nuff

Tuesday, December 6, 2022

Cari Jalan Selamat


0
1. Pulihkan pengeluaran pisang.✔️beribaja✔️
2. Pulihkan pengeluaran nanas✔️beri baja folia.✔️, beri baja NPK 12.12.17. Tabur racun tikus.
3. Bersihkan kawasan bawah pokok kelapa...sedang diusahakan.
4. Tanam pokok kacang bendi/ lada kecil antara pokok kelapa kecil. Buat sistem menyiram automatik. Beri baja AB dan organik buat sendiri. Target 200 pokok. Sudah semai 360 ulas.....BATAL
5. Tidur di kebun
6. Tanam 100 pokok pisang nangka dan  100 pokok pisang berangan di ruangan kosong.✔️
7. Beri penggalak akar ROOTING PAUDER kpd 50 pokok pisang,  pokok durian kecil.
8.  Tanam 200 pokok pisang nangka di kebun belakang.bulan Januari 2023.
9. Bungkus buah nanas tua. Kerja membungkus dimulakan pada 1 Januari 23...sudah beli 50 sampul baru.
10..bina jalan keliling kebun belakang.
11. Sembur baja folia 2 minggu sekali kpd pokok nanas.
12..pulihkan pokok dB.
13. Jual buah kelapa  di tepi jalan.
14. Cambahkan benih lada dlm trey besar.
15. Beli anak lada kampung dari Lan...sudah
16. Tanam 200pokok pisang di kebun belakang.
17. Tanam rumput minyak utk makanan kambing. 
18..cuci semak belah ulu pondok untuk tanam pisang. Target 30 pokok... siap.. dapat 40 pokok. 
19. Beri baja kpd pokok pisang 
20. Beri baja kpd pokok nanas
21. Beri baja kpd pokok kelapa.
22. Beri baja kpd pokok durian.
23. Wujudkan Tanjung Limau Nipis.
24. Jalankan projek cantuman pokok durian.
25. Jalankan polination kelapa.
26. Tanam rumput minyak.
27. Beli garam dua kampit.
28..kumpulkan turus pagar besi 6kaki.


LK1... 12kgx2x4x4.... 384
LK2... 2kgx2xrm5 .... 20 ..... rm404

Pisang..... 15x4 x2x4..... rm120
Disel..... 10x20....200.   
Nanas.... 10x2x3 ....60x4 ...rm240
Lada.........0.   .... 600
Jumlah....2000.      2600

Kelapa....400x7x2....5600

100j....100j..8.....800
100j...200j...9.....900
50j...250...10...500.  2200
Bayar hutang ..... 500
Baki.....1700

Januari 23
Limau K.. 130.    50       50. .    50       50    50
Pisang.... 148.   150.     200.   200.  400    500
Kelapa.. 1500. 2000   2500.  3000 3000 3000
Nanas.. . 100.    150.    250.    300.  300   300
Getah..... 000.   000.     500.    500.  500.  500
Benih ... ..150    200.     100.    50.    50.    50
Lada.                                 00.     0.     00.   000


