24 Ogos 2015
Nama saintifik aku ialah CENTELLA ASIATICA. Hari pertama aku berhijrah dari kampung ke tempat terkepung ini. Aku datang dari kampung Lubuk Paku, Maran. Aku tumbuh melata di tepi sungai Pahang, tidak jauh dari rumah tuan ku makcik Munah. Setiap petang Sabtu kami dicabut dan dibasuh. Lepas itu kami dimasukkan ke dalam beg plastik. Pagi Ahad kami dibawa ke bandar. Rupanya kami mahu dijual. Banyak juga sayur lain dipamer bersama kami.
25 Ogos 2015
26 Ogos 2015
"Eh mengapa kau tumbuh tegak? Kami semua menjalar." Tegur pegaga kepada pokok yang tinggi itu.
"Ah engkau masuk ke kawasan aku."sergah pokok yang tinggi.
"Aku dipindahkan ke sini lebih awal dua hari dari engkau. Bila engkau datang aku rasa peluang aku hendak menyedut air dalam tanah akan terganggu. Akar engkau merayap dalam tanah dan bertembung dengan akar aku." Jelas pokok yang tinggi itu.
"Macam mana engkau boleh sampai ke sini?" pegaga bertanya pokok tinggi.
"Oh panjang ceritanya." balas pokok tinggi itu.
"Nama engkau apa?" tanya pegaga.
"Namaku Roselle, nama saintifik aku ialah HIBISCUS SABDARIFFA L. Engkau pula?" Rozelle memperkenalkan namanya.
"Panggil aku pegaga." balas pegaga.
"Awak datang dari kampung Lubuk Paku ye. Itu kampung terpencil." .balas Roselle.
"Engkau pula datang dari mana?" tanya pegaga.
"Aku datang dari kampung Pesagi. Aku tumbuh disitu. Tetapi keturunan aku dari negeri Perlis."
"Jauhnya kau merantau. Macam mana boleh sampai ke sini." Tanya pegaga.
"Panjang ceritanya. Nantilah lain kali aku cerita." Roselle.
27 Ogos 2015
"Assalamualaikum pegaga"
"Waalaikumusalam"
"Kami hanya ada 14 pokok. Tetapi aku lihat bilangan kamu banyak. Aku lihat pagi dan petang tuan kita menanam beberapa urat pegaga yang berakar di tapak ini. Tak lama lagi penuhlah permukaan tanah ini dengan pegaga yang menjalar. Ada pula yang memanjat aku. Kalau macam ini aku boleh mati lemas.
" Roselle jangan bimbang. Aku hanya merayap di permukaan sahaja. Aku bukan tamak. Lagipun aku bukan ada sesungut macam ulan atau kacang panjang. Maknanya kehadiran aku bukan pengganggu. Aku mahu menumpang untuk hidup subur berkongsi dengan kau roselle.
28 Ogos 2015
"Selamat pagi pegaga. Awak sihat?"
"Ok saya sihat ja, awak Rozelle macam mana pula?"
"Saya sihat, daun saya dah bertanbah jadi lima dah. Tengok daun saya hijau je. Awak kata sihat tetapi saya nampak banyak daun dan pucuk awak layu dan kelihatan kuning."
"Saya nampak tidak semua pokok rozelle sihat. Saya nampak ada daun awak berlubang."
"Hah..... berlubang itu tandanya dimakan ulat. Menunjukkan ada manis dan lemak. Sebab itu jadi kesukaan ulat. Ini tanda saya ada peminat. Awak tu tiada yang berlubang. Apa pula maksudnya?"
"Haa.... daun aku pahit memang semut dan ulat tak suka. Pahit itu tandanya ubat. Boleh makan dari akar hibgga ke daun. Satu lagi khasiat aku ialah boleh awet muda. Boleh rujuk http://cun.my/khasiat-pegaga-untuk-awet-muda/
Kami turun dari bukit.
