nuff

Sunday, October 4, 2015

CERAMAH MOTIVASI SMK KUALA TEMBELENG

4 Oktober 2015. Di Rhu Resort.

Beberapa minggu lalu seorang guru SMK KT menelefon saya mengundang untuk beri ceramah ke sekolahnya. Saya terus menyatakan persetujuan. Walaupun tarikhya jatuh pada hari ahad.

Saya mulakan dengan contoh orang yang sanggup berubah. Selepas itu saya menasihatkan mereka agar membuat pembetulan terhadap jawapan yang salah. Tuliskan pembetulan dan minta guru semak. Bincang dengan kawan dan rujuk buku untuk mencari jawapan yang sebenar. Amalkan JSB... maksudnya jawab semua betul.

Setelah selesai ceramah pengetua mengajak saya minum tes tarik di cafe.
Saya bercadang hendak jenguk sekolah ini dua minggu lagi.

28 Oktober 2015 saya tunaikan janji. Saya pergi ke Kuala Tembeling. Saya lihat kertas jawapan setiap orang pelajar.


Tahniah, ada kemajuan.

No comments:

Post a Comment