan pekerja. Mesti periksa sendiri. Pekerja hanya buat apa yang disuruh. Kerja membaiki perlu laksanakan segera. 


Lebih separuh pokok kelapa dalam kebun depan tumbuh subur. Perlu beri perhatian agar terhindar dari penyakit. Perlu beri baja setiap bulan. 

Ketika yang baik untuk menyemai dan membaja.
Pertumbuhan labu tidak seperti yang dijangka. Saya periksa dengan telili. Didapati yang tumbuh hanya 10% sahaja. Sebab utama kerana benih dimakan semut selepas ditanam. Oleh iti kena semai dalam tray dahulu. Bila cambah baru pindahkan ke kebun. 
Labu yang tumbuh perlu diselenggara dengan baik. Cabut rumput di sekelilingnya serta racun rumput liar di sekitar. Beri perhatian kepada kualiti pertumbuhan. Terdapat banyak pokok db yang tumbang di kebun belakang. Perlu pasang penyokong segera.

Nenas ND2 ada yang keluar sulor. Saya petik 15 untuk tanam semula di tempat baru.

Kebun diserang lagi, depan dan belakang. Perlu ambil tindakan serta merta.

25/10/16
Ambil tindakan pasang jaring hitam. Siap pasang tanah B6. Inilah tindakan pantas.

31/10/16
Ambil cuti hari ini. Seronok boleh ke kebun dari awal pagi.
Tengok labu ada yang mula masak. Ada yang besar.

Berjaya tanam 35 pokok kelapa bersama Amir. Amir tanam 90 pokok durian belanda di antara pokok kelapa yang baru tanam. Beri penerangan kepada Amir apa yang patut dilakukan sepanjang minggu ini. 
1. racun dua jalur antara pokok kelapa untuk tanam labu.
2. racun dua jalur antara baris kelapa untuk tanam betik.
3. Bersihkan lorong kelapa dlm kawasan nenas untuk bubun mana yg mati.
4. Ratakan timbunan batu tengah jalan dalam kebun kelapa sawit.
Perlu ganti segera charger Patriot. 

Sunday, September 25, 2016

Jambul Buah Nenas

Kita biasanya buang sahaja jambul nenas, iaitu bahagian atas buah nenas. Ada orang kata bahagian dalam jambul boleh dijadikan sayur.

Saya kupas dan ambil pucuk yang lembut. 

Pucuk yang lembut bewarna putih. 

Saya rebus , masukkan sedikit bawang putih dan lada kecil sebagai penyedap rasa.

Satu menu baru, ulam jambul nenas celur. Fasanya enak, lemak dan sedikit manis. Esok saya mahu cuba masak lain pula.

Thursday, September 1, 2016

Kebun Kg Lompat Bulan September 2016

Target bulan ini;
1. Tanam 2000 benih labu. Pastikan yang ditanam tumbuh subur. Hingga 4/9/16 telah tanam 1100. Yang tumbuh hanya 20%. Telah sulam bagi yang tidak tumbuh. Tumbuh hanya 40%.
2. Tanam 500 anak pokok betik. Pastikan yang ditanam tumbuh subur. Hingga 4/9/16 telah tanam 60 pokok. Hingga 11/9/16 telah tanam 170 pokok. Hingga 15/9/16 telah tanam 255 pokok. Hingga 16/9/16 telah tanam 315 pokok. Berjaya tanam 600 pokok, lebih 100 dari target.
3. Semai  3000 biji benih betik..... Siap
4. Semai 300 biji benih durian belanda. Hingga 4/9/16 telah semai semua 300 biji.
5. Membaja semua anak pokok betik, labu daàn anak pokok durian belanda guna baja tahi ayam.

6. Tanam benih labu di kebun hadapan 400 lubang. Hingga 15/9/16 telah tanam  90 lubang. Hingga 16/9/16 telah semai 150 lubang. Kebanyakan tidak tumbuh.

7. Gunakan semua baja tahi ayam 100 kampit. .... masih banyak. Hanya pakai 20% sahaja.

Saya korbankan masa 15 minit membelah labu tua untuk mengambil bijinya. Kini biji yang telah bersih dikering pula di bawah semburan angin kipas siling.

3/9/16
Pagi2 lagi saya telah masuk kebun. 
Nampak pokok kelapa ada yang rosak pangkal.

Telah beritahu pekerja beri racun benteras perosak. Telah beli furadan.


Didapati pokok durian belanda kecil yang ditanam bulan Julai dulu hidup subur. Ini adalah pokok yang disemai sendiri. Ada lebih 200 pokok seperti ini. Daun kelapa sawit digunakan untuk menahan panas. Lubang digali dengan trektor. Lubang besar dan dalam. Boleh menyimpan air lebih lama, tanah jadi lembap. Sewaktu menanam tabur baja penggalak akar.

