nuff

Saturday, September 2, 2017

Usaha di kebun Kampung Lompat 09 17

1. Bersihkan pokok db 30 pokok. Siap.✔
2. Racun keliling pokok pisang 100 pokok.✔
3. Tebuk lubang & tanam 200 pokok pisang.✔
4. Bersihkan pokok db 30 pokok yg kedua.✔
5. Bersihkan pokok db 30 pokok yg ketiga.
6. Tebuk lubang & tanam 100 pokok pisang tambahan.

Terasa sungguh mencabar menanggalkan akar yang membelit pokok hingga ke pucuk.
Penggunaan pam guna bateri telah berjaya menyudahkan tugas meracun dengan lebih cepat.

Berjaya kumpulkan air hujan ke dalam tangki untuk persediaan menyiram pada musim panas. Air dipindahkan ke tangki lain guna kaedah saifan.

1. Bubun 10 pokok kelapa yg mati.✔
2. Baiki pagar kebun hadapan dan belakang.
3. Cuci rumput keliling pokok pisang.✔
4. Tungkat pokok db yg condong.
5. Bersihkan semua pokok db dari rumput.
6. Racun keliling pokok db dan kelapa.
7. Beri baja kpd db dan kelapa.
8. Beli tiang besi L 6' sebanyak 100 batang.
9. Beli tiang besi L 5' sebanyak b50 batang.

Berjaya guna pam bateri, dapat habiskan satu tong dalam masa dua jam.  Dianggarkan keliling 50 pokok dapat disembur racun. Aplikasi kaedah berteknologi. Kurang guna tenaga dan lebih pantas.

Setelah dapat nasihat abang sepupu saya, hj. Jamaluddin, saya beli satu pam racun guna bateri yg. boleh dicas semula. Harganya rm210. Harap boleh lebih cepat siapkan kerja meracun. Pekerja saya, Amir sedang membiasakan diri dengan pam ini. ✔

Target 17/9/17
1. Bersihkan 30 pokok db, siap 40✔
2. Periksa kebun belakang ✔
3. Gali lubang utk tanam pokok pinang
4. Racun rumput kebun hadapan.

Maklumat berguna... 1. bawah pokok db elakkan guna racun, rumput potong guna mesen shj. 2. Guna baja organik lagi baik.

Rumput tanah 6 ekar makin tebal. Apa tindakan yg sesuai?

Saturday, August 5, 2017

Eksprimen Semaian

10 minit pagi✔✔
10 minit petang✔✔
10 minit malam✔✔

DTanah.... rm 150
Kereta sorong .... rm 95
Karong plastik 100 .... rm 16
Jumlah ..... rm 261
Bilangan dah siap tanam dlm polibag .... 11
Kos satu polibag .... rm 23
Bil yg siap tanam dlm polibag... 25
Kos satu polibag .... rm 10.10
If 38
Kos.... 6.66

Quantities 40 then cost down to 6.53
44.... rm5.93
48.... rm5.44
57.... rm4.58
68.... rm3.84
73..... rm3.58
75..... rm3.48
77..... rm3.39
81 .... rm3.22
85 .... rm3.07
87 .....rm3.00
89 .....rm2.94
91 .....rm2.87
96 .....rm2.81
107 ....rm2.52
121 ....rm2.23
Total kos terkini 270+8.48 = 268.48 = 279
(rm8.48 adalah polibag)
Target hari ini 23/8/17....17 polibag✔dapat 29
147 ....rm1.90
150 ....rm1.86
Target hari ini 24/8/17.... 15 polibag. 3 baru siap. Siap 25 lagi. Lebih 13.✔
178....rm1.57
181....rm1.54
192 ....rm1.45
213.....rm1.31
241.....rm1.16
266 ....rm1.05
270 ...rm1.03
283 ....rm0.99
Total kos terkini 279+9 =rm288
(rm9 adalah baja)
Target hari ini 30/8/17
1.... anak pinang 2 pokok. ✔
2.... pokok durian belanda 29 pokok.✔
3.... semai benih kelapa 4 biji.✔
318... 91 sen.
Target hari ini 31/8/17
1. Beri baja kpd pokok kelapa dan durian.✔
2. Isi 11 polibag utk ubikagu.✔
3. Isi 2 polibag utk pegaga.✔
344... 86sen.
Tamat ..... 31/8/2017
Total kos terkini = rm296.50 + 7.90 = rm304.40
(rm7.90 adalah benih keledek)

