Kayu tebal tiga inci lebar 3 kaki dan panjang 4 kaki dipotong oleh Mamat Jawa dari batang balak jenis keladan.
Papan lebar itu disimpan dalam kebun. Susun bersama kayu lain ditempat yang tinggi juga.
Tidak disangka hujung Disember 2014 yang lalu air sungai Pahang naik dengan cepat hingga mencecah timbunan kayu. Tidak disangka keesokan hari air naik lagi hingga menghanyutkan papan lebar dan kayu yang lain juga. Saya sungguh sayang kepada kayu lebar itu kerana saya cadang hendak buat meja antik.
Satu hari sewaktu banjir sudah sampai ke puncaknya, saya pergi ke kebun bersama Jama menaiki bot. Saya merayau di dalam kebun sawit sebelah. Tiba-tiba ternampak kayu lebar tersangkut pada pokok kelapa sawit.
nuff
Sunday, January 11, 2015
Masihkah Milik Aku?
Petang kelmaring saya masuk kebun kelapa sawit sepupu saya. Saya pergi ke lokasi papan yang tersangkut itu. Huh kecewa kerana papan itu tidak kelihatan. Hanyutkah dia? Dicuri orang? Tidak mungkin kerana papan itu hanya boleh diusung empat orang.
Hari ini, 11 Januari 2015 saya merayau lagi dalam kebun sawit sepu saya. Puas juga merayau dalam kebun yang luas ini. Tiba-tiba saya nampak kawan himpunan kayu dan sampah terdampar. Hah... terus nampak si lebar itu. Kau terdampar di sini rupanya. Nasib baik kau tidak hanyut menghala ke sungai Pahang. Kalau tidak tentu kau dihempas ombak laut. Hah masih ada rezeki aku rupanya. Aku perlu ajak lima orang lagi untuk mengusung masuk ke HILUX.
Hari ini Sabtu 17/1 aku pergi menjenguk kau dalam timbunan kayu dan reba. Masih ada kau di situ.
24 Januari 2015.
Aku berjanji mahu menyelamatkan kau. Hajatnya mahu mengusung kamu masuk ke belakang hilucx. Mesti ada enam orang baru tersngkat. Tetapi kami ada empat orang sahaja. Kami angkat satu sisi dan lepaskan kau supaya terbalik ke hadapan. Huh itupun rasa nak putus urat perut.
Nasib baik jumpa Atan dan kawannya sedang menebas kebunnya. Terus saya panggil mereka membantu saya. Akhirnya kami berjaya menyandarkan kau pada pokok kdlapa sawit di tepi jalan. Minggu depan aku akan gagahi membawa kau pulang ke kebunku. Minggu hadapan aku akan bawa kau pulang menggunakan khidmat JCB.
"Wahai sang kayu, kau berehatlah sambil bersandar pada pokok kelapa sawit ini. Aku akan bawa kau pulang minggu hadapan."
1 Februari 2015.... Aku berjaya membawa kau pulang. Aku harap kau lebih selamat berada di dalam kebun ini.
Tutup rapat di bawah atap.
22 Februari 2015. Kami berenam mengusung kau. Shahmi, Topek, Zali, Amat, Arifin dan aku berpadu tenaga. Kau semakin menghampiri pondok ini tetapi kau belum boleh masuk ke pondok ini. Aku mula melicinkan muka mu.
Kerja mengetam sudah bermula. Tidak sukar melakukannya kerana kayu ini telah kering sepenuhnya.
27/2/2015. Hari ini muka kau berjaya dilicinkan. Tetapi masih asa tompok-tompok yang lekok. Aku gunakan permukaan sebagai tempat latihan belajar mengetam papan menggunakan ketam elektrik. Aku nsmpak Arifin cepat pandai.
Kaki meja dari keratan batang pokok dibelah empat.
Ini adalah hasil seni Jali. Jali memang handal membelah kayu menggunakan cainsaw.
Menyediakan tapak meja antik. Empat tapak digali lepas itu isi bancuhan simen. Tengah2 letak umbi pisang. Biarkan simen keras selama seminggu. Seterusnya pasang tiang. Pastikan tegak 90 darjah dan puncak tiang sama aras. Gunakan penimbang air.
