Wednesday, February 3, 2016

Kebun Kampung Lompat Feb 2016

Sudah ada hasil. Hasil usaha meneroka Tanah ini sejak awal tahun 2014 yang lalu. Siap pada hari pertama bulan februari. Ini adalah hasil pertama dari kebun yang saya usahakan dua tahun lalu. Segala cabaran berjayaku tempuhi. Banyak lagi cita-citaku belum berhasil.

Sekarang ada tugas berat untuk memasarkannya pula. Ada 1000 kotak semuanya. Harga runcit rm49 Dan harga kepada pengedar beri diskaun hebat hingga 40%. 
Kini ada tugas baru yang lebih mencabar.... Bagaimana mahu memasarkannya.
Sebelum ini saya fokuskan pokok di kebun sahaja. Kini produk pula. Namun begitu kebun tidak boleh diabaikan. Dari petani berubah kepada usahawan tani. Ini suatu yang baru. Saya tidak biasa memasarkan produk. Janggal, ada juga rasa malu dan takut. 

8 & 9 Februari 2016
Dua hari berada di kebun dibantu oleh Jama. Berjaya memasang pagar pintasan. Lokman pula menggali 80 lubang untuk tanam pokok durian belanda di teres yang kosong bahagian hadapan.

10 Februari 2016
Hantar pada waktu malam sebanyak 39 pokok anak db. Sehari kemudian Arpian siap menanamnya. Baki 186 belum tanam.  

13 Februari 2016
Tanam 10 pokok untuk ditanam. Baki 176 lubang yang belum tanam.

Aduh kejamnya. Gigit Dan sentak.
Mesti ambil tindakan.

Ambil tindakan membungkus.

Beberapa batang pokok kelihatan bantut Dan daunnya pucat. Ambil tindakan tebuk lubang dan tanam baja.

Tiga batang pokok telah tanam baja di kelilingnya. Ada banyak lagi pokok yang perlu diberi baja guna kaedah tanam ini.

Bawa 22 pokok durian belanda dari Seremban kosnya rm300. Sepuluh pokok lagi dari PEKAN sehari Maran harganya rm100. Semua 32 pokok berjaya ditanam terus petang ini. Baki 144 pokok lagi belum ditanam. Jumlah kos ialah beli rm400.

Rancangan hujung minggu ini... 20/2/16
1. Baiki pagar kebun belakang.
2. Tanam 40 pokok durian belanda.
3. Bersihkan rumput keliling pagar.
4. Tanam baja keliling pokok. Kurang pembaziran.
5. Semai 400 polybag kacang penutup bumi. Telah siap 422. Mahu menghidupkan kacang penutup bumi. Boleh mengurangkan penggunaan racun rumpair.

20 Februari 2016

Telah siap tanam 39 pokok. Baki 105 lubang lagi belum tanam.
Ada dahan yang patah. Apa sebab?

Buah pertama ada tompok buruk.APA sebabnya?

Hasil pertama yang elok rupa kulitnya. Petik pada 21/2/2016 dari pokok Zon A

Sedang mengkaji berapa hari selepas dipetik akan masak?

22/2/2016
Berjaya hantar 50 pokok anak pokok durian belanda malam ini. Telah siap tanam pada keesokannya. Baki lubang belum tanam ialah 55 lagi.

27/2/16

Selepas Lima hari ia masak. Saya dapati isinya putih bersih. Tiada sedikitpun tanda buruk atau rosak. Kami makan anak beranak. Enak sungguh rasanya. Jika ia berbuah lagi boleh jual. 

28/2/16
Sempat melawat kebun. Nampak pokok ini telah belajar berbunga.

1 comment:

  1. Salam Tn Hj....sya azmi dari Rembau ada tanam D Belanda ni dlam 80 pokok....menarik baca blog haji....boleh dapat no Hp Hj..kalu Hj ree boleh whassap saya 0179918699 atau lawat blog saya http://jackfruit-azmi.blogspot.com

    ReplyDelete