Hari ini saya berjaya menanam 500 biji labu ke dalam lubang yang ditebuk oleh Bakti.


Bakti berjaya menanam 31 anak pokok durian belanda dekat sempadan kelapa sawit penjuru belakang.


Anak pokok durian belanda yang ditanam petang semalam(3/9/16) kelihatan subur.

10/9/16
Rasa lama sangat tak jenguk kebun. Mula-mula ternampak tiang pagar berderet, di bawah nampak anak air mata pengantin, masih kecil



Sempat menanam dua pokok betik. Pagi esok akan sambung lagi. Target 50 pokok.
11/9/16
Berjaya tanam 90 pokok betik dan gali perigi di kebun belakang.

Target 13/9/16
Projek tanaman kontan.
1. Tanam dua pokok db ...siap
2. Tanam 4 pokok betik besar ..... ok
3. Tanam 20 lubang labu. ..... siap
4. Tanam amp satu pokok. .... siap.
Bakti berjaya memasang paip air untuk menyiram. Air disedut naik guna pam elektrik. Tebuk lubang guna gerudi berenjin. Penggunaan separa teknologi. Baja betik dan labu sangat perlu. Air juga penting.


Selama ini buah limau kasturi dibiar larah ke tanah. Hari ini ada orang order 5kg. Saya tanam main-main je. Rupanya boleh memberi hasil. Dapatlah rm20.

Target 16/9/16
1. Sulam labu
2. Tanam betik 150 pokok. Siap 150
3. Tanam labu 80 lubang... siap 110.
4. Periksa pagar... siap
5. Bubun 4 pokok kelapa....siap
6. Baja labu.
7. Tanam satu pokok amp... siap
8. Buat para amp... siap
9. Tanam empat pokok betik.... siap
10. Baja & siram 4 pokok kelapa yg baru tanam.... telah beritahu Bakti....hujan telah turun.


Pokok amp berhijrah ke kebun ini. Ini ialah anak pokok yang dihadiah oleh tn hj Ali Affendi. 

Ada kalanya saya ikut serta buat kerja. Bakti tebuk lubang, saya masukkan baja lepas itu kambus. Seterusnya Bakti yang cucuk benih labu.


Tiga bulan lalu Ana(isteri Bakti) mahu pulang ke Lombok kerana anaknya dua orang perlukan jagaannya sendiri. Saya benarkan dia pulang. Waktu itu tempoh lawatannya sudah mati. Terlaksa bayar denda serta semua urusan hingga tiket kapal terbang betjumlah hampir rm1500. Semua itu saya yang bayar. Untuk melangsaikan bayaran rm1500 itu, saya suruh dia semai benih durian belanda dan benih betik. Hari ini anak pokok durian belanda telah boleh dipindahkan ke kebun. Anak pokok betik juga telah mula dipindahkan. Win-win situation.
Mereka sangat rajin tetapi tiada wang. Saya gunakan kerajinannya supaya dia dapat wang yang setimpal.


Kini giliran Bakti pula mahu pulang. Saya suruh dia semai 3000 polibag benih betik. Ini sebagai balasan kepada biaya kepulangannya ke Lombok.

16/9/16
Hampir empat jam saya bekerja sekali dengan Bakti. Tugas yang lebih berat dia yang lakukan. Sebelum saya masuk kerja saya lihat Bakti sedang tekun menanam anak betik. Saya terus sahaja menyiram. Selepas itu saya mengajak Bakti menanam satu rumpun pokok amp yang telah menjalar. Seterusnya membubun dua pokok db dan empat pokok kelapa di kebun belakang. Terasa perit kerana kini hampir jam 12 th. Kami berhenti rehat. 
Jam 4.45ptg saya masuk kebun semula. Kami menanam empat pokok betik yang besar tongginya dua kaki. Lokasinya di hadapan pondok. Selepas itu kami menyemai biji labu pula. Bakti menebuk lubang menggunakan gerudi berenjin untuk menyediakan lubang. Kerja ini agak keras juga. Kena menekan ke tanah. Banyak vuna tenaga dan bergegar. Bakti sudah berpengalaman, maka pantaslah dia menyelesaikannya. Saya pula mengisi lubang dengan baja tahi ayam kering. Bakti pula menutup lubang dengan tanah dan seterusnya menanam dua ulas benih ke dalam setiap lubang. Kerja berjaya disiapkan sebelum 6.45ptg. Oh... terasa penat tetapi puas.