Telah berjaya meletakkan kepingan papan lebar atas empat kaki. Namun begitu kemasan akhir belum siap lagi. Permukaannya perlu diketam lagi hingga licin. Birainya perlu dibasuh gunakan berus. Bila kering gosok kertas pasir dan seterusnya sapu varnish. Pangkal tiangnya perlu jirus racun anai-anai. Tiang perlu dibasuh dan gosok dengan berus. Bila kering sapu dgn varnish.
Fasa berikut ialah fasa kekemasan. Akan diletakkan empat buah bangku kayu dan permukaan lantai yang kemas dan menarik.
Permukaan bawah meja perlu isi batu kasar. Buang keluar permukaan tanah setebal tiga inci kemudian tabur batu.
Mahu dicantikkan lagi, melicinkan permukaan.
Seterusnya dilicinkan lagi gunakan kertas pasir.
Thursday, January 8, 2015
Buku THE DECISION BOOK
Saya beli buku ini sewaktu lawatan di Istambul. Penulisnya ialah Mikael Krogerus & Roman Tschappeler
Banyak perkara yang menaik. Misalnya jika kita mahu merancang sesuatu untuk kejayaan di masa hadapan. Pengarang berkata, "To determine your future, first undestand your past."
Memang kita mengimpikan kejayaan masa hadapan. Maka kita mula mencongak-congak apa yang hendak dilakukan langkah demi langkah. Pengarang mengajak kita merenung kejayaan masa lalu. Cuba ingatkan balik kejayaan lalu. Gunakan ia sebagai kerangka bertindak dan cuba baiki lagi. Inilah grafik yang disimpulkan oleh pengarang.
Sewaktu kita mengecap kejayaan... mesti bermula dengan satu azam, satu kehendak dan ada cita-cita. Ada fokus.
Apakah yang kita pelajari daripada kejayaan itu. Untuk mencapai kejayaan yang besar selalunya melalui proses yang panjang, lama madanya. Kita kena konsisten. Perlu lakukan dengan sabar. Ada yakin diri.
Sebelum kita mencapai kejayaan ada banyak halangan yang perlu dilepasi. Tentunya ada orang yang membantu.. Ada orang yang menjadi pencetus. Ada orang yang jadi idola. Tentu orang itu telah buktikan kejayaannya. Ada orang yang mencabar?
Itulah ramuan yang perlu dikitar semula.
Seseorang yang telah berjaya mencipta kejayaan cemerlang dalam suatu projek lebih. yakin untuk mencipta kejayaan berikutnya. Misalnya dia sewaktu di bangku sekolah berjaya mengubah pencapaian pelajaran darpada pelajar sederhana, pencapaian matematik 40% kepada 80%. Dia melakukan transformasi dalam proses pembelajarannya. Dia melakukan proses pemulihan terlebih dahulu selama tiga bulan diikuti dengan langkah belajar dahulu sebelum guru mengajar. Maknanya ada sikap berdikari. Tidak dipaksa oleh sesiapa pun. Melaksanakan latihan menjawab soalan dan ulangkaji satu jam setiap hari tanpa jemu kerana dia telah setkan arah tuju atau matlamat.
Pengalaman itu diulangi pula untuk projek yang lain misalnya hendak menjejakkan kaki di puncak gunung Kinabalu. Maka dia mengatur siri latihan mendaki bukit secara berjadual. Latihan itu mestilah semakin mencabar. Memerlukan kecekalan kerana amat meletihkan. Oleh kerana dia telah ada pengalaman yang lalu maka lebih mudah dia memujuk dirinya untuk terus berusaha apabila berhadapan dengan detik mencabar.
Maknanya kita sebagai guru atau bapa atau ibu perlu usahakan agar anak didik/anak berjaya mencipta kejayaan walaupun kejayaan kecil misalnya berenang. Berjaya membaca buku setebal 100 ms pada usia 10 tahun. Kejayaan itu memberi momentem kepadanya.
Tuesday, January 6, 2015
Buku HOW TO BE INTERESTING
Penulisnya JESSICA HAGY.
saya beli buku ini di kedai buku KLIA sewaktu dalam perjalanan ke HCM.
