Sewaktu tingkatan dua dan tiga saya selalu langgar peraturan sekolah dan asrama. Kesalahan yang sering saya lakukan ialah cabut lari keluar dari asrama beberapa jam pada hari Sabtu dan Ahad. Ada juga kesalahan lain seperti menjalankan aktiviti berperang dalam kelas. Setiap kesalahan itu pasti mendapat hukuman rotan oleh Guru Besar atau guru asrama. Kalau tidak lulus dalam ujian penggal juga akan dihukum, setiap kegagalan satu pelajaran akan dapat satu rotan. Ada kawan saya gagal tujuh mata pelajaran, maka dia dapat tujuh kali rotan tetapi hukuman boleh ansur-ansur atau sekali gus. Jumlah rotan yang saya dapat ialah 23 kali tetapi tiada satu pun disebabkan gagal mata pelajaran.
Apa lagi, Izuddin bingkas bangun. Lepas itu dia dapat dua das lagi. Saya nampak tangan Izuddin menggosok punggungnya, sakit sangat agaknya. Lepas itu giliran saya pula. Tiga kali rotan hinggap ke punggung saya. Saya rasa nak pitam, bukan main sakit. Saya tidak boleh berdiri diam, sakitnya sampai ke tulang. Akhirnya kami semua dapat hadiah masing-masing.
Saya sungguh senang hati bila mendengar pengakuan yang ayah ucapkan itu. Ini bermakna ayah sangat bersimpati dengan saya.
Perbincangan malam itu nampaknya tiada keputusan. Guru Besar berkeras minta saya datang ke sekolah esok. Guru Besar tetap mahu menghukum saya. Ayah pula berkeras mengatakan Guru Besar tidak boleh menghukum saya yang tidak bersalah.
Akhirnya ayah menamatkan perbualan dengan berkata, “Saya mahu bawa balik anak saya, cikgu tidak boleh hukum dia.”
Pertemuan malam itu menyelamatkan saya daripada dihukum tetapi masa depan persekolahan saya tidak ada jawapan.
Malam itu kami pulang ke rumah melalui jalan yang amat menyiksakan. Mula-mula jalan kaki, kemudian naik bot dan jalan kaki lagi beberapa kilometer. Dalam perjalanan itu tidak ada perbualan barang sepatahpun. Saya tetap dengan keputusan tidak mahu sekolah, tetapi tidak tahu apa yang ayah fikirkan. Saya agak ayah sangat bimbang bila saya kata tidak mahu sekolah. Ayah berasa ini adalah satu ugutan kepadanya.
Biasanya pagi-pagi begini ayah memakai pakaian menoreh getah tetapi pagi ini mengenakan pakaian kemas, hendak ke mana agaknya?
Sewaktu mahu melangkah keluar dari kawasan sekolah, ayah memberikan surat tukar sekolah dan sijil berhenti sekolah kepada saya. Alangkah terkejutnya saya melihat ruang kelakuan ditulis “Anasir jahat”. Adakah ayah sedar perkara ini? Saya rasa hendak terduduk dan sangat sedih. Rupanya Guru Besar melepaskan hukumannya di sini. Tidak dapat melibas lima rotan ke punggung saya, mata penanya pula menghukum saya. Timbul pula keraguan, adakah pihak sekolah sana mahu menerima saya? Fikiran saya sentiasa berkecamuk memikirkan peluang untuk diterima di sekolah baru.
Selasa, 20 Jun 1969 satu tarikh yang istemewa. Tarikh Nill Amstrong mendarat di bulan. Tarikh itu juga saya melangkah masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Maran. Saya dan ayah masuk ke bilik pengetua. Saya lihat wajah pengetua sangat serious dan bengis. Saya berasa seram. Pengetua melihat surat tukar dan sijil berhenti. Tiba-tiba pengetua terus mengeluarkan ulasan lisannya.