Target bulan September
1. Semai 15 anak durian belanda.✔
2. Beri baja & siram semua semaian.✔
3. Semai kunyit dalam tayar ..... 1 biji tayar✔
4. Semai lada dalam tayar ..... 2 biji tayar
5. Semai serai dalam tayar ..... 2 biji tayar
6. Pulihkan anak pokok durian MK..... 5 pokok✔
7. Semai 30 benih pisang lemak manis.
8. Semai 16 benih buluh lemang.✔
9. Semai 10 biji Keledek Jepun.✔

358 .... 85sen
360 .... 85sen
363 .... 84sen
366 .... 83sen
Total kos = rm304.40 - rm8 = rm296.40
368 .... 81sen  (2 biji kelapa)
370 .... 80sen  (2 batang anak pokok db)
Total kos = rm296.40+16.96 = rm313.36 (16.96...polibag)
Total kos = rm313.36 + rm144 = rm457.36
(rm144 ialah harga beli 8 benih buluh)
383 .... rm1.19
420/rm1.09
Total kos = rm457.36 - rm81 = rm376.36
(75-jual kelapa 5 pokok)
(6-jual anak nenas)
Total kos = rm376.36 + 35 - 75 - 0.30 = rm336.06
(35 .... beli baja organik)
(75 .... jual kelapa 5 pokok)
(0.30 jual pegaga 3 urat)
Total kos = rm336.06 - 0.50 = rm335.55
(0.50 - jual pucuk ubikayu)
Total kos = rm335.55 - 0.30 = rm335.25
(0.30 - jual daun pegaga)
434/77sen
452/74sen
Total kos = rm335.25 - 0.30 = rm334.95
(0.30 - jual tiga urat pegaga)

Kangkong ..... 10 polibag
Kacang bende ..... 10 polibag
Lada kecil .... 5 polibag
Durian belanda.... 20 polibag.✔

457/73sen
472/71sen
476/70sen
485/69sen
Total kos = rm334.95 - 0.30 = rm334.65
(0.30 - jual tiga urat pegaga)
487/69sen
Total kos = 334.65+16.96 = 351.61
(16.96 - beli polibag)
491/73
TK=351.61-0.30 = 351.31
(30sen - jual 3 urat pegaga)
512/69
529/66
TK=351.31-0.50=349.81
(50sen - jual pucuk ubikayu 50sen)
542/65

Semai benih kacang bende...14 ✔
Tukar polibag 6 anak db✔
Isi satu biji kelapa pandan ke dlm polibag✔
Siram anak pokok db yg baru cambah✔
Siram anak benih pisang✔

TK=349.81-1.20-45+1=304.61
(1 ... beli benih kacang boto)
(1.20.... jual daun pegaga)
(45.... jual 9 pokok pisang & buluh)
549/64
561/62

562/62
576/60
577/60

TK = 304.61-1.8-5 = 298.81
(180sen - jual pegaga)
(rm5 - jual 5 pokok anak nenas MD2)

580/60
600/58
611/56
624/55
628/55
644/46

TK=298.81-20-100=178.81
(20....jual 4 pokok buluh)
(100....jual 10 pokok kelapa pandan)

644/43
645/28

TK=178.81-.50=rm178.31
(50sen.....jual secekak kangkong)

668/13sen

TK=rm178.31 - rm25 -.30= rm153.39
(25 ..... jual pokok buluh lemang 5 polibag)

Target 11/10
10 polibag anak db.... baru dpt 7.. siap 10✔
678/13

Target 12/10
10 polibag db. Siap 2 shj.
2 polibag daun pudina✔
2 polibag durian MK.... polibag besar
696/22

TK=rm153.39 - 15 = rm138.39
(rm15 ..... jual 3 polibag buluh lemang)

13/10/17, 10mlm
Tambah 16 anak pisang lemak manis.

