nuff

Monday, April 3, 2017

RAHSIA Keluarga Bestari

28 Mac 2017

Sewaktu lawatan kerja ke Singapura saya ada ruang masa untuk melawat kedai buku. Saya tertarik dengan buku di atas itu kerana mahu tahu apakah RAHSIAnya? Lalu saya beli sebuah.

RAHSIA pertama.

Mencari ilmu dari buku.... membina masa depan.

RAHSIA kedua.

Sunday, April 2, 2017

Kebun Kampung Lompat 04 2017

Telah memulakan usaha kali kedua memulihkan tanah enam ekar. Telah gagal kali pertama dua tahun lepas. Tanaman kelapa enam ekar habis dilanyak musuh. Banyak kegagalan setakat ini. Tetapi aku tidak mahu berakhir dengan kegagalan. Perkukuhkan pertahanan.

Banyak cabaran.
1. Pokok kelapa kuning dan berbintik hitam. Telah beli racun ulat & hama. ✅
2. Pagar bhg hulu banyak rosak.Telah pasang jaring hitam. ✅
3. Rumput kebun belakang hilir tebal. Ada yg melenyapkan kelapa. Telah racun. ✔
4. Rumput kebun belakang atas bukit makin tebal. Telah racun. ✔


Banyak pokok yang seperti ini. Hujung daun macam terbakar dan banyak bintik-bintik pada daun.
Pokok pisang LM yang ditanam bulan Februari lalu kini berada dalam semak. Sedih melihatnya. Akan sembur racun ulat & kulat minggu hadapan.✅

Seorang pekerja tidak dapat melakukan kerja dengan sempurna bagi kawasan seluas 27 ekar. Perlu seorang pekerja lagi dan gunakan jentera seperti trektor mini.

Terpaksa buat pindahan pokok pisang dari lot tepi sempadan ke lot tengah untuk mengelakkan gangguan musuh.

Berjaya menyiapkan 14 lubang petang ini. Suruh Amir teruskan. Amir kata sudah siap satu baris 38 pokok. Dia siap gali satu baris lagi. Saya suruh dia siapkan tiga baris untuk tanam petang sabtu depan. Siap tanam semula satu baris lagi pada 15/4. Kami bertungkus lumus menggali pokok dalam semak dan berjaya menanam semula. Pokok pisang yang ditanam minggu lepas kelihatan subur.

Inilah keadaan buah db.


Perlu cari jalan untuk mengatasi masalah buah yang buruk ini.


Masih ada yang elok. Isinya putih bersih. Bijinya hitam menandakan cukup matang. Rasa isinya sungguh enak, bergas dan masam manis. Bermutu tinggi.

Janji dengan Zizol mahu tebuk lubang untuk tanam kelapa dan pisang pada hari ahad ini. Ya ... dia hadir.


Pokok pisang yang dipindahkan dua hari lepas kelihatan subur. Semua anak pisang di kebun hilir telah dipindah ke kawasan baru. Kini ada tiga baris semuanya. Pindahkan semua pokok pisang belakang rumah ke kebun. Tabur baja keliling pokok pisang dan tutup dgn plastik hitam.

Ada makhluk buat sarang dan bertelor dicelah dahan pokok db.

Lokman melaporkan buah di hujung tanah dekat paya ada yang telah larah.

Amir telah tanam 130 pokok kelapa. 
Suruh Amir tabur furadan celah pelepah pokok kelapa dan pasang jaring pagar. 
Kebimbanganku ialah pagar yang masih belum kukuh. Jaring hitam belum dipasang seluruh.

Buah db untuk Noraini, adik untuk ganti lapan biji buah yang buruk yang dijualnya kepada kawan2 dua bulan lepas.

Kebun 4.5 ekar suruh buruh kontrak ambil upah meracun rumput. Mereka memulakan kerja hingga siap pada 19/4/17. Sudah bayar kerja meracun rm490.

