Saya berjalan kaki memeriksa 3 pokok anak durian kacukan D99 baka dari kg Setosa(depan rumah tak Raman/ayah Sina).Nampak hidup tetapi bantut, tidak dapat baja.
Memeriksa pokok kelapa didapti banyak pelepah yang gugur, tergayut. Sungguh semak dan menyakitkan mata. Banyak juga yang tidak beruah.dulu ada buah, melawas. Kelapa sawit begitu juga. Barangkali musim hujan yang panjag. Air hujan yang menitis jatuh diatas biji anak kelapa menyebabkan pendebugaan rosak. Debuga terpisah dari biji anak kelapa.
Memeriksa hasil kerja Majid. Bayakonggokan daun-daun kering yang dilakukan.Barulah sedap mata memandang kebun yang bersih.
"Berapa hari lagi nak habiskan kerja?"
Dia kata" dua hari "..tak cukup dua hari
Saya suruh dia membaja selepas meyusun pelepah. Baja apa???Siap ?membaja 6 kampit baja madani.
Memeriksa kawasan luar dan ulu. Kawasan sawit telah diracun, nampak ruputnya kunig dan pokok sawit subur telah terima baja. Inilah jaminan untuk membiayai upah kerja kebun ini. Tiga tahun lagi perlu bersabar dan bertahan.
Pokok lemon berbuah lebat. Pokok kopi daunnya hijau tua. Pokok durian yang kecil subur. Pokok durian yang besar juga subur. Seronok mata memandang.
Bergerak kekebun hadapan pula. Periksa hasil cantuman selit, satu pun tiada yang menjadi. Sebiknya cantuman kapit semua tiga berjaya.Elok buat camtuman tepek kepada 40 pokok yang kecil. Tidak perlu buru2.
Secara keseluruhan watku tiga tahun sangat mencabar. Adakah sempat aku merasa hasil sawit? Hasil durian?
Pokok lemon banyak yang berbuah, elok berikan baja untuk galakkan buah.
Pokok durian kampung banyak yang hidup subur tidak kurang 20 pokok. Ada potesi berbuah tahun ini. Berikan baja organik tambahan. ersihkan pangkalnya dan beri baja..kalau berbuah boleh buat tempoyak.
Apakah tanaman yang beri pulangan baik dan konsistan?
No comments:
Post a Comment