1 Mac 16
Saya cuti hari ini.
Ambil 70 pokok durian belanda di Temerloh. Terus tanam. Sasaran tanam 300 pokok telah tercapai.
Beli dua gulung polypipe untuk melancar kerja menyiram.
Nampak lebih 10 pokok tepi pagar layu dan mati.
Perlu buat jalan tambahan selari dgn pokok sawit.
nuff
Tuesday, March 1, 2016
Kebun Kampung Lompat Mac 2016
Thursday, February 18, 2016
Gula dalam darah
Hari 18/2/16
Jam 10pagi. Aku memriksa sendiri kandungan gula dalam darah. Terkejut.... 16.1 sangat tinggi. Pagi ini jam 8.30 pagi aku minum segelas tea tarik, makan lempeng, sepotong, kueh manis dan sepotong pulut panggang. Terkejut beruk.. Dah aku sudah ada kencing manis. Tidak boleh dibiarkan.
Semalam aku tidak makan ubat. Aku juga tidak pantang. Minum tea tarik dua cawan dan tea susu satu botol.
Aku sudak agak kandungan gula tinggi kerana mata rasa kuyu. Sewaktu kencing banyak bueh. Aku agak bacaan gula tinggi. Sebelum ini bacaan yang paling tinggi ialah 15. Terkejut bila 16.1 muncul di skrin.
Aku mesti pantang makan.
Aku mesti makan ubat 2X sehari.
Bacaan sebelah pagi
Wednesday, February 3, 2016
Kebun Kampung Lompat Feb 2016
Sudah ada hasil. Hasil usaha meneroka Tanah ini sejak awal tahun 2014 yang lalu. Siap pada hari pertama bulan februari. Ini adalah hasil pertama dari kebun yang saya usahakan dua tahun lalu. Segala cabaran berjayaku tempuhi. Banyak lagi cita-citaku belum berhasil.
Monday, February 1, 2016
Nasi kampung dan Roti ala barat
29 Januari 2016
Semalam 7.80
Hari ini 8.90
Semalam kenyang
Hari ini masih ada ruang
Semalam sedap
Hari ini biasa sahaja.
Friday, January 15, 2016
Belajar di Lembah Mekong
15 Januari 2016.
Meninjau tanaman durian belanda di Colg Kong, perjalanan tiga jam dari Ho Chi Minh.
Dalam perjalanan menyeberang sungai naik ferry in Cho Gao district.
Sunday, January 10, 2016
HOW SUCCESSFUL PEOPLE GROW
Buku ini saya beli pada 23/3/15 di Kyobo Book Store, Seoul tetapi tersimpan lama. Saya mula membacanya awal bulan ini.
Sunday, January 3, 2016
KEBUN KG LOMPAT JANUARI 2016
Moto tahun 2016 ialah KESEMPURNAAN. Bermaksud menanam pokok di ruang yang masih kosong dan pokok mesti kelihatan subur.
Banyak kerugian sebalik kejayaan. Perlu ataysi segera.
Banyak kesilapan akibat tiada panduan. Perlu betulkan segera.
Pagar kebun belakang tidak kukuh, kerap diceroboh oleh babi. Banyak pokok kelapa musnah. Dianggarkan kerugian rm8000. Nasir kata tabur ubat gegat keliling pangkal pokok kelapa. Babi tak suka bau itu. Saya akan Cuba tektik ini.
Pokok kelapa yang ditanam di teres kebun hadapan tidak subur. Perlu pindahkan me kebun belakang. Gerakan memindah telah dimulakan pada 3/1/16. Sebanyak tiga pokok telah dipindahkan.
Target tahun 2016.
1. Pagar yang kukuh
2. Menanam 1500 anak pokok kelapa di kebun belakang dalam masa enam bulan.
3. Tanam 300 pokok durian belanda di kebun hadapan dalam masa tiga bulan. Telah tanam 30 pokok pads 4/1/16. Baki belum tanam 270 pokok.Tanam 40 pokok pada 11/1/16. Tanam tiga pokok pada 14/1/16. Tanam dua pokok pada 24/1/16. Baki belum tanam 225 pokok.
4. Semai 3000 benih durian belanda.
5. Tanam 200 pokok pisang Lemak Manis.
Berjumpa Hj Rahim di pekan sehari Maran pagi ini. Beliau berkata, "Pokok durian belanda akan mati selepas dua Kali berbuah. Sebabnya... pangkalnya buruk diserang kulat akar. Akar akan kering. Lepas itu anai-anai pula menyerang."
Satu maklumat berguna daripada seorang yang Arif dalam bidang pertanian. Kenyataan INI memberi amaran terhadap usaha saya. Saya perlu adakan langkah pencegahan.