Hantar jaring hitam 70% dua gulung untuk lengkapkan pagar, pvc paip & pam air. Amir telah pasang pam tetapi kurang kemas. 

Suruh Amir cuci keliling pokok kebun belakang dan kebun hadapan bahagian belakang berikutnya suruh buruh meracun laksanakan tugas. 4.5 ekar telah siap disembur racun rumpair. Suruh buruh kontrak meracun 3.5 ekar kadar rm50 dan 1.5 ekar kadar rm70 seekar. Inilah langkah untuk meningkatkan prestasi kebun. Upah rm175+rm105 = rm280.00 Telah bayar rm250.00, baki rm30.00 akan bayar selepas puas hati mutu kerja. Jumlah upah meracun bulan ini ialah rm770.00

Saya dapati beberapa batang pokok kelapa berada dalam semak. Perlu dipulihkan esok. Begitu juga pokok db.

Hari ini siap menanam 200 pokok kelapa. Kena guna jentera untuk mencepatkan kerja. Mahu tanam 100 pokok lagi.

Banyak pokok db yang kerdil. Ambil langkah membersihkan pangkal dan beri baja. Dapat bereskan 20 pokok. Pokok kelapa pula banyak dipanjat ulan. Perlu hadapi cabaran ini. 
Bersihkan daripada rumput jalar dan memanjat, 
beri baja, ✅ belum siap.
sembur racun ulat, ✅ sudah beli.
tabur furadan, ✔
racun rumput, ✔
sulam pokok db dan kelapa, 
tungkat/sokong pokok yg condong dan
alih kelapa.

Pagar perlu dikukuhkan lagi. Tambah tiang tengah, guna pvc 2" atau 1" panjang 2.5 kaki. Ganti tali yang bawah dengan tali yg baru.


Alhamdullilah..... sudah mula keluar mayam. Pokok yang pertama. Pokok ini saya tanam bulan September 2014. Umurnya ketika itu satu tahun lebih. Ini bermakna dia mula mengeluarkan mayam bila melepasi 3 tahun setengah. Syukur alhamdullilah.

Keperluan untuk akhir bulan.
Urea .... 3 beg ✔
Furadan ...... 1 karung✔
Dawai pagar elektrik .... 1gulung.✔
Tali plastik penjerut ..... 1 bungkus.
Tebuk lubang untuk kelapa ..... 100 lubang.❌
Tebuk lubang untuk db .... 50 lubang.❌
Penyembur racun... 1 buah.✔
Bakar kayu yang berlonggok. ✅
Perlu beli lagi urea dua guni.
Pagar belakang perlu dikukuhkan lagi.

Saturday, March 25, 2017

Pokok durian Musang King

1/11/19
Bilangan pokok lebih 5kaki... 7
Bilangan antara 4 - 5kaki.....  10
Bilangan antara 3 - 4kaki.....  05
Bilangan antara 2 - 3kaki... .. 20
Bilangan rendah dari 2kaki... 10
Buat semakan semula untuk dapat kiraan yang lebih tepat.

Saturday, March 11, 2017

Saya MALALA

11 Mac 2017

Seorang anak gadis belasan tahun di utara Pakistan tekun pergi ke sekolah. Satu hari bas sekolah yang dinaikinya ditahan oleh seorang pemuda. Pemuda itu menjerit mana Malala. Dia menghalakan muncung pistulnya tepat ke kepala Malala. ......

Sebuah novel tebalnya 490 ms.
Membaca novel "Saya MALALA" terasa tidak mahu berhenti, baru sampai ms 26. 

28/3/17
Baru melepasi ms 135
Sudah melepasi ms 185
Sudah melewati ms 203. Mahu bergerak laju hari ini. 8.32pagi, selepas sarapan. Telah sampai ms 268.
Masyarakat Pashtun mencintai ilmu. Mereka mula memperjuangkan pendidikan untuk kanak2 perempuan.

30/3/17.... sudah melewati ms 308. Banyak sekali cabaran yg dihadapi oleh Malala & rakan2 sekolahnya.

