Saturday, July 30, 2022

Transformasi Ketiga

Transformasi Pertama.... mulai pertengahan Mac tahun 1972 Jun 1972. Selepas dengar perbualan pelajar cemerlang STP tahun 1971. Aku ringkas ikut jejaklangkahnya.  Aku bertungkus lumus mengulangkaji tajuk2 dlm subject Matematik Tambahan yg aku lemah. Seterusnya aku belajar sendiri tajuk Matematik tingkatan enam. Sewaktu melangkah masuk kelas Tingkatkan enam, aku telah eksplore tiga tajuk. 
Diringkaskan cerita... aku berjaya diperolehi principal A untuk subject Matematik. Bersambung.......

Transformasi Kedua... satu hari seorang tokoh ternama Pahang menegur aku... "Ya, perut awak dah ke depan tu." Tersentak mendengar Komen itu. Memang benar, waktu itu pinggang seluar saiz 38cm. Lemak sudah banyak terkumpul di situ. Langkahnya kurangkan makan? Ah tak mungkin. Mendaki bukit adalah terbaik. Kita memanjat melawan tarikan graviti. Kita mengangkat badan kita ke paras yang lebih tinggi. Kita memperolehi tenaga keupayaan. Tenaga ini datangnya dari lemak yang tersimpan itu. Itu adalah teorinya. Praktikalnya? 
Aku memulakan aktiviti mendaki ini dengan memanjat Bukit Macro Maran. Selepas itu Bukit Pelindung. Setiap hujung minggu aku kuatkan semangat untuk sampai ke puncak. Letih juga. Ada kala rasa nak tewas. Lama kelamaan jadi ketagih. Impian aku mahu sampai di puncak Gunung Kinabalu. Selepas mengikuti latihan yang mencabar secara berterusan hampir dua tahun, akhirnya aku berjaya sampai di puncak gunung Kinabalu pada tahun 2010 dan 2014. 

Transformasi ketiga...
mulai 1/8/22
Kebun seluas 21 ekar sangat menyiksakan aku. Beli tanah lebih dari rm500k. Kos pembangunan sudah lewat rm250k. Total kasar rm750k. ROI macam mana? Jawapannya.... sangat rendah. Inilah yang menghantui pemikiran. Pendapatan bulanan hanya lepas membayar upah seorang pekerja. Sepatutnya kebun ini perlukan sekurang dua orang pekerja. Daya pengeluaran kebun ini amat rendah. Oleh itu saya perlu bertindak segera untuk mengadakan usaha baru.
Satu usaha yang bercorak kurang belanja dan dapat hasil yang cepat.
Setelah dibuat pertimbangan serta meminta pandangan dari kawan2 maka saya putuskan untuk ternak kambing. Langkah pertama menyediakan tanaman untuk makanan kambing. Kawasan dalam kebun ini banyak ruang yang dipenuhi rumput liar. Inilah tugas utama saya, gantikan rumput liar dengan rumput yang disemai oleh kambing. Rumput Napier jadi pilihan pertama. Kedua ialah rumput Minyak. 
Target 
🌿...31/12/22 siap tanam rumput untuk makanan kambing seluas satu ekar.
🌿 ...30/9/22 siap bina reban 12x10
🌿.....1/11/22 beli 4 ekor kambing.
🌿....31/8/22 siap bebaskan 10 pokok limau kasturi dari semak dan siap beri baja.
🌿....30/9/22 siap tut 100 dahan pokok limau kasturi. 

Tiga bulan pertama mesti kerja 5 hingga 7 jam sehari di lapangan. Dua jam sehari bekerja di rumah. Banyak sekali halangan yang tidak boleh dielakkan. Perlu ada penyelesaian.

Untuk mempertajamkan lagi usaha transformasi ini, aku mengikuti dua kursus untuk menambah pengetahuan. Memang kursus ini sangat membantu.  

