nuff

Saturday, August 1, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT - BULAN OGOS

1 Ogos 29015.

Telah tanam 163 pokok, jarak 5 kaki. Bil
mm9a umurnya setahun, alih ke tapak sebenarnya.

Hari pertama membersihkan nenas dari rumput liar.

2 Ogos 2015. Dapat laporan dari Azmi bahawa pekerja semalam itu tak mahu meneruskan tugas. Oh... berita yang tidak mengembirakan.

3 Ogos 2015. Beli 16 pokok durian belanda di neseri Sulaiman di Seremban. Harga sepokok rm25. Bayar semua rm400.00

4 Ogos, 6.15 pagi selepas subuh hantar ke kebun. Walaupun berat dan mencabar, tetap saya usahakan juga. Ada kalanya saya jadi boss tetspi ada kalanya saya jadi kuli.

6 Ogos 2015. Rindu benar untuk menjenguk kebun. Hari ini aku cuti... kalau ada masa aku mahu jenguk kebun seketika. Ya dapat juga jenguk beberapa minit.


Satu batang pokok durian belanda dekat nusrey telah berputik.
Anak pokok kelapa kelihatan makin subur.
8 Ogos 2015
7.50pagi aku telah sampai di kebun. Terus sahaja memunggah 53 pokok kelapa mataq ke kebun belakang. Kali kedua 48 pokok. Saya tidak sempat menyudahkan kerja untuk 48 pokok itu. Saya minta Jama menyiapkannya.
Hari ini saya ada empat orang remaja ambil upah kerja selara pokok tebu. Daun kering ditanggalkan dan himpun di lorong.


9 Ogos 2015
Hingga 12 tengah hari berjaya semai anak kelapa 53 pokok. Masih ada 47 pokok yang belum dibereskan.

Lepas asar, saya teruskan perjuangan. Selepas bertarung dua jam akhirnya berjaya menanam 100 pokok. Kerjanya ialah memindah, mengatur dalam lubang, tabur baja penggalak akar dan akhir sekali tutup dengan tanah. Hari ini saya berjuang guna tulang empat kerat selama empat jam. Keringat membasahi baju. Satu kepuasan.

Perlu tong takungan air tiga buah dan tong pengangkut satu buah.
Masih banyak anak pokok durian belanda tidak ada penanda dari pokok ubi kayu. Pokok ubi kayu menjadi pelindung panas kpd anak pokok durian belanda itu.

12 Ogos 2015
Dapat bantuan baja dari Pejabat Pertanian Maran. 14 bag semuanya. Kalau harganya rm50 satu bermakna saya dapat bantuan rm700. Terima kasih Pejabat Pertanian Maran. Telah agihkan tepi rumput napier dan tepi tebu. Saya suruh Jama tabur baja tersebut esok.


13 Ogos 2015.
Sungguh kecewa. Jama kata baru siap satu bag. Telah siap 12 bag. Dua bag lagi akan beri kepada anak pokok kacang bende dan tebu yang baru cambah.

15 Ogos 2015
Tanam benih kacang bende celah kelapa sebanyak 40 ulas.
60 anak pokok db berpindah ke kebun.

Sempat memetik bunga roselle.

Sebenarnya kebun ini tidak cukup tenaga pekerja. Banyak kawasan semak. Pokok kelapa dan durian belsnda dibelit ulan. Ada yang layu. Tidak berbaja. Kena fikir guna jentera seperti trektor.

Walaupun terbiar dalam keadaan condong tetapi tetap berputuk. Mesti pasang penyokong segera.

16 Ogos 2015
Tiang elektrik sepuluh batang yang menghubung pondok atas bukit dengan sumber elektrik sedang dipasang. Pihak TNB sponser 3 batang dan 7 batang bayar sendiri. Bayarannya ialah rm1480. Deposit pemasangan meter lain pula. Apa faedahnya tenaga elektrik? Boleh menerangkan pondok. Boleh menyejukkan ruang dalam rumah. Boleh pasang pam untuk sedut air dari takungan ke dalam tangki. Boleh sedut air paya atau sungai untuk siram pokok. Boleh hidupkan pagar elektrik. Boleh hantar elektrik ke tanah belakang. Boleh cas bateri.