712/20sen

716/19sen

TK=rm138.39+22-30 - 60 = rm70.39
(22.... beli polibag & baja penggalak akar)
(30.... jual 2 polibag anak pisang lm dan 4 polibag buluh lemang)
(60.... jual 4 pokok anak kelapa pandan)

734/10sen

21/10/17
TK = rm70.39 - 20 + 37.50 = rm87.89
(20... jual 4 polibag buluh lemang)
(37.50 - beli satu bag 40kg baja organik utk sayur/pokok)

760/12

29/10/17
TK = rm87.89 - 0.50-40-25= rm22.39
(40.... jual 4 anak pokok kelapa pandan)
(50sen... jual pucuk kangkung & pucuk ubi kayu)
(25.....jual 5 pokok buluh lemang)

760/03

TK = rm22.39 - 0.50 = rm21.89
(50sen.... jual 3 urat pegaga)

761/03

TK = rm21.89 + rm30 = rm51.89
(rm30..... beli satu pokok anak durian Musang King.)

762/07
763/07

Ada order 10 pokok anak kelapa pandan... akan hantar hari Ahad 5/11/17 hadapan.

31/10/17

TK = rm51.89 - rm25  - rm1 = rm25.89
(rm25.... jual 5 polibag buluh lemang)
(rm1 ..... jual pegaga)

765/04
785/03.3sen

TK = rm25.89 + rm120 = rm145.89
(rm120.... beli pokok sebatang pokok lemon)

786/19sen

TK = rm145.89 - rm100 - rm16= rm29.89
(rm100.... jaul 10 pokok kelapa pandan)
(rm8.... jual 2 pokok buluh lemang)
(rm8.... jual 2 pokok db)
793/03sen
796/03sen
799/03sen
801/03sen
802/03sen
807/03sen

TK = rm29.89 - rm58 = untung(rm28.11)
808/untung 0.03sen

25/11/17

TK = rm28.11 + 170 + 4 = untung(rm202.11)
rm170 .... jual 17 anak pokok kelapa pandan
rm4 ....jual satu anak pokok db.

TK = untung(202.11+30) = untung(232.11)
rm30.... jual 3 anak pokok kelapa pandan

20/12/17
Semai anak pokok pisang lemak manis pula.

Strategi bertani..... mesti ada tanaman jangka panjang, sederhana dan pendek.

Jangka pendek..... 3 bulan sudah dapat hasil. Oleh itu saya biakkan pegaga, keledek Jepun, pokok ubikayu, daun kunyit dan daun Kesom. Pada 15/8/17, Pegaga telah ada 9 polibag. Kini 11 polibag. Ada juga pegaga ditanam dalam polibag ubikayu, satu perkongsian. Telah mula makan hasil. Hampir tiap2 pagi saya petik tiga urat, basuh, ponjot dan makan begitu sahaja.
Sementara kesom pula ada 3 polibag.
28 polibag pokok Ubikayu untuk makan pucuknya. Kini telah ada 40 polibag pokok ubikayu. Pokok jenis ini boleh tanam dalam pagar tepi rumah. Telah beberapa kali anak saya, petik pucuknya untuk buat ulam dan masak. Sungguh enak.
Tanam kunyit, selepas tiga bulan boleh makan daun dan isinya.
Tanam keledek Jepun, pucuknya boleh buat sayur. Tidak boleh hidup.
Tanam kangkong 6 polibag yg diberi oleh Ana. Mudah menyurung. Selepas sebulan beberapa kali telah makan kangmung.
Semai biji kacang bende 14 polibag. Tanam dua anak lada yg diberi oleh Pak We. Selepas dua minggu, anak lada kelihatan subur.

Jangka sederhana.... untuk memetik hasil selepas setahun hingga dua tahun. Oleh itu saya biakkan benih pisang dan nenas. Apabila usianya 3 bulan dalam polibag, saya akan pindahkan ke kebun. Kini telah ada 30 polibag anak pisang dan 24 anak nenas MD2. 11 pokok anak nenas telah hantar ke kebun. Terkini pada 4/11... 50 telah tanam di kebun dan 25 di tapak semaian.