“Kalau ikutkan akuan pihak sana tentang kelakuan anak pakcik ini, saya tak boleh terima. Tapi saya terima dia bersekolah di sini betul-betul kerana pakcik, Saya dah berjanji pada hari Jumaat lepas.”
Saya rasa lega dengan pengakuan itu.
Tiba-tiba tangan pengetua menepuk bahu saya sambil bercakap,”Yahya, belajar rajin-rajin ye.”
Saya sungguh tidak menyangka seorang yang kelihatan bengis tetapi ada rasa belas kasihan. Syukur alhamdullah saya boleh sekolah lagi.
Saya sanggat banga ada ayah. Ayah menyelamatkan saya melalui tindakannya yang pantas. Ayah bekorban apa sahaja mempastikan saya boleh sekolah. Beberapa hari ayah terpaksa meninggalkan tugasnya menoreh getah kerana saya. Ayah juga memisahkan saya dari suasana yang berkecamuk itu. Saya juga sangat beterima kasih kepada cikgu Muhamad bin Ghani, Guru Besar SMK Maran. Rupanya disaat saya menghadapi kesukaran ini ada insan yang sanggup menolong. Hanya Allah SWT yang membalas jasa mu. Tuhan maha kaya, boleh jadi ini adalah hadiah kepada saya yang berani bercakap benar. Sesuatu kejadian itu ada hikmah disebaliknya.
Sebenarnya kebanyakan kami yang tinggal di asrama datang dari keluarga miskin. Kami tiada duit poket untuk berbelanja di kantin. Pada hari cuti kami kerap keluar pergi ke rumah kawan untuk makan buah-buahan bila tiba musimnya. Ada kalanya kami mencari buah hutan seperti buah terap, buah temponek dan buah bangkung. Buah bangkung seperti buah cempedak tetapi tiada isi, yang ada hanya bijinya sahaja. Kami ambil biji bangkung dan rebus di dalam kebun getah. Biji bangkung yang direbus serupalah rasanya seperti biji cempedak atau biji nangka yang direbus. Saya bersama beberapa orang kawan merebus biji bangkung itu di dalam kebun getah di luar pagar sekolah. Selepas itu kami makan sepuas-puasnya. Kami pulang ke asrama senang hati perut kenyang. Bila makan banyak boleh kembung angin. Bila pulang ke asrama, nama kami telah dicatat oleh ketua bilik. Selepas sembahyang magrib nama kami dipanggil oleh ketua asrama. Kami semua keluar ke hadapan, selepas itu cikgu Taib keluar ke hadapan sambil memegang rotan. Kami semua menerima hadiah masing-masing.
Satu hari ahad sewaktu tingkatan dua saya bersama lima orang kawan dari kelas 2A mengadakan latihan perang. Kami baru belajar Tawarikh tajuk Portugis menyerang Melaka. Tiga orang jadi tentera Al Fanso De Al-Buquecque dan tiga orang lagi jadi tentera Sulatan Mansor Shah. Berperanglah kami menggunakan kapor dan macam-macam lagi. Kerusi meja disusun jadi kubu. Selipar dan penyapu melayang macam peluru. Sewaktu pertempuran sedang hebat tiba-tiba terdengar suara orang bertempik,
“Berhenti! Berhenti! Berhenti! , masya-Allah, habis hancur.”
Saya berpaling ke belakang, rupa-rupanya cikgu Taib sedang berdiri tercegat di belakang saya. Saya nampak cikgu Taib mengeleng-gelengkan kepalanya. Wajahnya nampak sangat bengis. Kami semua terdiam.
“Susun semula kerusi meja itu, sapu lantai itu.” Tambah cikgu Taib. Beberapa saat kemudian cikgu Taib beredar dari situ. Hairan juga cikgu Taib sangat baik kali ini. Biasanya cikgu ini jarang melepaskan mangsanya. Biasanya kalau cikgu bawa rotan alamatnya dapat hadiah rotanlah. Kalau linggang tangan, cikgu selalu suruh ketuk ketampi hingga ratusan kali. Mungkin cikgu keletihan datang dari kebun sayur dan reban ayam. Cikgu Taib adalah guru Sains Pertanian yang rajin. Beliau juga adalah warden asrama. Kami semua gembira kerana terlepas dari hukuman.
