Sebenarnya kita mampu melakukan lonjakan. Guru Besar dan guru-guru SK Pesagi telah buktikan, semua calon seramai sembilan lulus, maknanya 100% . Lebih membanggakan dua orang dapat 5A, satu rekod baru. Lebih menghairankan semua calon sembilan orang itu lelaki. Maknanya budak lelaki, jika kena gayanya juga boleh belajar malah boleh cemerlang.
Saya juga kagum kerana murid-murid ini berani mengambil bahagian dalam lakunan, buat persembahan di sekolah orang di CH. Hebat! Semua ini bermula dengan VISI, MISI dan pelan strategik.
Katanya Pak Chik ( Ketua Kampung Pesagi) nak buat kenduri kesyukuran, nak berjamu rusa, kami sokong. Sangat elok, kita rayakan kejayaan cemerlang ini.
Saya adalah hasil dari SK Pesagi tahun 1961 hingga 1966. Kalau tidak kerana jasa guru besar arwah cikgu Salleh dan barisan guru yang dedikasi, saya tidak mungkin sampai hingga ke tahap ini.
Terima kasih cikgu yang berjasa kepada kami dan anak kampung Pesagi. Hanya Allah yang membalas jasa cikgu semua.
Tahniah anak2 Pesagi dan cikgu yang tak jemu2 mendidk
ReplyDeleteterutama 5 A anak ustaz me Pejing dan mat Tun
Bila orang kampung nak buat kenduri kesyukuran?
ReplyDeleteMasa saya UPSR dulu,saya dapat 1A jer(1998). Tp yelah,bukan menyalahkan guru2,diri sndri pun sama..lagipun waktu tu faktor sekeliling pun jd punca. Tapi Alhamdulillah sekarang SK Pesagi dh meningkat naik! Tumpang berbangga..
ReplyDeleteSK.Pesagi la asas pendidikan sy(1993-1998),yg mana Alhamdulillah hari ni sy dah ada ijazah pendidikan dari UKM. Wlpn masih belum dapat 'posting' mengajar lg(tak tahu menganggur sampai bila),tapi tetap bersyukur dgn nikmat ilmu yg ada nih!
p/s: Harap 1 hari nanti dpt mengajar di kampung sndiri..
SHAHRIL
-anak arwah ngah juah tg.berangan-
Kepada chiq86, kita sama saja lambat cerdik. Ha.. ha.. SHAHRIL sekarang dah kerja ke belum?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam cikgu...
ReplyDeletesaya sebenarnya gembira sgt..tak sangka org kampung saya jd Pengarah pelajaran negeri pahang..moga2 saya pun boleh ada kat tempat cikgu tu satu hari nanti..utk pengetahuan cikgu,saya dah dapat panggilan kerja. saya dapat mengajar kat Sek Sukan Malaysia Pahang,gambang bermula 23hb Mei 2012..saya harap bila2 cikgu singgah sana nanti,ataupun dtg tg.berangan,hubungi la saya..saya ada satu perkara nak cerita kat cikgu.. mesti cikgu terkejut! nak mintak no tel orang 'besar' segan jugak tp ni no.tel saya>0133066110< kot2 cikgu nak hubungi saya.. -shahril anak arwah ngah juah-
Tahniah Shahril ( anak arwah ngah Juah, cucu pakandak Said & makngah Siah yang duduk di Paya Baruh, Kg Tanjung Berangan).
ReplyDeleteTerima kasih masih jenguk laman ini. Ini ialah laman yang menghubungkan kita. Ayah saya dan tokki awak (awrah Pakandak Said) memang berkawan baik. Saya juga baik dengan tokki dan tok awak. Dulu waktu kecil, kami memang hidup susuah, jadi rumah yg saya berani naik pun pilih2 aja, antara rumah yang saya berani naik ialah rumah takki awak, Pakandak Said sebab dia sangat baik hati,begitu juga tok awak. Aeawah emak awak, Juah lebih tua dari saya, kami berulang alik ke SekolahPesagi dalam satu kumpulan. Saya selalu minum air kelapa muda dpn rumah itu.Shahril, sebenarnya kita memang ada keupayaan untuk maju. Saya sewaktu mula kerja dulu buat semua kerja yang disuruh oleh pengetua.Mula2 mengajar terus diberi tugas mengajar tingkatan lima, ketua guru rumah sukan dan macam2 lagi termasuklah warden asrama. Semua tugas itu saya buat tanpa soal. Lama juga saya jadi gurka, tahun ketujuh saya dilantik GPK di SMKJ2. Saya hadapi semua cabaran itu, kalau nak tahu sila rujuk "Nostalgia GPK". Buta kerja sungguh2, hormati ketua dan pandai meletakkan diri. Pandai berkawan, jaga kebajikan murid, tambah / kemaskini pengetahuan mendidik, insyallah Shahril akan berjaya. Satu hari nanti ada anak Paya Baroh duduk di puncak yg lebih tinggi. Saya doakan Shahril berjaya mencapai cita2 itu.
Salam Shahril, Anak Sungai.
ReplyDeleteTapak yg Shahril dapat itu sangat elok, jaga betul-betul. Sila rujuk http://gelangganggpk.blogspot.com
Terima kasih.