Jangka panjang.... hasilnya bertahun-tahun kemudian. Satu marathon yang panjang. Saya semai kelapa pandan. Kini telah ada 62 polibag anak kelapa pandan,  30 pokok kelapa mataq ,136 anak pokok pinang, 124 anak pokok durian belanda untuk dipuluhkan, buluh lemang 50 pokok dan lapan pokok durian. 10 pokok kelapa pandan telah dipindah ke kebun. Pokok jenis ini akan mengeluarkan hasil selepas tiga tahun. Kadang-kadang hingga enam tahun. Pokok pinang akan ditanam sempadan hadapan dan belakang sebagai pagar sempadan. Selain itu akan dijadikan tiang pondok. Pada 5/9/17 saya cuba selamatkan anak durian Musang King yang kerdil. Beberapa bulan lepas saya semai biji MK tetapi saya tidak biraukannya. Nasib baik masih hidup. Ada lagi tiga pokok untuk diselamatkan. Biakkan benih buluh lemang. Cadangannya biar sampai berjaya. Telah tut pokok Lemon bulan lepas. Kini sudah potong dan tanam dalam polibag.

Ada ketikanya sewaktu terjaga terasa sangat malas. Saya bangun rehat sebentar sambil duduk atas katil. Saya pujuk diriku... mesti teruskan menarah busut itu tiap2 hari hingga rata. Rupanya berfikir sewaktu duduk lebih bersemangat dari berfikir sambil baring.
Orang bertani tidak boleh malas, usaha mesti berterusan. Rumput tidak berhenti cambah. Ulat sentiasa merayap. Pokok yang ditanam akan mati jika tidak dapat air dan baja.

Pada 31/8/17 saya telah mula makan hasil tanaman pegaga. Saya petik tiga urat bahagian pucuknya. Saya basuh dan terus kunyah. Rasanya sedikit pahit dan lemak. Sangat enak. Saya petik lagi tiga urat pada 4/9/17, basuh dan kunyah.

6/9/17.
Lapan anak nenas MD2 telah dipindahkan ke kebun. Nilai pasarannya rm8. Pendapatan saya ialah rm8. Oleh itu saya akan tolak kos bernilai rm304.4 sebanyak rm8. Kini kos dikurangkan menjadi rm296.40

11/9/17.
Lima pokok kelapa pandan yg cambah peringkat awal telah dipindah ke kebun, menyulang pokok yang mati. Harganya rm75. Enam anak nenas MD2 dipindahkan ke kebun. Harganya rm6. Hari ini telah dapat pulangan sebanyak rm81.

13/9/17
Petik pucuk ubikayu secekak utk buat sayur. Nilainya 50sen.

24/9/17.
Dapat banyak anak pokok dan ilmu dari pak We. Antaranya anak lada.

25/9/17.
Biji db yang disemai sebulan yang lalu telah cambah. Ada biji db ditumpangkan dalam polibag ubikayu juga telah cambah.

30/9/17.
Biji benih db yang saya semai tumpang polibag yg penuh isi tanah yg tanam pokok ubikayu telah tumbuh. Guna medium percuma. Hari ini benih telah cambah dan sudah melonjak 3 inci dan keluarkan selasang daun. Saya cungkil perlahan-lahan pindahkan ke polibang lain yg dikhaskan untuk db terus membesar. Hingga kini berjaya memindahkan 35 pokok. Tanaman jangka panjang dicambahkan menumpang tanaman jangka pendek.

1/10/17
Terdapat ancaman. Daun pegaga muda didapati dimakan oleh pengacau pada waktu malam. Siapakah punya angkara? Siput? Kena siasat.

16/10/17
Percubaan tumpang benih db untuk dicambahkan. Letak empat ulas dlm satu polibag.

30/10/17
Beli satu batang pokok durian belanda musang king untuk buat eksprimen percambahan.

Perbincangan
1. Eksprimen ini merupakan pengisian masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan menjadikan hobi mengindahkan alam sekitar.
2. Boleh dapat hasil segera seperti pegaga, belalai gajah, pucuk ubi kayu dan daun kunyit. Menjimatkan belanja dapur disamping dapat sayur yang fresh.
3. Antara anak pokok yang dapat permintaan tinggi ialah kelapa pandan.
4. Hingga kini sebanyak 807 benih telah disemai dan hidup subur. Jika dijaga elok, nilainya selepas enam bulan dianggarkan rm5 sepokok, keseluruhannya bernilai rm4035.00. Secara purata usaha ini memberi pulangan rm400 sebulan hanya berusaha keliling rumah sahaja.
5. Daripada catatan, kos purata tanah untuk setiap polibag hanya 20sen sementara kos purata polibag 30sen. Ini bermakna, jika saya ada benih percuma, kos menanam satu polibag ialah 50sen sahaja. W

Friday, June 30, 2017

Ikut yang cemerlanag & produktif

PERISTIWA PERTAMA.

