Pokok Pinang banyak terdapat di kampung tradisional. Kebanyakannya sudah tinggi melangit menggambarkan usianya telah lanjut, ada yang lebih 50 tahun.
Orang tua zaman dahulu memakan buah pinang yang dihiris dengan kacit dibungkus dalam daun sirih yang diculik sedikit dengan kapur. Oleh kerana buah pinang itu keras maka mengunyah mengambil masa yg lama untuk lumat.
Hari ini buah pinang terbiar larah. Tiada siapa yang perduli.
Pokok pinang lurus panjang dan keras, elok dijadikan turus pagar. Jika rajin pokok pinang dibelah, kulitnya dibersihkan boleh dijadikan dinding rumah.
Saya ambil langkah menyemai buah pinang cadangnya hendak buat pagar.
Buah pinang ambil masa hampir dua bulan untuk cambah. Peringkat permulaan tanam buah pinang dalam tanah sedang elok lapus. Siram selang sehari. Ini adalah waktu menunggu yang lama, perlu sabar. Apabila nampak muncul tunas hijau yang keras yang tajam, boleh pindahkan ke dalam polybag kecil. Apabila daunnya sudah ada tiga helai dan tingginya telah mencapai satu kaki, ia perlu dipindahkan kedalam polybag yang lebih besar agar pertumbuhannya tidak terbantut. Tabur baja dan siram tiap hari.
Saya bercadang mahu menyemai 200 pokok untuk buat pagar kebun.
Hingga 1/3/17 .... baru dapat 14 pokok anak pinang.
4/3/17..... sudah dapat 21 anak pokok.
6/3/17.... sudah dapat 24 anak pokok.
12/3/17..... sudah dapat 26 anak pokok.
18/3/17..... sudah dapat 28.
22/3/17 ..... dapat 29.
23/3...... sudah ada 32
Satu marathon yang mencabar. Baru melepasi 16%.
26/3/17
Tambah 2 lagi jadi 34 semuanya.
30/3/17
Sudah jadi 41 semuanya.
1/4/17
Tapak semaian buah pinang, ada 50 biji dalam tanah itu.
Kedudukan terkini pada 3/4/17
Baru melepasi 20%.
5/4/17..... kini telah ada 43 pokok.
11/4/17..... mata tak mahu tidur... pergi tanam anak pokok yang baru cambah, dapat enam pokok. Kini jumlahnya jadi 49 pokok.
Apakah kegunaan pokok pinang ini?
Pertamanya mahu buat pagar kebun bahagian hadapan yang bersebelahan dengan jalan utama. Panjangnya enam rantai. Memerlukan 70 pokok. Bila pokok pinang semakin tinggi mahu jadikan tiang pondok.
5/8/18
60 pokok telah tanam di lereng jalan hadapan.
12/8/18
Mahu tanam 30 pokok lagi supaya menjadi tiga barisan. Siap.
Hingga kini.... telah berjaya tanam 90 pokok di lereng jalan hadapan.✔
Mahu tanam 60 pokok di bahagian belakang kebun hadapan untuk tujuan sebagai tiang pagar.
1 comment:
Boleh saya dapatkan maklumat dimana tuan tanam pokok pinang ni
Post a Comment