Buku ini memang lain dari yang biasa. Banyak graf dan lakaran. Ayatnya tidak berbelit-belit.
Mudah memahaminya. Namun begitu saya kena buka kamus juga.
Pada 3 Januari lalu saya mahu mendaki bukit Pelindung. Telah lama saya rancang untuk mengaktifkan semula aktiviti mendaki ini. Ini adalah plan kesihatan untuk tahun 2015.
Selepas solat subuh saya mula mengenakan pakaian sukan. Waktu itu jam 6.30pagi. Di luar rumah madih samar-samar. Saya terasa ragu untuk meneruskan hasrat saya itu. Bimbang semput... dan macam-macam lagi terlintas dalam fikiran.
Ketika dalam keraguan itu.... saya mencapai buku HTBI yang tersadai atas meja. Saya terus membelek muka demi muka. Tiba-tiba tertarik kepada graf ms 176 dan 177.
Lakaran graf Actions vs Plans. Jika plan yang tidak diikuti dengan action maka jadilah Hesitant iaitu ragu-ragu atau teragak-agak. Jika action tanpa plan maka terjadilah Impulsive iaitu mengejutkan atau tindakan yang tidak diduga. Jika plan diikuti dengan action maka terhasilnya Strategic. Terhasilnya strategic action.
Selepas memahamkan maksut lakaran ms 176 dan 177 itu, saya terus bersemangat untuk memulakan pendakian.
walaupun mengambil masa satu jam 15 minit yang biasanya setahun lebih sebelum ini saya boleh tamatkan pendakian dalam mada 45 minit. Tidak mengapa.... tulisan Jessica berjaya menguatkan semangat saya. Inilah untungnya jika kita membaca.
Sunday, January 4, 2015
Kebun Kampung Lompat - Januari 2015
4 Januari 2015.
Air banjir mulai surut. Pucuk pokok kelapa dekat pintu pagar keliihatan semakin tinggi melepasi air banjir.
Air banjir mulai surut. Pucuk pokok kelapa dekat pintu pagar keliihatan semakin tinggi melepasi air banjir.
Beberapa anak pokok kelapa dalam polybag yang tenggelam beberapa hari lalu telah timbul. Daunnya diselaputi lumpur. Saya berdoa agar ia boleh hidup.
Ada kira-kira 20 pokok semuanya. Harap esok akan timbul keseluruhannya.
Sebelum banjir saya telah memunggah kayu yang mahu dijadikan perkakas rumah berdekatan dengan kumpulan anak kelapa ini. Juga terkena banjir. Kayu-kayu itu timbul dan banyak yang hanyut. Satu daripadanya ialah kepingan kayu tebal 3 inci, lebar 3 kaki dan panjang 5 kaki. Saya mahu jadikan meja yang antic, Juga hanyut, sungguh kesal. Tiba-tiba pagi ini saya ternampak ia tersangkut pada pokok kelapa sepupu, abang Jamaluddin. Adakah ia masih rezeki saya? Saya berpesan kepada Sukor yang berlindung dalam kebun kelapa sawit itu cuba selamatkan papan itu bila air surut nanti.
Kawasan rendah yang ditanam tebu dan nenas masih tenggelam. Banyak pokok nenas yang tercabut oleh aliran air hujan yang mengalir ke tempat yang rendah.
Pokok buluh madu sebanyak 200 pokok lenyap. Hanya beberapa batang sahaja yang nampak pucuk.
Walaupun diuji saya cekalkan semangat mahu meneruskan projek ini. InsyAllah sabtu ini saya akan terima 400 pokok anak kelapa mataq.
Inilah rupanya kebun yang baru pulih dari banjir. Pokok kelapa dua batang itu hampir lapus. Harap ia akan terus hidup.
Sebelum banjir, pulau dan tebing di sekeliling kolam penuh dilitupi daun keledek tetapi kini telah gersang.
Anak pokok kelapa ini lemas berendam seminggu lebih. Tak tahulah apa nasibnya. Serah kepada takdir Allah.