Keesokan harinya, sewaktu perhimpunan pagi Isnin saya nampak Guru Besar membawa rotan. Saya mula rasa berdebar. Terus Guru Besar memberitahu, “Siapa yang berperang di dalam kelas semalam sila keluar ke hadapan.”
Kami dari kelas 2A terus saling berpandangan. Kami sudah tiada pilihan lagi, terus keluar ke hadapan. Semua mata memandang ke arah kami. Sejurus kemudian Guru Besar meminta Cikgu Taib menerangkan peristiwa perang itu. Sebaik sahaja Cikgu Taib selesai menghuraikan hujahnya, Guru Besar mengumumkan hukumannya, “Kamu enam orang akan menerima tiga rotan seorang.”
Saya tidak terkejut, itu adalah hukuman yang sepadan dengan kesalahan kami.
“Tunduk, tangan pegang lutut, pandang hadapan.” Arah Guru Besar kepada Izuddin.Saya tidak terkejut, itu adalah hukuman yang sepadan dengan kesalahan kami.
Tiba-tiba terdengar bunyi yang nyaring, “Piaa”. Rotan hinggap ke punggung Izuddin. Tiba-tiba Izuddin tersungkur.
“Bangun, bangun, kalau tidak saya akan tambah lima rotan lagi.” Guru Besar bertempik.Apa lagi, Izuddin bingkas bangun. Lepas itu dia dapat dua das lagi. Saya nampak tangan Izuddin menggosok punggungnya, sakit sangat agaknya. Lepas itu giliran saya pula. Tiga kali rotan hinggap ke punggung saya. Saya rasa nak pitam, bukan main sakit. Saya tidak boleh berdiri diam, sakitnya sampai ke tulang. Akhirnya kami semua dapat hadiah masing-masing.
Banyak lagi episod kena rotan, akibat kenakalan saya serta kesalahan kerana mengikut kawan. Ada juga kesalahan cabut lari keluar dari asrama kerana perut lapar. Keluar ke rumah kawan, makan buah atau mencari buah hutan di pinggir kawasan sekolah.
Satu malam selepas sembahyang magrib di suaru, penghuni asrama putera (aspura) berarak ke kantin sekolah. Mereka berbuat bising dan melingkupkan meja dan bangku di kantin. Habislah meja dan kerusi berselerak. Ada lagi tindakan mereka macam orang mengamuk. Pada waktu itu saya dan beberapa orang lagi pelajar tingkatan tiga terlewat, tidak sembahyang berjemaah magrib di surau. Kami terlepas dari menyertai penghuni aspura yang buat kecoh itu. Katanya kumpulan penghini yang tunjuk belang itu berarak pula menuju ke rumah pengetua. Saya tidak dapat cerita yang lengkap tetapi akhirnya penghuni aspura itu berjaya dijinakkan selepas campur tangan YB Salehudin dan beberapa orang guru. Saya menunggu mereka pulang ke dorm, kira-kira jam satu pagi puak tingkatan satu pulang ke asrama. Baru saya dapat gambaran bahawa kereka dikumpulkan dalam kelas berasingan ikut tingkatan. Mereka mengatakan kena satu rotan seorang. Lepas itu kumpulan pelajar tingkatan dua pula pulang ke asrama. Mereka kata kena rotan dua kali seorang. YB Salehudin mewakili Guru Besar merotan mereka. Sejam kemudian pelajar tingkatan tiga pula pulang. Mereka kelihatan dalam kesakitan kena tiga rotan seorang. Guru Besar sendiri yang beri hadiah kepada mereka. Siapa yang tidak pakai seluar dalam memang parah, nampak kesan berbilur. Kelihatan tiga jalur memanjang di punggung masing-masing. Saya berasa nasib baik tidak ikut serta, kalau tidak saya juga dapat tiga jalur.
