Saya melangkah masuk ke Jabatan
Pelajaran Negeri Pahang buat kali keduanya. Kali pertama sewaktu diamanahkan
jawatan Penolong Pengarah Sains dan Matematik tetapi hanya sempat dua minggu
sahaja. Kini saya kembali jadi orang nombor dua di pejabat, seperti guru
penolong kanan di sekolah. Saya mesti mengatur langkah mengikut langkah ketua
saya, tidak jauh tertinggal di belakang dan tidak pula memotongnya. Kini ketua
saya ialah Yang Hormat Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Latif. Inilah prinsip
yang saya amalkan sewaktu memegang jawatan GPK di SMK Jengka Dua dan SHAH Pekan
dahulu. Dalam struktur organisasi saya sentiasa jadi orang nombor dua.
Sebaliknya Persatuan Pusat Sumber Negeri Pahang ringkasnya PERPUSPA dan Jawatan
Kuasa Pengurusan Surau Al Falah, saya adalah pengerusinya.
Saya
perlu berhati-hati melalui jalan yang agak licin ini. Sewaktu menerima watikah
perlantikan daripada Tan Sri Alimuddin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
beliau berpesan, “Yahya, awak telah langkau ramai orang, mesti tunjukkan kerja
yang cemerlang.” Saya sentiasa ingat pesanan KPPM itu.
Satu
pagi saya dipanggil oleh Dato’ Pengarah ke biliknya. Saya diberi satu tugas pertama
yang mencabar iaitu menyelesaikan masalah seorang pegawai kerap tidak hadir
sejak beberapa bulan yang lalu. Saya difahamkan pegawai itu menghadapi masalah
kesihatan yang serious. Saya berjaya menemuai pegawai itu, kasihan juga melihat
kulitnya yang bengkak bengkal macam terbakar dan kerap bergaru. Saya
menasihatkan beliau mendapat rawatan hospital. Beliau kata telah pergi tetapi
tidak berkesan. Ada kalanya bengkak kulitnya susut, beberapa minggu kemudian
datang semula. Saya tahu beliau sedang berhadapan dengan masalah kesihatan yang
amat sangat. Setelah gagal pulih melalui perubatan hospital beliau menggunakan
kaedah tradiosional. Masalah pegawai ini tidak mudah diselesaikan, mengambil
masa yang panjang. Banyak kerja pegawai ini dipikul oleh pembantunya. Namun
begitu ada juga kerja yang tidak beres. Setelah berbincang dengan Pengarah,
pegawai ini ditukarkan ke sekolah tetapi saya masih lagi ditugaskan mengikuti
perkembangannya. Kadang-kadang terasa kohot juga berlabu ikan yang degil.
Sewaktu dia mengganas, saya terpaksa lepaskan tali. Bila dia reda, saya gulung
tali. Jangan biarkan ia terlalu jauh dan jangan terlalu tegang hingga putus.
Saya tetap melayan hingga dia dapat disauk. Marathon ini masih jauh.
Satu
hari saya melawat SMK Paya Besar. Saya mengajak encik Nandakumaran, Pengetua
melawat kelas demi kelas. Sambil berjalan encik Nanda menerangkan apa yang
dilaksnakannya, macam bertih goring, sambil itu tangannya berputar. Memang
encik Nanda sentiasa bersungguh melaksanakan tanggungjawab. Memang nampak ada
kemajuannya. Saya lihat ketokohan encik Nanda telah dapat diterima baik oleh
guru dan ibu bapa. Saya lihat muka pelajar tingkatan satu, dua, tiga dan empat
semuanya kelihatan ceria. Bila menjenguk kelas tingkatan lima saya nampak ada
yang berkerut, boleh jadi memikirkan tentang peperiksaan SPM hunjung tahun ini.
Akhir sekali saya menjenguk kelas tingkatan enam atas. Saya terkejut melihat
suasana yang muram, nampak macam kurang semangat. Saya terus bertanya encik
Nanda, “Apa telah jadi Nanda?” Saya tidak pasti apakah jawapan encik Nanda.
Saya rasa encik Nanda susah hati mendengar komen saya sebentar tadi. Saya tidak mahu tinggalkan Nanda dalam keadaan
susah hati. Saya beritahu Nanda bahawa saya sangat berminat untuk memberi
ceramah motivasi kepada pelajar tingkatan enam dalam masa terdekat ini. Saya
lihat mukanya ceria semula sambil mengucapkan terima kasih. Diringkaskan
cerita, saya tunaikan janji memberi ceramah motivasi selama satu jam kepada
mereka. Saya katakan kepada pelajar, “Saya dapat motivasi belajar setelah
mendengar temuramah di radio selama lima belas minit, tetapi hari ini anda dapat
satu jam.” Seterusnya saya berbincang dengan Nanda untuk melaksanakan aktiviti
lanjutan bercorak Team building and
physical challenge. Saya mengajak guru dan pelajar tingkatan enam mendaki
Bukit Pelindung. Pegawai saya, encik Supian dan beberapa orang lagi mengatur
strategi. Apabila sampai harinya, kami mendaki bersama guru dan pelajar.
Walaupun sangat mencabar bagi mereka yang tidak pernah mendaki tetapi akhirnya
sampai juga ke puncak. Ketika di puncak saya memberi ceramah ringkas
menerangkan agenda tersembunyi disebalik pendakian bukit ini. Beberapa minggu
berikutnya encik Nanda melaporkan telah nampak perubahan positif. Memang betul,
beberapa bulan berikutnya,apabila keputusan STPM 2011 diumumkan, berlaku
lonjakan yang ketara. Tahniah pengetua, guru dan anak-anak pelajar.