Pokok belimbing ini bernasib baik ditanam di tempat yang lebih tinggi. Empat pokok yang sebaya dengannya ditanam di teres yang di bawahnya. Habis lenyap tenggelam. Kini kelihatan telah kering.
Kelihatan pokok, dahan xan ranting sahaja. Daunnya telah gugur semuanya.
Ada tujuh pokok kelapa pandan yang besar ditanam sederet. Habis semua tenggelam.
Ingatkan banjir sahaja yang merosakkan tanamanku. Rupanya ada makhluk lain yang menyerang. Ada tecabut, ada yang tersiat pucuknya.
Tebu habis layu berendam dalam banjir. Tinggal longkang kosong.
Namun begitu banyak pokok durian belanda kelihatan tumbuh subur. Syukur alhamdullilah.
Hari ini 10/1/15
Beli 415 pokok anak kelapa mataq. Akan tanam di kebun belakang.
Mula sampai diletak memanjang di tepi jalan dan terpisah dua kumpulan. Saya kumpulkan semula dan lengkongkan dengan plastik hitam untuk melindungi dari pandangan musuh.
16 Januari 2015.
Hari ini saya cuti. Dapatlah jenguk kebun itupun boleh sekejap sahaja. Masuk kebun 7.30pagi dan keluar 9.30pagi. Mula periksa pagar. Ada tiang yang condong menyebabkan talinya kendur. Sempat perhati sahaja. Terasa lenguh juga naik bukit. Perjalanan saya hampir dua kilometer. Banyak juga kesan banjir.
Kayu tersadai atas jalan dalam kebun. Inilah tanda paras tertinggi air banjir yang baru lalu.
Banyak juga pokok yang dipanjat oleh ulan. Hingga nampak pucuk sahaja.
Saya sempat membersihkannya.
Ada banyak lagi yang berada dalam semak. Perlu dibersihkan segera.
Rasanya semua 320 pokok buluh mati lemas.
Ini adalah ketentuan Ilahi. Saya terima semua kejadian ini dengan hati yang terbuka. Tuhan jadikan muka bumi yang rendah hampir setiap tahun dinaiki air. Maka fikirkanlah tanaman yang sesuai untuk ditanam.
Kejadian banjir ini membuatkan saya berfikir kaitan antara muka bumi, air dan tumbuhan. Sungguh indah kejadian Allah.
Pokok yang mati lemas;
Buluh madu 320 pokok.
Kelapa mataq 70 pokok.
Durian belanda 35 pokok.
Tebu.... satu ekar.
Nenas.... satu ekar.
Keledek.... setengah ekar.
17 Januari 2015.
Tiga jam saya melaksanakan maintanance pagar. Pagar sudah tidak ada spark sejak banjir. Banyak puntung kayu yang menghempap, rumput yang tebal dan turus pagar runtuh.
Selepas bertungkus lumus sendirian selama tiga jam... pagar berjaya dipulihkan. Kini sparknya kuat.
Dawai yang bawah sekali kendur hingga mencecah tanah. Ini menyebabkan short. Saya tegangkan dengan cara tambat dgn tali tarik ke atas dan tambat kepada dawai yang paling atas. Kerja membaiki pagar adalah perkara yang paling penting untuk melindungi tanaman. Minggu hadapan perlu baiki lagi. Ada tempat jarak antara tanah dan tali paling bawah lebih dua kaki. Pagar di belakang perlu dijenguk. Rumput cepat menyurung. Perlu racun.
18 Januari 2015
Diselaput ulan dan akar hampir 100%. Jika dibiarkan boleh lemas.
Berjaya membebaskannya. Ada lagi yang begitu terutama pokok yang rendah. Pokok yang rendah lebih cepat dilenyapkan dari pandangan mata. Pokok yang rendah lebih cepat ditutup ulan dan akar yang memanjat.
20/1/2015.
Dapat seorang pekerja baru. Topek dan Ami menguruskan rumah tempat duduk pekerja itu. Sementara waktu ini pondok yang sedang dibina itu menjadi tempat tumpangan beliau. Ami bersama Topek pergi ke sebuah ladang di Kuala Krau mengambil pekerja itu. Seterusnya bersama Topek dan pekerja itu bertukang memasang dinding rumah.
