Hari 18/2/16
Jam 10pagi. Aku memriksa sendiri kandungan gula dalam darah. Terkejut.... 16.1 sangat tinggi. Pagi ini jam 8.30 pagi aku minum segelas tea tarik, makan lempeng, sepotong, kueh manis dan sepotong pulut panggang. Terkejut beruk.. Dah aku sudah ada kencing manis. Tidak boleh dibiarkan.
Semalam aku tidak makan ubat. Aku juga tidak pantang. Minum tea tarik dua cawan dan tea susu satu botol.
Aku sudak agak kandungan gula tinggi kerana mata rasa kuyu. Sewaktu kencing banyak bueh. Aku agak bacaan gula tinggi. Sebelum ini bacaan yang paling tinggi ialah 15. Terkejut bila 16.1 muncul di skrin.
Aku mesti pantang makan.
Aku mesti makan ubat 2X sehari.
Bacaan sebelah pagi
Dah makan ubat Glumet DC separuh dan tidak makan manis tetapi makan nasi tengah hari.
Bacaan pada waktu petang 7.37ptg.
Malam ini minum air peria katak dan makan ubat.
19/2/2016
Sudah ambil bacaan pagi ini.
20/2/16
Malam tadi tidak makan ubat Dan air peria katak tidak minum. Minum air tea tarik satu gelas dan malam minum kopi o kurang manis di Kopi Akar.
Inilah hasilnya. Bacaan diambil jam 7.05 pagi.
21/2/16
Pagi semalam minum tea tarik dan makan nasi dagang. Tengah hari makan nasi lauk Ikan patin Dan puyuh goreng. Petang makan goreng pisang dua ringgit rasanya manis. Malam makan macam2 di Dewan ABS Temerloh. Nasi goreng, satey, aiskrim dua cup, kueh agar2, buah water malon beberapa keping, air sirap dan kacang goreng. Terasa amat kenyang. Makan ubat Dan minum air peria katak sebelum tidur.
Bacaan pagi ini... 7.30pagi.
Masih tinggi
22/2/16
Semalam makan sakan di DRB Hicon Univ. Sebelum itu tea tarik di Ubai.
Malam makan meehon telor goreng Dan gulai Ikan. Tengah malam makan jambu. Ubat tidak lupa.
2/3/2016
Macam-macam makan semalam. Tea tarik dua kali. Pagi2 minum air peria katak. 20 minit kemudian ambil bacaan.
29/3/16
Makan ubat.
Tidak kontrol makan
7 November 2016
Makan ubat sekali, sepatutnya dua kali. Malam minum air peria katak.
10/11/16
Minum tea tarik dua kali dan kopi o. Malam minum air peria katak.
12/11/16
Minum tea tarik secawan. Makan ubat dua kali. Makan kek. Minum air peria katak sebelum tidur.
14/11/16
No comments:
Post a Comment