Monday, November 28, 2022

RIMA WARISAN PESAGI

Seorang pembantu saya bernama RIMA dari Lombok. 
Tanggal 24/4/21, RIMA berlepas pulang ke Lombok. Pada waktu itu gelombang wabak Covid19 sedang memuncak. RIMA merlnta-ronta mahu pulang mahu berada di samping ibunya yang sedang sakit kuat. Saya tidak sampai hati menghalang rasa rindu anak terhadap bonda. Saya uruskan keperluan untuk pulang iaitu tiket dan pemeriksaan PCR. Harga tiket waktu itu melambung lebih tiga kali ganda, rm12++. Semua sekali kos kepulangan Rima keombok rm1500. Dia sanggup kehabisan upah sebulan. 
Saya tidak bertanya bila Rima akan pulang semula ke Malaysia untuk membantu saya mengurus kebun. Waktu berjalan pantas, wabak Covid semakin ganas. Semua perkhidmatan penerbangan dihentikan. Saya fikir Rima tidak boleh pulang ke sini beberapa bulan akan datang ini.
Masuk bulan ketiga kebun saya mula nampak semak. Akar sudah mula menewaskan pucuk pokok durian. 
Masuk bulan kelima, saya bertanya khabar kepada Rima, bagaimana situasi kesihatan emaknya. Rima kata ibunya semakin sihat. Syukur alhamdullilah. Selang beberapa minggu saya dikhabarkan bahawa Rima sudah berkahwin dengan gadis pilihannya. Rima beritahu dia sudah jadi bapa.
Banyak kawasan dalam kebun saya semakin semak, tidak termampu oleh Nawar mengerjakan sendirian kawasan seluas 21ekar. 
Rima mula mengadu sukar mendapatkan pekerjaan. Beliau kata kalau adapun tetapi upahnya sangat rendah, tidak setimpal dengan tenaga. Ada juga kontrektor yang tidak jujur, lengah membayar upah dan bayar separuh sahaja. Rima sudah mula rasa terhimpit. Rima mahu pulang bekerja di kebun tetapi suasana Covid ini tidak membenarkan sama sekali. Kebun saya pula semakin semak. Saya hanya tebas rumput keliling pangkal pokok.Itupun tidak terkejar. Kini pertumbuhan rumput semakin galak. Anak pokok liar makin meninggi. Pokok kabung mula mencacak. Sebetulnya saya memang suka jika Rima kembali  bekerja membantu saya. Melalui pengalaman empat tahun, Rima seorang yang jujur dan ringan tulang. Kami saling memerlukan. 
Pada bulan Oktober 2022, kedaan wabak Covid makin reda. Kerajan Malaysia dan Indonesia membenarkan warga masing2 melawat sebagai pelancung. Ini adalah satu peluang keemasan. Amir boleh kembali sebagai pelancung. Selepas itu boleh mohon hidupkan semula permit kerja. Urusan passport dan tiket telah dibereskan. Wang tiket penerbangan dan wang saku berjumlah sekitar rm3500 telah saya sediakan. Tarikh penerbangan Lombok - KLIA pada 28.11.2022, jam 9pagi. Saya bersedia untuk menunggu Amir yang dijadual berlepas 9.30pagi dari Lombok dan akan mendarat jam 3 petang di KLIA2. Tiba-tiba ada panggilan dari Amir. Dia kata ada masalah di pemeriksaan imigresion di sana. Amir tidak diberi kebenaran atas alasan bukan untuk melancung tetapi untuk bekerja. Amir buntu mendengar kata-kata yang berbentuk provokasi itu. Saya suruh Amir bincang elok dan buat pakat sebaiknya. Akhirnya Amir dibenarkan masuk pesawat selepas dia bertindak "bijak" kepada pegawai di pintu keluar itu. 
Beberapa hari sebelum berlepas, saya telah menulis surat kepada pegawai imigresion yang menjaga pintu masuk di KLIA2. Saya huraikan langkah2 permohonan sambungan permit kerja di kebun saya dalam surat itu. Saya hantar surat itu kepada Amir melalui e-mail. Sewaktu melalui pemeriksaan imigresion di KLIA2, Amir tunjukkan surat itu kepada pegawai di pintu masuk. Pegawai bertugas mengambil dan membaca surat itu. Sejurus krmudian Passport Amir dicop dan tanpa bersoal jawab terus  membenarkan Amir melintas garian masuk ke Malaysia. Amir merasakan satu kelegaan pula. Sungguh mendebarkan perjalanan Amir dari Lombok ke Kuala Lumpur. Syukur alhamdulillah
Tanggal 29.11.2022 Amir telah berada di rumah dalam kebun Kampung Lompat, Pesagi. Hari ini saya suruh Amir bersihkan bilik tidur, dapur dan seris motosikal yang tidak pernah ditunggang sepanjang setahun tujuh bulan.
Saya beri tugas urus kebun di belakang seluas 12 ekar kepada Amir . Yang di hadapan 10 ekar kepada Nawar. Kebun saya seluas 22 ekar itu ketika ini boleh dikatakan seperti terbiar. Tidak terkejar seorang pekerja untuk lakukan kerja memotong rumpat, meracun, membaja, memetik buah kelapa dan memetik buah nanas. 
Amir kepingin sungguh untuk pulang bekerja di  di sini. Amir kata mahu kerja pagi petang untuk dapat wang untuk tanggungan isteri, anak dan emak. Juga perlu wang untuk bayar hutang. 
Kami ada kehendak masing2.  Saya mahu kebun yang terurus, mengeluarkan hasil. Amir pula mahu bekerja untuk dapat wang bertujuan menyara keluarga serta dapat melunas hutang. Persoalannya, adakah wang dari jualan hasil mencukupi untuk membayar upah kepada dua orang pekerja?
Tugas pertama Amir adalah membaik pulih pagar kebun belakang. Sebelum ini kerap kali kumpulan kerbau menceroboh masuk. Banyak kerosakan berlaku. Antaranya tanaman rumput napear gondol diragutnya. Pokok pisang banyak yang tumbang. Amir ambil masa dua minggu menegak semula turus pagar. Membersihkan rumput yang memanjat pagar dengan cara menebas dan meracun. Akhir sekali memasang semula tiga lapis dawai yang rendap. Apabila disambung semula kepada Enegizer dan bateri, denyutan elektrik mengalir ke srluruh pagar. Apabila badan binatang menyentuh dawai, akan berlaku renjatan elektrik. Inilah amat ditakuti oleh kerbau, lembu atau babi. Binatanag yang tersentuh dawai, akan tersentak oleh renjatan elektrik. Inilah yang amat ditakuti oleh kerbau. Jika seeker terkena renjatan, ia akan bertempik berkali-kali sambil itu lari menjauhi pagar. Ini menyebabkan kawan-kawannya ikut cabut lari. Satu hari saya buat pemeriksaan, berjalan kaki menyusur tepi pagar sepanjang anggaran 60 rantai bersamaan 1.32 kilometer. Saya dapati turus pagar kayu merbau itu terpacak tegak. Saya cuba ogah-ogah, tidak bergoyang. Dawai tiga urat beralas kelonsong plastik sebagai penebat dipaku kemas pada turus pagar. Kawasan tanah di bawah pagar perlu diracun rumputnya dua bulan sekali agar tiada rumput yang memanjat. Saya sangat berpuas hati kondisi pagar yang dibaik pulih dengan sempurna.
Kini saya suruh Amir bersihkan kebun kelapa seluas 5.5ekar. Pelepah dan tandan tua longgak setempat. Rumput yang menutup seluruh permukaan dihapuskan dengsn cara memotong menggunakan mesin rumput atau sembur racun rumput. Sambil itu saya suruh kutip kelapa dan membaja. Tiga bulan kemudian baru nampak kemas macam kepala yang baru dipotong rambut. Tiba-tiba Amir mencadangkan tengah baris kelapa elok tanam pisang. Saya setuju aja dengan cadangan itu. Empat bulan kemudian 400 pokok pisang Berangan, pisang Nangka dan Lemak Manis siap ditanam. Kini daunnya kelihatan hijau, lebar meliut-liut bila ditiup angin. Sedap mata memandang pokok pisang seolah-olah berlumba melonjak ke atas dan pangkalnya bersih tiada rumput kerana selalu dipotong dengan mesin rumput. Jika terusan begini, bulan Feburari 2024 boleh memetik hasil. Saya optimis pokok pisang ini boleh memberi pulangan yang baik.  Memang nampak hasil kerja gigih Amir.
Dalam pada itu, saya terus melaksanakan proses pendaftaran permit kerja sementara bagi pekerja asing. Kini pendaftaran boleh dilaksanakan sendiri oleh majikan. Cara ini lebih bagus, terelak dari orang tengah. Satu langkah bijak kerajaan mengurangkan belanja mendaftar yang ditanggung majikan, tetapi prosesnya mengambil masa yang panjang. Ini menyebabkan Amir berasa bimbang tidak diluluskan permit itu. Dia cukup takut akan taraf PATI ini. Dia takut ditangkap oleh pihak berkuasa dan diusir keluar. Saya juga takut menggaji pekerja yang tiada permit. Jika pekerja ditangkap, majikan akan didenda rm10,000 dan dipenjara. Sangat menakutkan. 
Proses pendaftaran permit sudah melepasi urusan cap jari di Pejabat Imigresen Negeri di Kuantan. Kini menunggu arahan pemeriksaan Fomema. 
Dalam masa menunggu tidak disangka Amir diserang demam, badan menggigil, cirit beret, sakit sendi dan sukar tidur. Biasanya selepas  dua hari, makan panadol demam boleh sembuh. Kali ini demam yang menyerang lebih dari lima hari masih belum sembuh walaupun telah telan panadol. Banyak komplikasi lain seperti bisa-bisa badan, sukar berjalan, cirit beret dan otot menyentak.

