Wednesday, November 10, 2021

Tanah TANJUNG TIJAH

Tanah pusaka ini asalnya penuh dengan pokok buah buahan, dusun. Beberapa tahun awal 60an, saya selalu ikut toki Tol dan tok Tijah mengutip buah durian, penuh sambung. Ada rasanya kami tidur dalam pondok di tengah kebun itu.
Segalanya berubah sejak toki Tol kembali kerahmatullah. Kebun tinggal tidak terurus. Hampir 60 tahun saya tidak pantas ke sini. Dalam tahun 2013 saya pergi buat tinjauan. Dulu dusun kini semak samun seperti hutan. Pokok buah semuanya telah ditewas oleh pokok liar dan rumput liar. Akar pokok jalur dan memanjat berselirat. Terdapat banyak akar rotan berselirat.
 Syukur alhamdulillah usaha untuk memiliki tanah seluas 1.913 hektar milik arwah nenek saya, Tijah binti Ketih di Paya Merbau, Lompat sudah 80% berjaya.
09.11.21
📌Borang 14A telah ditandatangani di pejabat tanah Maran.  ..... 80%✔
10.11.21
📌Dokumen serah kpd LHDN untuk nilai duty stamp.  .....85%.✔ telah dapat nilaian harga rm1000 pada 10/12/21.✔
📌Bayar duty stamp di LHDN dan serah dokumen kpd Pejabat Tanah...95%✔
(Jangka siap 16/12). Serah kpd Pejabat Tanah pada 16/12/21..✔bayar rm125
📌Ambil gran di Pejabat Tanah...98%.✔siap pada 17/12/21.
📌 Adakan acara akad jual beli di J14...100%.
(Jangka siap 18/12/22).

Geran nama asal TIJAH BINTI KETIH. Melalui perbicaraan harte pesaka yang panjang hampir tiga tahun, kini tanah itu tercatat nama bapa saudara ABD KADIR BIN TOL. Kini kerja menukar kepada saya pula, sedang berjalan lancar.

60 Hari lagi dijangka selesai.
Sejak beberapa tahun saya telah bersihkan tanah ini tetapi banyak juga kegagalannya. Pernah satu kali itu tahun 2015, saya tanam kelapa 400 pokok. Sudahnya tinggal tiga pokok sahaja. Yang lain habis dikerjakan oleh babi. Kini ada pokok durian 50 pokok, durian belanda 20 pokok dan kelapa 30 pokok. Masih ada ruang kosong. Mahu tanam 40 pokok anak durian. 

🌿mahu tanam 40 pokok anak durian. Telah tanam 24 pokok. Ada bami 16 pokok.
🌿rancang utk tanam 20,000 pokok nanas.
Syukur alhamdulillah telah sah jadi milik saya pada 17/12/2021.
🌿... pokok durian belanda banyak yg berbuah dan pokok kelihatan subur. Dianggarkan ada 30 pokok.
🌿...pokok durian kelihatan subur. Kebanyakannya sudah melebihi 8 kaki tinggi. Di anggarkan ada 30 pokok.
🌿...pokok kelapa ada 30 pokok. Ada yang subur.
🌿.. pokok jering ada 2 pokok.
🌿..pokok durian baru tanam ada 20 pokok.

MAHU TANAM POKOK NANAS 600 SULOR TIAP2 BULAN. TANAM SELAMA 20 BULAN.
12,000 pokok
500x2x3.... 3000 sebulan.
DB.... 60KG....600 sebulan.
Kelapa....40x8x2...640 sebulan.



No comments:

Post a Comment