Sewaktu melawat pagar kebun hadapan, nampak lacuh kesan penceroboh mengerjakan ubi kayu.

23/9/16
Seminggu tidak jenguk kebun. Anak pokok betik yang dipindah minggu lepas nampak sihat. Biji labu yang disemai celah betik semua tidak tumbuh. Bakti kata dimakan semut. Apa patut buat?
Kami pasang tiang untuk pokok AMP memanjat.

Petik nenas. Ada permintaan.

Nenas ini saiznya sederhana dan kecil tetapi rasanya sangat manis. Saiznya kecil kerana ditanam sangat rapat dan kurang baja serta air. Penjagaannyapun kurang. Itulah hasilnya. Dapatlah rm100. Lepas duit minyak Hilux.

24/9/16
Ada orang kata pucuk jambul nenas boleh buat sayur, banyak khasiatnya.

Saya hiris hingga jumpa pucuk yang lembut. Kecil sahaja, besar jari je yang tinggal.


Permulaan ini saya cuba masak mudah iaitu rebus, tambah bawang putih dan lada kecil.

Jadi hidangan makan. Boleh panggil sayur rebus jambul nenas.

27/9/16
Sempat jenguk kebun waktu senja.
Terdapat beberapa batang pokok durian belanda pucat. Kurang mendapat air dan zat. 
Ada nampak banyak lubang pada permukaan teres untuk menanam anak pokok betik. Saya mahu tahu bilangan pokok yang ditanam. Saya mahu pastikan hasrat menanam 500 pokok betik akan tercapai. 
Saya lihat banyak pokok labu yang subur di kebun belakang. Tetapi masih banyak yang tidak tumbuh. Saya mahu sulam agar pertumbuhan lebih 90%.
Mesti cari jalan.
Ajak Bakti semai biji labu di sebelah pula. Dianggar 1000 lubang boleh dapat.

30/9/16

Bila berbuah beri lebih baja yg kaya unsur K supaya buah keras. Dapat elakkan lembek.


Wednesday, August 10, 2016

KEUSAHAWANAN MPU2222

10 Ogos 2016

Saya mengajar tajuk kreativiti dalam keusahawanan. Pelajar menghayati makna kreativiti dengan cara membina kotak dari kertas terpakai.

Semua 30 orang pelajar berjaya membina kotak. Saya dapati ramai yang buat secara teliti. Ada yang membantu kawan. 
Apakah nilai tersirat membina kotak itu? 
Apakah kaitannya dengan keusahawanan?

11 Ogos 2016
Saya mengajar mengaplikasikan Piramit Pembelajaran  yang berikut;

Mereka  membaca  atikel yang saya beri. Selepas itu mereka menulis laporan. Seterusnya mereka membaca laloran daripada tiga orang rakan yang membaca atikel yang berlainan tajuk. Seterusnya mereka secara berpasangan menerangkan kepada kawan mereka apa yang mereka faham tentang segala yang difahami.

Untuk kenangan, saya merakam gambar mereka.

Sibuk siapkan tugasan.

Friday, August 5, 2016

Kebun Kg Lompat bulan Ogos 2016

Keutamaan bulan ini ialah:
1. Siapkan pagar tanah 4.5 ekar .... siap
2. Buat para bunga AMP
3. Semai 300 ulas biji Durian Belanda.
4. Rawatan pokok db besar.
5. Siapkan jalan batu fasa 1, panjang 0.4km.
6. Siapkan salur hujung atap.
7. Punggah & pasang tiang buluh.
8. Semai biji labu. 10/8/16... siap tiga tray.

9. Tanam anak pokok betik. Target 100 pokok. ... siap 20 pokok.

10. Tanam labu. Target 500 lubang. Bakti berjaya tanam 130 sendirian  semalam. Telah berjaya tanam 100 lubang pada 15/8/16. 120 lubang pada 21/8/16. Jumlah yang ditanam sehingga ini 350 lubang semuanya. Siap 500 lubang.

Amir berhenti awal bulan. Bakti kata boleh buat kerja seorang. Saya tingkatkan sedikit imbuhannya.

Seronok bila boleh petik labu yang ditanam dua bulan lalu. Saya jual borong 200kg pada harga rm1.60. Ini memberi semangat kepada saya untuk terus menanam tanaman kontan. Boleh bantu kurangkan sedikit perbelanjaan yang keluar.

Saya belah sebiji. Cantik isinya warna kuning. Bijinya saya kutip untuk dijadikan benih.

13 Ogos 2016
Inilah akibat serangan kulat pangkal pokok. Pokok akhirnya mati dan akarnya putus. Telah beri penerangan kepada pekerja.

