nuff
Friday, October 16, 2020
Hidangan bulan November Dan Disember 2020
Hidangan untuk bulan November Dan Disember 2020 sedang menantu. Beli tadi di kedai Hamid Bros Kuantan.
Friday, October 2, 2020
Hidangan bulan Oktober 2020
Saya membaca kali keempat, buat ulang kaji dan mengambil yang positif untuk dipraktikkan. Dalam masa yang amat terhad ini, baca sahaja buku yang ada.
1/10/20
Sikap.... ucapan terima kasih... pujian.
Prioriti.... 20% tugas/aktiviti yg paling berkesan memberi 80% pulangan.
Jika ada idea bernas, perlu diterjemah segera.
Tuesday, September 1, 2020
Jangkaan Pendapatan
Kelapa.Pisang.Getah. lain2
Sept 20 600 1000 300 0
Oktb 20 879✔900 300 500 3376✔
Nov 20 431✔900 400 800 3646✔
Dis 20 348✔900 250 900 3945✔
Pendapatan Januari21 terjejas teruk kerana banjir. Hasil tidak dapat dipetik kerana pokok pisang tenggelam. Tidak boleh mengeluarkan hasil kerana jalan raya terputus. Pelanggan menghentikan perniagaan. Data jangkaan pendapatan perldisemaku disemak semula. Sudah tentu berlaku pengurangan yang ketara terutama kemusnahan pokok pisang. Pendapatan bulan Januýari paling parah kerana pengeluaran hasil berhenti 100% selama tiga minggu.
Pada bulan Februari, pendapatan dijangka belum pulih disebabkan peniaga warong masih bercuti kerana PKP. Permintaan mereka hanya separuh sahaja.

Perlu buat produk hiliran untuk menampung lebihan hasil yang telah merosot permintaan. Kelapa muda kurang permintaan. Oleh itu saya telah buat produk JELLY KELAPA. Produk ini nampak ada sumbangan.
Kelapa.Pisang.Getah. lain2
Jan 21 20 40 200 700 1100.✔
Feb 21 800 300 450 600 3679.✔
Alhamdulillah... pendapatan bulan February hampir 90% dari pendapatan bulan Disember. Peningkatan hasil disumbang dari jalan sulor nanas. Jalan sulor nanas dijangka merosot kerana cuaca panas, tidak sesuai untuk bertanam. Jualan pisang juga dijangka merosot juga kerana penghasilannya terjejas kerana cuaca kering.
Mac 21 2530.✔
Cabaran bulan Mac adalah kesan panas berpanjangan menjejaskan hasil. Sulor nanas sukar menyurung. Saiz yang kecil tidak mendapat pasaran. Lagipun petani tidak akan menanam pada musim kemarau ini. Pokok pisang kekurangan air menyebabkan pokok jadi patah. Pokok tidak dapat menyokong buah. Pokok yang patah merosakkan buah. Satu lagi kerugian akibat kemarau. Pokok lada dan pokok kacang bendi jadi ketot. Sebaliknya permintaan kelapa muda meningkat ketara. Kebanyakan hasil bulan Mac ini dari jualan kelapa. Dijangka jualan bulan Mac sekitar rm2700 sahaja. 2200 dari jualan kelapa dan selebihnya 400 hasil jualan nanas, pisang dan sulor nanas. Sangat bernasib baik ada peniaga buah mahu membeli buah kelapa.
April 21....1200, rm1211.✔
Jualan bulan ini merosot lagi. Permintaan kelapa sangat bagus pada awal bulan menyebabkan buah kelapa muda kena tunggu sekurang2 dua minggu lagi. Pekerja pula pulang bercuti.. semua kerja kena buat sendiri tentulah amat terhad. Permintaan pisang pula merosot bulan Ramadan ini. Buah pisang masak sedekah sahaja. Jangkaan bulan April ini boleh canai rm1200 sahaja. Walaupun mencapai target iaitu rm1211 tetapi pendapatan bulan April ini hanya separuh dari bulan Mac.
