Sempena tahun baru 2013, saya sudah bergelar yb iaitu yang bersara. Saya memulakan pembinaan sebuah taman di belakang rumah luasnya hampir suku ekar. Kawasan ini penuh dengan semak samun. Tidak ada satupun pokok yang ditanam. Saya namakan LOVING GARDEN. Kebun belakang rumah dinaik tarafkan sahaja. Saya bina jalan bertangga batu yang akan menyususri kebun itu. Tangga batu itu terdiri daripada kepingan batu terpakai disusun memanjang. Jalan itu akan melalui celah pokok pisang, tepi pokok bunga senduduk, di tepi pokok durian belanda. Jalan yang bengkang bengkok dan turun naik itu boleh memberi kepuasan fizikal dan emosi. Sepanjang jalan akan dibina susur untuk tempat berpegang khas untuk WAWA. Beliau perlu tempat berpaut jika permukaan curang.
Sambil berjalan kami akan memerhati pokok pisang yang sedang berbuah. Kami petik jantungnya untuk dibuat sayur masak lemak. Kami melangkah ke hadapan, melihat pula bunga senduduk yang kembang mekar. Sungguh cantik bunga senduduk. WAWA petik kelopaknya untuk disapu ke muka, mahu kelihatan mudalah agaknya. Saya juga begitu.
Dalam perjalanan kami memerhati pula pokok durian belanda, wah buahnya sudah kelihatan tua. "Bolehkah kita petik sekarang buah itu abang?" WAWA sudah tidak sabar.
"Tunggu dua minggu lagi."
Saya lihat kelopak bunga senduduk berwarna unggu. Kalau dibiarkan pasti akan berguguran begitu sahaja. Saya terus petik beberapa helai, saya pusarkan di tapak tangan.... lepas itu sapu ke muka, mahu kelihatan segar.
Di suatu sudut kelihatan keledek tumbuh subur hingga menjalar jauh. Banyak jasanya. Semalam seorang kawan mengambil batang kekedek yang menjalar subur itu hendak ditanam di kebunnya. Sewaktu merenung ke tengah rimbun keledek tiba-tiba ternampak bunga putih ditengahnya unggu,,, oh itu bunga keledek! Rupamu cantik tetapi tidak diketengahkan. Kini kau menghiasi tamanku LOVING GARDEN. Aku percaya WAWA suka melihat kau. Kau ada kecantikan tersendiri. Selepas lima tahun, tempat keledek ini telah ditumbuhi sebatang pokok lemon. Pokok lemon ini rajin berbuah.
Pokok pisang di LOVING GARDEN ini sudah mula berbuah. Semalam saya nampak satu tandan baru muncul, pisang lemak manis juga. Kalau hendakkan hasil dalam tempoh satu tahun tanamlah pisang. Kalau hendakkan hasil dalam tempoh enam bulan tanamlah ubi kayu. Kini selepas lima tahun, pisang dan ubikayu sudah hapus. Tempat mereka diganti dengan pokok lemon.
18 Januari 2014
Saya ada peluang berada di sini pagi ini selama satu jam. Saya membina satu anak tangga. Mula-mula bersih dan ratakankan tapaknya. Kemudian pasang penghadang. Lepas itu letakkan bongkah batu bata terbuang di dalam kepungan itu. Lepas itu bancuh simen dengan pasir. Kemudian curahkan di ruang kosong dalam kepungan itu dan ratakan. Pembinaan tangga ini sangat jimat kerana menggunakan banyak bahan terpakai. Modalnya hanya simen dan pasir sahaja, kosnya dianggarkan RM3 sahaja.
Seterusnya saya mengali kunyit hidup, WAWA kata nak pakai kunyit hidup nak goring ikan. Kunyit hidup lebih berkhasiat berbanding kunyit serbuk yang dibeli. Saya juga memetik cili api dan daun kunyit. Selepas lima tahun, saki baki pokok kunyit masih kelihatan tetapi kurang subur.
19 Januari 2015
Pagi ini saya mencabut seperdu ubi kayu, kami mahu makan ubi kayu rebus sebagai sarapan pagi. Saya juga memetik pucuk ubi kayu dan daun limau purut dan buah limau kasturi. Saya lihat senuduk di tepi pagar penuh dengan kelopak bunga yang berwarna pink, sungguh cantik dan menarik. Saaya ambil beberapa helai. Saya kepal dan lomor ke muka.