Sewaktu remaja dahulu saya pernah ikut jejak langkah orang cemerlang dalam pelajaran. Saya dengar temuramah radio RTM pada bujung bulan Mac 1972. Hasilnya saya juga memperolehi kecemerlangan tersebut. Satu kejayaan dikongsli melalui media, komunikasi populer ketika itu. Oleh kerana betapa mendalam dan berkesannya nostalgia itu maka saya rakamkan dalam bentuk tulisan. Saya tuliskan kisahnya dalam sebuah buku RAHSIA CEMERLANG MATEMATIK. Telah berlaku peningkatan mutu pendidikan, saya dapat kelulusan yang baik. Banyak faedah yang saya kecapi berpanjangan. Saya dapat faedah dari sudut ilmu dan juga ekonomi.



PERISTIWA KEDUA

Semalam saya bersama dua orang anak saudara, Topek dan Zizol kebun pisang di Paya Ladang untuk meninjau hasil kerja yang cemerlang. Meningkatkan pengeluaran hasil tani. Lawatan tinjauan singkat 30 minit yang memberi motivasi yang amat mendalam. Terima kasih kepada T dan Z kerana membuka minda saya melalui tinjauan lapangan. Pemilihan projek yang sangat tepat.

Pokoknya besar dan tegap. Jantungnya besar. Buahnya kelihatan besar dan bilangan sikatnya banyak. Tandannya panjang. Berat buahnya mencapai 40kg. Kebiasaannya 25kg sahaja. Lonjakan 60%.

Pokoknya rimbun. Daunnya subur menghijau. Pelepah yang melempai dicantas. Dipangkalnya terdapat paip air yang sentiasa membekalkan air secukupnya. Setiap pokok pisang memerlukan air 8 hingga 12 liter sehari.

Pangkal pokok tiada sulor yang menyurung, semua dipotong. Memang lain dari kebiasaan. Biasanya orang simpan satu anak bila pokok pertama berusia empat bulan. Bila induk berusia lapan bulan satu lagi anak sulor dibiarkan menyurong. Petani kita simpan tiga pokok pada setiap masa. Ada juga yang simpan hingga 10 pokok. Alasannya sayang untuk ditebang. Pengusaha ini hanya memilih satu sulor yg jauh dari pokok bila pokoknya telah ditebang. Baja 100% diambil oleh satu pokok. Pengusaha ini tidak mengambil anak pokok selagi pokok induk tidak ditebang untuk mengelakkan akar induk terputus. Anak pokok hanya akan diambil bila pokok induk ditebang.
Sangat berbeza dengan amalan biasa petani kita. Petani kita menyimpan beberapa batang disekeliling induknya. Maka baja dikongsi, berlaku perebutan baja dan air. Hasilnya tidak seberapa, timbangan buahnya ringan, sedikutlah wang yang diperolehi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Langkah segera yang perlu diambil.
1. Bina satu stor/ rumah pekerja.
2. Beli enjin dan pam air.
3. Buat takungan air hujan.
4. Beri baja NPK dan baja tahi ayam secara berjadual. Telah beri pada 2/7... 2 baris NPK & 2 lagi baja asli. ✔Akan ulangi pada 9/7, 16/7, 23/7,30/7.
5. Ratakan permukaan tanah untuk takungan air hujan.
6. Cukupkan tanam pisang LM enam baris. 210 pokok.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
1.Lihat .... tinjau
2. Rakam .... kaji/fikir
3. Percaya ..... kenali kebaikan/kelebihan
4. Rancang
5. Lakukan
6. Maintanance.
7. Cari pasaran.
8. Rakan yang berpengalaman.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dipetik dari buku First Things First, m/s 25.
Inilah prinsip yang perlu diikuti.

10/7/17. Buat tinjauan di taman Mangala Resort & Spa. Kelihatan pokok kelapa subur. Ada ponjot tergayut pada pelepah. Di dalamnya adalah furadan. Teknik menghalau musuh. Kaedah ini patut ditiru.

15/7/17
BUAT SEMPURNA MELEBIHI TARGET

Target hari ini mengisi tanah dan letak anak pokok kelapa 15 polibag semuanya. Hingga senja tadi dapat 11 pokok.  Pagi2 lepas subuh, 6.30pagi siapkan 6 lagi, jadi 17 semuanya.