Pokok ini banyak putik.... lebuh 10 putik.

Mahu bina rumah nusery yang kukuh. Tiang besi yang ditanam dan ikat simen. Ukuran 20'x12'. Atas pasang jaring hitam.

23 Oktober 20
Pondok telah ada elektrik. Lampu telamenyala, kipas telah berpusing. Lampu sudah menyala.

Dua bulan lalu saya beli empat pokok durian belanda. Tingginya empat kaki. Mungkin umurnya telah melewati dua tahun. Harga sepokok ialah rm38. Tidak disangka sebatang daripadanya telah berputik.


Pokok ini tingginya tidak sampai tiga kaki tetapi dah mula berputik. Mungkin umurnya dah cecah tiga tahun. Pembesaran awalnya terbantut. Namun begitu pada waktu ini cukup baja maka dia kelihatan subur. Bila sampai usia matang dia tetap berputik juga.

30 Ogos 2015
Kerinduan terubat. Dapat rehat di pondok dan memerhati keliling yang menerima nikmat hujan.

Gambar dari pelantar pondok, sewaktu hujan turun. Pokok pasti segar dapat mandi.


Tindakan segera... 
1. Bersihkan pangkal kelapa dan beri baja urea. 
2. Bersihkan pangkal durian belanda dan beri baja buah. Tanam dlm lubang keliling pokok.
3. Terangkan ulan tanah satu ekar.
4. Tebas dan racun tanah belakang yg semak.

Thursday, July 2, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT - JULAI 2015

Masih banyak yang perlu dibetulkan.
Rumput tidak pernah berhenti menjalar dan memanjat.

Saya perlu buat pemantauan segera.


Musim kemarau datang lagi. Mesti buat tindakan menyiram.
Pokok yang kelihatan subur boleh terjejas pertumbuhannya jika kemarau berpanjangan.


Pokok kelapa yang baru tanam. 104 pokok semuanya.

Anak pokok durian belanda ditanam di celahnya. Mesti siram tiap-tiap hari. Perlu juga buat para.

Untuk mudah mengawal, perlu buat jalan keliling tanah. Telah sewa JCB untuk buat jalan.

4 Julai 2015
Saya mengajak Wan Limau Madu melawat kebun. Saya suruh dia beri komen. Banyak pandandan profesionalnya.

Pandangan Wan
1. Pokok kelapa kurang subur. Beri baja urea.
2. Dahan bawah pokok durian  belanda hendaklah dicantas atau ditut.
3. Pangkal pokok perlu siram racun anai2.
4. Wan mahu ajar saya macam mana mahu tut dahan durian belanda.
5. Pangkal pokok berbusut kurang elok. Biar rata dan ada parit di kelilingnya.

Encik Wan menerangkan sesuatu tentang penjagaan pokok durian.

5 Julai 2015
Saya merayau ke bahagian belakang kebun. Teramatlah semak. Banyak pokok durian belanda yang telah dipusu oleh rumput dan ulan.

Beritahu Jama supaya membersihkan rumput liar itu. Pagar juga telah dipanjat bhg belakang telah dipanjat ulan.
Hari ini berjaya menanam 10 pokok anak durian belanda dan menyiram semua anak durian belanda yang ditanam sejak minggu lepas.

8 Julai 2015
Hari ini ambil cuti sehari.
Menyelia jentera menolak tanah dan bina jalan. Satu teres dijadikan jalan. Pokok kelapa dipindahkan ke teres lain yg tiada pokok.


Terdapat pokok db tepi jalan baru telah berputik.

Empat pokok db yang beli minggu lepas siap tanam. Lokman JCB bantu menanam. Mahu beli lima pokok lagi untuk tanam di lereng bukit.

Telah memulakan projek tanam tebu sebagai tanaman kontan. Korek longkang dahulu. 

Perlu buat beberapa jalan lagi untuk memudahkan penyeliaan. 

