Sunday, January 30, 2022

Musim Kemarau sudah mula

Selepas banjir kemarau pula.
Dijangka berpanjangan hingga bulan Mac.
Kena ambil langkah segera menyiram secara berkesan terutama kpd pokok durian. Amaun air boleh diagih mengikut keperluan. Jika stoper ditiup, air boleh hantar kpd jarak yang lebih jauh.
Pasang stoper pada setiap cabang tiubing yg menghala ke pokok.
Selepas stoper sambung tiubing 16mm yg melingkari pokok. Hujung tiubing dilipat dan tambat.
Siapkan line yang banyak pokok durian terlebih dahulu. Teruskan saluran teres sebelah bawah pondok terlebih dahulu.



Thursday, January 27, 2022

Polination Kelapa

Tanam tahun 2014, Sudah berumur tujuh tahun.
27/1/2021
Petik pelepah dari seludang.
Gunakan tangga untuk ambil jari-jari debunga yang baru pecah seludang semalam. Ambil 15 batang, separuh dari kesemua 30 pelepah. 
berbuah lebat dan besar.

Setiap pelepah terdapat 50 ulas biji. Dalam biji ada debunga jantan. Perlu Jemur supaya biji tanggal dari pelepah.
Setelah dijemur. Semua biji telah tanggal dari pelepahnya. Banyak biji telah kering dan sebelah. Debunga yang seperti debu warna kuning telah jatuh. Selepas ini akan ayak until mengasingkan debunga daripada kuatnya.
Hasil awal, 30/3/22
Yang masih lekat
Pokok B1 lekat 6
Pokok B2 lekat 1
Pokok B3 lekat 1
Hasil awal, 4/4/22
Yang masih lekat
Pokok B1 lekat 5
Pokok B2 lekat 1
Pokok B3 lekat 1

Monday, January 10, 2022

Rumput Napier

Mahu tanam semula rumput Napier.
Saki baki benih yang tanam tahun 2015 masih ada.

Saturday, January 8, 2022

Timbunan PASIR

6/1/22
Beli pasir satu lori...rm200.
Kos semua rm600.
Siap 98%

14/1/22
Tanam anak pokok nanas. Ada 12 pokok dlm polibag.✔siap 30... mahu 10 lagi.siap.✔
16/1/22
Tanam satu anak pokok durian Angah ayah Awang Sago. Batal @ ditangguh.

Jangkaan pulangan
Tahun 2023
40x2x5 = 400
Sulur...40x4x2= 320
Jumlah jangkaan income = rm720 dlm masa dua tahun.


Wednesday, January 5, 2022

Pokok Kelapa Layu

Disember 2021 Sebatang pokok kelapa berusia tujuh tahun kelihatan layu.
Tanam pokok apa sebagai ganti?

Angkara RPW

Ambil gambar pada 7/1/22
Pokok ini perlu dihapuskan dgn cara membakarnya. Pembakarannya perlu dilakukan berhati2 agar tidak memberi mudarat kpd pokok sekitar. Pangkalnya perlu digali dan dibakar. Lubang pangkalnya perlu dijirus racun anai2 serta racun kulat. Lubang itu ditimbus dgn pelepah kelapa kering dan lakukan pembakaran terkawal beberapa kali. Abu dan sisa pembakaran akan jadi baja. Mahu tanam pokok durian baka kampung yang disemai.
Jirus pangkal pokok dgn minyak diesel dan bakar. ✔siap. Bakar sekali lagi. Longgokkan pelepah di pangkal.✔✔.bakar kali ketiga.✔
🌿mahu tanam dua pokok kelapa di kiri kanan pokok yg mati ini. Anak benih ambil dari kebun belakang atau tanam pokok durian.
8/6/22
Dalam proses penghapusan. Mahu tumbangkan pokok ini dan ganti dengan anak pokok durian. 
Telah patah dua.

Tokek pangkal pokok utk tumbangkan.
Telah ditumbangkan pada 16/7/22.✔
Rancangan... tanam satu pokok durian Dan kelilingnya tanam rumput napear.

17/7/22... longgokkan pelepah kelapa dan kayu mati dan bakar.✔

Apakah tanaman yang sesuai untuk menggantikan pokok yang mati ini?

Keputusan akhir.... tanam rumput Napier..✔siap. Dapat 100 lubang. 
2/8/22 siap.

Rumput Napier di keliling tunggul kelapa hidup subur.




Sunday, January 2, 2022

Pokok Durian Mati di musim banjir Disember 2021

Air banjir tidak sampai ke teres ini. Kira-kira 30 kali di bawah. Tetapi mendapat air hujan lebat hampir dua minggu.
Perlu ganti dengan pokok baharu. Kelapa? Durian? Betik? Markisa?

Saturday, January 1, 2022

11 selamat 31 tekorban

Akibat banjir Disember 2021

Yang selamat  tidak sampai air banjir... 11 pokok


Yang musnah... 31 pokok.
Sebahagian daripadanya.
Lemas berendam dalam air banjir yang keruh lebih dari seminggu.
Perlu bubun. Pokok baru tanam dalam polibag besar, biar setahun dlm polibag, awal tahun 2024 baru alih ke tapak sebenar. Tempat yang terlalu rendah tidak perlu tanam. Tempat rendah spt pulau tanam rumput Napier.

Ada juga pokok yang selamat walaupun hampir lemas.