Pokok disekitarnya perlu sembur racun kulat di pangkal pokok.

Selama ini saya tidak hiraukan hasil jangka pendek. Itulah yang beri pulangan untuk belanja runcit. Ambil langkah segera dapat hasil dalam jangka masa yg singkat. Tanam labu dan betik. 

Jangan lengah, terjemahkan idea yang bernas ini kepada tindakan.

Sementara menunggu buah durian belanda masak, lebih baik tanam pokok yang cepat keluar hasil.


Dicelah pokok durian belanda yang subur itu saya tanam biji labu. Siap tanam terus siram. 
Saya suruh Bakti tanam 100 lagi Jumaat petang (19/8/16). 
Saya bercadang untuk tanam benih labu di tanah belakang pada 21/8/16 bersama Bakti sebanyak 150 lubang dan 150 lagi pada 22/8/16.

Semalam aku terasa tewas selepas pulang dari kebun. Pagi ini aku dapat kekuatan baru. Aku perlu lakukan kerja menanam labu ini bersama pekerja. Petang Jumaat ini aku akan cuba.


Anak benih labu yang baru cambah ini akan saya tanam di kebun petang Jumaat ini.

19/8/16
Senja, sempat jenguk kebun belakang tengok anak pokok db yang baru tanam bulan lepas. Kasihan lihat tidak subur, kurang air. Perlu bantuan air segera.
Kena fikir cara hantar bekalan air.

20/8/16
Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. 
Hari ini saya beli lapan gulung polypipe. Jumlah panjangnya 800 meter. Sebuah pam elektrik untuk menolak air dari takungan ke kebun belakang.

21/8/16

Bersama pekerja mengali lubang untuk tanam biji labu. Kami tanam 120 lubang. Setiap lubang saya tanam dua ulas biji benih. Bakti akan meneruskan sendiri minggu depan untuk mencapai 500 lubang.

23/8/16. 
Saya cuti hari ini. Boleh masuk kebun jam 9.05pagi. Kerja pertama yang saya lakukan ialah menanam biji labu ke dalam lubang yang ditebuk oleh Bakti menggunakan penebuk berenjin. Kami marathon di bawah sinar mentari yang perit. Kerja siap jam 11.20 pagi. Hari ini cuaca agak panas. 240 lubang semuanya. Terasa penat bukan kepalang. Namun begitu saya rasa puas kerana kejayaan melepasi target. Target 120 lubang.

Saya juga merancang memasang paip air polypaip dari puncak bukit hadapan ke kebun belakang. Saya bersama Bakti bertungkus lumus meluruskan polypipe yang panjang 100m. Kami menyambung 5 polypipe. Pangkal polypipe itu disambung dengan pam air elektrik yang bersambung dengan tangki air.
Kerja ini memang rumit dan meletihkan. Kami berjaya memasang sistem bekalan air. Saya on kan suis. Kelihatan pam berfungsi. Namun begitu air tidak sampai ke kebun. Di manakah leaking?  Saya faham bahawa setiap usaha pasti ada cabaran. Saya mahu pastikan air akan sampai ke kebun belakang.
Mesti buat pemeriksaan. Ya, saya periksa. Rupanya sambungan yang ketidak kemas. Air memancut di penyambung. Sudah berjumpa dengan penyebabnya. Esok Bakti baiki. Saya keluar dari kebun jam 6.25petang. Terasa letih yang amat sangat tetapi hati puas.

27/8/16
Pagi ini satu jam suku, bersama Bakti berjaya menanam 50 pokok betik dicelah pokok durian belanda. Berpeluh dan mengah. Hati puas kerana target tercapai.

Semua pokok betik hidup. Ada beberapa pokok yang layu daunnya tetapi pucuknya tidak terjejas.

28/8/16. Petang ini sempat menanam benih labu 120 lubang. 
Saya bercadang untuk menanam 50 pokok betik di pepenjuru dekat kelapa sawit dan menanam anak pokok labu di tempat yang tidak tumbuh pada 31/8/16 nanti.

31/8/16... jam 5.30ptg.
Tidak sempat tanam pokok betik. Hanya sempat membubun pokok labu yang tidak tumbuh. Saya suruh Bakti menyelesaikannya.
 Benih labu yang ditanam lebih dari 500 lubang tetapi yang tumbuh tidak sampai 10%. Oleh itu minggu pertama bulan Seltember mesti ambil tindakan menanam semula biji atau membubun. Kerja menanam tempat baru perlu diteruskan hingga mencapai sekurang-kurangnya 2000 lubang bulan September hadapan.