Thursday, December 29, 2022

Terung Telunjuk

Pokok terung ini punya sejarah hidup yang panjang. Isteri saya beli dua tahun lalu dari seorang penanam sayur di Taman Tas. ?Sejak itu saya tidak ambil hirau, terbiar di suatu ceruk. Keadaannya hidup segan mati tak mahu. Pokoknya qa²qq2q


12ag k0 pasu yang lebih besar. 0Separuh 0 bawah pasu isi daun kering. Selepas itu letakkan pokok terung kerdil itu. Selepas itu  isi tanah hitam hingga bahagian akar dan pangkalnya terbenam. Lama
⁰pĺ itu saya himpunkan daun dan ranting kering keliling pokok. Bancuh baja ke dalam sekendi air dan jurus ke pangkal pokok. 
Selepas dua minggu pokok makin segar. Sejak itu tiap hari dapat air. Jika dua hari tidak dapat air, kelihatan layu. Kini saya rasa sayang. Dia mula berbunga warna putih. 
Kini saya sudah makan jasa. Buahnya bersaiz dua inci bewarna hijau dimasukkan ke dalam gulai asam pedas ikan tenggiri. Sungguh enak.

Sebatang pokok yang rajin berbuah.
Bunga putih.
Buah bentuk kurus panjang.
Saya biarkan sebiji kekal pada dahannya hingga kuning. Bila sudah hampir kering, saya petik, belah dan jemur. Kini saya dapat beratus ulas biji benih yang besedia untuk dibiakkan.
Inilah benihnya.

Jika cuaca panas, daun kelihatan  layu seolah-olah memerlukan air siraman tiap-tiap hari.

29.12.22.... berjaya semai 24 polibag. Mahu semai 50 ulas.
2.1.23....tambah 6 .... jadi 36 polibag
3.1.23...tambah 6 .... jadi 42 polibag 

Pokok ini sukar untuk mrmbesar, akarnya berputar di dalam pasu kecil. Ikan jika berada di dalam aquarium tidak boleh membesar seperti ikan di dalam sungai atau di laut lepas. Saya mengagak pokok ini boleh tumbuh lebih lama jika akarnya berada di dalam tanah, serta cukup air dan baja. Syarat utama jika tiada gangguan anai-anai atau kulat. Atas hujah itu, saya mahu pindahkan ke kebun agar ia tumbuh lebih subur.

02.1.23
Hari pemindahan dari tapak lama tepi rumah ke kebun. Letak sabut di keliling pangkal pokok. Sudah siap.

.

No comments:

Post a Comment