Keesokan paginya saya dan beberapa orang yang tidak terlibat itu dipanggil. Saya menjalani sesi soal siasat oleh Guru Besar. Saya rasa macam Special Branch sedang menyiasat. Guru Besar menuduh saya sebagai perancangnya. Saya katakan tidak tetapi beliau berkeras juga menuduh saya. Saya diminta menulis apa yang saya lakukan sepanjang hari kejadian itu. Selepas Guru Besar membacanya, beliau menggelengkan kepalanya. Beliau kata saya berbohong. Macam-macam cara GB paksa saya. Ada kalanya beliau menghentak meja. Ada kalanya rotan hinggap di betis saya. Saya nampak Guru Besar sudah hliang pertimbangan. Dalam kepala beliau, jika berlaku perkara yang buruk, nama “Yahya” akan terlintas dalam fikirannya. Selepas beberapa hari sesi soal siasat, akhirnya GB membuat keputusan bahawa saya didapti bersalah dan hukumannya ialah lima rotan di khalayak ramai pada pagi Jumaat.
“Sungguh kejam dan tidak adil.” Itulah yang terlintas dalam fikiran saya. Kini jam 2 petang, hari Khamis.
“Esok hari Jumaat, hari aku akan dihukum. Aku percaya, hukumannya lebih dahsyat dari yang kawan saya terima pada beberapa hari yang lalu.” Itulah kalimah yang terlintas dalam fikiran saya.
Saya tiba-tiba sahaja jadi berani. Saya terus teringatkan ayah. Walaupun ayah sangat garang tetapi dialah tempat terakhir saya mengadu. Lalu saya bergesas cabut lari keluar dari kawasan sekolah. Saya berlari laju menuju ke pangkalan bot. Waktu itu bot yang mudik ke Pekan Sehari Chenor akan hilir ke Pesagi, Pejing dan hingga ke Lubuk Paku. Saya bernasib baik tidak dipintas oleh Guru Besar. Saya percaya Guru Besar tidak mampu mengejar saya sebab badannya besar dan gempal. Sementara saya pula adalah pelari handal jarak jauh. Saya adalah pelari merentas desa yang menang hadiah tetapi bukan tempat pertama hingga ketiga. Saya turun tebing dan terus duduk di dalam bot bersama-sama pengunjung pekan sehari yang mahu pulang. Apabila bot meninggalkan pangkalan, saya pasti Guru Besar tidak dapat menjejak saya lagi. Saya berjaya sampai di rumah. Waktu itu ayah belum pulang dari menoreh getah. Saya tidak sabar menunggu ayah. Saya tidak mahu naik ke rumah. Saya bertenggek di atas tangga rumah menunggu ayah. Ketika ini terasa sangat lama.
“Heh mengapa balik?” Ayah tiba-tiba muncul.
Saya terkejut, tiba-tiba sahaja air mata saya mengalir. “Tak mahu sekolah.” Sambil itu tangan saya mengesat mata yang berair itu.
“Jangan menangis, cuba terangkan apa sebabnya.” Ayah menyergah saya dengan nada yang tinggi.
Inilah peluang saya menceritakan segala-galanya kepada ayah. Sambil teresak-esak saya ceritakan dari awal hingga akhir situasi yang saya hadapi sekarang.
“Betul ke awak tak buat?” Tanya ayah.
“Memang saya tak buat, dia pakai tuduh je.” Saya membalas dengan tegas.
“Kalau macam ni tak mahu sekolahlah.” Saya menambah. Sambil itu suara tangisan saya masih teresak-esak.
“Sudahlah berenti menangis, petang ini kita jumpa Guru Besar.” Ayah memberi pengakuannya.
“Tapi, memang tak nak sekolah sebab dia nak hukum saya, saya mana buat salah.” Saya menambah.
Selama ini saya memang tidak pernah mengadu apa-apa pun kepada ayah. Kali ini saya bersikap “Berani kerana benar.”
