Tangga yang sedang dibina ini melalui seperdu halia bara yang saya tanam setahun yang lalu. Saya nampak pertumbuhannya telah tepu, dahannya berasak-asak dek kerana persaingan intraspisis. Saya alihkan sehingga menjadi lapan perdu baru semuanya. Saya namakan Anjung Halia Bara.
Saya tertanya-tanya apakah khasiat halia bara ini?
Antara khasit halia bara adalah seperti berikut:
Melembutkan perut
Membantu penghadaman makanan
Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
Merawat kesan gatal gigitan serangga
Melegakan demam
Merawat resdung
Mengurangkan sengal-sengal sendi
Tenaga batin
Rawatan Selepas Bersalin
Sumber: http://violetgloves.blogspot.com/
Kisah Halia Bara boleh rujuk dari
http://animhosnan.blogspot.com/2013/11/halia-bara.html
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya mula berjinak-jinak untuk bercucuk tanam di halaman rumah sejak akhir tahun lepas. Seronok melihat pokok kunyit, serai, pandan, dan daun kari subur. Sekarang nak menanam semula daun kesum yang mati disebabkan cuaca panas di Ampang.
Salam Dato'. Mengapa Dato' sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini. Terasa rindu pula dengan perkongsian pengalaman Dato' sebagai seorang pendidik dan pemimpin...
ReplyDeleteTeringat juga nak masukkan cerita baru. Kalau tiada halangan... saya akan bawa cerita baru.... SEPEKAN DI EROPAH. Terima kasih Ngah Lepeh
ReplyDelete