Kami tumbuh tepi jalan Bukit Pelindung. Tiba2 kami dicabut oleh Tuan ini. Katanya mahu menyelamatkan kami. Dia bimba7ong kami mati dipijak atau kering. Ke manalah kami hendak dibawa?
Kami diasing-asingkan dan ditanam dalam botol plastik besar yang dikitar semula. Dalam botol itu ada anak pokok durian belanda.
"Abang db, kami tompang di sini ye. Tempat ini sejuk dan lembab."
"Sekejap aja tahu. Kalau lama nanti baja dalam bekas ini banyak lepas kepada awak je."
29 Ogos 2015
"Assalamualaikum, apa kabar pegaga? Semalam panas betul. Aku lihat banyak daun pegaga layu dan terkulai." tegur pokok Rozelle.
"Waalaikumussalam pokok Pegaga. Kalau hujan tidak turun dan tuan kita tidak siram seminggu kita semua mati kering." balas pegaga.
"Aku rasa lebih selesa pagi ini. Tadi awal pagi tuan kita siram kita semua. Terasa sejuk dan nyaman. Air siraman membasahi tanah meresap ke dalam hingga ke akar. Lepas itu sebantar tadi tuan kita siram sekali lagi tetapi lebih istemewa sebab air siraman itu dibancuh baja organik warna hitam." kata Rozelle.
"Aduh... panas betul, terasa perit. Daun aku yang lebar kering rengkut dan berkedut. Tiada harapan untuk pulih. Air siraman tadi sebahagiannya kering terpelowap ke udara. Aku minta tuan kita siram sekali lagi petang ini. Oh tuan selamatkan kami." kata pegaga.
30 Ogos 2015
"Wah ramainya orang. Mereka berkerumun mengambil makanan dalam bekas berkilat itu. Bekas berkilat itu tersusun atas meja yang dihias dengan alas warna merah. Keliling meja itu dipasang kain skirt labuh warna krim muda hingga ke aras lantai. Sungguh kemas dan atraktif." Komen Roselle.
" Aku tak nampak la Roselle. Aku nampak dinding tembok ini ajalah." Kata pegaga.
"Itulah kerugian awak pegaga yang merayap atas permukaan tanah aja. Aku tinggi." kata roselle.
"Aduh-aduh sakitnya." Roselle menjerit.
"Mengapa Roselle?"
"Tengoklah ni aku dah terbaring. Ada tangan budak cabut aku."
"Hah.... tadi kau seronok tengok orang ramai dan nampak pemandangan yang indah. Tiba- tiba kini dah terbaring. Mudahnya engkau dimusnahkan. Aku tidak nampak pemandangan tetapi tidak terancam." kata pegaga.
"Hai pegaga. Engkau bila sudah menjalar subur nanti akan dicabut juga. Lepas itu engkau akan dikunyah lumat."
"Hai roselle ..... kita yang hidup ini mesti ada kegunaan. Mesti ada link. Mesti ada hikmahnya. Mungkin kita tidak tahu. Aku ini memang menjadi makanan manusia. Jadi ulam yang dicolek dengan sambal dan dimasukkan dalam mulut. Rasa aku yang pahit itu sebenarnya berkhasiat. Aku jadi ubat dan awet muda tau. Aku redha dikunyah asal memberi kebaikan. Engaku apa pula gunanya?" jelas pegaga.
"Saya bila capai usia tiga bulan akan berbunga. Bunga saya ada kelopak warna merah. Kelopak itu boleh rebus mengeluarkan air warna merah. Boleh buat minuman. Rasanya masam sikit dan manis. Ramai orang suka minum kerana aku warna merah. Aku suka warna aku yang menaik minat. Bila orang minum tekaknya rasa puas. Bila masuk dalam perut zat dan vitamin yang sebati dengan aku ditapis. Vitamin dan zat membantu menyegarkan badan. Aku gembira dapat berkhidmat kepada msnusia." dengan panjang lebar roselle menerangkan kelebihannya.