31/3/17.... dah sampai ms 338. Malala dan ayahnya menerima ancaman bunuh.
Otak Malala membengkak. Doktor kata tempurung kepalanya perlu ditanggalkan agar orak tidak mendapat tekanan. ...ms 396.
1/4/17.... telah tamat hingga ms490. Syukur alhamdulillah.


Sebuah buku yang patut dibaca oleh ibu bapa guru dan pemimpin. Inilah sebuah buku yg boleh menukar imej umah. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Terima kasih Malala dan Christina Lamb atas kejayaan merakam detik mencabar dan menghuraikan dengan jelas dan bersahaja.

Apakah yang saya pelajari?
Saya baca, faham, nilai dan cipta. Apakah yang boleh dicipta?
Mencipta kesedaran kepada ahli keluarga terdekat dan rakan2 terdekat.

Wednesday, March 1, 2017

Kebun Kampung Lompat 03 2017

Syukur alhamdulillah, hari pertama dapat tetamu dari Pejabat Pertanian Maran. Terima kasih Din ajak bos lawat kebun.


Menghubungi Amir supaya isi tanah dalam polybag besar untuk cambahkan biji durian. Ada 15 ulas semuanya.


Telah beri kepada Amir biji benih yang telah cambah ini serta tujuh anak pokok pisang lemak manis.  Amir berjanji mahu tanam biji durian petang ini. Amir beritahu sudah tanam biji durian itu.

Ketulan batang ini asalnya dari pokok yang rendang. Pokok itu ditebang untuk dibuang kerana sangat padat. Untuk memudahkan kerja membuang maka batang dikerat pendek untuk dibakar. Saya ambil beberapa keratan untuk dibuat tempat bertenggek. 

Dibantu oleh tiga orang muda, empat ketul berjaya dipunggah. Asalnya saya mahu satu ketul sahaja tetapi pekerja tiga orong itu mengangkatnya empat ketul berjaya dipunggah ke dalam Hilux. Esok pagi minta Amir punggah ke kawsan pondok.

5/3/17
Terasa tidak bermaya.
Ah.....  gagahi juga.
Ketulan kayu telah sampai ke kebun. Sudah berfungsi. Jadi tempat bertenggek. 
Tiang batu telah tegap terpasang.
Pucuk pisang masih diganggu oleh sang kera.
Tindakan.
1. Beli 2 ekor harimau
2. Pasang kayu lintang dan bujur.
3. Pasang tangki polypaip.
4. Potong rumput dgn trektor

12/3/17
Cuaca sangat panas. Saya berihat sahaja sambil menikmati buah markisa.

Sungguh enak.


1. Perlu segera racun rumput keliling pokok dan TIGA lorong.
2. Tebuk lubang ditengah tiga lorong utk tanam pisang & labu. Lubang isi baja dahulu, tutup, siram.
3. Segera tanam labu..... untuk tambang Amir ke Lombok.
3.  Segera tanam pisang. Tanam 1000 pokok.
4. Sediakan sistem siraman.

Sudah terang.

Inilah masa untuk menanam semula kelapa, membubun.

Di Kuantan rm250 tetapi di Sri Jaya rm230 shj.
Telah beli tong yang kedua di Sri Jaya harga rm230.

Tindakan.
1. Periksa pagar 
2. Pasang tiang tambahan
3. Pasang jaring hitam berlubang
4. Pasang wayer elektrik pagar.
5. Bersihkan sampah yg bertimbun.
6. Racun sakibaki rumput.
7.  Buat staking.
8. Tebuk lubang.
9. Beli kelapa matak 450 pokok. Telah order✅
10. Beli baja penggalak akar.
11. Tanam kelapa.
12. Siram.
13. Pelau lorong.... 3 lorong.
14. Pasang pam, tangki dan tagang wayer elektrik.✔

