Saturday, November 13, 2021

PERIA KATAK

Peria katak.
Kali pertama beli satu sampul mengandungi 10 ulas  semai tetapi tiada yang cambah. Kali media beli satu sampel lagi, kenema lain yang lebih Mahal. Hasilnya satu sahaja yang cambah. Pindahkan ke tempat kekal. Oleh kerana kurang air siraman akhirnya mati kering.
Aku tidak jemu. Kali ketiga baru berjaya menghidupkan sebatang pokok. Benarkan di birai pagar. Kini hidup subur berusia dua bulan. Buah pertama cantik dan gebu. 
Memanjat pagar depan rumah.

Biji benih yang telah cambah. Dari 14 ulas, 12 telah cambah. Kadar percambahan jauh lebih baik dari biji yang dijual.
Mahu tanam di kebun sebagai penutup  bumi. Tanam 4 pokok antara dua pokok kelapa.

18/11/21... semakin rimbun

Ada yang menumpang hidup...

Tanam 4 pokok nak biarkan dia menjalar.

21/11/21
Ambil sebiji buat ulam.
Hingga 25/11/21.... empat orang telah merasa.

Tanam lagi 3 pokok di dalam kebun... menjadi 7 semuanya.

20/12... beri buah yg telah masak kpd Aziz. Dia mahu semai. Mudah-mudahan biji benih itu akan cambah.
Keset juga mahu buah yg masak.

No comments:

Post a Comment