1 September 2015
2 September 2015
"Nasib baik tuan kita cepat tengok. Dia nampak aku terbaring, terus tanam dan tegakkan aku kembali. Lepas itu aku disiram. Akar aku belum kering jadinya aku boleh terus hidup. Tetapi akar rerambut aku banyak putus. Sebab itulah pertumbuhan daun aku terencat. Kini baru tumbuh empat helai sahaja. Kawan aku dah tumbuh enam helai. Apapun aku syukur dapat hidup." kata roselle.
"Apa maksud lengkaran penjong biru itu roselle?" tanya pegaga.
"Cuba kau perhati dengan teliti bahagian bawah pokok aku ini ada terdapat sangga kayu yang menopang aku. Tanpa sangga itu aku tidak mampu berdiri tegak. Sangga kayu itu warnanya sama dengan tanah tetapi nampak bayangnya." Jelas roselle.
"Nampak dah, bagusnya tuan kita ye." jelas roselle.
"Roselle! saya nampak tumbuhan lain mula muncul. Saya nampak empat pokok. Daunnya dua helai. Warna daunnya hijau juga tetapi saiznya kecil." kata pegaga.
"Awak nak tahu, rumput itu adalah pesaing kita. Dia cepat membesar. Tahan panas. Kalau dibiarkan dua minggu tinggi dia akan memintas saya. Alamatnya kita terlindung dari cahaya matahari. Akar dia cepat menyurung dalam tanah. Banyaklah zat dan air disedut oleh dia. Akibatnya kita akan kurus." roselle memberi ulasannya.
3 September 2015
"Roselle..... awak tak terasa panas ke? Saya terasa sangat perit terutama bila matahari tepat di atas. Hujung daun saya jadi layu. Saya rasa rimas duduk dalam laman dikelilingi batu keras. Saya tidak gembira berada dalam kepungan ini. Pemandangan juga terhalang. Saya mahu kembali melata di tepi tebing sungai dan bernaung di bawah pokok rambai. Awak tak terasa perit ke?"
"Saya terasa panas dan perit juga. Tengok hujung daun saya juga melepuh. Daun baru nak cambah rasa terbantut. Memang rimaslah pegaga." Komen roselle.
"Saya harap tuan kita memahami situasi yang kita hadapi. Harap-harap ada idea untuk melindungi kita. Saya tahu tuan kita ada sikap prihatin dan kreatif." pegaga mengharap dan memuji.
"Tolong...tolong...tolong. panas kena sinar terik. Rasa nak melepuh. Tolong.." jerit pegaga.
"Hah kita duduk dalam kelambu. Terasa macam senja je" kata roselle.
"Pagi-pagi lagi tuan kita tabur biji warna hitam. Apa benda warna hitam itu Roselle? Lepas itu tuan pancut air dari atas . Macam air hujan je. Sedapnya." kata pegaga.
7 Sept. 2015
"Wah pegaga..... saya nampak awak sudah menjulur. Akar muda dah mula menyurung. Saya nampak juga ada daun kecil mulai tumbuh berhampiran dengan induk yang ditanam."
"Yalah roselle .... saya sejak ada penampan cahaya, dapat baja dan cukup air maka cepatlah saya menyurung." kata pegaga.
"Bukan penampan. Kalau tanpan jadi gelap gelita. Akibatnya mati kita. Jaring hitam itu hanya menyekat 70% cahaya dan haba. Kita masih menerima sinaran mata hari 30%. Jumlah itu masih mencukupi untuk kita cambah. Tetapi bila kita sudah rimbun nanti mungkin jaring itu sudah tidak sesuai lagi." jelas roselle.
"Pegaga... oh pegaga. Saya gembira dapat lihat dua daun baru muncul dari dalam tanah. Ini tanda engkau sudah mulai biak." Roselle mengomen.
9 September 2015
"Roselle oh roselle... untungnya awak. Saya nampak pagi-pagi lagi tuan kita tabur baja di pangkal awak. Tidak adillah macam itu. Patutnya taburlah merata supaya saya juga dapat zatnya." komen pegaga.
