Wednesday, January 5, 2022

Pokok Kelapa Layu

Disember 2021 Sebatang pokok kelapa berusia tujuh tahun kelihatan layu.
Tanam pokok apa sebagai ganti?

Angkara RPW

Ambil gambar pada 7/1/22
Pokok ini perlu dihapuskan dgn cara membakarnya. Pembakarannya perlu dilakukan berhati2 agar tidak memberi mudarat kpd pokok sekitar. Pangkalnya perlu digali dan dibakar. Lubang pangkalnya perlu dijirus racun anai2 serta racun kulat. Lubang itu ditimbus dgn pelepah kelapa kering dan lakukan pembakaran terkawal beberapa kali. Abu dan sisa pembakaran akan jadi baja. Mahu tanam pokok durian baka kampung yang disemai.
Jirus pangkal pokok dgn minyak diesel dan bakar. ✔siap. Bakar sekali lagi. Longgokkan pelepah di pangkal.✔✔.bakar kali ketiga.✔
🌿mahu tanam dua pokok kelapa di kiri kanan pokok yg mati ini. Anak benih ambil dari kebun belakang atau tanam pokok durian.
8/6/22
Dalam proses penghapusan. Mahu tumbangkan pokok ini dan ganti dengan anak pokok durian. 
Telah patah dua.

Tokek pangkal pokok utk tumbangkan.
Telah ditumbangkan pada 16/7/22.✔
Rancangan... tanam satu pokok durian Dan kelilingnya tanam rumput napear.

17/7/22... longgokkan pelepah kelapa dan kayu mati dan bakar.✔

Apakah tanaman yang sesuai untuk menggantikan pokok yang mati ini?

Keputusan akhir.... tanam rumput Napier..✔siap. Dapat 100 lubang. 
2/8/22 siap.

Rumput Napier di keliling tunggul kelapa hidup subur.




No comments:

Post a Comment