POKOK PINANG

Pokok Pinang banyak terdapat di kampung tradisional. Kebanyakannya sudah tinggi melangit menggambarkan usianya telah lanjut, ada yang lebih 50 tahun.
Orang tua zaman dahulu memakan buah pinang yang dihiris dengan kacit dibungkus dalam daun sirih yang diculik sedikit dengan kapur. Oleh kerana buah pinang itu keras maka mengunyah mengambil masa yg lama untuk lumat.
Hari ini buah pinang terbiar larah. Tiada siapa yang perduli.
Pokok pinang lurus panjang dan keras, elok dijadikan turus pagar. Jika rajin pokok pinang dibelah, kulitnya dibersihkan boleh dijadikan dinding rumah.
Saya ambil langkah menyemai buah pinang cadangnya hendak buat pagar.

Buah pinang ambil masa hampir dua bulan untuk cambah. Peringkat permulaan tanam buah pinang dalam tanah sedang elok lapus. Siram selang sehari. Ini adalah waktu menunggu yang lama, perlu sabar. Apabila nampak muncul tunas hijau yang keras yang tajam, boleh pindahkan ke dalam polybag kecil. Apabila daunnya sudah ada tiga helai dan tingginya telah mencapai satu kaki, ia perlu dipindahkan kedalam polybag yang lebih besar agar pertumbuhannya tidak terbantut. Tabur baja dan siram tiap hari.
Saya bercadang mahu menyemai 200 pokok untuk buat pagar kebun.

Hingga 1/3/17 .... baru dapat 14 pokok anak pinang.
4/3/17..... sudah dapat 21 anak pokok.
6/3/17.... sudah dapat 24 anak pokok.
12/3/17..... sudah dapat 26 anak pokok.
18/3/17..... sudah dapat 28.
22/3/17 ..... dapat 29.

23/3...... sudah ada 32
Satu marathon yang mencabar. Baru melepasi 16%.
26/3/17
Tambah 2 lagi jadi 34 semuanya.

30/3/17
Sudah jadi 41 semuanya.

1/4/17
Tapak semaian buah pinang, ada 50 biji dalam tanah itu.


Kedudukan terkini pada 3/4/17

Baru melepasi 20%.
5/4/17..... kini telah ada 43 pokok.

11/4/17..... mata tak mahu tidur... pergi tanam anak pokok yang baru cambah, dapat enam pokok. Kini jumlahnya jadi 49 pokok.

Apakah kegunaan pokok pinang ini? 
Pertamanya mahu buat pagar kebun bahagian hadapan yang bersebelahan dengan jalan utama. Panjangnya enam rantai. Memerlukan 70 pokok. Bila pokok pinang semakin tinggi mahu jadikan tiang pondok.

5/8/18
60 pokok telah tanam di lereng jalan hadapan. 

12/8/18
Mahu tanam 30 pokok lagi supaya menjadi tiga barisan. Siap.
Hingga kini.... telah berjaya tanam 90 pokok di lereng jalan hadapan.✔

Mahu tanam 60 pokok di bahagian belakang kebun hadapan untuk tujuan sebagai tiang pagar.

Tuesday, February 21, 2017

Terapi BERFIKIR POSITIF


Dr. IBRAHIM ELFIKY adalah seorang warganegara Mesir yang terkenal seentero dunia. Seorang penulis terkenal seluruh dunia. Kali ini saya mahu menikmati buah fikirannya. Saya mahu allikasikan prinsip " Baca, Faham. Nilai & Cipta."

Betapa mulianya orang mencari ilmu dan mengetahui berbanding orang yang tidak mencari ilmu.  Satu petikan Al Quran yg dimuatkan dalam prakata sebagai rumusannya.

✅ Penulis mengatakan 80% daripada yang difikirkan adalah perkara yang negatif. Fikir takut, fikir gagal, fikir pentingkan diri sendiri sahaja.