Petang itu ayah dan saya berjalan kaki dari rumah di Tanjung Berangan ke Chenor Seberang. Kami menyemberang sungai Pahang menaiki bot Pakitam Abu. Ayah suruh Pakitam Abu tunggu sebab nak menyemberang semula malam ini selepas selesai jumpa Guru Besar nanti. Seterusnya kami berjalan kaki dari tebing Chenor ke rumah Haji Nor Badang. Haji Nor Badang berbadan sasa itu adalah saudara kami. Ayah berbincang sesuatu dengan Haji Nor. Selepas makan malam kami bertiga berjalan kaki menuju ke kawasan sekolah, mahu pergi ke rumah Guru Besar. Haji Nor mencapai parang panjangnya.
Ayah terus bertanya, “Buat apa bawa parang ni, kita bukan nak bergaduh.”
“Tak apalah sebagai pengeras semangat.” Haji Nor membalas.
“Tak payahlah, nanti polis tangkap kita.” Ayah menjelaskan sekali lagi.
Kami berjalan menuju ke rumah Guru Besar. Ayah memberi salam, tidak lama pintu dibuka. Ayah dan Haji Nor masuk ke dalam rumah. Saya tidak masuk ke dalam rumah tetapi duduk tepi tingkap.
Saya dengar ayah berbincang dengan Guru Besar. Kadang-kadang terdengar juga saat tegang.
Saya terdengar ayah berkata, “Saya percaya anak saya tidak terlibat. Kalau dia terlibat memang dia tidak berani mengadu kepada saya.”Saya sungguh senang hati bila mendengar pengakuan yang ayah ucapkan itu. Ini bermakna ayah sangat bersimpati dengan saya.
Perbincangan malam itu nampaknya tiada keputusan. Guru Besar berkeras minta saya datang ke sekolah esok. Guru Besar tetap mahu menghukum saya. Ayah pula berkeras mengatakan Guru Besar tidak boleh menghukum saya yang tidak bersalah.
Akhirnya ayah menamatkan perbualan dengan berkata, “Saya mahu bawa balik anak saya, cikgu tidak boleh hukum dia.”
Pertemuan malam itu menyelamatkan saya daripada dihukum tetapi masa depan persekolahan saya tidak ada jawapan.
Malam itu kami pulang ke rumah melalui jalan yang amat menyiksakan. Mula-mula jalan kaki, kemudian naik bot dan jalan kaki lagi beberapa kilometer. Dalam perjalanan itu tidak ada perbualan barang sepatahpun. Saya tetap dengan keputusan tidak mahu sekolah, tetapi tidak tahu apa yang ayah fikirkan. Saya agak ayah sangat bimbang bila saya kata tidak mahu sekolah. Ayah berasa ini adalah satu ugutan kepadanya.
Biasanya pagi-pagi begini ayah memakai pakaian menoreh getah tetapi pagi ini mengenakan pakaian kemas, hendak ke mana agaknya?
“Encik nak ke mana?”
“Nak pergi ke Maran, nak pergi ke Sekolah Menengah Maran.” Balas ayah.
Sebaik sahaja pulang dari Maran, ayah beritahu saya akan tukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Maran. Ayah kata hari Isnin pergi ke SMK Chenor ambil surat tukar dan ambil semua barang di asrama. Saya sangat seronok mendengar berita itu.
Pagi Isnin saya dan ayah menunggang basikal ke SMK Chenor. Ayah pergi ke pejabat sekolah untuk mengambil surat tukar dan saya ke asrama mengambil pakaian. Saya meninggalkan sekolah dan rakan-rakan dengan rasa sedih. Saya keluar dari sekolah ini seperti tentera Jepun kalah perang. Saya sempat berjumpa beberapa orang guru, memohon maaf dari mereka. Sewaktu mahu melangkah keluar dari kawasan sekolah, ayah memberikan surat tukar sekolah dan sijil berhenti sekolah kepada saya. Alangkah terkejutnya saya melihat ruang kelakuan ditulis “Anasir jahat”. Adakah ayah sedar perkara ini? Saya rasa hendak terduduk dan sangat sedih. Rupanya Guru Besar melepaskan hukumannya di sini. Tidak dapat melibas lima rotan ke punggung saya, mata penanya pula menghukum saya. Timbul pula keraguan, adakah pihak sekolah sana mahu menerima saya? Fikiran saya sentiasa berkecamuk memikirkan peluang untuk diterima di sekolah baru.
