MENURUNI
GUNUNG KINABALU
01 Disember
2013
Berada di puncak sungguh mengasyikkan. Nampak sekeliling,
Nampak banjaran gunung, Nampak lembah dan sungai yang dipenuhi tanaman dan
rumah. Nampak sungai seperti ular. Nampak awan mula bergerak ke barat. Nampak sinar
mata hari pagi kemerahan. Nampak laut lepas membiru. Melihat dari atas samalah
dengan ungkapan Halicopteer View. Seorang
perancang atau seorang pengurus besar perlu melakukan Halicopteer View, perlu melihat dari atas baru nampak keseluruhan
secara umum. Orang yang mampu melihat secara Halicopteer View adalah seorang yang berkemampuan tinggi. Inilah
sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin yang berwibawa.
Perjalanan turun tidak semencabar melangkah naik. Kami
bergambar kenangan di papan tanda KM8.
Dari kiri, Zamri,
Yahya, Saari, Suhaimi dan Ahmad
Ketika ini baru 7.30pagi tetapi cahaya Matahari sudah
menyinar megah. Cahaya semakin tajam mulai jam 8.30pagi. Ketika ini elok pakai sun glass. Kepada pendaki yang lambat
sampai ke puncak elok bawa sun glass
sekali.
Sewaktu melangkah turun tekak terasa dahaga tetapi air yang
saya bawa telah habis. Nasib baik Zamri ada bawa bekalan air yang banyak. Saya
diberi olehnya menyedutnya. Bukan sekali tetapi berkali-kali.
Sewaktu melangkah turun saya sempat memerhati pokok dan
bunga. Saya sungguh tertarik dengan pucuk paku ( fern shoos). Paku hutan di sini adalah simbul kehebatan paku pakis
Borneo. Saya mengambil tiga peringkat pertumbuhannya.
Apabila sampai di pondok rehat di kilometre pertama, saya
dapati ada sekumpulan guru dan murid sekolah rendah dari Korea sedang
melaksanakan kursus. Saya tidak faham apa kandungan kursus tersebut. Namun
begitu saya bertanya seorang guru mereka, mengapa mengadakan kursus di atas
gunung ini? Beliau mengatakan latihan mendaki gunung menjadi aktiviti penting
dalam sisitem pendidikan mereka. Acara fizikal mendaki memberi maksud memajukan
diri dan semangat juang yang tinggi. Saya teringat kepada satu sms yang
dikirimkan oleh Tuan Haji Razali Mustafar yang berkursus di Korea selama dua
minggu. Beliau mengatakan Antara aktiviti kursus itu ialah mendaki bukit
ketinggian melebihai 560 kaki. Tidak syak lagi bahawa aktiviti mendaki
merupakan proses aruhan latihan kepimpinan bagi orang Korea.
Saya berjaya sampai di Pejabat Sutera Resort jam 3.45petang.
Kami mengadakan majlis penyampaian sijil di Restoran LEHA KELFOOD,
Taman Midah, Kuala Lumpur.
Saya rasa kejayaan mendaki dan turun pada kali ini lebih
kemas. Saya juga membuat kesimpulan bahawa saya mampu mendaki Gunung Kinabalu
ini pada masa akan datang walaupun umur saya akan mencecah 60 tahun dengan
syarat;
1. Terus
berlatih mendaki seperti mendaki Bukit Pelindung sekurang-kurang tiga bulan
sebelum mendaki gunung.
2. Persiapan lain
seperti cukup tidur, cukup bekalan makanan, pakaian yang sesuai menampan sejuk.
3. Rakan
sepasukan yang bekerja sama.
4. Ada rakan
yang sebaya yang memberi dorongan sewaktu mendaki.
4 comments:
Assalamu'alaikum Dato" Yahya.. tahniah kerana berjaya mendaki Gunung Kinabalu..
Terima kasih sdr. Abdul Ghaffar bin Jaafar.
Tahniah Dato
.miss u sebab fb dah tutup
Maaf Sdr ku NORRAHMAN MOHAMED lambat jawab.... walaupun tak berfb dgn sdr. tetapi ingatan & persahabatan tak luput....
Post a Comment