17/7/17
AMALAN GOTONGROYONG

21/7/17
YB Dato Nazlan beritahu... pengusaha db di Johor mengatakan pokok db memerlukan banyak air.

30/8/17
Tiger Woods ad: "relentless consistency, 50 percent; willingness to change, 50 percent."

11/9/17
Beli dua pam racun guna bateri untuk cepatkan kerja. 

Teknologi 4.0
Automasi,
 internet of Things, 
analisis dan big data, 
simulasi, 
Integrasi sistem, 
penggunaan robotik 
dan cloud.

Friday, June 2, 2017

Kebun Kampung Lompat Jun 2017

Ada orang kata buat apa masih kejar dunia pada usia 60+. Masih tidak cukup duit kah? Kalau setakat nak hidup dengan wang pencen memang sudah cukup. Rasullalah pernah bersabda " Jika dalam genggamanmu ada biji benih, dan walaupun esok engkau akan mati, teruskan menanam biji benih itu." Sungguh besar pengertiannya.

Genap tiga tahun usaha menanam pokok durian belanda.

1. Bubun kelapa pandan 11 batang.✔
2. Bubun pokok durian belanda.✅
3. Bakar sakibaki longgokan kayu.
4. Baiki pagar hadapan.
5. Racun birai pagar bhg luar kebun belakang.
6. Racun rumput kebun belakang ikut lorong.✅
7. Beli baldi/serkup .... 20 buah.
8. Bungkus putik durian belanda 200 biji.✅ Teruskan lagi minggu hadapan.✔
9. Bersihkan rumput keliling pokok pisang. Suruh Amir racun.✅Siap.✔
10. Letak baja pangkal pokok kelapa dan db kebun satu ekar di belakang.✔ Teruskan lagi minggu hadapan.

11. Tanam 150 anak pokok pisang berangan.✔ Mahu tanam 150 lagi. Sudah letak benih pisang di kawasan yg hendak tanam. Telah racun tapak.✅✔

12. Beli furadan 25kg harga rm108.✔ suruh Amir benteras ulat penyerang pokok kelapa dgn menabur furadan dicelah pelepah.✅✔

13. Perlu tingkatkan pertahanan pagar. Bahagian bawah perlu tutup dgn zink dan apit dengan batang besi. (18 + 7 + 25) rantai. Telah beli 100 keping zink panjang 8' dan tiang besi 103 batang harga rm3902.✅ Pasang selepas raya.

1/6/17 .... jual limau kasturi dapat rm20.✔

Kalau tanam getah dua tahun lagi baru boleh toreh untuk merasa hasilnya.
Jika tanam sawit sudah boleh cop buahnya untuk dapat hasil.
Tanam durian belanda? Sudah berbuah tetapi banyak yg buruk. Kena ada usaha yg gigih utk merasa hasilnya seperti membungkusnya. Aku bersedia menghadapi cabaran ini.

4/6/17.
Lihat keseluruhan kebun. Perlu beri perhatian kepada pokok db yang telah berbuah. Banyak pokok ada sarang semut. Semut merayap hingga duduk pada buah db. Kena guna racun serangga untuk memusnahkan koloni semut ini. Sempat balut kira2 50 putik db.

Ronda kebun belakang. Pokok db yang ditanam hujung tahun 2014 ada yang telah berputik.

Beri baja organik kepada pokok kelapa tapak nenas.✔

Kebun belakang nampak kemas.

Anak kelapa yang baru tanam ada yang dimusnahkan. Ini adalah perbuatan monyet. Saya letak ketulan belacan celah pelepah. Harap2 tektik ini menjadi.

Rancangan 10/6/17
1. Bubun kelapa pandan di kebun 4.5 ekar. Periksa baris yg dkt paya. ✔
Suruh Amir potong rumput lorong untuk tanam anak kelapa. 
2. Angkut baja ke kebun 1.5 ekar untuk tabur terus ke pangkal pokok kelapa dan pokok durian belanda. Tabur juga kpd kelapa dlm kawasan segitiga dkt ibu bateri._✔
3. Bersihkan rumput sekeliling pokok pisang. ✔
Siram pokok pisang guna air mengandungi baja. Pindahkan tunas baru pisang. ✔
Pindahkan juga anak pisang dekat belukar belah hilir.✔
4. Baiki pagar dekat serai.
5. Bungkus 50 putik db.✔
6. Periksa pagar kebun hadapan.

