Thursday, February 18, 2016

Gula dalam darah

Hari 18/2/16

Jam 10pagi. Aku memriksa sendiri kandungan gula dalam darah. Terkejut.... 16.1 sangat tinggi. Pagi ini jam 8.30 pagi aku minum segelas tea tarik, makan lempeng, sepotong, kueh manis dan sepotong pulut panggang. Terkejut beruk..  Dah aku sudah ada kencing manis. Tidak boleh dibiarkan.
Semalam aku tidak makan ubat. Aku juga tidak pantang. Minum tea tarik dua cawan dan tea susu satu botol.
Aku sudak agak kandungan gula tinggi kerana mata rasa kuyu. Sewaktu kencing banyak bueh. Aku agak bacaan gula tinggi. Sebelum ini bacaan yang paling tinggi ialah 15. Terkejut bila 16.1 muncul di skrin.

Aku mesti pantang makan.
Aku mesti makan ubat 2X sehari.
Bacaan sebelah pagi


Dah makan ubat Glumet DC separuh dan tidak makan manis tetapi makan nasi tengah hari.

Bacaan pada waktu petang 7.37ptg.
Malam ini minum air peria katak dan makan ubat.

19/2/2016
Sudah ambil bacaan pagi ini.

20/2/16
Malam tadi tidak makan ubat Dan air peria katak tidak minum. Minum air tea tarik satu gelas  dan malam minum kopi o kurang manis di Kopi Akar.
 
Inilah hasilnya. Bacaan diambil jam 7.05 pagi.

21/2/16
Pagi semalam minum tea tarik dan makan nasi dagang. Tengah hari makan nasi lauk Ikan patin Dan puyuh goreng. Petang makan goreng pisang dua ringgit rasanya manis. Malam makan macam2 di Dewan ABS Temerloh. Nasi goreng, satey, aiskrim dua cup, kueh agar2, buah water malon beberapa keping, air sirap dan kacang goreng. Terasa amat kenyang. Makan ubat Dan minum air peria katak sebelum tidur.
Bacaan pagi ini... 7.30pagi.

Masih tinggi

22/2/16
Semalam makan sakan di DRB Hicon Univ. Sebelum itu tea tarik di Ubai.
Malam makan meehon telor goreng Dan gulai Ikan. Tengah malam makan jambu. Ubat tidak lupa.

2/3/2016
Macam-macam makan semalam. Tea tarik dua kali. Pagi2 minum air peria katak. 20 minit kemudian ambil bacaan.


29/3/16
Makan ubat.
Tidak kontrol makan


7 November 2016
Makan ubat sekali, sepatutnya dua kali. Malam minum air peria katak.


10/11/16
Minum tea tarik dua kali dan kopi o. Malam minum air peria katak.


12/11/16
Minum tea tarik secawan. Makan ubat dua kali. Makan kek. Minum air peria katak sebelum tidur.
 

14/11/16

Wednesday, February 3, 2016

Kebun Kampung Lompat Feb 2016

Sudah ada hasil. Hasil usaha meneroka Tanah ini sejak awal tahun 2014 yang lalu. Siap pada hari pertama bulan februari. Ini adalah hasil pertama dari kebun yang saya usahakan dua tahun lalu. Segala cabaran berjayaku tempuhi. Banyak lagi cita-citaku belum berhasil.

Sekarang ada tugas berat untuk memasarkannya pula. Ada 1000 kotak semuanya. Harga runcit rm49 Dan harga kepada pengedar beri diskaun hebat hingga 40%. 
Kini ada tugas baru yang lebih mencabar.... Bagaimana mahu memasarkannya.
Sebelum ini saya fokuskan pokok di kebun sahaja. Kini produk pula. Namun begitu kebun tidak boleh diabaikan. Dari petani berubah kepada usahawan tani. Ini suatu yang baru. Saya tidak biasa memasarkan produk. Janggal, ada juga rasa malu dan takut. 

8 & 9 Februari 2016
Dua hari berada di kebun dibantu oleh Jama. Berjaya memasang pagar pintasan. Lokman pula menggali 80 lubang untuk tanam pokok durian belanda di teres yang kosong bahagian hadapan.

10 Februari 2016
Hantar pada waktu malam sebanyak 39 pokok anak db. Sehari kemudian Arpian siap menanamnya. Baki 186 belum tanam.  

13 Februari 2016
Tanam 10 pokok untuk ditanam. Baki 176 lubang yang belum tanam.

Aduh kejamnya. Gigit Dan sentak.
Mesti ambil tindakan.

Ambil tindakan membungkus.

Beberapa batang pokok kelihatan bantut Dan daunnya pucat. Ambil tindakan tebuk lubang dan tanam baja.

Tiga batang pokok telah tanam baja di kelilingnya. Ada banyak lagi pokok yang perlu diberi baja guna kaedah tanam ini.

Bawa 22 pokok durian belanda dari Seremban kosnya rm300. Sepuluh pokok lagi dari PEKAN sehari Maran harganya rm100. Semua 32 pokok berjaya ditanam terus petang ini. Baki 144 pokok lagi belum ditanam. Jumlah kos ialah beli rm400.

Rancangan hujung minggu ini... 20/2/16
1. Baiki pagar kebun belakang.
2. Tanam 40 pokok durian belanda.
3. Bersihkan rumput keliling pagar.
4. Tanam baja keliling pokok. Kurang pembaziran.
5. Semai 400 polybag kacang penutup bumi. Telah siap 422. Mahu menghidupkan kacang penutup bumi. Boleh mengurangkan penggunaan racun rumpair.

20 Februari 2016

Telah siap tanam 39 pokok. Baki 105 lubang lagi belum tanam.
Ada dahan yang patah. Apa sebab?

Buah pertama ada tompok buruk.APA sebabnya?

Hasil pertama yang elok rupa kulitnya. Petik pada 21/2/2016 dari pokok Zon A

Sedang mengkaji berapa hari selepas dipetik akan masak?

22/2/2016
Berjaya hantar 50 pokok anak pokok durian belanda malam ini. Telah siap tanam pada keesokannya. Baki lubang belum tanam ialah 55 lagi.

27/2/16

Selepas Lima hari ia masak. Saya dapati isinya putih bersih. Tiada sedikitpun tanda buruk atau rosak. Kami makan anak beranak. Enak sungguh rasanya. Jika ia berbuah lagi boleh jual. 

28/2/16
Sempat melawat kebun. Nampak pokok ini telah belajar berbunga.

Monday, February 1, 2016

Nasi kampung dan Roti ala barat

29 Januari 2016

Semalam 7.80
Hari ini 8.90
Semalam kenyang
Hari ini masih ada ruang
Semalam sedap
Hari ini biasa sahaja.

Saya menginap di Suria Resort Bentong. Pagi ini saya bersama Wawa sarapan di restoran Resort itu. Saya makan roti Bakar tiga keping dan telur goreng. Selepas itu saya memandu kereta bersama Wawa menuju Hospital Rehebilisasi Cheras. Beberapa jam saya di hospital menunggu Wawa mengikuti sesi latihan pemulihan. Terasa lapar, saya minum tea tarik dan beberapa potong kuih. Wawa pula makan Ikan Dan sayuran. Beberapa jam kemudian kami singgah di R&R Seremban. Ketika itu perut saya terasa sangat keroncong. Saya meninjau beberapa gerai. Akhirnya saya memilih .....