Target tanaman rumput Napier. Tanam terus di atas tanah kebun atau semai dalam polibag. 
Bulan Ogos ... 1000 pokok
Bulan Sept..... 1000 pokok
Bulan Oktb..... 1000 pokok

Yahya.... kau tidak boleh kalah dan sama sekali tidak boleh berlengah. Nampaknya kudrat tulang empat kerat mesti berfungsi baik. Jaga kesihatan.
13/8/22... Lima jam di kebun, dua jam di rumah... jumlah tujuh jam.
14/8/22...5j di kebun, satu jam di rumah...jumlah 6 jam.
16/8/22....3j di kebun, 2 jam di rumah.... jumlah 5 jam.
17/8/22.... 2j buat kerja di rumah.
18/8/22.....2j buat kerja di rumah.
19/8/22.....2j  kerja di rumah. 3 jam kerja di kebun.
20/8/22....2j di rumah & 3j kebun.

Transformasi memerlukan inovasi
Benih Napier yg dipotong cucukkan di dlm tanah berair terlebih dahulu. Biarkan satu minggu. Pilih yg telah keluar mata tunas baru pindah ke dalam polibag.

Target bulan Ogos 2022 untuk menghasilkan 1000 anak benih mesti capai. Anak benih yang telah tumbuh lebih satu kaki akan tanam di tapak kekal.

Buah fikiran yang baik mesti diterjemahkan kepada tindakan.

Yahya yakin boleh.

T3 perlu mengambil nasihat dan pandangan dari mereka yang mahir. Perlu terjemahkan kepada tindakan.

"Kalau cukup air dan baja, pokok durian boleh berbuah bila mencapai umur Lima tahun."..... Nazri Wahab, 20/8/22

28/8/2022.
sedang aku berusaha menjayakan transformasi ketiga ini, ada seorang sahabat yang bermurah hati meghadiah mesin pemotong ini kepadaku. Seolah-olah dia tahu aku sedang berjuang. Baiklah, sesungguhnya hadiah ini menjadi pemangkin untuk aku berusaha.

1/9/22
7.15- 9.15...  urus benih Napier, semai ke dlm Polibag, siap 110 polibag.
11.00-12.00... bancuh simen.
3.30' 4.30... bancuh simen n beri baja...5jam

2/9/22
8.30-12.00... petik kelapa, kupas kelapa Dan bancuh simen.3.5jam
3.00-3.15...potong benih rumput Napier
6.30-6.45...potong benih rumput Napier
Jotal.....4jam

3/9/22
8.20-12.20... 4jam. Tanam rumput Napier, bina konkrit lantai, tabur baja kpd pokok durian.
5/9/22
9.00 - 4.00... 7jam.
6/9/22
9.00-10.00....1 jam
5.00-5.30...... 30minit
8/9/22
8-9..... 1 jam
12-1.3....1.5jam
4-7....3jam

11/9/22
2- 6ptg... 4jam

13/9/22
8.00-9.00...1jam... buat kerja di rumah tanam benih rumput Napier ke dlm 45 polibag.
12-6.00...5 jam buat kerja pasang tile di kebun.

PERLU AMBIL TANDAN KOSONG UTK DIJADIKAN BAJA KELAPA.

Jimatkan belanja
1. Pekerja cuti satu hari seminggu. ... 320
2. Tiada OT
3. Toreh getah .... 1200
4. Buat maintenance kebun kelapa sawit utk tingkatkan hasil. ..... 000/300
5. Beri baja yg dicairkan kpd pokok pisang besar dan berbuah. ..... 000/200
6. Tungkat pokok pisang, guna buluh.
7. Jual limau kasturi, limau nipis, lemon dsn jantung pisang. .... 000/100
8.. Jual buluh lemang...
9.. kurangkan kekerapan ke kebun. .... 200
10.. tanam pisang 30 pokok sebulan selama setahun...360 pokok setahun.
11.. tanam lada kecil keliling rumah.
12.. kerja sambilan tempat lain...... 
13.. siram pokok durian dan pokok pisang




No comments:

Post a Comment