Saya sudah mula menikmati hasil hobi tani yang saya mulakan Februari tahun lalu. Tidak rugi berbudi kepada tanah.
Tangga yang sedang dibina ini melalui seperdu halia bara yang saya tanam setahun yang lalu. Saya nampak pertumbuhannya telah tepu, dahannya berasak-asak dek kerana persaingan intraspisis. Saya alihkan sehingga menjadi lapan perdu baru semuanya. Saya namakan Anjung Halia Bara.
Saya tertanya-tanya apakah khasiat halia bara ini?
Antara khasit halia bara adalah seperti berikut:
Melembutkan perut
Membantu penghadaman makanan
Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
Merawat kesan gatal gigitan serangga
Melegakan demam
Merawat resdung
Mengurangkan sengal-sengal sendi
Tenaga batin
Rawatan Selepas Bersalin
Sumber: http://violetgloves.blogspot.com/
Setahun yang lalu saya membeli dua pokok belimbing besi. Tingginya ketika itu parasperut saya. Usianya ketika itu sudah setahun setengah. Saya tanam di tepi pagar. Saya baja dan terangkan pangkatnya, kini sudah lapus kepala saya. Saya nampak bunga sudah mula muncul pada pokoknya. Bila saya telitikan, rupanya dah berbuah pun. Alhamdulillah. Saya akan merasa hasilnya dalam masa terdekat ini. Belimbing besi boleh buat sambal. Boleh jadi perencah gulai masam ikan sungai.
..... projek akan diteruskan, mungkin ambil masa dua bualan untuk disiapkan.

15 Jun 2014
Lama betul projek jalan dalam kebun ini tergendala. Saya telah sambung semula sejak dua hari yang lalu. Kali ini saya letakkan kepingan batu bergelutu atas tanah yang diratakan. Telah siap 30 mata tangga. Hingga kini... bahagian yang siap telah melebihi 55%.
Saya memetik buah durian belanda, bunga kantan dan menebang pokok pisang berangan yang telah tua. Dalam tempoh setahun setengah saya telah menikmati hasilnya.
20 Januari 2018
Lima tahun telah berlalu. Rupa Loving Garden telah banyak berubah. Bunga sudah tidak kelihatan. Namun begitu banyak juga jasanya. Dulu banyak pokok pisang lemak manis, 10 perdu semuanya. Setiap perdu tidak kurang lapan anak. Semua telah saya pindahkan ke kebun kampung Lompat. Sebatang pokok DB1 berbuah. Biji buah yang masak telah bercambah. Kini ada berpuluh2 pokok durian belanda dalam kebun kg Lompat adalah keturunan DB1.
Kini Loving Garden mula dipulih kembali. Tangga yang dibena dulu banyak yang relah rosak.
Pokok lemon tepi tangga tidak disangka hidup subur dan berbuah lebat. WAWA suka minum air lemon itu. Dia kata sungguh enak dan lazat. Pokok lemon ini saya beli dari nusery cina dengan harga rm120. Sangat mahal. Saya dapat ilmu tut pokok dari seorang kawan iaitu pakwe (hj Razali). Saya berjaya tut 140 dahan. Kini 31 anak pokok lemon saya tanam dalam Loving Garden ini. 20 pokok saya tanam depan rumah Rektor KUIPSAS.
ITULAH tiga jasa besar Loving Garden. Menghasilkan anak pokok durian belanda, anak pokok pisang lemak manis dan anak pokok lemon.
Kunyit yang ditanam dahulu masih hidup, banyak jasanya. Begitu juga pokok kantan, tumbuh subur di luar pagar. Semakin banyak cambah. Pokok ubikayu tumbuh tanpa henti. Saya ambil pucuknya sahaja. Pokok kelapa yang saya tanam mula2 dalam kebun ini, tumbuh subur meninggi tetapi masih belum berbuah. Pokok limau kasturi hidup tetapi naung. Rajin juga berbuah. Saya selalu petik untuk kegunaan WAWA. Pokok belimbing dua batang tepi pagar rajin berbuah. Kerap saya petik buah untuk dimasukkan dalam periuk gulai patin. Ada enam batang pokok getah yang semakin melonjak tinggi. Tahun hadapan boleh belajar menoreh getah sebelum pergi menoreh di kebun kampung Lompat. Pokok mengkudu yang sebatang itu tetap hidup walaupun ditebang. Pucuknya WAWA rebus buat ulam, sungguh enak. Namun begitu pokok durian belanda kebanyakannya tewas, kering dan mati.