Mei 21... 1100, rm4755✔
Jualan tidak menggalakkan. Pengeluaran buah kelapa merosot teruk. Saiz buah kelapa tua yang kecil tiada pembeli. Permintaan terhadap pisang bulan puasa amat terhad. Permintaan yang baik terhadap buah kelapa tua. Nanas juga diminati tetapi pengeluarannya terhad. Ada permintaan baru iaitu daun pisang.
Ambil tindakan drastik urus kebun sawit seluas 2.5 ekar. Untuk menjamin pendapatan yang tinggi perlu beri baja dengan segera. Pada 30/5/21 telah beri 3kg baja setiap pokok.
Jun 21 3000, rm4514✔
Jul /21 3000, rm5056.✔
Hasil dari nanas bermula Julai 21 hi Dis 21.
Ogos/ 21 3000, rm2934..✔
September,9/21, 2800. rm2468.✔
10/21 2350... rm1842.✔
Getah... 00
Sawit... 800
Pisang...60
Kelapa...1245
11/21 2550...rm2786.✔
1400 50 900 200
12/21 2320 ... rm1541.✔
Gangguan banjir selama 15 Hari.
Kelapa. Bk
01/22 2100 ....rm2345.✔
2/22 2000...rm3150.✔
3/22 2500 ...rm3223.✔
4/22 2500 ...rm3767.✔
5/22 3000 rm6760 ✔
6/22 3000 rm2372.✔
7/22 2500 rm2392.✔
Q
8/22..rm1350.✔
9/22.. rm1417 .✔ .
10/22 rm1558 .✔ ...rm1250..ok
11/22 rm2188 .✔️...rm1480..ok
12/22 rm3027.✔️. . rm2480..ok
1/23 rm2566...✔️... rm2940..ok
2/23..rm4563..ok...rm3750..ok
3/23..rm5348..ok....rm3650.ok
4/23..rm4089.ok. rm3750.ok
5/23..rm6815.ok..rm3046.ok
6/23.. rm4749.ok..rm2400.ok
7/23....3975.ok..rm2480.ok
8/23....4536..ok ...rm3530..ok
9/23.... 3319..ok...2710.ok
10/23...1727..ok .....2938.ok
11/23... 2389..ok ....3474..ok
12/23.... 2246..ok....3590..ok
01/24.... 2499..ok..... 3610..ok
02/24.... 4330..ok.... 3482
03/24.... 4442..ok...3680..ok
04/24.... 1664..ok.... 1444.. ok
05/24.... 4xxx
06/24.... 5xxx
07/24.... 6xxx
08/24.... 7xxx
5
Thursday, July 2, 2020
MENDAKI 3
Saya pernah menulis buku judul MENDAKI dan sebuah lagi MENDAKI 2. Semua mengesahkan perjuangan getir memakan masa lebih setahun. Namanya MENDAKI sudah tentu berkait dengan langkah dari aras rendah kepada aras yang lebih tinggi. Ada ketika landai dan ada ketika merangkak untuk melepaskan permukasn yang cerun. Banyak sekali dugaaan yang perlu dihadapi.
MENDAKI mengesahkan dua perjuangan. Pertama berjuang memeras otak sewaktu remaja ketika usia 18 tahun. Pendakian mengambil masa hampir dua tahun memberi pulangan yang sangat manis. Saya memperolehi gred A subjek Matematik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran. Itulah puncak gemilang yang saya capai ketika di bangku sekolah. Kedua pula berjuang mencurah keringat demi menjaga kesihatan dengan pelaksanaan aktiviti menawan puncak gunung pada usia akhir 50an. Melalui kegigihan dalam persiapan, saya berjaya dua kali berdiri di puncak gunung Kinabalu. Kejayaan itu dirakam dalam buku kecil MENDSKI. MENDAKI ditulis sewaktu saya mencecah usia 56 tahun.