Kalau ikutkan sibuk memang tidak boleh pergi ke mana-mana walau hari minggu. Saya untukkan masa melakukan aktiviti lasak bersama rakan sepejabat. Kali ini kami menaiki kereta pacuan empat roda meredah hutan Sungai Lembing melalui jalan balak yang mencabar berjam-jam hingga sampai di Lubuk Beruk. Ini adalah kehadiran kali kedua ke sini. Kali pertama dahulu kami bertarung menewaskan kelah dan sebarau tetapi kali ini kami bermalam dan melakukan aktiviti mendaki. Kami mendaki bukit dan mengharung sungai hingga sampai ke Air Terjun Pelangi. Sungguh cantik tempat ini, air terjunnya tinggi dan kelihatan pelangi di pinggir permukaan batu yang terhampar itu. Dikatakan Air Terjun Pelangi adalah kedua tertinggi di Asia Tenggara. Kami berendam sepaus-puasnya. Hilang rasa tekanan kerja dek kerana percikan air terjun yang membasahi kepala. Saya tidak jemu, mahu datang lagi ke sini.
Selaku
Yang Dipertua Persatuan Pusat Sumber (PERPUSPA), saya mahu amalan membaca
disuburkan di kalangan murid sejak dari darjah satu lagi. Amalan yang ada
sekarang memilih tokoh membaca. Kita hanya memberi tumpuan kepada beberapa
orang individu sahaja. Langkah pertama saya ialah melancarkan kempen membaca di
setiap daerah. Saya memulakannya di SK Bukit Tajau bagi daerah Maran. Suasana
sangat meriah, ibu bapa dilibatkan menyoal murid. Saya juga merasmikan program di SK Purun bagi daerah
Bera. Sambutan yang paling hebat di SK Lepar Hilir Tiga. Suasana meriah macam
kenduri kampong. Kaum ibu memberi sokongan penuh. Mereka turut membaca novel
dan menyoal anak-anak mereka. Saya juga pergi ke SK Paya Pulai merasmikan
program membaca ini bagi daerah Temerloh. Walaupun kita tahu membaca terlalu
banyak faedahnya tetapi terasa amat sukar menanamkan sikap ini kepada murid,
guru dan ibu bapa. Kadang-kadang terasa jemu juga. Namun begitu saya tetap
membaca. Saya tetapkan target sekurang-kurang 12 buah buku setahun.
Saya
mengajak rakan-rakan di JPN dan PPD menawan tiga puncak gunung di Cameron
Highland. Aktiviti riadah ini semakin meriah bila mana banyak sekolah ikut
serta. Ada sekolah yang menjadikan aktiviti mendaki ini sebagai kebitaraan
sekolah mereka. Saya berjaya mendaki Gunung Berembun sebanyak dua kali. Selepas
itu kami mendaki Gunung Berincang pula. Keadan trek yang licin dan berlumpur
menyukarkan pendakian tetapi berjaya sampai juga di puncak. Mendaki bersama PPD
Pahang ke Gunung Irau sangat mencabar dan terasa serik untuk mendaki kali kedua.
Untuk sampai ke puncak Irau terpaksa mendaki turun naik beberapa kali gunung
lain di antaranya. Semangat bersaing dengan rakan sahaja yang mendorong kami
terus merangkak ke puncak. Di puncak Irau kami dapat melihat pemandangan yang
istemewa. Banyak periuk kera yang besar dan berbagai corak terdapat di sini. Beberapa orang murid sekolah rendah ikut
serta. Mereka lebih gagah dari kami.
Saya
selalu mewakiti pengarah ke majlis peringkata sekolah, daerah dan negeri lain.
Ada kalanya mewakiti pengarah ke mesyuarat peringkat kementerian. Aktiviti
rutin ini tidak meninggalkan nostalgia. Dalam banyak tugas menggantikan
pengarah, ada satu tugas yang tidak akan dilupakan. Pengarah mengarahkan saya
menggantikan beliau menghadiri mesyuarat sukan di Johor Bahru dan seterusnya
menghadiri majlis perasmian penutup Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN di Singapura.
Hari pertama seharian mesyuarat sukan. Keesokan harinya kami Pengarah dan
Timbalan Pengarah menaiki bas menuju ke Singapura. Pemandu bas rupanya tersilap
jalan menyebabkan kami sudah hilang arah. Perut sudah terasa lapar, nasib baik
dapat berhenti hampir kedai mamak. Kami makan sepuas-puasnya. Selepas itu
pemandu itu cuba mencari jalan menuju ke komplek sukan tetapi masih gagal.
Akhirnya kami terbabas hingga menaiki Bukit Sentosa. Kami berehat di situ
hingga petang. Ini betul-betul acara makan angina. Bila disiasat didapati
pemandu itu baru tiga minggu bertugas di Johor Bahru dan baru dua kali memandu
bas masuk ke Singapura. Saya merasa dibawa berjalan seharian di dalam bas di
Singapura tanpa arah tujuan.
Tanggal
21 Oktober 2011 saya menerima surat perlantikan sebagai Pengarah Pelajaran
Pahang. Surat lantikan itu saya terima dari YH Dato’Haji Mazlan bin Mohamad
yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di
Pejabat Pelajaran Raub. Saya menerima watikah di hadapan pengetua dan guru
besar daerah Raub. Penyerahan watikah di Raub ini memberi satu macam makna yang
tersendiri. Saya terpaksa berfikir mengapa di Raub? Satu simbolok?
TAMAT
No comments:
Post a Comment