Ada yang hidup subur melonjak. Ada yang hampir pupus. Ada yang bertahan. Ada yang setia sentiasa berbunga dan berbuah.
Saya mahu membaik pulih taman ini. Langkah pertama bersihkan pokok ubikayu yang menyakitkan pemandangan. Pokok yang baru tanam perlu siram dan beri baja.
21/1/18
Mula membersihkan LG ini. Potong pokok ubikayu yang berselirat, belum siap. Cantas dahan belimbing.
22/3/19.
LOVING GARDEN sudah menjangkau usia lima tahun. Mula diusahakan awal tahun 2014. Kini LG masih terbiar. Hujung tahun 2014 saya berpindah ke Kuantan. Sejak itu LG ini tidak terurus. Sekali sekala rumput liar ditebas. Tetapi tidak diurus dengsn rapi. Kelihatan semak tetapi masih kelihatan pokok yang hidup subur seperti sebatang pokok Lemon tepi tangga turun. Usianya hampir lima tahun. Rajin berbuah. Sejak dua tahun lalu kami tidak lagi membeli lemon, cukup memetik buah lemon yang dipetik dari kebun LG ini sahaja. Secara purata WAWA menggunakan lemon untuk minum sebiji sehari. Belanja sebulan rm45. Dua tahun sudah melebihi rm900 telah diselamatkan. Sudah lebih dari pulang modal. Harga beli pokok ini ialah rm120. Tersangatlah mahal. Rupanya sangat berbaloi. Kelihatan dua pokok belimbing besi yang rajin berbuah juga. Pokok ini telah dicantas untuk mengawal ketinggiannya. Walaupun jarang sekali diberi baja ia tetap juga berjasa.
24/3/19
Tangga yang dibena beberapa tahun lalu ada yang masih elok. Tangga yang dibina dari bancuhan simen masih kukuh dan tidak berganjak. Luasnya kira2 dua kaki persegi. Tebalnya tidak kurang tiga inci. Tetapi tangga kepingan yang dibeli saiznya satu kaki persegi tebal satu inci sudah rosak. Ada yang tertimbus dan ada yang terpesong. Rupanya binaan yang besar dsn berat lenih tahan. Saya mahu membaiki dan menyiapkan tangga taman ini.
Kebun ini terlalu semak dan padat. Pokok kelapa dua batang dekat pokok getah macam bantut dan naung oleh pokok getah. Perlu dialihkan segera.
Empat perdu buluh sudah terlalu rimbun. Sepatutnya telah dipindahkan atau dibelah kepada beberapa perdu yang kecil. Mahu pecahkan kepada 10 bagi setiap perdu, menjadikan 40 semuanya. Inilah perancangan untuk menanam buluh di kebun 2 ekar di hujung kampung Sentosa ini.
25/3/19
Kuatkan semangat menyabit membersihkan rumput sekeliling pokok lemon. Ada yang telah memanjat hingga pokok menunduk. Sempat menebas keliling 10 pokok sahaja. Selepas itu sembur racun rumput di tempat yang telah ditebas. Ada lebih 20 pokok lagi yang masih lemas. Saya ada peluang 30minit sahaja petang ini. Perlu ulangi lagi. Saya mahu lihat LG lebih berwibawa dari tahun 2014 dahulu.
Pokok limau purut dan limau kasturi meranting tetapi tinggi. Tidak cukup zat. Perlu trim dan beri baja.
31/3/19, tanam satu pokok limau tambun warna merah.
2/4/19.