MENDAKI 2 pula mengesahkan perjalan melaksanakan tugas sebagai penjawat awam bermula tahun 1978 hingga 2012. Banyak sekali pengalaman yang beharga boleh dikongsikan. Bermula sebagai guru novis hingga diberi amanah sebagai pengarah pelajaran negeri. MENDAKI 2 berjaya disiapkan sebelum bersara umur 58 pada akhir tahun 2012.
Kini MENDAKI 3 dalam proses penulisan pada usia menjelang 66 tahun. Jalan ceritanya kesah berjuang juga tetapi berfokus kepada kerja orang bersara. Sewaktu bekerja sebagai pegawai kerajaan saya telah memasang angan-angan untuk kembali bekerja kebun apabila bersara. Tidak disangka, cita-cita ini hanya boleh direalisasikan ketika umur menlintas garis 65 tahun. MENDAKI 3 merupakan satu perjalanan selama 10 tahun pada waktu petang. Sewaktu saya mula menulis hari ini perjalanannya sudah melepasi 60% pendakian. Pengalaman ensm tahun sungguh perit, rasa seperti nyawa ikan, hidup segan mati tak mahu tetapi digagahkan juga.
Ada empat tahun lagi yang menentukan kejayaan pendakian ini. Adakah usiaku sempat lagi?
Aku mengimpikan sebuah kebun yang ditumbuhi pokok buah-buahan. Anak dan cucu datang dan berminat untuk datang lagi. Disini adalah tempat memberi motivasi kepada anak muda agar tertarik untuk menjadi usahawan agro. Disini adalah laman tarikah orang pencen untyk membuat pelaburan dalam bidang agro.
Di sini adalah tempat indah yang mengerakkan mata penaku.
Bab 1... Kebolehan Matematik makin cemerlang.
Bab 2... Berjaya sampai di puncak Gunung Kinabalu dua kali.
Bab 3... Bermula sebagai guru novis tamat sebagai rektor kolej universiti
Bab 4... Projek sawah padi
Bab 5... Loving garden
Bab 6.. Kebun getah peninggalan emak
Bab 7... Kembali ke desaku
Bab 8... Tanam pokok Durian Belanda.
Bab 9... Tanam pokok kelapa Mataq F2
Bab 10... Tanam nanas N36 dan MD2.
Bab 12... Tanam pisang.
Bab 13... Tanam durian.
Bab 14... Covid 19.
Bab 15... Tanam pisang strategi baru.
Bab 16... Tanam nanas kali ke 3
Bab 17... Bunga Air Mata Pengantin.
Bab 18... Pemulihan pokok kelapa.
Bab 19... Pemulihan pokok Durian Belanda.
Bab 20... Tanam anak pokok durian hutan.
Bab 21... Tanam durian tempatan.
Bab 22... Taknik baru tanam pokok durian.
Bab 23...
Friday, June 26, 2020
Nasihat Pakar
25/6/20 saya menerima tetamu meninjau kebun... beberapa komen dsn nasihat belìau.
1. Pokok kelapa perlu beri garam dan baja NPK 151515.
2. Pokok durisn belanda perlu trim... biar 5 kaki shj.
3. Keliling pokok durian perlu digemburkan dan beri baja NPK 151515.
4. Keliling pokok perlu tabur furadan.
5. Perlu buang dahan2 yg tebal... boleh beri cahaya masuk.
26/7/22
1. Buat penyapu lidi kelapa.
2. Penipuan benih
3. Kelapa muda tiada masalah.
4. MYD/MRD punya pasaran baik.
Tuesday, May 26, 2020
Strategi menanam nanas MD2 kali ketiga.
Kali pertama tanam nanas jenis N36 bantuan benih dan baja dari LNN. Tiada pengalaman, gangguan banjir dan kekurangan tenaga pekerja, akhirnya gagal. Rugi dianggar rm15,000.g[
Kali kedua tanam nanas jenis MD2 kelur wang poket sendiri untuk beli benih, kos baja dan lain2 dianggar rm25,000. Pendapatan hingga kini baru rm5000. Dianggar pulangan hanya rm10,000. Kekurangan rm15,000. Namun kekurangan itu boleh ditampung dari penghasilan sulor. Sulor boleh dipasarkan.