Rancangan 11/6/17
1. Tanam 150 pokok anak pisang berangan.✔
2. Pinjam tiga orang pekerja abang Long untuk kerja meracun.✔

Rancangan 12/6/17
1. Dua orang pekerja tambahan separuh hari untuk kerja meracun.

Jual betik muda 14kg., dapat rm20. Syukur alhamdullilah.✔
Tindakan segera untuk sembur racun serangga kpd pokok durian belanda yg. ada sarang semut.✔

TIDAK BOLEH TEWAS. BANGUN SEGERA MENGATASI SEGALA RINTANGAN. PASTI BOLEH. JANGAN LENGAH LAGI. TELAH LALUI 80% PERJALANAN. BUATLAH YANG TERBAIK. DEDIKASI PASTI DAPAT HADIAHNYA.
Telah tebas 10 pokok yg dipanjat ulan. Tanam 9 pokok anak pisang lemak manis. Benteras semut yang buat sarang. Ambil 150 anak pokok pisang berangan dari kebun abang Long. Suruh Amir tanam.✔

Inilah penghiburku. Putik kelapa ada 10 biji, barap-harap akan lekat. Ini sulor yang keempat. Yang pertama tidak lekat. Yang kedua satu dan yang ketiga lekat 2.
 ( 0, 1, 2 , 10 )
Mayam pertama ..... tidak lekat putik
Mayam kedua .... lekat satu putik
Mayam ketiga .... lekat dua putik
Mayam keempat .... lekat 10 putik

Terdapat beberapa batang pokok kelapa yang kerdil dan pucat. Perlu rawatan. Racun hama, racun kulat dan racun anai2. Selepas itu berikan baja 15x3 /baja organik dan siram. Lihat perkembangannya.

18/6/17
Mayam yang kelima. Nampak ada 8 putiknya. Tetapi  mayam yg ketiga sudah gugur satu, tinggal satu sahaja.
( 0, 1, 1, 10, 8 )

24/6/17
Sangat bahaya. Musuh semakin berani. Pokok ubi kayu dekat rumah digalinya.

26/6/17
Banyak yang ketot.




Empat pokok ini terbantut pertumbuhannya. Pagi ini saya beri dua cebok baja asli tahi ayam campur sekam padi. Saya mahu lihat apa perkembangannya minggu depan. Adakah memadai dua cebok itu?
Perlu tambah baja dua skop lagi. Perlu bubun juga yang mati.

27/6/17
Sempat ambil masa dua jam pagi untuk tanam 11 batang anak pokok pisang lemak manis dibantu oleh Amir. 7 dari belakang rumah dan 4 batang dari yang cambah dari pokok yang ditanam bulan lepas,

27/6/17... 4 anak pokok pisang LM telah dipidahkan.
29/6/17.... 2 aak pokok dipindahkan.

Telah mula keluar bunga  di kebun belakang, dijangka 200 pokok akan mula berbuah awal tahun 2018.

28/6/17
Berjaya gali 13 benih pisang Lemak Manis di kebun adik Mat dan sudah tanam 7 pokok di kebun belakang kg Lompat. Target 200 pokok. Kini ada 150 pokok. Esok cuba ambil 15 lagi. Dapat 20, lebih 5 dari target.✔

 30/6/17.
Target 20 anak benih pisang lemak manis.✔ Dapat 23, lebih 3 dari target.


Sunday, April 30, 2017

Kebun Kampung Lompat 05 2017

Cabaran mulai 1 Mei.

Perlu siapkan kerja tertunggak dari bulan lalu.
1. Gali lubang untuk tanam kelapa dan durian belanda.✔ 
2. Pindahkan pokok kelapa dari kawasan satu ekar.
3. Sokong pokok yang condong.
4. Pasang wayer pagar.
5. Baiki pagar hadapan.
6. Cuci keliling pokok.
7. Baja pokok db.✅
8. Cuci pokok limau kasturi.
9. Racun hama pada pokok kelapa.
10. Racun rumput kebun hadapan.
11. Bersihkan pokok dari ulan.
12. Isi baja ke dalam lubang.✔
13. Racun kawasan baru.
14. Siapkan sistem penghantaran air.✔

15. Bina atap peneduh tangki air.

16. Beli 85 anak pokok kelapa mataq .✔ Dapat 116 pokok.

Beli
urea 2 kampit, ✔
racun rumput satu tong dan✔
racun allay.✔

Pokok kelapa matak yang kedua sudah keluar mayam.. inilah kegembiraanku hari ini. Satu permulaan yang memberansangkan bagi bulan Mei.