Saya bawa Amir ke klinik Kesihatan Chenor. Doktor membuat pemeriksaan yang teliti. Buat analisa darah dan air kencing. Saya terkejut besar bila diberitahu analisa darah, Amir didapati negative dengi tetapi perlukan analisa lanjut kemungkinan gejala kencing tikus atau gejala kuman tanah.

3/10/23, Amir dimasukkan ke jabatan kecemasan, Hospital Ahmad Shah Temerloh. Malam itu Amir terus dimasukkan ke Wad Kenanga 12, katil 11. Doktor mengatakan badan Amir sangat kurang air, tekanan darah rendah atas 84 - bawah 58. Air terus disalur ke dalam badan. Dalam air itu ada ubat anti biotik.
Pada 6/10/23, demam sudah pulih tetapi Amir masih lemah kerana tekznan darah masih lemah. Doktor memasang satu saluran untuk memasukkan Air bercampur ubat. Kini ada dua saluran memasukkan Air berubat ke dalam badan Amir. Satu stam dipasang pada pangkal lengan kanan dan satu lagi pada perut sebelah kiri. Sungguh tidak disangka begini jadinya. Saya menasihatkan kepada Amir agar bersabar. Proses pemulihan mengambil sedikit masa. .Muka Amir kelihatan sugul. Dia kata sangat sedih kerana tidak dapat kerja. Saya turut sedih tetapi tetap beri keyakinan bahawa sakitnya boleh pulih. Selepas itu baru boleh fikir fasal kerja. Saya doakan agar cepat sembuh.
8/10/23.. Amir menetima rawatan untuk meningkatkan tekanan darah. Ubat khas dilarutkan dalzm air. Air disalur melalui stam yang dipasang pada perut. Kini tekanan darah telah berubah kepada 114/72. Amir mengatakan sudah kurang rasa hoyong. Kini Amir talah boleh berbual seperti waktu sihat dulu. Tetapi Amir tidak selera makan nasi yang disediakan oleh hospital. Lalu saya tanya, mahu makan bubur? Dia kata mahu, lalu saya pergi beli di kantin hospital.
Ada terlintas kebimbangan dalam kepala saya. Berapakah bayaran bill hospital? Adakah Amir boleh bekerja seperti biasa bila keluar hospital nanti? Apakah jalan terbaik yang patut aku ambil? Satu lagi masalah kesihatan Amir yang menyebabkan dia masih ditshan di Wad. Platlatte dalam darah masih rendah iaitu 156. Sewaktu mula masuk ke Wad enam hari lalu 98 unit sahaja. Paras nor.al yang paling rendah ialah 160 unit. Kesimpulannya masalah kesihatan sudah hampr normal. Satu atau dua hari lagi saya berharap Amir boleh discharge. Amir sudah boleh berbual seperti biasa, ini menggambarkan dia sudah sihat. Dia kata sudah boleh berjalan tanpa goyang bila pergi ke tandas. 
11.10.23... Doktor kata Amir sudah boleh keluar hospital. Syukur alhamdullilah. 
Demam tiada.
Tekanan darah normal.
Ada selera makan.