Mahu tanam nanas buat kali ketiga. Benih tidak perlu beli. Perbelanjaan hanya beli baja plastik dan kos kerja tanah dianggar rm10,000. Mahu tanam 20,000 sulor. Tanam berperingkat 2000 sulor setiap bulan.
Tunggul nanas dianggar 12000 perlu diuruskan dengan baik agar mengeluarkan sulor yang subur. Bilangan sulor yang dihasilkan boleh mencapai 50000 buah. Ini juga sumber wang.
Langkah
1. Trim pokok nanas yang telah dipetik buahnya. Seterusnya beri baja.
2. Sediakan tapak. Pelau, tabur baja, roto dan pasang kepingan plastik.
3. Petik sulor yang subur, rendam dalam cecair racun kulat dan penggalak akar.
4. Tebuk lubang pada jarak 1.5'x2.0'.
5. Jirus air baja ke dalam lubang dan cucuk sulor.
6. Sembur baja cecair setiap bulan.
7. Siram jika tiada hujan selama 3 minggu.
8. Buat persediaan simpanan air untuk menyiram pada musim panas. Sediakan 3 tangki hitam. Isikan air hujan hingga penuh.
9/6/20... telah tanam 430 sulor nanas.
14/6/20... telah tanam 850 sulor.✔
Julai 2020 .... 1000 pokok✔
Ogos 2020 .... 1000 pokok✔
Sept 2020 ..... 1000 pokok✔
Oktb 2020 ..... 1000 pokok.✔
Nov 2020 ...... 1000 pokok ✔
Dis 2020 ....1000 pokok... dpn & bkg ulu.✔
Guna tanah tanjung Tijah xxx. Xxxq.n
Guna lorong kelapa.
Guna tanah sebelah hilir.
4/4/22... telah mula kutip hasil.
27/4/22
Mahu tanam kali keempat di Tanjung Tijah.
Sangat laris, mereka kata manis macam gula. Pelanggan utama ialah Tuan Ubsn, Mislijah, Petronas JP dan Rahim Gurney.
Kutipan pada 3/5/22. Dapat 65 biji, dianggar 150kg. Nilai wangnya tidak kurang tm450 tetapi saya agih2kan kpd anak dan saudara mara sahaja. Tiada jual beli pada hari raya.
PROJEK
Julai 22 ...600....×
Ogos 22... 600....×
Sept 22.. 600....×
Oktb 22.. 600...×
Nov 22.. 600...x
Dis 22. ..200
Jan. 23..300
Feb.23...400
Mac.23..500
April.23.600
Mei.23..600
Jun..23..600
Julai..23..600
Ogos 23..600
Sunday, May 10, 2020
MOTIVASI DIRIKU & LONJAKAN HASIL
Hey Yahya..... cuba kau ingati kembali apakah kejayaan yang paling bermakna yang kau usahakan hingga mendapat
faedah dalam hidup kau?
Ya.... memang ada. Sewaktu aku umur 17+, baru dapat result SPM1971 aku terus belajar sendiri subjek Matematik sebelum melangkah masuk tingkatsn enam rendah. Aku buat pre learning selama dua bulan. Sewaktu mengikuti pengajaran guru aku boleh faham semuanya. Aku beri tumpuan terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Seterusnya aku buat ulangkaji dan meneroka bab yang di hadapan sendirian tanpa disuruh sesiapa sekurang-kurangnya tiga jam sehari. Pencapaian setiap ujian sangat memberansangkan. Kemuncaknya aku berjaya memperolehi prinsipal A bagi subjek Matematik STP 1973. Aku diterima belajar di universiti dalam fakulti sains.
Daripada imbasan di atas itu kau tidak harus dibuai cerita indah masa lalu, sebaliknya gunakan pengalaman itu diusia senja ini. Hasilnya bukan untuk kau tetapi anak cucu, saudara mara serta masyarakat.
Tindakan bermotivasi.
