nuff

Wednesday, October 11, 2023

Kerja Orang Pencen. Merumput tepi rumah.

Mulanya tempat ini penuh dengan timbunan atap genting pecah. Kepingan siling pecah juga bertaburan di sini hingga jadi busut kecil. Enam bulan busut ini menyemakkan mata. Kotak kertas juga dilonggok atas busut ini. Satu hari Syafik membakar busut itu. Baki yang tidak terbakar sungguh menyakitkan mata. Saya berazam untuk menghapus 100% sampah pejal ini. Begitu juga semak perlu dihapuskan. Kini kawasan yang masih belum dihapuskan rumputnya. Mesti mulakan sekarang. Selepas kutip semua  dan dilonggok ke tempat lain, tinggal serpihan yg kecil sahaja. Kepingan yang besar dilonggok ke tempat lain. Seterusnya akan dilupuskan.

Longgok sementara di sini , akan punggh keluar.
Serpihan kecil isi dlm karung plastik.

Seronok dapat kerja yang tidak perlukan kemahiran pagi ini. Kerja 30minit rehat 30minit. Sambung lagi 30minit lagi. Hari ini siap 70% tetapi saya berazam untuk membersihkan 100% sampah keras ini. Sambung kerja pada hari lain pula.

Kalaulah aku boleh beri masa satu jam sehari untuk kebersihan, keceriaan dan tanaman keliling rumah? Apakah hasilnya?
Selepas satu hari?
Selepas satu minggu?
Selepas satu bulan?

Semua sampah keras yang dipunggah ke dalam kenderaan telah letak di tempat khas dalam kebun.

18.10.23
Dapat himpun empat karung sampah keras. Sudah bersihkan 95%.
Mahu gemburkan kawasan ini dan mahu tanam anak pokok Rozel dan lain2 lagi.
Inilah kerja orang pencen. Kerja ansur maju.

26/10/23... siap tanam enam pokok Rozel.
26/10/23
Isi tanah bercampur abu hasil pembakaran pelepah kelapa ke dalam polibag, dapat 50 polibag. Selepas itu tanam biji betik dan siram. Ambil masa satu jam setengah. Badan lekit berpeluh.
Tindakan terakhir menyembur racun terhadap rumput degil di tepi pagar. Akan ulangi minggu hadapan. Sembur racun kali kedua.
Tanam pokok dua lagi pokok rozel.

No comments:

Post a Comment