"Pegaga janganlah marah. Tengok daun saya sudah lapan helai. Pokok saya pula kurus. Memang saya memerlukan baja yang lebih. Kalau tidak pertumbuhan saya terbantut." Jelas roselle.
"Wahai pegaga. Saya semakin tinggi, daun makin banyak dan akar juga semakin terserak. Saya perlukan banyak makanan berbanding dengan awak." Roselle menguatkan hujahnya.
11 September 2015
Selepas 17 hari perpindahan, inilah rupanya. Ada yang mati dan ada yang tumbuh subur.
"Nampak satu batang pokok roselle melentur dan daunnya layu aja, apa halnya?" bisik pegaga.
"Hallow Roselle.... apa pasal engkau tidak seperti pokok roselle yang lain. Mereka kelihatan subur dan daunnya lebar. Engkau layu, apa halnya" tanya pegaga.
"Saya memang tidak sihat. Tadi saya terbaring. Nasib baik tuan kita sedar, terus dia betulkan. Dapatlah saya berdiri tegak ni. Petang semalam hujan dan angun kencang. Hujung penutup plastik hitam yang terjuntai itu berayun kerap kali. Setiap kali dia berayun badan saya dipepahnya. Nasib baik tidak tercabut. Huh.... sakitnya. Saya berdoa kepada Tuhan agar saya akan terus hidup." Kata roselle.
"Roselle.... apa perasaan awak sekarang dan apakah cita-cita masa depan awak?" Tanya pegaga kepada roselle.
12 Sept. 2015
"Aduh... keadaan saya makin parah. Hanya sehelai sahaja yang segar. Yang lain semua sudah layu. Saya rasa harapan untuk hidup sangat tipis." rintih roselle.
"Sabarlah roselle. Saya yakin awak boleh terus hidup. Saya nampak sehelai daun awak masih segar. Lagi satu alasannya saya nampak tuan kita curah air baja ke pangkal awak sebentar tadi." pujuk pegaga.
13 September 2015
"Assalamualaikum kawanku pegaga. Saya terasa sakit sangat ni. Tengoklah saya ini. Daun yang layu telah gugur. Entah-entah yang lain menanti masa sahsja. Badan saya semakin kurus, tidak cukup makan."rinyih roselle yang tinggal nyawa ikan sahaja.
"Waalaikumusalam.
Sabar roselle. Pemulihan memang ambil masa sikit. Saya nampak awak boleh selamat. Pertama saya nampak batang awak mampu tegak. Maknanya batang awak tidak cedera. Sehelai daun awak masih segar dan hijau. Ini bermakna ia masih mampu membuat makanan melalui proses potosintisis. Kita juga sangat bernasib baik. Malam tadi hujan. Terasa nyaman." pujuk pegaga.
"Terima kasih pegaga kerana memberi semangat kepada saya. Sebenar keadaan saya amat kritikal. Tengok pangkal pokok saya sudah genting dan ada tompok hitam. Itulah yang merisaukan saya. Tetapi jika saya tidak boleh meneruskan hidup, masih ramai kawan saya yang tumbuh subur. Mereka boleh berbakti kepada tuan kita."
Ada 16 pokok roselle yang subur seperti ini.
14 September 2015
"Wah pegaga. Saya lihat awak makin subur, awak sudah menjalar beberapa inci. Saya agak sebulan lagi akan penuh permukaan ini dengan daun pegaga." Ulas roselle.
""Kalau boleh saya hendak menyurung cepat. Saya mahu penuhkan setiap inci tanah ini dalam masa 45 hari. Selepas tempoh itu bolehlah tuan kita memetik beberapa helai untuk dibuat ulam atau diblander bagi mendapatkan air pegaga. Pasti tuan kita dapat khasiatnya. Itulah khidmat saya untuk tuan kita." Ujar pegaga.