Selasa, 20 Jun 1969 satu tarikh yang istemewa. Tarikh Nill Amstrong mendarat di bulan. Tarikh itu juga saya melangkah masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Maran. Saya dan ayah masuk ke bilik pengetua. Saya lihat wajah pengetua sangat serious dan bengis. Saya berasa seram. Pengetua melihat surat tukar dan sijil berhenti. Tiba-tiba pengetua terus mengeluarkan ulasan lisannya.
“Kalau ikutkan akuan pihak sana tentang kelakuan anak pakcik ini, saya tak boleh terima. Tapi saya terima dia bersekolah di sini betul-betul kerana pakcik, Saya dah berjanji pada hari Jumaat lepas.”
Saya rasa lega dengan pengakuan itu.
Tiba-tiba tangan pengetua menepuk bahu saya sambil bercakap,”Yahya, belajar rajin-rajin ye.”
Saya sungguh tidak menyangka seorang yang kelihatan bengis tetapi ada rasa belas kasihan. Syukur alhamdullah saya boleh sekolah lagi.
Saya sanggat banga ada ayah. Ayah menyelamatkan saya melalui tindakannya yang pantas. Ayah bekorban apa sahaja mempastikan saya boleh sekolah. Beberapa hari ayah terpaksa meninggalkan tugasnya menoreh getah kerana saya. Ayah juga memisahkan saya dari suasana yang berkecamuk itu. Saya juga sangat beterima kasih kepada cikgu Muhamad bin Ghani, Guru Besar SMK Maran. Rupanya disaat saya menghadapi kesukaran ini ada insan yang sanggup menolong. Hanya Allah SWT yang membalas jasa mu. Tuhan maha kaya, boleh jadi ini adalah hadiah kepada saya yang berani bercakap benar. Sesuatu kejadian itu ada hikmah disebaliknya.
Inilah adalah satu memori yang sangat berharga dalam hidup saya. Saya tidak menaruh dendam kepada sesiapa sebab saya telah dapat hak saya. Saya tahu sewaktu remaja, saya sangat nakal hingga ada kalanya guru terkeliru dan sukar menguruskan saya. Tetapi ada orang tua berkata, “Budak yang nakal jika betul cara geleteknya akan jadi orang juga.”
“Ya Allah ya Tuhan ku, tunjukkan aku jalan yang benar.”
Amin.
Tuan...saya terharu amat membaca cerita ini..ianya perlu dibaca..banyak maksud tersirat untuk seorang bergelar guru, pelajar dan manusia..teruskan menulis tuan..
ReplyDeleteSalam Tuan Pengarah..tulisan yang Tuan aturkan di sini membuatkan saya memikirkan "sesuatu yang hilang" dalam kehidupan pelajar sekarang.....iaitu keseronokan menjadi seorang budak kampung....
ReplyDeleteTerima kasih cikgu....
Tahniah Tuan...tulisan yang sgt jujur dan memberi makna mendalam buat semua...khasnya buat anak pelajar juga guru~~
ReplyDeletesatu entry yang menarik, mencuit hati.. tapi penuh keikhlasan.
ReplyDeleteterbaik coretan dato. imbau kembali kenangan semasa di asrama SMK Dato Ahmad Maher.
ReplyDeletewhat a touching story... i cried... many times as a teacher of prepubescent boys i have been challenged by out of line behavior and many times as a mother of two strong minded boys... so many regrets...
ReplyDelete