Penyeri juadah hari raya ialah lemang. Bila sebut lemang mesti dikaitkan dengan buluh. Sekarang bukan main susah untuk mencari buluh lemang. Kena meresap dalam hutan. Tidak hairanlah harga setekung buluh lemang kosong rm1.50. Sekali fikir memang mahal. Tetapi kalau lihat susahnya pencari menetak dan memikul keluar memang berbaloi. Makin lama makin susah untuk mencari buluh lemang. Lima tahun lagi?
Setahun yang lalu saya menyemai umbi dan tunggul pokok buluh untuk buluh lemang. Saya upah Harun Basir dan Sani menggali dari perdu buluh di kampung Paya Ladang dan kampung Lompat.
Benih disemai dalam polibag. Banyak yang cambah. Tidak disangka semuanya tenggelam banjir hujung tahun 2014 yang lalu. Belanja yang dikeluarkan hampir rm700 hangus.
"Aku tidak putus asa."
Hujung Ogos 2015 yang lalu saya mencuba lagi. Kali ini saya suruh adik saya mencari benih buluh. Sai suruh kawan dia di Purun menggali di pinggir hutan simpan Bera. Saya dapat 50 perdu. Kosnya rm350.
Kini 50 polibag diletak bawah pokok jambu belakang rumah Kuantan.
Saya menyiram lat hari. Berharap akan cambah.
Eempat telah bertunas. Kejayaan kini 8%.
2/10.... Tujuh telah bertunas. 14%.
3/10.... Lapan telah bertunas. 16%.
4/10.... Sembilan telah bertunas. 18%.
Beberapa bulan kemudian semua mati. Gagal lahi.
Projek 2014 ..... gagal
Projek 2015 ..... gagal juga.
Belum serik. Kini tahun 2016 saya dapat 20 benih buluh lemang yang telah cambah.
Gagal 2X tidak bermakna gagal selamanya.
Tanggal 7 November 2016, sempena hari jadi saya, berjaya menanam 20 pokok buluh lemang di lembah yang subur.
Pada 18/2/17 berjaya tanam 9 pokok buluh lemang di teres paling bawah kebun hadapan. Kawasan ini ditenggelami air banjir pada akhir tahun 2016 yang lalu. Perlu kerap beri baja dan siram agar lonjakannya melebihi lima kaki hingga akhir tahun ini. Hingga kini saya berjaya menanam 29 pokok semuanya.
Perlu jagaan rapi. Lengkapkan penutup plastik, baja yang cukup dan siraman berkala.
2/3/17.
Order benih buluh lemang 40 sulor daripada Majid Indon. Jumpa Majid di kedai Pak Arih kg Sentosa. Benih buluh banyak dalam ladang felcra kg Sentosa.
Majid kata dia mahu cari hari minggu ini.
4/8/17
Memeriksa buluh yg ditanam pada 18/2/17 yg lalu. Daripada 9 hanya 8 yg hidup. Kebanyakannya subur. Perlu dipecah dua. Yang dicabut itu perlu dicambah dalam polibag. Langkah ini sebagai mengurangkan risiko banjir. Sekurang-kurangnya separuh boleh diselamatkan.
12/8/17
Memeriksa pokok yang ditanam pada 7/11/16. Banyak yang subur. Perlu buat rancangan pemecahan. Telah cuba buat satu hari ini. Beritahu Amir agar meneruskan rancangan pemecahan ini.
7/9/17
Cabut lapan perdu yang tanam pada 18/2/17. Saya mahu cuba perbanyakkan dengan cara memisahkan anak buluh kepada 6 atau 7 dari satu perdu. Saya dapat 50 polibag.
4/10/17
35 telah mengeluarkan pucuk atau daun baru, bermakna akarnya hidup. 15 lagi masih kelihatan hijau. Telah beri baja kepada 37 itu.
6/10/17
41 telah cambah. 82%
4/10..... 50......37
6/10..... 50......41
10/10..... 50.....43
04/11.....50.....46
15/10/17
Tanam semula di kebun agar percambahan lebih pantas. Telah berjaya menanam 21 pokok.
31/10/17
Berjaya tanam 36 pokok.
Tetapi sayang kena racun oleh pekerja kontrak.
21/1/18
Nasib baik 28 pokok masih hidup nyawa ikan, sudah cuci pangkalnya dan beri baja penggalak akar+baja 15-15-15
Kini Didember 2020. Ada yang subur... perlu beri baja.
Tuan, ada menjual benih buluh lemang? Sy ingin menanam buluh lemang di Batu Pahat, Johor.
ReplyDeleteTuan, ada menjual benih buluh lemang? Sy ingin menanam buluh lemang di Batu Pahat, Johor.
ReplyDeleteSemua yg saya semai mati. Saya nak cuba tanam sekali lagi.
DeleteSemua yg saya semai mati. Saya nak cuba tanam sekali lagi.
DeleteKoi pernah juga cuba tanam buloh lemang dengan pelbagai kaedah. Memang banyok yang mati selepas beberapa minggu. Tips terakhir saya diberitahu ialah benih digali bersama akar umbi (pokok kecil). Memang susah. Kena guna cop sawit sebab besinya kuat. Selepas diambil kena terus tanam dalam polybag atau ke tanah ditempat redup. Tak boleh langsung disimpan atau rendam dalam air untuk beberapa hari. Confirm akan mati. Selepas tanam, kena selalu siram jika musim panas.