Amir telah membersihkan biliknya. Saya pula menaburkan racun tikus keliling pondok. Malam tadi Amir tidur nyaman sekali.
Pagi ini Amir mula bertugas semula. Saya pesan buat kerja ringan di tempst teduh sahaja. Kerja separuh hari sahaja. Jika terasa penat, berhenti. 
15.10.23... Amir muntah dan pening kepala sewaktu bekerja meracun. Walaupun tidak demam tetapi masih belum cergas.

Amir masih pening2 kerana tekanan darahnya masih rendah 90/55. Saya belikan supplements yang menggalakan pembentukan darah serta serbuk garam untuk menambah tenaga.
22/10/23... tekanan darah 100/58
23/10/23.... 97/57
24/10/23... 93/63

Sungguh nostalgia
Denyut nadi terletak padanya.






Friday, November 4, 2022

Pondok kebun kampung Lompat

03.11.2022
Mahu rakam setiap tiga bulan. Ambil gambar dari depan pintu pagar.
🌿cat semula atap
🌿plaster dinding luar
🌿cat dinding luar.

   

15.05.2023
Enam bulan kemudian.

31.5.23.
1..
2..
3..
4..
5. bina tembok longkang.
6.. 
7..
8..
9.. 
10..pasang paip air n tandas.
11..pasang rangka pintu tandas... siap. 
12..pasang wayer 2 mentol dan 2 plug
13..plaster dinding dalam.
14..pasang papan silin
15..bina table top mini.
16..cat dinding dalam.
17..plaster dinding luar...siap suku..teruskan. 
18..bina longkang dan kaki lima.
19..
20..

17/5/24
1.. beri penerangan kpd Amir tentang pembinaan longkang luar rumah.... siap
2.. beli pvc 4 inci..panjang 20kaki....siap
6.. bawa bata 20 biji.

Monday, October 31, 2022

Projek Agro PPKM Pahang.

Projek pertama
Berkebun Tepi Rumah PPKM Kuantan

📌konsep sukarela
📌senaman fizikal ringan
📌makan makanan berkhasiat
📌berbudi kpd tanah.
📌prinsip ABC

Tanam kacang bendi tepi rumah.
Pelancaran pada 1.11.22
Aktiviti tanam kacang bendi
14 orang peserta ( ajk PPKM Kuantan)
Peserta menerima
📌tanah utk semaian satu bekas
📌benih kacang bendi satu kampit
📌bekas polistrin utk semai benih.
🌿jangka tumbuh 30 pokok.
🌿setiap orang peserta pilih dua orang ahli PPKM yang berdekatan untuk tanam 10 pokok seorang. Jumlah peserta peringkat pertama ini 42orang.

🌿1.2.23... petik hasil
🌿1.4.23... beri buah kacang tua yang kering sebanyak 126 biji kepada PPKM Pahang. Bermakna setiap orang peserta seramai 42 orang beri 3 biji untuk menghasilkan benih baru yang akan diagih kepada lebih ramai ahli.
🌿1.5.23... PPKM daerah Kuantan luaskan kepada lebih ramai ahli.
Di dalam bekas biru itu ada tanah dan benih.

Ahli yang hadir
terima kasih YB Dato Indera Mohd Sahar bin Abdullah, Timb menteri kewangan 1 yang Saudi hadir merainkan ahli PPKM Kuantan.

🌿. Kita manfaatkan ruang tanah kosong yang semak.
🌿. Kita memupuk semangat sukarela.

Anak pokok kelapa

Go up never stop

..... dapat dari fb seorang guru.