Ada pula berita yang tidak sedap. Bil air kebun meningkat mendadak rm306.20 .. ini adalh akibat paip becor... membazir dan rugi besar. Mahu bayar hari ini juga, elakkan dari pemotongan.✔
Minta Tan ganti tap selepas meter yang bocor.✔


Persediaan untuk menyiram menghadapi musim kemarau. Kini boleh menyiram anak pokok dengan mudah.

Perlu beli urea dua kampit lagi.

Buat percubaan cuci pangkal pokok, beri baja galak buah. Buang buah besar, sembur racun serangga, bungkus putik dengan kertas untuk sepuluh pokok.
Tengok apa kesannya.

1. Bersihkan 10 pokok db dan bungkus putik.✔
2. Tanam 40 ulas biji labu. ✔
3. Tanam 3 pokok markisa.❌
4. Kutip daun db 4 kg.✅✔
5. Baiki pagar belakang.✅✔


Berasa lega dapat beli buku ini, harganya rm120, tidak mengapa banyak ilmu di dalamnya.

Ada tajuk mengenai serangan serangga perosak dan kulat. Sudah siap baca. Tindakan pertama selepas membaca ialah membungkus buah muda.

Dari m/s 71 hingga 83 semua cerita tentang perosak durian belanda.

22/5/17
Pokok pertama yang berbuah.
Sudah mula nampak putik kelapa tiga biji.

Sudah memulakan gerakan menyampul.

Pokok kedua yang berbuah. Mayam pertama tidak lekat. Mayam kedua lekat dua biji.
Syukur alhamdulillah.

27/5..... membubun 5 anak pokok kelapa pandan.✔
28/5.... membubun 8 anak pokok lagi.✔


Banyak pokok yang telah dipanjat oleh rumput yang memanjat.

Telah berjaya membersihkan ulan yang memanjat itu. Banyak lagi pokok yang telah dipusu oleh ulan ini. Ambil masa 10 minit untuk membersihkannya.

Pemerhatian.

1. Banyak pokok db yang tumbang. Antaranya yang ditanam tepi tebing teres. Pegangan akar tidak kuat. Kena tanam sekurang-kurangnya 50 pokok sebagai ganti. Tanam di sebelah dalam teres. Tebuk lubang guna khidmat trektor.

2. Pagar kebun hadapan masih lemah. Ada turus pagar yang telah patah. Akibatnya terdapat pencerobohan babi . Perlu tindakan segera. Beli besi bulat saiz Y10 panjang 4 kaki 100 batang.

Sempat tanam tujuh pokok kelapa pandan senja 31/5/17. Ada 11 lubang lagi yang kosong.

Saturday, April 29, 2017

HANG TUAH catatan OKINAWA

Begitu sukar untuk membuktikan adakah Hang Tuah betul-betul wujud dan benar keperwiraannya. 
Nampak jelas kekurangan rekod sejarah bentuk tulisan di negara kita. Rupanya pada era tersebut masy. Melayu masih buta huruf. Nasib baik pedagang luar dari Timur dan eropah ada merekodkan perjalanan perdagangan waktu itu. Adalah sedikit catatan tentang Hang Tuah. Antaranya terdapat dalam catatan Kyrukoku Okinawa.

Saturday, April 22, 2017

JeBe Rimau Malaya

Ingin mengetahui corak penceritaan Azizi Ali dalam bentuk novel.

Ingin mengetahui suka duka. Bagaimana kelayahan dapat dirempuh. Ingin tahu liku-liku untuk sampai ke puncak.

Jarang sekali orang boleh menceritakan kehidupan waktu kecil dihurai begitu ditel dan teliti. Tetapi Azizi berjaya membawa saya membayangkan kehidupan waktu kanak-kanaknya. Namun begitu kehidupan waktu kecil beliau tidak seperit pengalaman yang saya lalui. 

Saya membaca sampai tamat. Memberi motivasi kepada saya untuk mengikut jejak langkahnya.