19 Julai 2015
Oleh kerana cuaca redup hari ini, pagi ini berjaya menanam 27 pokok anak durian belanda. 

20 Julai 2015
Berjaya menanam tujuh pokok anak pokok durian, tanam tebu satu longkang dan pasang 25 turus batang ubi kayu.

25 Julai 2015
Jabok tanam tiga pokok durian belanda. Nama sebenar ialah shikh Mohd Sood bin Shikh Ahmad. Untuk kenangan abadi.

Hari ini juga JCB Lokman menjalankan tugas gali lubang untuk tanam tebu.

Amalan yang kurang baik. Selepas menggunakan paip getah untuk menyiram... biarkan atas jalan. Jika dilanyak oleh tayar pecah akhirnya. 

Bukannya susah untuk bawa ke tepi.

Rasa sayang kepada harta belum sebati dikalangan pekerja.

26 Julai 2015
Berjaya tanam enam pokok anak durian belanda.

29 Julai 2015
Petang ini jam 6.30ptg sempat melawat kebun. Nampak pokok kelapa dan durian belanda telah dibersihkan psngkalnya. Senang hati melihatnya.

Sempat semai pokok kelapa 20 pokok. Bila umurnya satu tahun setengah baru pindah ke tapak sebenar. Untuk elakkan banjir.

Saya berhasrat hendak menanam sekurang-kurangnya 20 pokok pada 31/7/15, 150 pokok pada 1/8/15  dan 105 pokok pada 2/8/15. Persediaan..... beli baja penggalak akar. Tong biru besar untuk simpan air.
31/7/15. Berjaya punggah 142 anak pokok kelapa ke kebun belakang. Sudah beli baja penggalak akar 100kg.



Wednesday, June 24, 2015

Tindakan Harian

24 Jun 2015

1. Semai 10 biji benih kacang panjang.✔
2. Semai 10 biji benih markisa.✔
3. Pindahkan 2 pokok kacang panjang ke polybag yg besar.✔
4. Isi tanah ke dalam 50 polybag kecil dan semai biji durian belanda.✔
5. Pos dua surat ke MARDI.✔

Pokok kacang panjang yang telah dipindahkan ke polybag besar.

Benih markisa yang telah ditanam. Dua minggu baru tahu cambah atau sebaliknya.

50 polybag yang mengandungi biji durian belanda. 30 akan datang baru tahu keputusannya.

Benih kacang panjang boleh kelihatan selepas 7 hari.

25 Jun 2015

1. Pindahkan 30 anak pokok DB kedalam polybag.✔
2. Gam semula tapak kasut yang tercabut.✔
3. Melawat kebun kg Lompat.✔



26 Jun 2015
1. Tebang pokok pisang, ambil buahnya. Pisang lemak msnis.✔
2. Isi 20 anak pokok db ke dalam polybag.✔
3. Semai 30 biji db ke dlm polybag.
4. Beli skrew 5" & nut - 6 batang.

29 Jun 2015
1. Semai 50 ulas benih db.✔
2. Replant 15 anak pokok db.✔
3. Hubungi pengusaha minuman slieza. bidaraherba@gmail.com dan 09-5150445 & 013-9330445. ✔   sudah hubungi Ros tuan punya syarikat. Beliau juga menerima khidmat nasihat dan bimbingan MARDI.


30 Jun 2015
1. Susun polybag ikut kelompok.✔
2. Semai db 70 polybag. Hingga 7.30pagi baru dapat 25. Hingga 7ptg berjaya dapat 60. Siap 70 ✔
3. Punggah kertas kitar semula.
4. Baca buku BERESKAN KERJA 20 m/s.✔
  


1 Julai
1. Tanam 10 anak pokok db.✔
2. Masuk 15 polybag anak pokok yg disemai.✔
3. Selia kerja jentera baiki permukaan tanah pagar.✔
4. Baca buku BK 10 m/s.✔

2 Julai 2015
1. Masuk 20 pokok anak db ke dlm polybag.✔
2. Baca 10m/s buku BK.✔
3. Baca buku BAP.✔