ReplyDeleteAssalamualaikum
DeleteTerima kasih Anak Jati Pesagi di KL. Ce cerita sikit awak anak anak sapa? Rumah di mana? Cedong? Lompat? Tanjung Berangan? Tanjung Palas? Bkt Resak?
Salam tuan,
ReplyDeleteSaya mencari anak benih pokok buluh lemang ni dah lama. Tapi x jumpa lg. Boleh saya beli dari tuan?. Terima kasih
Yg saya semai semuanya mati. Saya tidak putus asa. Kini saya suruh org kampung cari dan semai. Dapat dah utk kegunaan sendiri.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteCer berjumpa sdr Deraman (anak arwah Awang Dilu) di Kg Bt Resak. Pasti dia boleh bantu tuan.
ReplyDeleteTerima kasih saudara kg Pesagi. Bila saya perlu saya akan jumpa dia.
DeleteSaya baru sahaja dapat 20 anak pokok buluh yg dah cambah. Beli dari org Lengkor.
Aslmkm tuan. Saya juga sedang cari anak benih buluh lemang nak tanam di kebun saya. Jika tuan tidak keberatan, boleh kongsikan dgn saya nombor contact orang Lengkor tesebut pada saya? Saya nak beli dari dia. Ini nombor saya: 0133250225-shah. Terima kasih saya dahulukan atas kesudian tuan.
ReplyDeleteKalau gitu ada dua org Lengkor yg jual anak benih buluh lemang. Saya beli dar Mii dan awak dari SHAH.
DeleteOK TERIMA KASIH.
Asalam Encik. Saya Shah,Saya rasa mungkin Encik salah faham. Saya sebenarnya nak beli anak benih buluh lemang dari org yang Encik beli tersebut (org Lengkor). Jika Encik tak keberatan untuk kongsikan nombor contact org Lengkor tersebut dgn saya untuk saya hubungi beliau. Terima kasih saya dahulukan atas kesudian Encik.
ReplyDeleteSaya dah hantar melalui sms
DeleteSalam Tuan-Tuan Semua,
ReplyDeleteSaya Nizam,
Boleh tak kalau saya pun nak no tel org Lengkor tu..saya nak tanam di melaka.
ni no tel saya 013 -392 5902
Sdr Nizam hendak berapa pokok?
Deleteada sesiapa boleh jual benih buluh lemang , saya perlukan 10-20 pokok
ReplyDeleteSaya sedang mencari benih buluh lemang...kalu ada boleh hubungi saya 0196645969
ReplyDeleteTak lama lagi dah Ramadhan. Intai2lah buloh lemang dari sekarang. Kalau lambat, bimbang lesap nanti. Kalau dah ada stok banyak, boleh jual buloh saja Rm 1 - 2 satu batang. Bila dah jadi lemang boleh cecah RM 15-20 satu batang di kuala lumpur. Tahun lepas, saya pesan dengan rodong belikan buloh dari orang asli di raub. Malangnya tahun ni kelapa pulak dah mahal sangat. Juga daging lembu tempatan. Agoknya ramai antara kita ni akan makan ketupat pulut dengan ikan masin 'takok' saja.
ReplyDeleteSyabas d yahya berjaya tanam dan hidup. Memang pokok buloh lemang ni susoh nak hidup hingga besor. Sejak 3 tahun dulu saya tanam hampir 30 benih. Hanya satu saja yang hidup membesar. April 2017 saya semai dalam polybag 20 pkk. Hidup 10 pkk saja. Skarang tunggu dulu hingga besar sikit untuk tanam dikebun. 25 julai 2017 saya semai lagi 32 pkk benih dari kg Dong, Raub. Jika dapat 50 peratus yang hidup pon alhamdulillah.
ReplyDeletePada 13hb Ogos 2017 saya semai lagi 46 pokok semasa ke kg Dong, raub. Satu minggu berlalu. Nampak 75 peratus masih hijau (subur). Bakinya sudah warna coklat (mungkin fail??). Kali ini saya guna baja serbuk 31.31.31 yang di bancoh air kadar 1 sudu + 1 gelen air. Disiram 3 hari sekali.
ReplyDeleteApa keputusannya?
DeleteKoi baru nok nanang kt kertau..baru nk cari benih..harap menjadi...
ReplyDeleteSalam..tumpang tanya, siapa yg ada jual benih lemang..sy nk beli..0192768447..tq
ReplyDeleteMencari Anak benih buluh lemang ?
ReplyDeleteSaya boleh bantu anda
0127510939
saya,nak cari benih buluh lemang ..01110080136.no tipon saya
DeleteSaya nk tanam juga.. Bole tahu berape harga 1 pokok ye... Nk beli dlm 10
Deletesaya mencari anak benih buluh lemang dalam 100. tolong sapa ade pm 0197884455
ReplyDeleteSaya nak beli anak benih buluh lemang...pm 0193462219
ReplyDeletesaya sedang mencari anak buluh lemang...jika ada wasap saya 0127987303
ReplyDeleteTuan...saya mahu membeli benih buluh lemang boleh tak hubungi saya 0127034437 t kasih .
ReplyDeleteAnak buluh lemang siap semai. 99.9% hidup. umur 4 bulan. 01121569754
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya firdaus dari parit raja, johor. Nak bertanya la encik, berapa lama tempoh pembesaran buluh lemang ni? Nak pakai baja apa dan kekerapan menyiram.
ReplyDeleteSaya nak beli anak benih buluh lemang. Siapa ada jual boleh hubungi saya 01120779080
ReplyDelete