Terus maju tanpa henti.
Jika letih rehat.
2 tahun yg kritikal.
Tanam anak pokok
Tut utk dapatkan anak pokok
Buat tapak utk tanam pokok renet
2.11.22
Semai anak kelapa yang baru cambah ke dalam polibag.
3.11 1.✔ 23
4.11 2.✔ 25
5.11 3.✔ 28
6.11 2.✔ 30

sembur racun serangga Malation505 kpd 16 pokok.

08.11 2.✔ 34 -332
09.11 1.✔ 35 -331
10.11 2.✔ 37 -328

14.11 2.✔ 39 -327
16.11 1.✔ 40 -326
17.11 3.✔ 43 -323
21.11 2. ok 45 -321
22.11. 2..ok. 47. -319
25.11. 3..ok. 50. -316
27.11. 1. ok. 51. -315
01.12. 3..ok...54. -312
02.12. 4....ok..58. -308
04.12.. 4....ok...68... -304
06.12.. 3..✔️.....71...... -301
31.12.. 4...ok....75...... -297
01.01.. . 7...



 









Friday, October 7, 2022

SASARAN

Potong rumput
Date      bil pokok   komulatif   tanam baru
08.10        15.✔        15
09.10          2.✔        17             
10.10          3.✔        20                 
11.10        13.✔        33             
12.10                                              
13.10        
14.10        14 .✔       47
15.10        08.✔        55               1 limau.✔ 16.10        08.✔        63                        
17.10        03.✔        66   
18/10   Seremban
21.10        01.✔        67             
22.10        10.✔        77                Nawar   
23.10        15.✔        92           
24.10                                             1 limau.✔
25.10     Kuantan
26.10     
27.10        10.✔       102
28.10        13.✔       115
29.10        13.✔       128
30.10          7.✔        135
31.10  
01.11
02.11          8.✔         143  
04.11          2.✔         145
06.11          8.✔         153.
07.11        10.

🌿pokok kelapa MYD lemas keliling pokok nanas dekat kebun getah hulu.
🌿pokok durian di tanjung hulu.
🌿pokok kelapa MYD di lereng hulu.✔
🌿pokok kelapa MYD antara tong hitam dan pagar hilir.
🌿pokok durian besar bersihkan dan beri baja.

13/10/22
✔ bersihkan kelapa jalan masuk
✔beri baja kpd pokok yg dicuci 3 Hari lepas.
✔bersihkan pokok durian dan mastar

Sembur Baja Folia kpd pokok durian
Date      bil pokok   komulatif
13.10         4              4
15.10       10            14
24.10       17            31

Tuesday, September 27, 2022

Semalam aku kecundang di sini, hari ini aku bangun semula.

26.9.22
" Semaknya kebun aku, sakit mata memandang pokok kelapa dan pokok durian diserang rumput liar...ah tidak boleh dibiarkan."
Ya, memang semak. Aku tidak tahan lagi melihat rumput melonjak subur. Ada yang membelit hingga ke pucuk pokok durian.
Aku memulakan kerja menebas menggunakan mesin galas. Dapat tebas kawasan canopy pokok sahaja. Ada juga yang tidak dapat tercantas oleh tali mesin yang berputar itu. Jika dipaksa juga, alamatnya putuslah tali yang berputar laju itu. Rumput itu macam rumput Napier tetapi batangnya macam serai. Amat liat tetapi sabit atau mesin rumput yang pakai mata pisau besi masih boleh menewaskannya.
Kini jam 11pagi, aku masih seronok menggalas mesin rumput , masih tekun menghayun gandar sambil itu rumput yang terpotong bertaburan. Hingga kini aku dapat membersihkan 10 pangkal pokok tetapi tiga pokok tidak mampu dibebaskan kerana rumput amat tebal. Aku mesti gasak rumput itu, gunakan sabit kecil tajam pula. Untuk menewaskannya aku terpaksa menyangkung sambil tangan kiri pemegang batang dan tangan kanan pemegang sabit memancas pangkal rumput itu. Boleh tahan juga susahnya, penat dan panas.... tiba-tiba mata tidak dapat fokus kepada kerja yang dihadapi oleh tangan. Kepala terasa berat dan rasa melayag ke kiri dan kanan. Macam bumi
ini nak terbalik. Inikah yang dikatakan pusing mata?. Cepat-cepat aku pegang pelepah kelapa. Terasa mahu tumbang. Cepat-cepat kedua tangan berpaut pada pelepah. Beberapa minit aku menahan diri yang seolah-olah sedang dilambung ombak. Ketika itu aku sudah berfikir "kegagalan". seterusnya berfikir " adakah aku terus tersungkur di sini?" Aku menenangkan diri, Lama kelamaan ombak terasa makin kurang tetapi masih belum boleh melangkah. Terasa kepala amat berat.
Selang beberapa minit, keadaan kepala makin stabil. Aku sudah boleh melangkah perlahan menuju pondok jaraknya 80 meter. Langkah aku masih lemah. Aku berhati-hati melangkah takut kaki tersangkut akar. Bimbang tejerlus dalam lubang. Mesin rumput dan sabit tinggal di sisi pokok kelapa itu. Dua perkakas kerja itu bermalam di sana. Harap tidak hilang.
Sampai di pondok, aku terus meninggalkan kasut boot dan stokin.. sudah tidak sabar untuk menghempas badan di atas katil keras itu. Syukur alhamdulillah aku dapat berihat dengan selesa. Badanpun terasa makin lega. Terus aku mencapai ubat pemulihan vertigo, namanya Betaserc 24mg dan minum air suam. Hampir satu jam aku bermalasan di atas katil keras, ada masanya terlena sebentar. Barulah badan terasa segar. Setelah itu baru yakin memandu hilux untuk pulang. Sebelum tidur aku mohon kehadrat Allah agar memberi  kesihatan yang baik dan cergas seperti biasa.

