nuff

Thursday, June 18, 2015

Pemandangan Dari Jendela

18 Jun 2015
7.15pagi.

Jauh di belakang kelihatan pokok hutan, pokoknya kurus dan ada yang telah saka. Menandakan permukaan tanah yang memegang akarnya adalah lembap dan berpaya. Di hadapannya ada tembok batu yang terlindung merupakan pagar yang kukuh. Di hadapan tembok terdapat pokok jati yang besar, tinggi dan dahannya rendang. Banyak tumbuhan berakar menumpang dan bergayut. Kelihatan pokok oked hutan berdaun lebar membelit pokok jati itu. Kelihatan oked itu hidup subur. Terdapat juga akar yang berjuntai dari dahan jati. Begitulah satu kehidupan si parasait. Kelihatan akar sirih juga menumpang hidup. Ia memanjat berpaut pada akar dan pokok jati yang kuat itu.
Di sebelah pokok jati terdapat pokok pisang. Kelihatan kurang subur kerana dinaungi oleh pokok jati.  Kurang baja juga agaknya.
Di hadapan lagi nampak dua baris ampai kain. Bahagian atas ampai itu terbentang jaring plastik hitam. Jaring ini bertindak menghalang 70% cahaya matahari. Di bawah ampaian itu terdapat banyak anak pokok yang bercambah dari polibag. Polibag itu disusun dalam takung plastik berbagai warna. Terdapat banyak takung. Setiap takung memuatkan 15 polibag anak pokok.


Rupanya ada semaian anak benih durian belanda. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Usianya ada yang telah menjangkau lima bulan.


No comments:

Post a Comment