❌ Bila saya fikir tidak boleh melakukan maka saya tidak akan mencuba. Maka saya tewas sebelum mencuba. Saya teperangkap dengan fikiran kesukaran untuk belajar pada tahap Ph.D. Maka saya teragak- agak untuk melakukannya. 
❌❌ Saya berasa sukar mempelajari Bahasa Arab menyebabkan saya tidak berusaha untuk menambah kemahiran walaupun ada kesempatan.
❌❌❌ Saya tidak suka kepada guru yang mengajar Bahasa Inggeris meyebabkan saya tidak berusaha untuk memahirkan diri.

Rupanya sikap kita merupakan acuan kepada kebolehan kita hari ini. Untung nasib kita hari ini adalah hasil himpunan sikap baik dan buruk kita di masa lalu, sewaktu remaja. Sikap kita terzahir dari fikiran kita.

Bagaimana pula kita mahu menangkis tuduhan serta penghinaan orang lain kerana sikap negatifnya? Contohnya ada orang mengirim tulisannya melalui wasape yg menuduh kita tidak beriman, tiada timbang rasa dan mengatakan tunggulah balasan daripada Allah swt.
1. Selepas membaca hendaklah tarik nafas dan bertenang dan jangan balas. 
2. Baca sekali lagi dengan teliti dan fikir adakah benar tuduhan itu. Jika benar maka katakan "amin" dan cuba baiki diri. Jika salah.... senyapkan sahaja. Kita tidak berdosa. Mungkin yang bercakap itu yang tidak betul. Jika kita fikir tulisan itu memaparkan kelemahannya dan tidak ada kerugian di pihak kita elok senyapkan sahaja. 
3. Jika perlu sekat sahaja nombor hf beliau. 
Kita kena pujuk diri sendiri agar tidak terikut-ikut dengan rentak beliau. Fikirkan jalan yang damai untuk diri sendiri.

Fikiran kita dipengaruhi oleh ibubapa, keluarga, rakan, masyarakat dan media masa. Fikiran kita diaruh oleh guru di sekolah dan diri kita sendiri.

✔"Jika anda ingin berjaya, pelajarilah kejayaan itu dan berfikirlah seperti orang-orang yang berjaya. Jika anda ingin bahagia pelajarilah kebahagian dan berfikirlah seperti orang yang bahagia. Ingat, fikiran adalah hasil pilihanmu sendiri."

✔Faktor yang paling kuat untuk mengubah kehidupan ialah fikiran kita sendiri. Kemahuan kita menentukan usaha kita.

✔Sesungguhnya Allah swt tidak akan menentukan kejayaan sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri menentukannya.

Jika ingin mengubah kehidupan, mulakan hari ini. Perhatikan fikiran dan kuasai.
(ms 41).

✔Pluto berkata, "Ubah fikiran anda, nascaya kehidupan anda akan berubah."

✔Kuda yang tidak dihirau oleh tuannya bila dilepaskan akan menendang tuannya. Sebaliknya kuda yang dijaga rapi jika dilepaskan tetap akan setia.
✔Ikut kajian universiti Toronto, seseorang menipu  dan berfikiran negatif 62 kali sehari.

Jika mahu hasil yang lumayan;
1. Semailah benih di tanah yg baik
2. Menyiram
3. Baja
4. Maintanance

✔ Jika kita selalu berfikir negatif, akan wujud sejenis cecair berbahaya dalam tubuh kita. Sekumpulan pengkaji dari Universiti Standford mengambil sampel cecair itu lalu diberi kepada tikus. Didapati tikus itu mati. Eksprimen itu diulangi, tikus mati juga. Maknanya cecair itu mengandungi racun. Maka elakkan berfikiran negatif, berburuk sangka dan bermuram durja.

✔ Cuba renung kembali sejarah diri kita sendiri. Apa yang kita kecap dan alami sekarang selari dengan sejarah kita.

4/3/17. Seronok membaca buku ini, telah sampai ms 330.

Terapi 4-2-8 ..... tarik nafas 4 saat, tahan nafas 2 saat dan hembus keluarkan 8 saat.

10/3/17 tamat baca.... syukur alhamdullilah diberi kesabaran membaca hingga tamat. Banyak pelajaran yang saya perolehi.