27.9.22. Semalam aku kecundang di bawah pokok kelapa ini. Syukur alhamdulillah badanku rasa segar semula. Terus teringat kerja semalam yang belum beres.
Hari ini aku masuk kebun jam 8.45pagi. Seperti biasa, aku meninjau pokok kecil. Sambil itu mencabut rumput keliling pokok. Rumput yang dipotong itu dilonggokkan semula di pangkal pokok. Lama kelamaan rumput akan reput dan jadi baja.
Kini aku mahu meneruskan kerja semalam yang tidak siap itu. Aku mulakan di tempat aku kecundang semalam. Secara berhati-hati aku menyabit rumput degil itu satu demi satu perdu. Daun yang dipotong dilonggokkan keliling pangkal pokok kelapa. Beberapa bulan lagi akan reput, jadi baja kepada pokok kelapa. Tunggul rumput itu berakar umbi, tidak mungkin mati. Beberapa minggu lagi akan muncul pucuk yang baru. Perlu dimusnah segera sebelum ia melonjak  tinggi. Jika mahu membunuh raksasa, bunuhlah sewaktu ia kecil.
Pokok MRD itu telah mula berbuah. Aku ambil sebiji, jadi hadiah kejayaan hari ini. Enak dan berkhasiat. Syukur alhamdulillah. 


28.9.22.. Aku datang lagi menyiapkan kerja perlu untuk selamatkan pokok di teres ini. Satu pokok MRD masih dipusu oleh rumput degil itu. Aku secara berhati- hati menewaskan setiap perdu di sekeliling pokok MRD itu. Seterusnya aku bersihkan setiap pokok dalam teres ini. Semua pelepah yang mati dihimpun setempat. Pokok sebanyak 14 batang MRD dan  lima batang durian akan terus diselenggara dengan baik.

Mengingat peristiwa semalam, ada banyak yang boleh dimengertikan.
1. Usiaku sudah di hujung, ada tanda kurang daya tahan dan juga mudah berlaku gangguan kesihatan ketika tiada keselamatan  selarasan perjalanan darah serta pusingan oksigen. Sistem keseimbangan juga telah lemah.
2. Tidak boleh bejemur lama.
3. Kena jumpa doktor.
4. Amalkan masuk kerja waktu pagi.
5. Amalkan rehat sebentar untuk perjalanan yang lebih jauh.

Syukur alhamdulillah aku masih diberi kekuatan oleh Allah yang maha kuasa lagi penyayang. Ya Allah Tuhan yang maha kuasa, tunjukkanlah jalan yang benar.
Aminn.

6/10/22
"Semalam aku jatuh, Hari ini aku bangun semula.".
Seronok dapat galas mesin rumput, dapat bersihkan rumput keliling 10 pokok kelapa dan pokok durian petang ini, satu jam je. Kini pokok kelihatan segar dan kemas. Badan berpeluh dan segar.
Syukur alhamdulillah.
7/10/22. Semua pokok yang dibersihkan rumput semalam telah beri hadiah baja. Mahu bebaskan semua dari rumput dan dapat baja dlm bulan Oktober ini.

Lama sungguh aku tidak ambil perduli kepada pokok2 ini. Akibatnya banyak yang sudah tewas dengan rumput liar. Tumpuan aku terfokus kepada kerja menyiapkan pondok. Kini pondok sudah boleh diduduki. Maka kerja menguruskan pokok sudah tidak harus dipinggirkan lagi. Aku mahu bebaskan semua pokok dalam kebun ini dari semak samun. Baja dan air juga akan dipastikan dapat. Ada pokok kecil yang ajal. Tapak ini perlu dibubun. Inilah janji aku terhadap kebun ini. Sungguh mencabar.
Bila direnungkan, tugas ini bukanlah sukar, hanya perlu fokus. Detik kritikal telah berlalu kerana banyak pokok telah besar. Pokok telah ada daya tahan. Nah, waktu sukar telah aku lepasi.