19 September 2015
"Aduh.... sebentar lagi nyawa saya akan terputus. Saya memang telah tinggal nyawa ikan. Semua daun dan pucuk telah layu. Sudah tinggal nyawa ikan. Pagi ini rupanya tuan kita telah membuat tindakan. Saya dicabut dan diganti dengan pokok roselle lain yang kelihatan lebih tegap dan subur. Saya agak ini adalah tindakan yang betul. Saya doakan kawan-kawan semua hidup subur. Berilah bakti mu dengan cemerlang kepada tuan kita. Kita dapat tempat duduk
22 Sept 2015
27 September 2015
Ada pegaga baru yang diambil dari kawasan masjid KIPSAS.
"Assalamualaikum kawan-kawan. Saya baru berhijrah kesini. Tuan ambil saya dari padang dalam kawasan masjid pagi tadi. Lima perdu semuanya. Saya harap boleh menyambung hidup di tempat baru ini. Saya lihat tempat ini lebih selamat." Kata pegaga baru.
OPERASI PADAT
Minggu ini 28/9/15 hingga 4/10/15 menjalankan sulaman dan mengisi ruang kosong dengan pegaga yang fresh. Kali ini benih pegaga diambil dari taman pinggir masjid KIPSAS. Semalam 28/9 saya berjaya memindahkan empat perdu.
Pagi ini 29/9 berjaya memindahkan sepuluh perdu. Pemindahan dilakukan dalam masa 30 minit sahaja, untuk mengelakkan akar dan daun menjadi kering. Sebaik sahaja siap tanam terus siram. Pegaga yang dipindahkan semalam kelihatan segar.
Target hari ini ialah 20 perdu.
Selepas isyak saya berjaya mengutip 12 perdu dan pindahkan ke sini. Hari ini berjaya melepasi target.
30/9, pagi.... berjaya memindahkan 11 perdu lagi. Terus sahaja siram dengan air baja organik. Petang ini bercadang pindahkan 10 lagi. OPERASI PADAT mesti diteruskan hingga mencapai sasarannya. Selepas solat zohor, saya berjaya memindahkan 12 perdu menjadikan 23 untuk hari ini. Telah lebih tiga dari sasaran harian. Namun begitu saya nampak perdu yang ditanam pagi tadi layu.
Saya lindungi dari sinaran dan bahang panas dengan jaring hitam berlubang ini.
Pegaga yang layu semalam, hari ini kelihatsn segar semula.
11 Oktober 2015
Sudah kelihatan padat.
HARI 01
Sudah mula makan jasa. Sarapan saya pagi ini dimulakan dengan lima helai daun pegaga.
17 Oktober 2015.
HARI 02
Sarapan awal pagi. Satu urat pucuk muda. Bila mengunyah terasa lembut dan enak ditelan. Saya telah makan jasa usaha tidak sampai dua bulan. 24hb. ini genap dua bulan usia projek ini.
JIKA MAHUKAN HASIL DALAM TEMPOH DUA BULAN, TANAMLAH PEGAGA.
Nak tahu khasiat pegaga sila rujuk:
http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-ulam-pegaga.html
http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-ulam-pegaga.html
Melancarkan perjalanan darah
Awet muda
Sembuhkan demam dan luka
Hilangkan bintik di muka.
Dan banyak lagi.
Pagi ini (19/10) saya mengambil tiga urat pucuk berdaun muda yang berakar lalu membasuhnya cuci-cuci. Saya ponjotkannya dan suap ke dalam mulut. Enaknya.... ada terasa sedikit pahit. Itu tandanya ada khasiat dan jadi ubat.
Permukaan tanah sudah 50% dilitupi daun pegaga. Pokok roselle pula sudah bertindak sebagai penaung pegaga. Belumpun berbunga tetapi telah berjasa. Meneduhkan pegaga. Pegaga sukakan redup dan lembap.
APA YANG SAYA IMPIKAN TELAH MENJADI KENYATAAN. KINI SAYA MENUNGGU ROSELLE BERBUNGA.
Apakah khasiat roselle?
http://panduanpercuma.info/info/tahukah/2149/khasiat-rosselle-rozel/
Mengandungi vitamin C yang banyak.
