Thursday, October 1, 2015

KEBUN KAMPUNG LOMPAT - OKTOBER 2015

Ini bulan ke 17.

Berita gembira. Daun durian belanda yang dikirim dua hari lalu kepada seorang pelanggan telah sampai pagi ini.

Sempat melawat kebun belakang.
Kawasan nenas yang telah dibersihkan semakin luas. Perlu tabur baja 15-1-16 diberikan oleh LNN. Sawal siap membaja, siap 18 bag semuanya. Telah beri upahnya.

Kawasan belah hulu perlu ditebas. Lepas itu racun. Pokok kelapa celah nenas nampaknya bantut.

4 Oktober 2015
Jumpa Arpian. Suruh segerakan kerja mencuci nenas. Hubungi Arpian. Dia kata buat kerja pada 5/10. Hari ini buat kerja cuci nenas.

9 Oktober 2015
Jama sanggup mencuci pangkal pokok db dan kelapa kadar uph 50sen sepokok.

Serangan anai-anai hingga pokok berlubang dan reput.

Order daun durian belanda yang kedua. Telah hantar kepada pelanggan. Dapat laporan daun itu berkulat. Perlu hantar gantian.

10 Oktober 2015
Sempat jenguk kebun. Rumput pagar telah siap ditebas dan diracun. Urea dua beg 50kg telah habis tabur ke pangkal pokok kelapa. Sawal telah sempurnakan tugasnya.
Kawasan nenas yang diterang semakin luas. Ini kerja kumpulan enam orang Indon itu. Pangkal pokok telah diterangkan oleh Jama mulai hari ini.

Ulan sudah memanjat anak kelapa. Perlu dibenteras segera.

8.45pagi.
1. Menghubungi Arpian... beliau kata sudah memulakan kerja mencuci nenas dari rumput liar. Saya suruh dia segerakan tugas.
2. Menghubungi Jama... dia sedang menunggu kawan untuk pergi ke kebun. Tugas dia ialah mencuci pangkal pokok kelapa dan durian belanda.
3. Menghubungi Sawal. Dia kata sedang cop buah kelapa sawit tuan dia. Bila ada masa free dia akan menjalankan tugas yang saya suruh semalam iaitu meracun rumput celah nenas dan meracun tanah lapang yang telah diroto.

6.30ptg.
Menghubungi Jama untuk dapatkan laporan. Jama kata tidak pergi kerja hari ini kerana rakannya mahu cuti hari minggu. Sedikit hampa dengar berita itu.

12 Oktober 2015
Jama dan seorang kawannya melaksanakan tugas membersihkan pangkal pokok. Arpian dan kawan2nya juga ada bertugas di kebun nenas.
Sawal masej kata telah siap meracun celah nenas dan tanah sebelah paya.
Arpian melaporkan telah buat kerja pagi ini.

Pokok durian belanda yang dibeli semalam. Hendak tanam di kebun minggu depan.

13 Oktober 2015
Melawat waktu malam. Jalan makin teruk. Banyak lekuk panjang kesan hakisan air hujan yang mengalir. Perlu naik taraf jalan, tabur batu jalan.

14 Oktober 2015
01 Muharam 1437
Rancangan hari ini.
1. Menerangkan kerja kepada Sawal.
2. Tanam lima pokok durian belanda.
3. Memeriksa kebun belakang.✔
4. Tanda tapak curah batu jalan.

23 Oktober 2015
Kawasan ini telah dipelau tetapi tidak dapat meneruskan rancangan menanam rumput kerana belum diroto. Masalah trektor. Ikut rancangan esok pagi trektor akan roto tapak ini. Jama dan Zahrin kutip kayu.

Periksa kawasan semaian kelapa. Terkejut bebera batang pokok dicabut kerana pagar letrik tidak berfungsi. 

24 Oktober 2015

Telah siap roto. Boleh tanam rumput napier. Harun sanggup menanam. 
Sempat menanam dua pokok durian belanda pada waktu malam bersama Harun dan kawannya. Pagar di belakang tidak berfungsi akibatnya kebun telah diceroboh. Banyak pokok kelapa jadi korban.

25 Oktober 2015
Akibat pagar tidak berfungsi banyak pokok kelapa jadi korban. Setakat ini tidak kurang 40 pokok yang jadi korban.


29 Oktober 2015
Menanam empat pokok durian belanda pada waktu malam dibantu oleh Harun. Kerja pada waktu malam nampaknya lebih selesa. Boleh diteruskan lagi.

31 Oktober 2015
Seawal 6.30pagi saya masuk kebun. Saya mencuci pangkal pokok 14 pokok semuanya.
Pokok kelapa 5 dan durian belanda 9.

Pokok dipusung oleh ulan hingga ke pucuk.

Berhaja dipulihkan.

Berjaya membersihkan pangkalnya. Ada yang telah mula belajar berputik.
Bila beri tugas kepada pekerja, keupayaannya sangat lambat. Maka saya cuba usahakan sendiri. Ya saya boleh lakukan tetapi masa free sangat terhad.


Banyak kegagalan bulan ini.

No comments:

Post a Comment