8/10/22
Aku gian mahu masuk kebun juga.Lepas asar dalam cuaca yang redup aku rasa goreng untuk menerangkan pangkal pokok. Aku seronok memotong rumput satu semi satu di bawah pokok. Sampai ke pangkal pokok petai, hari sudah senja, akupun berhenti. Dapat cuci 12 pokok. Ada pokok yang telah tewas sepenuhnya oleh ulan. Kini pucuk durian telah bebas.

11.10.22
10pagi mulakan tugas memunggah kelapa tua ke dalam hilux bersama Nawar. Satu tugas yang mudah. Buah kelapa tua amat mudah melambungnya ke dalam hilux. Ada lebih kurang 200biji. Punggah pula ke tempat pengupas di kebun hadapan.
Selepas itu kait 20biji kelapa muda. Jam 11.30pagi berhenti sebentar, ambil angin. sambil itu makan kueh dan minum air tea o kosong suam.
Rehat sebentar.
11.45 galas mesin rumput pula.Cuaca makin panas tetapi tidak terik. Selepas berjuang berjaya memotong rumput di keliling empat pokok durian dan pokok MYD.. Kini peluh membasah  seluruh badan. Badan pun terasa kohot. Aku perlu rehat lebih lama. Kepala terasa bahang matahari. Aku perlu berhenti setelah bekerja selama satu jam. Cukup setakat itu aku dibasahi keringat.  Bekerja dua jam setengah hari ini dalam kebun sudah memadai.
Aku tidak mahu kecundang lagi.

13.10.22
2.00petang.
Cuaca redup, aku ambil peluang membaja kepada pokok yang dah siap cuci pangkalnya dua hari lepas tetapi belum dapat baja. Aku terus berjalan merayau turun naik teres. Sempat tabur keliling 10 pokok tiba2 panas teruk pula. Aku rasa tidak selesa terus ambil tindakan berpatah balik ke pondok. Aku mahu elakkan risiko. Dalam perjalanan sempat capai satu biji buah lemon yang telah kuning dan sebiji kelapa pandan muda.Hari panas, tekak terasa dahaga, terus paras buah kelapa muda dan minum. Oh enak sungguh, memang berbau pandan. Lepas itu kokot isinya. Nikmat tersendiri.
Hampir dua jam menunggu cuaca redup, terasa haus pula. Kali ini minum tea o kosong perlahan lemon pula.
Jam 5.30petang sambung kerja menabur baja. Siap tabur keliling 14 pokok. Selepas itu dukung pam untuk sembur baja folia kepada daun dan pokok durian. Sempat sembur empat pokok tiba2 cuaca berubah serta merata. Kini hujan rentas mulai turun. Aku bergegas pulang segera ke kebun. 

14.10.22
Aku menggalas teman setiaku mulai jam 10.40pagi. Aku hadapi rumput liar di keliling pokok, kebanyakan putus beterbangan. Tetapi ada juga yang liat seperti pokok kapal terbang, silap gaya hayun tali pemotong yang tercabut. Aku berjaya menghabiskan 14 pokok. Aku perlu berhenti kerana peluh merebak keluar hingga ke muka. Ada yang menitis ikut hujung hidung. Seronok juga terasa letih yang ada hasil. Badan terasa lega.
Aku ambil rehat panjang.
15.10.22
Aku turun ke lembah bersebelahan kolam. Banyak pokok kelapa yang terpinggir di sini. Ada yang sudah mula berbuah dan ada juta yang nazak.
Ikut perkiraan aku pokok ini telah jadi arwah kerana ditenggelami banjir hingga lapus selama dua minggu. Selepas banjir aku tidak nampak pelepahnya. Telah jadi teruk maman bersama rumput lain. Tidak disangka sejak tiga bulan lalu kelihatan pucuknya warna hijau melonjak dicelah semak. Hari ini aku selamatkan dia. 
Sebelah petang mulai 5ptg aku menyambung tugas, Hampir dua jam hanya dapat cuci keliling dua batang pokok Dan hadiahkan baja kelapa mereka. Selama 10 bulan mereka diabaikan tetapi masih boleh bertahan. Selepas ini aku berjanji Alan beri tumpuan kepada kamu.
Hari ini aku Kira berjaya mengalir tugas ikut kesesuaian cuaca serta ambil Kira kemampuan fizikal aku sendiri. Syukur alhamdulillah, peluh membasahi baju.
16.10.22
11.45pagi baru masuk kebun. Nasib baik cuaca redup. Kerja Hari ini sungguh mencabar, kena potong rumput tebal untuk laluan menuju tanaman. Laluan sepanjang 400 meter. Potong rumput lebar satu hasta sahaja. Jumpa empat pokok durian dan satu pokok jambu yang dipusung oleh semak. Berjaya memberihkannya. dan tabur baja. Terasa letih. Terpaksa rehat dulu, jas peluh seluruh muka dan badan. Keletihan tetapi puas.  Mahu sambung lagi petang ini.
Keletihan.