21 Oktober 2015
Saya petik tiga urat, basuh, kemudian ponjot dan masuk mulut. Mulut mengunyah, terasa enak. Lembut dan sedikit pahit.
HARI 03
22 Oktober 2015
Saya petik empat urat pegaga muda. Saya basuh.
HARI 04
Saya bersihkan. Kemudian ponjot. Inilah sarapan pertama pagi ini.
Saya masukkan ke dalam mulut, kunyah hingga lumat. Saya telan air bersama hampasnya. Oh sedap, lembut, lemak dan sedikit pahit. Inilah rezeki pertama saya pagi ini.
23 Oktober 2015
Saya petik empat urat pucuk muda.
HARI 05
Ssaya ponjot.
Syukur alhamdulilah sudah jadi rezeki saya pagi ini.
24 Oktober 2015
Empat urat pucuk pegaga muda jadi pembuka rezeki pagi ini.
HARI 06
25 Oktober 2015
Hari 07
Empat urat pucuk pegaga muda.
Rezeki pertama pagi ini.
Genap dua bulan usia taman pegaga & roselle.
26 Oktober 2015
Hari 08
Empat urat pegaga muda.
Saya ponjot.
Masuk ke dalam mulut, kunyah hingga lumat dan telah. Syukur alhamdullah inilah rezeki pertamaku pagi ini.
27 Oktober 2015
Hari 09
Saya petik lima urat pegaga.
Saya kunyah hingga lumat. Saya kepat airnya. Hampasnya saya kitar semula menjadi baja organik.
28 Oktober 2015
Hari 10
Rezeki pertama saya pagi ini.
Rezeki petang ini. Lima helai daun pegaga segar saya kunyah hingga lumat. Terasa sedikit pahit.
Sudah padat dengan daun pegaga. Pokok roselle juga keliatan subur.
29 Oktober 2015
Hari 11
Empat urat pegaga baru petik dari laman Pegaga & Roselle.
Saya ponjot dan masukkan ke dalam mulut.
Saya kunyah hingga lumat dan seterusnya telan. Harap jadi zat dan menyihatkan badan.
31 Oktober 2015
Hari 12
Sudah berasak-asak, perlu dipindahkan sebahagian daripadanya ke tapak baru.
1 November 2015
Hari 13
Rezeki malam ini.
2 November 2015
Hari 14
Rezeki pertama saya awal pagi ini.
Sudah terlalu padat, berasak-asak. Saya pindahkan beberapa perdu ke dalam bekas yang baru.
3 November 2015
Hari 15
Sarapan pertama saya pagi ini.
Rezeki petang ini.... lapan helai daun pegaga fresh.
4 Nov 2015
Hari 16
Rezeki pertama saya pagi ini.
5 November 2015
Hari 17
Rezekiku malam ini, 21 helai daun pegaga. Habis dikunyah dan telan. Terasa sedikit pahit.
6 Nov. 2015
Hari 18
Sarapan pertama saya pagi ini.
8 November 2015
Hari 19
Rezeki malam ini.
Terasa pahit, ubat agaknya.
9 Nov 2015
Hari 20
Rezeki pertama saya pagi ini.
Hampasnya saya tanam kembali agar jadi baja.
Tidak disangka, dinding setinggi dua kaki boleh dipanjatnya.
Musuh telah datang, perlu dihapuskan. Mungkin ada lagi
Rezeki malam ini.
Sudah terlalu padat.
Pokok roselle juga sangat rimbun hingga menghalang cahaya matahari untuk menyinari pegaga. Akibatnya pegaga jadi lonjong.
10 Disember 2015
Selepas 3 bulan setengah.
Pokok roselle terpaksa dicantas dahannya kerana tersangat rimbun.
17/3/16
Selepas hampir tujuh bulan begini akhirnya.
Terbiar dan kering. Akhirnya pupus.
21/3/16
Hari pertama pemulihan. Bertembong dengan al Nino, cuaca yang panas.
22/3/16
Hari kedua pemulihan
1 comment:
Tahniah
Post a Comment