Balik ke rumah sebentar petang ini. Sempat tebas empat pangkal pokok lemon. Masih semak. Masih banyak pangkal pokok yang ditumbuhi rumput dan akar. Saya perlu terus menebas keliling pokok. Dianggarkan masih ada 20 yang belum diusik. Ada pokok yang perlu dicantas pucuknya. Ada empat perdu pokok buluh. Perlu dipindahkan. Cadangannya hendak dibiskkan. Setiap perdu dipecahkan kepada 10. Boleh dapat 40 semuanya. Satu angan2 yang perlu dijadikan kenyataan.
Ambil lima biji buah lemon yang tua. Satu daripadanya saya kupas, perah, campur air suam dan tiga camca madu. Kacau dan minum, sungguh enak.
3/4/19
Ambil masa 15 minit tebas keliling pokok lemon. Dapat bersihkan 5 pokok. Perlu bersihkan lagi termasuk meracun.
5/4/19
Tebas keliling 5 batang pokok lemon. Racun keliling pokok. Trim pokok limau kasturi dan limau kedut. Tabur baja dan siram. Bersihkan kawasan tangga.
6/4/19
Sempat jenguk sekejap. Dapat cuci bawah pokok lemon, dua pokok. Dapat petik lada dan buah belimbing.
11/4/19
Bersihkan keliling satu pokok lemon. Pokok jambu pasir berusia satu tahun telah mula berputik dan berbunga. Saya dapat merasa beberapa biji yg kemerahan.
14/4/19
LG ini sudah terlalu sendat. Pokok serta rumput liar bersaing hebat melepaskan pucuk masing-masing. Rumput liar semakin tinggi. Pokok buluh ada empat rumpun itu semakin dominent. Pokok buluh itu hanya menumpang. Ia patut dialih ke tempat lain atau dibanyakkan, isi dalam polibag.
21/4/19
Saya terangkan keliling 3 pokok lemon. Sembur racun rumput 1/20 bahagian. Akan sambung lagi. Pokok jambu pasir yang tanam tahun lepas sudah berbuah.
7/5/19
Sudah bersih. Terlalu sendat dengan pokok-pokok. Pokok ubikayu patut dibersihkan. Pokok buluh empat perdu perlu dipindahkan atau dibiakkan. Anak durian Musang King ada empat pokok, perlu dipindahkan. Pokok kelapa pandan tiga pokok ini perlu dipindahķan segera. Pokok kantan di luar pagar sudah terlalu berasak-asak. Pertumbuhan tidak subur. Perlu dibiakkan di tempat lain.
5/9/19. Pokok jambu pasir rajin berbuah. Tiga minggu tidak jenguk, berjelempah buah yang terlalu masak telah larah. Bukan rezekiku.
8/9/19
Pokok kantan di belakang sudah terlalu padat, kurang terurus. Perlu dipindah tempat. Telah gali 20 perdu, dapat 65 buku. Telah tanam di kaki paya kebun kampung Lompat 65 lubang.
Tanah yang manakah sesuai untuk durian belanda? Saya dspati ssusah segar membresar - bukit, lembah, kering, sejuk dan berair?
ReplyDeleteTerima kasih Al-Manar. Saya sedang memerhati perangai pokok durian belanda ini. Setakat ini saya dapati dia sangat manja. Tewas dengan semak.
ReplyDeleteSalam. Tahniah Dato' di atas kesungguhan mengusahakan tanaman di rumah. Semoga semuanya membuahkan hasil. Daripada cerita Dato' ini nampak gaya Dato ni romantik juga orangnya ya..
ReplyDeleteInilah tempat saya berhibur pada waktu petang selepas waktu kerja. Saya bercita2 nak menyusur tangga itu bersama WAWA pada hari minggu/cuti.
ReplyDeleteZulkiffeli : Terima kasih Dato' : Saya suami kepada Siti Nurjana . Terima kasih , belanja makan tengahari di Restoran Betong tempoh hari. Terima kasih juga atas 'cendera hati' buku MENDAKI LONJAKAN MENUJU KEJAYAAN.
ReplyDeleteSalam sdr. Zulkiffeli dan Nurjana. Seronok dapat berbual sambil makan. Lama betul tak jumpa, sejak 1969 waktu tingkatan tiga baru kini dapat jumpa. Datanglah ke KIPSAS boleh borak2 lagi.
ReplyDelete