5.15petang melangkah semula menuju destinasi.
dipenuhi rumput seperti lalang di kelilingnya. Di atas penuh dengan ulan. Inilah yang perlu dihadapi petang ini. Memang perdu rumput ini amat liat. Habis empat helai tali putus di sini.  Setengah jam masa bergembala pokok sebatang ini.
 berjaya juga akhirnya. Taburkan baja di kelilingnya. Berasa puas dapat menyelamatkan pokok MK ini.
Hampir setahun aku beri tumpuan membina sendiri pondok kebun ini. Dalam tempoh itulah kerja kebun terbaik. Inilah yang dikatakan "setiap yang kita dapat, pasti ada pula yang berlepas."

17.10.22
Aku sampai ke kebun jam 8.30pagi. Banyak kerja mahu aku lakukan. Mula sekali mahu cuci kawasan dekat pintu hadapan ada banyak pokok kelapa polibag terbiar lebih dua tahun di situ. Pagi ini aku mahu sabit dan tinggalkan dua batang supaya kekal di situ. Pokok pisang juga telah dicantas, tinggal sebatang. Hampir satu jam aku berjuang di situ hingga selesai. Aku beri baja kepada dua batang yang dipilih itu. Boleh tahan juga hebatnya, maklumlah bekerja guna sabit kecil menghayun dan menarik sepenuhnya.
Kerja kuat begini memang perlukan rehat untuk memulihkan tenaga.
Jam 10.30pagi aku bingkas bangun terus pergi ke tempat aku berhenti potong rumput semalam. Aku terus galas kawan karibku. Aku segera memotong rumput keliling pokok DH kurus itu. Masih hidup rupanya walaupun tiada perhatian berbulan-bulan. Kali ini aku potong rumput keliling dan beri baja NPK 15x3 yang dicairkan serta tambah baja penggalak akar, jirus keliling pokok. "Hadiah istemewa untuk kau." 
Seterusnya aku memotong rumput  tebal untuk buat denai menuju kumpulan kelapa pula. Ada 12 pokok kelapa di situ, banyak yang telah berbuah. Kelihatan pelepah berselerak di bawah dan ada yang tersandar pada pokok. Semak serta akar berselirat menyukarkan until menghampiri batang. Aku sudah seperti kereta kehabisan minyak. Aku kena berhenti walaupun mesin rumput masin mengaum gagah. Sungguh dahaga. Aku masih mampu menebuk kelapa menggunakan sabit kecil ini. Aduh nyamannya bila air mengalir melalui tekak. Rakusnya aku,  tak cukup sebiji, aku tebuk yang kedua. Baru terbalas haus dahagaku. Syukur alhamdulillah. 
rezekiku dari kebun hari ini.
Bila dijumlahkan masa bekerja hari ini hanya 2jam setengah sahaja. Bilangan pokok yang dibebaskan dari semak samun sebanyak empat batang. Setakat ini sahaja yang aku mampu.

Mengambil coretan encik Mohammad untuk motivasi diri.

23.10.22
Berjaya membersihkan 15 pokok durian dan kelapa MYD yang dipusu oleh rumput tebal. Siap beri baja sekali. Bila cuaca redup, inilah masa paling sesuai bekerja tetapi cukup satu jam. Lepas itu kena berhenti kerana lengan hingga ke hujung jari terasa sengal kerana menahan gegaran gandar mesin rumput. Baju juga telah dibasahi peluh. Selepas rehat panjang beberapa jam aku pikul semula kawan setiaku ini. Tidak disangka satu tali selepang yang berpaut pada bahu terputus menyebabkan kedudukan mesin tidak setabil dan menjerit kerana aliran minyak petrol yang berlebihan. Aku terpaksa mematikan enjin dan mencari tali untuk menggantikan selepang yang putus itu. Alhamdulillah dapat sambung guna tali plastik. Kini aku boleh sambung kerja. Sempat beberapa minit, tali plastik itu terputus. Nampaknya kerja aku tergendala lagi. Aku perlu beli tali selepang yang baru.

Dulu fizikal aku terganggu dan kini mesin pula. Aku perlu beli tali selepang yang baru agar kawanku boleh terus ikut berjuang.

24.10.22
Hari ini aku pikul pam sembur baja cecair. Pam kosong yang guna bateri ini beratnya 5kg. Jika isi penuh 20liter maka berat keseluruhan 25kg, amat berat. Oleh itu aku isi separuh sahaja. Aku mampu pikul belakang 15kg sahaja tetapi lebih berat dari menggalas mesin rumput. Kerja menyembur baja folia ini lebih mudah. Gandar penyembur halakan kepada daun. Baja itu akan diserap masuk ikut liang stoma. Aku dapat menyembur 17 pokok.

 Ini adalah penamat usahaku satu bulan. Aku mula faham tentang had ketahanan badanku. Aku perlukan pembantu.

Bila sebut fasal pembantu, terus teringat kepada Amir.

Perjuangan akan diteruskan.