1. Tuliskan apa yang dimahukan 5 tahun lagi. Mahu sebuah kebun ada pokok durian yang mula berbuah. Ada pokok kelapa yang mengeluarkan hasil yang stabil. Ada pokok kelapa yang menghasilkan benih kelapa Mataq F1. Ada pokok Master yang mula berbuah. Ada kolam ikan yang mengeluarkan hasil lagi menarik pemandangan. Sebuah kebun yang menarik menjadi tempat Agrotuarisom yang diminati. Ada beberapa buah shale. Jadi pusat motivasi dan kursus keusahawan serta kepimpinan. Tempat kesukaan anak serta cucuku. Sebahagian dari keuntungan akan disumbangkan kepada masyarakat tempatan untuk memajukan pendidikan anak-anak mereka. Ya Allah Tuhanku yang maha berkuasa lagi penyayang, tunjukkanlah jalan kejayan stas usaha hambaMu ini...aminn.
2. Tuliskan secara teperinci apa yang mahu dilakukan hari esok.
3.akukan kerja buat sekurang-kurangnya 4 jam sehari.
4. Buat pemantauan... MBWA.
5. Beri arahan kerja yang jelas kepada pekerja.
6. Tekun, istikomah dan mengulangi jika gagal. Cari sebab kerosakan/kegagalan dengan merujuk kepada buku/pakar.
7. Yakin boleh lakukan. Boleh berjaya.
8. Elakkan risiko... lakukan perkara yakin boleh.
Sempena Aidilfitri 2020, aku ambil ketetapan baik pulih pokok durian yang ditanam. Pokok yang msti mesti ganti.
Beri baja organik sebulan sekali.
Sembur racun kulat 2 minggu sekali.
Bersihkan bawah dan keliling pokok.
Siram tiap2 hari jika tiada hujan.
Pertumbuhan pokok durian adalah melambangkan tahap kejayaan aku. Tanam pokok durian hutan. Sudah tanam 75 pokok. Bila pokok bersaiz lengan baru lakukan cantuman.
Pokok kelapa sudah mula berbuah. Pokok perlu diselenggara dengan baik agar dapat menjual buah kelapa mulai bulan November 2020.
Jangka pendek
1. Tingkatkan mutu buah pisang dengan memberi baja , benteras rumput dan bekalan air. Boleh dapat hasil dari buah dan juga benih.
2. Pokok nanas yang telah berbuah menghasilkan sulor yang boleh dijual. Pelepah nanas perlu dicantas dan diberi baja. Setiap tunggul boleh menghasilkan empat sulor. Target 10,000 tunggul yang boleh menghasilkan 40,000 sulor.
3. Terdapat peluang untuk menanam labu sewaktu musim lembab kerap hujan. Akan tanam 200 benih labu. Boleh menjana hasil tambahan rm2000 mulai bulan Ogos.
Didapati pelanggsn suka membeli buah nanas yang lebih dari 2 kg berat. Oleh itu kena sediakan tapak yang sempurna serta baja dan air yang cukup. Bekerja untuk hasil yang berkualiti boleh menambahksn hasil.
Pelanggan juga suka kepsda buah pisang yang besar lagi berat. Mereka suka kepada gred A. Untuk menghasilkan pisang gred A perlu beri baja tambahan 9-18-36 sewaktu pokok mencapai ketknggian 5 kaki. Baja ini untuk menghasilkan buah yang berkualiti.
Walaupun aku telah baca buku CYOF sampai tamat tetapi kini aku buat ulangkaji untuk menajamkan dan fokus kepada usaha waktu senja ini.
" Sekiranya kita membaca banyak buku, kemungkinan besar kita akan temui perkara yang dapat..... "
M/S 268
Jika mahu hasil yang cemerlang perlu penuhi 3 perkara berikut;
1. Bergerak pantas
2. Bekerja lebih Lama.
3. Badan yang sihat.
M/S 271
Orang cemerlang dlm kerjaya di USA secara purata bekerja 59 jam seminggu.
Tulis kerja yg mahu dilalukan esok pada malam ini atau sehari sebelum.
Subscribe to:
Posts (Atom)