23/1/2015.
Kehadiran pekerja baru telah memberi ketenangan kepada saya. Telah nampak hasil kerja dua harinya.
Ada beberapa pokok yang lebih tinggi dari saya. "Telah tujuh bulan kau berpindah ke sini. Aku doakan kau terus subur."
24/1/2015
Aduh.... pagar elektrik kebun belakang banyak yang musnah. Ada ysng hempap buyau. Ada yang dihempap batang kayu. Ada turus pagar yang tercabut. Tali kendur dan terbenam dalam tanah. Itulah penangan banjir.
Sebelum pulang saya tanam sepokok anak durian belanda yang saya semai sendiri.
25/1/2015
Saya sampai di kebun sebelum 8 pagi. Saya mahu Amat tanam ubi kayu. Saya punggahkan pokok ubikayu itu di. tepi jalan yang menghala ke paya.
Sewaktu banjir melanda... kira-kira 70 pokok Durian Belanda telah tenggelam dan mati.
Saya perlu tanam semula dan menyulang pokok yang mati. Hari ini saya pergi ke Seremban untuk membeli pokok Durian Belanda.
Pokok paras dada ... 100 pokok.
Pokok tinggi satu kaki .... 300 pokok.
26/1/2015
Kehadiran surat ini ada kaitan dengan usaha saya menanam pokok durian belanda ini.
Ini ialah surat kebenaran penyaringan produk semulajadi untuk penghasilan produk Teh Herba Durian Belanda. Saya sudah menghampiri kejayaan untuk mengeluarkan TEH HERBA DURIAN BELANDA WAWA. Pokok durian belanda yang ditanam di kebun ini akan membekalkan daun untuk produk itu.
Hari ini bermulanya pasaran daun durian belanda. Pelanggan pertama dari Petaling Jaya mahu daun durian belanda. Beliau mahu daun yang fresh. Malam semalam saya petik. Saya masukkan dalam karung plastuk dan selepas itu letakkan dalam kotak. Pagi ini saya pos di pejabat pos Kuantan.
27/1/2015. Menerima bayaran yang pertama.
Walaupun amaunnya kecil tetapi sungguh memberi motivasi. Perjalanan yang jauh bermula dari langkah yang pertama.
30 Januari 2015
Hari ini saya cuti dari tugas rasmi. Saya terus melawat kebun. Melihat Amat sedang membaja spray nenas. Arifin pula meracun dan menebas pangkal pokok. Saya terlihat satu pokok mati. Apa sebabnya? Saya mahu pandangan Amat.
Saya mengajar Arifin menanam anak pokok durian belanda. Dia berjaya menanam dua pokok. Saya pula mengambil masa 10 mencucuk pokok ubikayu.
Satu batang pokok yang telah melepasi ketinggian saya. Seronok lihat pokok tumbuh subur.
Ada dua batang lagi pokok durian belanda yang mati. Setakat ini ada tiga batang. Apa sebab?
Tiga batang yang kering daunnya saiznya kecil. Erti kata lain terbantut. Soalnya mengapa terjadi begini selepas bsnjir? Mereka tidak kena banjirpun. Ada kemungkinan suasana kering selepas banjir selama tiga minggu ini. Mungkin diserang anai2 atau kulat akar? Untuk mencari puncanya, saya lerlu cabut dan lihat akarnya. Perlu juga lihat keadaan tanahnya.
31 Januari 2015.
Saya melawat kebun awal pagi. Aduh.... banyak anak pokok telah tumbuh dicelah nenas. Perlu adu kepada Lembaga Nenas esok.
Aduh... banyaknya kerja ysng belum beres.
Pagar?
Rumput celah nenas?
Rumput dalam longkang tebu?
Ada baki tebu yang boleh diselamatkan?
Membaja?
Tanam 100 pokok db?
Tanam 800 pokok kelapa?
Para?
Kayu yang bertaburan?
Anak pokok?
Papan 6x3?
Bat
Labels:
banjir,
Banjir di Kampung Pesagi,
Durian belanda,
Kelapa Mataq,
Kelapa Pandan,
tanaman nenas
Subscribe to:
Posts (Atom)




