Monday, June 6, 2022

Pokok Limau Kasturi WP


6/6/22
Lapan tahun yang lalu, tahun 2014 saya tanam 50 pokok limau kasturi. Saya beli anak pokok dari kawan di Seremban. Saya tidak ada perbincangan masa depan terhadap pokok ini. Pokok LK ini hidup dalam keadaan terpinggir, tidak terputus ibarat anak yatim pintu tetapi tetap meneruskan hayatnya.  Ada dua pokok yang tepi pondok tumbuh segar dan berbuah lebat. Banyak yang hidup subur tetapi dipusu oleh akar memanjat Dan rumput liar.

Hari ini saya mulai sedar bahawa pokok ini boleh beri pulangan yang baik. Mulai sekarang saya akan buat baik pulih, bebaskan dari akar dan pokok liar serta beri baja supaya pokok subur serta rajin berbuah.

6/6/22.... pulihkan 4 pokok. Bersihkan keliling Dan beri baja. .🌿🌿🌿🌿
7/6/22.... pulihkan 3 pokok. Bersihkan keliling Dan tabur baja.🌿🌿🌿
13/6/22..pulihkan 2 pokok.beri baja.🌿🌿


No comments:

Post a Comment